~ Mr.Buaya VS Cik Naughty 5 ~

,12/18/2012 06:56:00 AM | 7 Comment
BAB 5

ZARA menghempas beg sandangnya di atas katil. Tuala yang berada di sisi katil, dicapainya laju. Usai mandi, Zara menunaikan solat asar. Kemudian dia menuju ke ruang tamu. Dia mencapai sebuah majalah Thrasher Magazine. Sehelai demi sehelai helaian buku majalah itu diselaknya. Sehingga tangannya berhenti di salah satu helaian yang diselaknya. Matanya tertumpu satu persatu ayat yang tertera di majalah itu.
‘5 pemain skateboard terbaik..
1. Tony Hawk.
2. Chris Cole.
3. Andrew Reynolds.
4. Bob Burnquist.
5. Eric Koston.’
     Memang terbaiklah semua pemain-pemain skateboard ni. Macam mana aku nak jadi yang terbaik macam diorang. Zara berkira-kira. Satu persatu info tentang pemain skateboard ini dibacanya dengan teliti.
    Kling... Klingg..
     Tumpuan Zara beralih kepada pintu pagar di halaman rumah. Punggungnya diangkat menuju ke pintu utama. Ada seseorang yang mengoncang-goncang pintu pagar rumahnya. Siapa pulak yang sibuk busybody petang-petang nih? Zara bengang. Bising hingga membingitkan telinganya. Mentang-mentanglah mama aku tak ada kat rumah, sibuklah orang entah dari mana-mana nak buat onar kat rumah aku. Nasib baiklah aku ni ada silat gayung. Zara menggeleng.
     Zara melangkah keluar dari rumahnya dan terus mendapatkan ‘orang yang buat onar’ itu.
     “Woiii!! Kau ni tak ada kerja ke nak kacau orang tengah rest petang-petang ni? Aku ni penat tau baru balik sekolah,” marah Zara. Entah siapalah ‘seseorang yang membingitkan’ itu.
     ‘Seseorang’ itu berpaling menghadap Zara. “Haaii Zara...,” tegur ‘seseorang’ itu sambil tersengih-sengih memandang Zara.
     Makk oiii.. Bila masa pulak mamat ni ada kat depan rumah aku? Zara tergamam.
     “Woii.. Mana kau tau ni rumah aku? Kau ikut aku ya?! Tak guna punya mamat.” Zara bercekak pinggang. Dia ni memang betul-betul nak cari pasal dengan aku agaknya.
     Dani tersengih. “Harap maaf ya cik naughty. Kita hidup ni kita tak boleh perasan sangat nanti orang menyampah.”
     Eh.. Dia ni nak ajar aku pulak. “Lantak dioranglah nak menyampah ke tak. Tak penting pun untuk aku. Yang kau ni, kenapa dari tadi dok goyang pintu pagar rumah aku sampai naik runtuh rumah agam aku ni.” Zara bengang. Main tarik tali pulak dia ni.
     “Aku rindu dengan kau. Tu yang aku datang nak jumpa kau ni.” Sengaja Dani memancing kemarahan Zara.
     “Banyaklah kau punya rindu. Kau tak layak rindu aku. Timbulkan zina hati aje tu. Berdosa.” Zara berkata selamba.
     “Oh.. Zina hati ya? Okey.. okey.. Lepas ni aku tak rindu dah, aku miss aje.”
     “Argh.. Malas aku nak cakap dengan orang yang tak cukup umur macam kau ni. Buang masa.” Zara memalingkan badannya dan meneruskan langkahan untuk masuk ke rumah semula.
     “Aku datang sebab nak berkenalan dengan jiran baru aku ni,” jerit Dani.
     Langkah Zara terhenti. Jiran baru? “Jiran baru? Maksud kau?,” soal Zara tertanya-tanya dengan kata-kata Dani.
     “Ya lah.. Jiran depan rumah aku ni.” Dani menunjukkan rumahnya yang bertentangan dengan rumah Zara.
     Terbeliak mata Zara mendengarkan itu. Takkanlah..
     “Aku nak tanya sikit boleh?,” tanya Zara. Langkahnya kembali mendekati Dani yang tersenyum-senyum penuh makna itu.
     Dani mengangguk. “Boleh.. bolehh..”
     “Kau ni dilahirkan untuk mengganggu aku ke?,” kata Zara separuh berbisik.
     “Ya agaknya.” Dani berkata selamba.
     Zara terdiam. Budak ni tak faham jenis soalan ke? Macam orang blur aje.  “Ahh.. Alangkah malangnya nasib aku jumpa orang macam kau ni. Dah lah buaya. Pening aku dibuatnya.”
     “Cik naughty.. Gelaran apa yang cik naughty bagi saya tadi?”
     Zara menjeling. “Buaya.. Mr. Buaya.” Zara menekan nada suaranya. Biar lebih suspens gitu.
     “Kenapa kau panggil aku mr.buaya? Cuba bagi aku sebab.” Dani memandang pelik. Tak pernah aku dapat gelaran sadis macam tu sekali. First time.
     “Sebabnya..” Zara membiarkan ayatnya tergantung. Saja nak main tarik tali dengan mr.buaya ni.
     “Sebabnya?” Dani mengangkat kening kirinya. Aku nak tau sebabnya ni.
     “Sebabnya kau ni suka menggatal dengan perempuan. Aku tak suka dengan lelaki jenis macam tu.”
     Dani tersentak. Menggatal? Sedapnya mulut minah ni berkata-kata. “Sedapnya mulut kau ni.. Main cakap aje. Aku ni bermesra alam, bukan menggatal. Kau apa tau, kau tu separuh wanita aje.”
      Dani gelak besar. Zara menjeling tajam melihat gelagat Dani yang suka benar menaikkan kemarahannya. Mood aku memang terus jadi puting beliung kalau jumpa mr.buaya ni. Zara berpeluk tubuh. Badannya dipusingkan kembali menghadap pintu rumah.
     Zara mengepal jari jemarinya. Sabar Zara.. Sabar. Jangan ikut emosi. Nanti kau jugak yang susah. Kalau kau nak attack dia, kau guna cara lain. Zara menyedapkan hatinya.
     “Dah. Balik rumah kau. Jangan ganggu aku nak rest.” Zara meneruskan langkah. “Ish.. Buang masa betul menghadap mr.buaya ni.”
     Dani sudah tersenyum sinis. “Dah kalah?” Dani masih lagi memancing perbualan antaranya dengan Zara.
     Zara menjeling tajam sebelum masuk ke dalam rumah. Pintu rumahnya dihempas kuat. Tak guna punya mr.buaya. Nanti kau. Disebalik pintu Zara mengepal penumbuknya. Dia mencapai semula majalah yang dibacanya tadi. Zara mengawal nafasnya yang turun naik itu. Arghh.. frustnya aku !! Majalah itu dihempasnya ke lantai. Dia menaiki anak tangga satu persatu kemudian menuju ke arah bilik tidurnya. Pintu dibuka dan ditutupnya semula dengan rapat.
***************

“APA?!! Dia jiran baru kau?,” terpacul ayat itu dari mulut ahli 4S yang lain.
     Zara mengangguk.
     Anez menarik lengan Zara merapati dirinya. “Mana kau tau?”
     “Dia datang serang rumah aku.” Acuh tak acuh saja Zara menjawab.
     “Serang?!” Sekali lagi perkataan itu diucapkan ahli 4S.
     “Dia datang rumah aku semalam. Konon-kononnya nak kenalkan diri yang dia tu jiran baru aku. Tapi cara dia perkenalkan diri tu buat aku bengang plus marah tau. Sabar ajelah.” Zara berpeluk tubuh. Aku marah ni.
     Hani, Dina dan Anez tergelak besar. Jarang-jarang benar Zara melayan amarahnya pada seseorang apatah lagi seorang lelaki.
     “Yang kau marah-marah ni kenapa? Dia cakap apa sampai kau dah nak kena darah tinggi ni?,” celah Anez.
     “Dia cakap aku separuh wanita!!,” ujar Zara sedikit menjerit.
     Hani, Dina dan Anez terpinga-pinga.
     “Separuh wanita?” Anez sudah memecahkan tawanya terlebih dahulu.
     Zara menjeling. “Pandai korang gelakkan aku ye. Korang nak kena ke?”
     Makin menjadi-jadi tawa mereka bertiga. Zara berpaling. Malas aku nak melayan kawan-kawan aku yang tiga suku ni. Buat sakit hati aje. Zara merengus geram.
     “Hai jiran baru.. Eh salah.. Hai cik naughty. Good morning.”
     Teguran itu membuatkan Zara tersentak. Dari suara pun aku dah kenal siapa dia ni. Ahli 4S yang lain pun turut terdiam sama mendengar teguran itu.
     “Sehari tak tegur aku tak boleh ke?,” ucap Zara. Satu jelingan maut di hadiahkannya buat Dani.
     Dani menggeleng dengan selamba. “Tak. Nanti terasa rindu pulak kalau tak tegur cik naughty. Boringlah kita.”
     “Mr.buaya tak ada permit. Lebih baik kau jauhkan diri kau dari aku sebelum penyakit senang-senang datang kat kau.” Zara memberi amaran. Jari telunjuk hampir sampai ke wajah putih milik Dani.
     Hani, Anez dan Dina sudah berusaha menahan tawa.
     “Ada aku kisah?” Dani tergelak mendengar tutur bicara Zara. Tak padan dengan jantina. “Apa kau rasa semalam? Perasaan gembira , bangga, bertuah jadi jiran aku. Mana satu? Share la sikit perasaan kau tu.”
     Zara menahan geram. “Kau nak tau apa yang aku rasa?”
     Dani mengangguk laju. “Mestilah.”
     “Ini yang aku rasa.” Kaki Dani dipijak Zara. Dani mengerang kesakitan. Kakinya diusap-usap.
     Ahli 4S tercengang. Zara pula mengambil langkah meninggalkan tempat itu. Kan sedap kena penangan aku. Zara tersenyum sinis.
     Melihat pemergian Zara, Dani mendekati ahli 4S yang lain.
     “Sorry tau awak. Zara memang macam tu.” Anez meminta maaf bagi pihak Zara. Zara ni tak makan saman betul lah. Detik Anez dalam hati.
      “Tak apa. Saya faham perempuan jenis macam dia ni memang susah nak ajak berbual.”
     Ahli 4S hanya mengangguk. Malas nak masuk campur sebenarnya. Nanti mereka juga yang susah. Dani meminta diri sebelum berlalu dari tempat itu. Begitu juga Dina,Hani dan Anez. Mereka juga berlalu dari tempat itu dan berlalu menuju ke kelas masing-masing.
**************

HAI jiran baru. Nak balik sama tak?” Dani menegur Zara yang sedang duduk di perhatian bas. Enjin motornya ditekan kuat. Saja hendak menunjuk-nunjuk aksi machonya kepada Zara.
     Zara tergamam. Uishh.. Terkejut aku. Zara menjeling tajam ke arah Dani. Dia ni memang betul-betul nak cari pasal dengan aku ke? Dia dah silap pilih orang ni. Zara bangun mendekati Dani.
     “Kau nak tumpangkan aku ke?,” tanya Zara. Nada suaranya agak mengendur sedikit.
     Dani terdiam mendengarkan pertanyaan Zara itu. Lain macam aje bunyi suara dia ni. Mesti nak perdajal aku ni. Aku gerenti punya. Baik aku belah dari sini sebelum dia ni buat pasal dengan aku.
     “Woi, aku tanya ni.” Zara menyergah Dani dari lamunannya.  
     Dani kembali ke alam nyata. “Tak jadilah. Aku rasa macam dah nak terkena bala aje. Di sebabkan aku nak kau selamat, aku tak jadi nak tumpangkan kau. Kau baliklah sendiri. Tumpang macha jual ais krim tu. Bye..” Dani terus memecut meninggalkan Zara tanpa mendengar kata balas dari Zara.
     Zara tersengih. “Ha, tau pun takut. Nasib baik bala tu tak sempat nak di proses, kalau tak dah lama dah kau tu kena bala aku.” Zara tergelak besar.
**************

KENAPA aku rasa macam ada aura-aura pembunuh aje dalam rumah ni erk?”
     Zara menjeling tajam ke arah Que Hazwan yang memerlinya itu. Dia pulak ke nak cari pasal dengan aku kali ni. Dah lah aku tengah bengang dengan mr.buaya tu. Satu hari mood aku terjejas oleh virus-virus mr.buaya. Sampai naik demam aku dibuatnya. Sekarang nak layan kerenah abang aku ni pulak. Memang nasib aku lah gamaknya.
     Zara tidak mengendahkan teguran maut Que Hazwan. Dia melangkah laju menaiki anak-anak tangga. Sesampai sahaja di biliknya, Zara terus menghempaskan tubuhnya di atas katil. Tiba-tiba..
     “Zara.. Zara..” Bisikan demi bisikan namanya dipanggil.
     Naik kesemua bulu roma Zara. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Kemudian dia bangkit dari katil dan memberanikan diri menuju ke arah  bisikan itu. Dengan debaran yang kuat di hatinya, Zara menyelak tingkap yang separuh tertutup oleh langsir itu. Tidak sampai seminit dia menyelak, Zara tergamam.
     “Kurang asam punya mr.buaya. Berani dia takutkan aku. Time kat rumah pun dia nak kacau aku ke?” Zara bengang. “Tak apa Zara.. Tak apa. Jom kita kerjakan dia.”
     Zara mengintai Dani yang berhampiran dengan tingkap biliknya itu. Macam mana dia masuk pun aku tak tau. Aku taulah aku lupa nak tutup pagar. Kalau ye pun, janganlah masuk semberono aje. Siap kau. Zara memasuki bilik air dan mencapai baldi kecil yang siap berisi dengan air. Kakinya kembali melangkah ke arah tingkap. Diselaknya langsir tingkap dan dibuka seluas-luasnya.
     “Ha, kau nak apa datang kacau aku lagi ni?,” Zara memulakan bicara. Kalau senyap aje, kantoilah aku nak kerjakan dia.
     “Saje. Nak tengok orang balik guna muka zombi.” Dani gelak besar.
     Zara tersenyum. “Zombi ye? Ambik ni..” Habis seluruh air di baldi itu dituangnya dari tingkat atas.
     Dani tergamam. “Habis baju aku.” Dia berpaling memandang Zara yang sibuk tergelak akan dirinya itu. “Woi cik naughty. Hari ni hari kau. Esok hari aku. Kau tunggu ajelah.” Dani berganjak dari tempatnya berdiri. Muka bengang pun ada.
     Zara sudah menari-nari mengikut rentak lagu chicken dance.  Puas hati aku untuk hari ni. Untuk hari ni aje tau. Hari lain belum lagi. Memang dah nasib kau kena balun dengan aku hari ni. Zara masih lagi tergelak-gelak. Tingkap yang dibuka luas, ditutupnya semula.

###########

Maaf tau buat korang tertunggu-tunggu. Dah alang-alang baca tu, jangan lupa komen yer.. and korang support Afie boleh tak? Tolong klik link2 ni.. Nak klik satu ke dua ke semua lagi bagus.. heheh tolong yer... ^_^

Tolong yer korang yang baik hati lagi cute miut.. Tolong Afie yer.. heheheh tq very much..
Muahhhh2 cket... hehehe



THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

7 comments:

Anonymous said...

best3.. jngan lpa yg ke_6 plak erk?? hihihi.. xsabar nak tau ksudahan cte ni.. ^_^

Afiqah Adzan said...

Best3..Thums up untuk Kak Afie ! A++ untuk cerita niii :)

Anonymous said...

:)

MiKi MoUsE said...

argh,best2,smbung la lgi

::azmina nordin:: said...

baru baca satu bab.nak kena baca dari mula ni :)

Era Kecik said...

best2.. hehehe. sambung lagi :))

RaaRocherr said...

best sangat cerita ni
jemput join segment saya ^.^Y

http://raarocherr.blogspot.com/2012/12/segmen-review-blog-by-raarocherr.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...