Ugutan Cinta 13

,6/24/2013 09:29:00 AM | 4 Comment


BAB 13


MAJLIS perkahwinan yang dirancang rapi itu akhirnya berjalan dengan lancar. Seorang gadis yang bernama Nur Iffa Afifah sudah layak digelar isteri kepada seorang lelaki yang bernama Qasyaf Aiman. Majlis sangat meriah dengan kehadiran tetamu dari pelbagai bangsa dan darjat tapi tidak terlalu mewah kerana Qasyaf mahu mengikut sunnah Rasulullah. Bersederhana dalam berbagai perkara.
     Iffa kelihatan cantik apabila tubuhnya bersarungkan dress labuh yang berwarna putih. Juga dihiasi dengan bunga kecil berwarna merah di hujung kain. Selendang yang terlilit kemas menyerlahkan lagi keindahan gadis yang baru bergelar isteri itu.
     Iffa duduk seorang diri. Para tetamu sibuk menjamah makanan yang sudah tersedia di atas meja. Puan Hanan dan ahli keluarganya yang lain sibuk menguruskan hal ehwal yang lain. Airil juga sudah keluar dari hospital setelah seminggu lelaki itu sedar dari komanya. Mungkin Airil dapat merasakan yang dia bakal mendapat adik ipar. Hari ini dia tidak nampak kelibat Ridzki. Mungkin lelaki itu tidak menghadiri majlisnya. Iffa mengeluh.
     Tiba-tiba dia teringat akan kejadian tiga hari lalu. Perbualan antara dirinya dan sepupu perempuannya. Anak perempuan dari mak longnya yang menetap di Kuala Lumpur.
      “Selena.” Hanya itu yang mampu dia ucapkan saat sepupunya itu menerjah masuk ke rumahnya sambil melemparkan sekeping kad kahwin ke arah wajahnya.
      “Tak guna kau, Iffa. Tergamak kau kahwin dengan bakal tunang aku.” Lantang kedengaran suara Selena tanpa memberi salam.
      Iffa tergamam. Terkejut dengan kelakuan drastik Selena yang tiba-tiba datang menerjahnya.
     “Qasyaf Aiman. Dia bakal tunang aku,” bentak Selena. Mungkin dia geram melihat Iffa yang diam tidak berkutik itu.
     Iffa tergamam lagi. Kali ini lebih terkejut dari tadi. Dia tidak tahu menahu tentang hubungan Selena dan Qasyaf. Takkan nak salahkan dirinya pula.
     “Syaf? Bakal tunang kau?”
     “Ya. Dia bakal tunang aku.”
     “Tapi Syaf kata dia tak jadi bertunang.”
     “Tak jadi disebabkan kau. Kau rampas dia dari aku. Kau dan family kau semuanya suka merampas hak aku and my family.” Kuat suara Selena.
     Puan Hanan dan Encik Irham tiada di rumah. Jadi rumahnya kosong tanpa penghuni. Hanya dia yang tinggal di rumah.
     “Iffa, kau dengar sini. Aku tau tujuan kau rampas Syaf dari aku. Aku tau kau nak balas dendam dengan apa yang family aku dah buat dengan family kau. Tapi cara kau balas dendam ni memang dah melampau. Kau jangan ingat aku akan lepas tangan macam tu aje. Aku akan dapatkan semula apa yang kau dah rampas dari aku. Kau ingat tu.” Panjang lebar Selena berbicara. Melepaskan geram yang sudah lama berbuku di hatinya.
      “Kau salah faham ni, Ena. Aku tak tahu apa-apa pun pasal pertunangan kau dengan Syaf. Hal tentang family kita, dah lama aku lupakan. Keluarga aku bukan jenis pendendam, Ena. Kau kena faham.” Iffa membela diri. Dia juga turut berdiri dari sofa apabila dia melihat Selena yang berjalan mundar-mandir kerana marah.
     “Kau tak perlu nak tutup bangkai sebesar gajah tu. Kau ingat, Iffa. Aku tak akan lepaskan kau.” Sebuah ugutan yang dilemparkan oleh Selena menjadi akhir perbualan mereka.
     Selena berjalan keluar dari rumah Iffa. Perangai Selena tidak pernah berubah dari dulu. Iffa mengeluh.
     “Iffa..”
     Iffa tersentak apabila bahunya diraih lembut. Hilang semua lamunannya tentang Selena. Dia menolak tangan Qasyaf yang ligat memeluk bahunya.
     “Aik?! Kenapa tolak-tolak ni. You tu isteri I tau.”
     Iffa menjeling tajam. Dia tidak ada mood nak bergurau.
     “You.. datang bulan ke? Muka you ketat aje I tengok.”
     Iffa tergamam mendengar soalan Qasyaf. Macam tak ada soalan lain yang hendak ditujukan oleh lelaki itu.
     “Apa yang encik merepek ni?”
     “Tak adalah. Patutnya you gembira sebab dapat kahwin dengan lelaki macam I ni.”
     “Apa-apa ajelah.” Lagi lama dia duduk di situ, lagi lamalah Qasyaf akan merepek dengannya. Lebih baik dia pergi. Iffa bangun dari kerusinya dan terus melangkah ke arah Puan Hanan yang leka melayan tetamu.
     Qasyaf mengurut-urut dadanya. Sabar, Syaf. Sabar.. Nak pikat seseorang yang telah ditinggalkan bukannya senang macam makan ayam goreng. Perlukan kesabaran dan pengorbanan . Yang paling penting adalah dia akan sentiasa mengharap pertolongan dari Allah agar Allah dapat melembutkan hati Iffa untuknya. Qasyaf pula melangkah mendekati Iffa dan ibu mertuanya itu.
     “Ibu, mak long dan Ena tak datang ke?” tanya Iffa sebaik sahaja tetamu yang berbual dengan mereka sudah beredar dari situ.
     “Ibu ada jemput, tapi tak nampak pulak mak long kamu tu. Mungkin sibuk agaknya.”
     Puan Hanan masih tidak tahu tentang kejadian yang berlaku antaranya dan Selena. Iffa malas hendak membesar-besarkan cerita. Cukuplah hanya kisah lama yang menjadi jurang talian persaudaraan mereka. Dia tidak mahu perkara yang lain menjejaskan hubungan mereka yang sudah retak itu.
     Qasyaf hanya menjadi pendengar setia. Dia juga baru tahu yang Selena itu adlah sepupu Iffa. Baik juga Selena tidak datang. Kalau datang, haru biru lah jadinya majlis ni. Bukan dia tidak kenal dengan perangai Selena. Qasyaf hanya bersyukur dalam hati kerana majlis perkahwinannya berjalan dengan lancar.
     “Dah petang ni. Tetamu pun dah tak ramai. Kamu berdua ni pergi tukar baju. Rimas dah ibu tengok,” arah Puan Hanan kepada anak dan menantunya.
     Masing-masing mengangguk tanda faham dan terus berlalu masuk ke dalam rumah.


*~*


IFFA sudah siap mengemas kain bajunya. Malam ini juga dia harus ke rumah Qasyaf kerana esok kenduri akan di adakan bagi pihak lelaki pula. Jam sudah menunjukkan angka 10 malam. Qasyaf sudah bersedia untuk bergerak.
      “Ibu ayah, Iffa balik dulu ya.” Iffa memeluk Puan Hanan dengan begitu erat. “Along. Jaga diri baik-baik. Along baru aje baik. Jangan buat hal pulak malam ni. Iffa tunggu semua datang ke KL esok ya.”
     Airil hanya tergelak. Begitu juga yang lain. Setelah berpamitan, kereta Honda Civic milik Qasyaf sudah meluncur laju membelah malam yang gelap.
     Tidak sampai 2 jam, mereka sudah tiba di kawasan perumahan Qasyaf. Kereta yang masuk ke perkarangan rumah membuatkan penghuni di banglo itu mengalih pandangan ke arah kereta.
     “Dah sampai pun menantu ibu ni.” Datin Halimah memeluk Iffa yang baru keluar dari kereta.
     Iffa menyambut mesra akan pelukan Datin Halimah. Qasyaf sudah mengeluarkan beg pakaiannya. Iffa menarik lembut beg pakaiannya dari Qasyaf sambil memberi isyarat yang dia ingin mengangkatnya sendiri. Qasyaf hanya menghulurkan tanpa sebarang bicara.
     Setelah saling bersalaman, dia dan Qasyaf mula bergerak ke bilik yang telah disediakan oleh Datin Halimah. Pintu bilik terkuak luas apabila ditolak oleh Qasyaf. Iffa menapak memasuki bilik itu. Waahh.. Hampir ternganga Iffa dibuatnya. Lawa. Mungkin dihias oleh pereka yang berbakat dan berpotensi. Tapi Iffa berasa tidak enak pula dalam keadaan begini.
     “Buat apa lagi you tercegat kat depan pintu tu? Nak ajak siapa lagi yang masuk?” Teguran Qasyaf membuatkan Iffa tersentak.
     Cepat-cepat Iffa menutup pintu dan meletakkan beg pakaiannya di atas sofa yang tersedia di bilik itu. Dia melabuhkan juga punggungnya di atas sofa. Matanya dikerlingkan di sekeliling bilik. Semuanya cukup asing bagi dirinya. Qasyaf sudah merebahkan badannya di atas katil. Mungkin ini biliknya kerana Qasyaf menunjukkan reaksi yang sungguh selesa.
     Iffa mengeluh. Dia penat sebenarnya tapi dia tidak mampu hendak melelapkan mata kerana dia tidak biasa tidur berdua di dalam satu bilik. Lagi-lagi seorang lelaki. Aushh.. Mau pengsan dibuatnya. Macam mana nak tidur ni. Takut mata aku jadi mata panda pulak bila bangun esok. Dahlah ada kenduri lagi. Mesti bertambah penat.
     “You pergi mandi dulu. Lepas tu I nak mandi pulak,” kata Qasyaf sambil matanya tertutup dengan tangan.
     “Err..” Iffa terpinga-pinga.
     Qasyaf bangun dari pembaringannya apabila kata-katanya tidak berjawab.
     “Kenapa you tercegat lagi tu? You nak I mandikan you ke? Atau you nak mandi dengan I. I tak kisah. Lagi I suka.”
      Mendengarkan itu, serta-merta wajah Iffa bertukar warna merah. Dia malu diperlakukan begitu. Dia kan seorang perempuan. Dia masih lagi tetap di sofa. Masih tidak bergerak walau seinci pun.
     Macam mana nak mandi kalau ada mamat ni kat dalam bilik. Gerutu hati Iffa sambil memandang ke arah Qasyaf yang tersengih seolah-olah lelaki itu dapat memahami apa yang bermain di kepala otaknya.
     “Dahlah. You mandi cepat sikit. I nak keluar sekejap.”
     Fuhhh.. Ayat itulah yang ditunggu-tunggu oleh Iffa. Melihatkan Qasyaf sudah keluar dari bilik, dia bangun dari sofa lalu mengunci pintu bilik  itu.
     “Yes.. I’m free.” Iffa mengangkat tinggi kedua-dua tangannya sambil tersenyum girang.
     Iffa masuk ke dalam tandas sambil membawa pakaian yang hendak dipakainya nanti. Qasyaf tu bukan boleh percaya sangat. Tak pasal-pasal dia dah tercongok kat depan pintu bilik air ni.
     Tidak sampai setengah jam, Iffa sudah siap berpakaian. Rambutnya yang basah ditutup dengan tuala. Dia membuka pintu tandas dengan perlahan dan menjenguk kalau-kalau Qasyaf ada di dalam biliknya.
     Tiba-tiba matanya tertumpu kepada sesusuk tubuh yang sudah siap berbaju tidur itu. Qasyaf? Bila masa pulak dia mandi. Iffa menapak keluar perlahan-lahan.
     “Lamanya you mandi. You berniaga air ke kat dalam tu?” tegur Qasyaf.
     Iffa diam. Tangannya ligat menggosok-gosok rambutnya yang basah dengan tuala.
     “Dah malam ni. Pergi tidur. Orang kat luar semuanya dah nak beradu. You sini. Tidur sebelah I,” arah Qasyaf sambil menepuk tilam di sisinya.
     Iffa menggeleng laju. “Tak nak.”
     “Tak nak sudah. Pandai-pandai you lah nak tidur dekat mana.”
     Iffa mencebik. “Ish, saya takkan tidur sebelah encik sebelum saya betul-betul sukakan encik.”
     “Kalau macam tu, you kenalah sukakan I dari sekarang.” Qasyaf memejamkan matanya. Buat-buat  tidur. Dia ingin tahu juga di mana Iffa akan  mengambil tempat untuk beradu.
    Iffa mengetap gigi. Geram dengan tingkah Qasyaf yang acuh tak acuh tu.
    “Mana saya nak tidur ni, encik?”
    “Ikut you lah. Dalam bilik air pun boleh.”
    “Apalah encik ni. Sekurang-kurangnya sediakanlah satu katil untuk saya. Toto pun boleh.”
    “Buat apa pulak I nak sediakan katil untuk you. Apa tak cukup besar ke katil ni untuk you. Membazir kalau letak dua tiga katil dalam bilik. Allah tak suka. Rasulullah pun tak suka. Ada faham?”
     Ha, kena sebijik dengan Ustaz Qasyaf. Ada hati nak berbetah dengan Qasyaf. Iffa mengeluh. Dia menarik selimut extra yang memang tersedia di bilik itu. Dia berbaring di atas sofa lalu menyelimuti seluruh tubuhnya dengan selimut.
     “Betul ke you tak nak tidur sebelah I ni?” acah Qasyaf.
     Iffa hanya berdiam diri. Matanya dipejam rapat-rapat. Kalau boleh apabila dia bangun esok pagi semuanya tidak terjadi.
     “Ikut you lah. Jangan sampai esok pagi you merayap dekat katil I pulak ya.” Qasyaf gelak besar.
     Setelah lama berdiam diri, Iffa menoleh ke arah Qasyaf yang sudah lena dibuai mimpi. Iffa menghela nafas berat. Akhirnya dia paksakan juga matanya untuk tidur.


*~*


SELENA sudah mabuk menelan air syaitan itu. Dia bengang kerana Qasyaf dan Iffa sudah di akad nikah. Lagu-lagu yang kuat bergema di disko itu sedikit pun tidak menganggu fikirannya. Razin yang berada di sisinya sudah mula risau dengan tindakan Selena yang menggila itu.
     “Selena. Jom kita balik. Keadaan you dah teruk sangat ni,” ajak Razin sambil memaut lengan Selena supaya gadis itu tegak berdiri.
     Selena menolak. “Tak nak. I nak duduk sini sampai pagi.”
     “You jangan ikutkan hati you sangat, Ena.”
     “Siapa kata I  ikut kata hati I? Kalau ikutkan hati I, dah lama I bunuh Qasyaf dan Iffa tu. Dia orang berdua memang tak guna,” bentak Selena.
     Razin menggeleng. Dia sudah lali mendengar Selena berkata begitu. Entah apa yang special sangat pada Qasyaf pun dia tidak tahu. Sehingga dirinya pula yang dipinggirkan oleh Selena.
     “Sudah la tu, Ena. Jom kita balik.”
     “You tak dengar ke? I tak nak balik malam ni. I nak happykan hati I yang tengah sakit ni.” Selena menjerit kuat sehingga orang sekelilingnya itu menoleh ke arahnya.
     Razin sudah tidak mampu menahan tindakan Selena. Buat sementara ini, dia biarkan sahaja gadis itu meluahkan ke tidak puasan hatinya.


*~*


RIDZKI mencapai foto abangnya itu. Air mata yang mula mengalir dari tubir mata itu, dikesat dengan sapu tangan. Cermin mata yang dipakainya sejak tadi, dicabut lalu diletakkan diatas meja. Wajah arwah Ridzwan ditatap penuh hiba.
     “Wan.. Hari ni, Iffa dah jadi isteri orang. Aku sedih. Aku sedih sebab dia tak pilih aku sebagai teman hidup dia. Lepas pemergian kau, aku cuba menagih cinta dia tapi dia berkeras tak nak terima cinta aku semula.”
     Menitis air mata Ridzki apabila meluahkan kata-kata itu. “Aku tau aku pernah kecewakan hati dia sehinggakan cinta dia beralih arah kepada kau. Tapi aku dah berubah demi dia cuma dia tak nampak apa yang aku buat untuk dia. Kalaulah kau ada kat sini, mesti kau akan bantu aku. Tapi malangnya, kau dah pergi dulu. Aku hanya mampu doakan kebahagiaan kau dari sini.”
     “Maafkan aku. Maafkan aku kerana mencintai Iffa semula.” Ridzki mengesat air mata yang sudah laju berlinangan di pipinya.

*~*~*~**~*~*~**~*~*~**~*~*~*~*~**~*~*~*~**~
Enjoy reading.. Jangan lupa drop komen ea.. ( *_* )~~

THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

Ugutan Cinta 12

,6/14/2013 08:01:00 AM | Comment
BAB 12


SUDAH seminggu berlalu. Cuti sekolah juga semakin tamat. Dalam tempoh seminggu ini, Iffa dan Qasyaf sibuk menguruskan hal perkahwinan mereka berdua. Itu pun setelah Iffa dipaksa oleh Encik Irham dan Puan Hanan. Kalau tidak, mana maunya dia pergi bersama Qasyaf setiap hari. Ikutkan hatinya, mau saja dia menyerahkan hal ini seratus peratus kepada Qasyaf. Al maklumlah, lelaki itu yang beria-ia mahu menjadikannya calon bini. Jadi, tanggunglah akibatnya sendiri.
     Pada pandangannya saat ini, Qasyaf sudah mulai berubah. Walaupun tidak banyak tetapi dia sepertinya nampak akan perubahan itu. Lelaki itu semakin menjadi seorang yang lebih pendiam. Tidak seperti perwatakannya sewaktu dia menemui lelaki itu buat pertama kali. Ada yang kurang di wajah kacak lelaki itu. Senyumannya. Ya, dia pasti itu. Tiada lagi gelak tawa yang menghiasinya dalam tempoh seminggu ini.
     Mungkinkah lelaki itu masih marah padanya gara-gara kejadian seminggu lalu. Takkanlah. Dia sendiri dimaklumkan oleh Qasyaf yang lelaki itu tidak akan memikirkan hal itu lagi. Tapi, apa lagi masalahnya. Bukankah semuanya sudah selesai. Mau bertanya, tapi dia masih tidak mampu untuk meluah kata semenjak kejadian tempoh hari. Dia takut terlepas kata lagi. Kalau tidak, makin parah agaknya hati Qasyaf ni. Dia menjadi serba salah.
     “Encik marahkan saya lagi ke?” Iffa bertanya perlahan. Kakinya melangkah mengikuti Qasyaf untuk menuju ke kedai kad kahwin.
     Qasyaf hanya membalas pertanyaan Iffa itu dengan senyuman. Kemudian dia terus melangkah tanpa memberi sebarang kata-kata.
     Iffa merengus geram dengan kelakuan Qasyaf. Dia berusaha untuk meminta maaf, boleh pula lelaki ini hanya tersenyum penuh misteri. Dia bukannya tahu bahasa isyarat ni. Lantak dialah nak maafkan ataupun tak, puas aku minta maaf. Saja nak kenakan aku agaknya dia ni. Omel hati Iffa. Akhirnya dia hanya diam sambil berpeluk tubuh. Menahan geram di hati.
     “Tak payah nak membebel sangat dalam hati tu.” Teguran Qasyaf membuatkan Iffa tersentak dari omelannnya.
     Aik?!! Dia faham pulak apa yang aku tengah fikirkan. Kalau dah faham, kenapa sengaja nak kenakan aku. Dah habis modal nak melayan otak aku ni agaknya. Iffa buat tak tahu dengan teguran Qasyaf.
     “Masih lagi nak mengutuk I dalam hati you tu.” Qasyaf menegur lagi. Dia masih menumpukan langkahnya.
     “Tak adalah. Mana ada saya mengutuk encik. Pandai aje encik tuduh saya. Berdosa tau tak?” Iffa cuba menyangkal. Kalau jujur, tak pasal-pasal panjang pulak diam lelaki ni.
     Qasyaf tergelak. Iffa ternganga. “Gelak jugak. Ingatkan tak nak gelak selamanya,” perli Iffa sambil berpeluk tubuh.
     “Asalnya macam tulah perancangannya. Tapi I tak boleh tahan nak kacau you lama-lama. You selalu nak buat I tergelak.” Qasyaf berterus terang.
     Iffa buat muka annoying. Memang sah lelaki ini sengaja mengenakannya. Kalaulah dia tahu, tak ingin dia meminta maaf berkali-kali. Iffa merengus geram. Tiba-tiba langkahnya terhenti.
     “Waahhhh.. Comelnya.” Serta merta keterujaan Iffa memeranjatkan Qasyaf.
      Cepat-cepat Qasyaf mengikuti langkah Iffa apabila gadis itu memasuki sebuah kedai.
     “Wahhh.. Comelnya,” ulang Iffa lagi. Dia meramas-ramas teddy bear sebesar orang dewasa itu.
     Qasyaf tergelak di belakang. Ada mata yang melirik ke arah mereka berdua. Mungkin pelik dengan kelakuan Iffa yang nampak teruja itu. Iffa menjeling ke arah Qasyaf yang seronok mentertawakan dirinya itu. Kenapa. Dia nampak pelikkah kerana meminati teddy bear. Normallah wanita suka benda sebegini. Dia saja yang tidak mengenali wanita sepenuhnya. Iffa melepaskan ramasannya kepada teddy bear itu. Dia melangkah keluar semula dari kedai dan melangkah laju ke depan.
     Qasyaf terkedek-kedek mengejar derap langkah Iffa yang semakin laju itu. Mungkin gadis ini malu kerana banyak mata yang melihat kelakuannya tadi. Qasyaf menahan tawa lagi. Memang tak dinafikan, perbuatan Iffa tadi benar-benar menarik perhatian pelanggan di kedai itu.
     Selesai sahaja mereka berdua berurusan dengan pengurus kad kahwin yang ditempahnya itu, mereka berdua pun berlalu keluar. Qasyaf menatap jam tangannya. 12:30 pm. Sudah tengah hari. Patutlah dia merasa begitu kelaparan. Iffa di sisinya itu, dipandang. Kelihatan Iffa juga lapar sepertinya. Mana tidaknya, Iffa juga sudah meraba-raba perutnya. Kelaparan.
      “Jom pergi makan. Perut I dah bernyanyi lagu dangdut dah ni,” ajak Qasyaf.
     Tanpa menunggu kata balas dari Iffa, dia menonong masuk ke dalam sebuat restoran yang berdekatan. Iffa tercengang. Disebabkan dia juga berasa lapar, dia hanya membuntuti gerak langkah Qasyaf. Qasyaf menarik kerusi dan terus melabuhkan punggungnya di kerusi itu. Iffa masih lagi berdiri tegak berhampiran meja yang di tempati oleh Qasyaf. Dia meneliti sekeliling restoran itu. Ini dah macam restoran untuk berkasih-kasih ni. Semua orang dok pegang-pegang tangan. Yang mahram. Yang bukan mahram. Yang islam. Yang bukan islam pun ada. Iffa menggeleng kepala. Mengucap banyak-banyak dalam hati.
     “Nak jadi my bodyguard ke? Tak nak duduk?” tanya Qasyaf sambil tersenyum senget. Dia tahu apa yang bermain di kepala gadis itu.
     “Tak nak cari restoran lain ke?” Soalan Qasyaf berbalas soalan.
     “You mean?” Saja Qasyaf buat-buat tak tahu.
     “Maksud saya, restoran yang lebih terbuka atau yang lebih simple. Macam cafe or something like that?” Iffa berpeluk tubuh. Dia tidak selesa makan di tempat yang kelihatan mewah ini.
     “Why? Restoran ni nampak tertutup sangat ke?” Makin menggoda senyuman Qasyaf.
     Melihatkan reaksi Qasyaf yang kurang serius itu, cepat-cepat dia menarik kerusi yang sudah tersedia tanpa banyak bicara. Dia tahu, Qasyaf sudah banyak menyediakan perisai bagi semua alasannya. Oleh kerana itu dia sanggup makan di sini dari melayan lelaki itu.
      Tidak berapa lama, makanan yang sudah ditempah sedari tadi akhirnya tiba jua di meja mereka. Disebabkan terlalu lapar, Iffa mencapai sepinggan spagetti yang diletakkan berdekatan Qasyaf. Qasyaf memandang pelik. Bukan main semangat lagi dia makan. Tadi beria nak tukar restoran. Qasyaf tergelak kecil. Iffa buat tak tahu melihat reaksi Qasyaf. Dah terlanjur ada di sini, apa salahnya menjamah makanan depan mata. Dia mencapai sudu dan garpu dan terus menikmati spagetti yang terhidang.
     “Syaf? Yes, Qasyaf. You here.” Seorang perempuan yang seusia Iffa menegur secara tiba-tiba.
     Qasyaf menoleh serta merta. Tidak lama kemudian tersungging senyuman di bibirnya. Iffa terpegun dengan kecantikan pada perempuan ini. Cantik. Memang cantik dan kelihatan vogue. Walaupun perempuan itu agak mendedahkan sedikit auratnya, tapi dia terlihat baik dan ramah melalui tegurannya kepada Qasyaf tadi.
     “Hi dear, how nice to meet you here.” Qasyaf menjemput gadis itu duduk.
     “Iffa, she’s my friend from UK.” Qasyaf memperkenalkan gadis itu kepada Iffa. “Anne, she’s my...” Kata-kata itu dipanjangkan seolah-olah dia sedang berfikir. “She’s my fiance.” Qasyaf menyambung kata-katanya sambil menjeling ke arah Iffa.


     Iffa terbatuk-batuk akibat tersedak air yang diminumnya. Gara-gara ujaran Qasyaflah dia sampai tersedak begitu. Memandai saja lelaki itu menggelar dirinya sebagai tunang Qasyaf. Rasmi pun belum. Inikan pula bertunang. Iffa merengus geram dalam hati.
     Perempuan yang hanya dikenali sebagai Anne itu mendekati Iffa.
     “Syaf, seriously. She’s beautiful.” Iffa tersentak mendengar pujian Anne. Merah terus wajahnya gara-gara dipuji sebegitu rupa.
     “Of course. My choice is totally perfect. Like her.”
     Iffa menjeling tajam ke arah Qasyaf. Nak perli akulah tu. Totally perfect konon. Huhh.. Qasyaf tergelak kecil.  Dia tahu Iffa geram terhadapnya. Dia buat tak tahu dan terus menyakat Iffa.
     “I see. She’s perfect.” Anne mengangguk membenarkan kata-kata Qasyaf. Walaupun dia baru mengenali gadis itu tapi dia dapat rasakan yang Iffa adalah seorang perempuan yang baik.
    “Okey, Iffa. You sembang dulu dengan Anne. I nak keluar kejap. Dalam 15 minit I datang semula.” Qasyaf terus bangun tanpa meminta jawapan dari Iffa.
     Iffa tercengang. Qasyaf meninggalkannya seorang diri. Dengan Anne yang hanya tahu bertutur dalam bahasa inggeris. Oh noo.. Aku bukannya terer dalam speaking ni. Buatnya salah grammar ke vocabulary ke. Tak ke naya tu. Haishh.. Ke manalah Qasyaf nak pergi tu. Boleh pulak dia tinggalkan aku seorang diri kat sini sambil terpinga-pinga. Tak tahu apa yang nak dibualkan. Akhirnya Iffa hanya meneguk air jus oren yang sudah hampir separuh diminumnya tadi.
     “He’s a good guy.” Anne memulakan bicaranya.
     Iffa tercengang. “Haa?” What do you mean? Kata Iffa dalam hatinya.
     “Syaf lelaki yang baik. Kalau you nak tau, I ex-girlfriend dia di UK dulu.”
     Sekali lagi Iffa tergamam. Terkejut kerana Anne pandai berbahasa melayu.
     “You pandai bahasa melayu?” Haiii.. Dah pandai ber ‘I’ ber ‘you’ dah aku ni. Iffa tergelak sendiri.
     “Sure. I dari malaysia. Belajar di UK dan sekarang I akan menetap di sini untuk bekerja di bawah syarikat my daddy.”
     “Owh..”
     “Macam mana you kenal dengan Qasyaf?”
     Iffa tersenyum. “Panjang ceritanya. Cerita berbulan pun tak habis.” Iffa berseloroh.
     Anne juga tergelak. “Qasyaf memang seorang lelaki yang baik. I harap you hargai dia.”
     “You kata you ex-girlfriend Syaf? Dah berapa lama? Kenapa boleh terputus hubungan you’ll berdua?” Bertubi-tubi soalan yang Iffa ajukan. Dia begitu teruja sebenarnya mendengar cerita kisah lalu Qasyaf.
     “Yes. I dengan Syaf dah putus 4 tahun lalu. Itu pun I yang putuskan hubungan. Kalau tak, mungkin I dan dia masih berhubungan sampai sekarang.” Terdengar keluhan di hujung bicara Anne.
     “Kenapa you putuskan hubungan you dengan Syaf sedangkan you tau yang dia seorang lelaki yang baik?”
     “I tak layak untuk dia, Iffa. You tengoklah cara I berpakaian. Cara I bergaul dengan lelaki bukan mahram. Kami berdua sangat berbeza. I sangat berharap Syaf dapat perempuan yang lebih baik dari I. Akhirnya, dia dah jumpa perempuan yang I harap-harapkan tu.” Anne memegang tangan Iffa.
     Iffa tersenyum kelat. Kalaulah Anne tahu hubungannya dengan Qasyaf bagai puting beliung, mungkin punah harapan gadis itu.
    “You jangan cakap macam tu. Setiap orang boleh berubah. I yakin, you akan dapat lelaki yang terbaik untuk diri you.” Iffa memberi kata semangat. Nampaknya dia sudah serasi dengan gadis itu. “Kalau you nak tau, I bukannya baik sangat.” Iffa sedikit tergelak dengan ujarannya sendiri.
     Anne juga turut tergelak. Dia menatap dalam raut wajah Iffa. Dia sangat bersyukur kerana Qasyaf ditakdirkan buat gadis itu. Iffa seorang gadis yang mudah mesra, ramah, baik, sopan bagi pandangannya. Anne tersenyum sendiri.
     “Apa yang kelakar sangat ni? Tak ajak I sekali ke?” Tiba-tiba suara Qasyaf mencelah detik-detik perkenalan Iffa dan Anne.
     “Saja I bergurau senda dengan your future wife. She’s a nice girl. Untung you dapat Iffa ni.” Anne memuji lagi. Iffa sudah tidak senang duduk.
     Qasyaf tersenyum. “Yes.. I memang rasa diri I bertuah sebab memiliki Iffa.” Lembut suara Qasyaf. Kedengaran ikhlas.
     Iffa terkedu mendengar kata-kata yang kedengaran tulus itu. Ada sesuatu yang mengetuk pintu hatinya. Huhhh.. Jangan masuk. Kau tak boleh masuk buat masa ni. Iffa menolak ‘sesuatu’ yang sudah mengetuk pintu hatinya beberapa kali itu.
     “Okey.. Apa-apa pun, I kena balik pejabat sekarang. Ada hal penting I kena selesaikan.” Qasyaf meminta izin untuk berlalu.
     Anne mengangguk. “Okey. See you next time, Iffa.”
     Iffa tersenyum manis dan mengangguk.

*~*

SELENA merempuh masuk ke pejabat Qasyaf walaupun sudah berkali-kali dihalang oleh Yanie. Dia harus bertemu dengan Qasyaf. Dia harus bersua muka untuk membincangkan hal mereka dan dia juga ingin mendapat kepastian tentang perkahwinan yang bakal dilansungkan oleh Qasyaf.
     Selena mengamuk di dalam bilik Qasyaf apabila dia mendapati lelaki itu tiada di pejabat. Yanie sudah hilang kata-kata untuk menghalang Selena yang baran itu. Hakimi juga begitu. Dia sudah menghubungi Qasyaf sebentar tadi. Mungkin dalam sepuluh minit, Qasyaf akan sampai memandangkan dia diberitahu oleh Qasyaf yang lelaki itu tidak jauh dari kawasan pejabat.
     Tidak sampai lima belas minit, Qasyaf sudah muncul di sebalik pintu syarikat. Terkocoh-kocoh Yanie mendapatkan bosnya yang sedang menuju ke pejabat.
     “Maaf, Encik Qasyaf. Cik Selena..” Belum sempat dia menhabiskan kata-kata, Qasyaf sudah memotong bicaranya.
     “Tak apa. Teruskan kerja awak.”
     Qasyaf terus menuju masuk ke dalam pejabatnya. Terlihat Selena duduk di sofa. Mungkin gadis ini sudah lama menunggu. Mana taknya, muka ketat yang ditunjukkannya kepada Qasyaf. Qasyaf buat tak tahu dan terus mengambil tempat di kerusinya.
      “Kau nak apa lagi jumpa aku kat sini?” Qasyaf berterus terang.
     Selena bangun dari sofa dan mendekati meja Qasyaf.
     “I dengar you nak kahwin. Betul ke?”
     “Ya.. Info yang kau dapat tu memang betul. Aku memang nak kahwin tengah bulan ni.”
     Selena terpana. “Sanggup you buat macam ni kat I. Patutnya I yang kahwin dengan you. Bukan perempuan yang merampas hati you dari I.” Kuat suara Selena.
     Semua staf di luar pejabat sudah mula bergosip. Yanie hanya memekakkan telinga memandangkan mejanya berdekatan dengan pejabat Qasyaf.
     “Ikut kaulah nak cakap apa sekalipun. Nah, ambil ni.” Qasyaf melempar kad kahwinnya di atas meja. Tidak sudi dia hendak beramah mesra dengan Selena.
     Selena tercengang. Terketar-ketar tangannya mengambil kad kahwin yang dilempar oleh Qasyaf. Perlahan-lahan sampul kelabu itu dibuka.
     “Buat pengetahuan kau, kau adalah orang pertama yang dapat kad kahwin ni sebab aku baru aje ambil dari kedainya tadi.” Qasyaf berpeluk tubuh. Biar padan muka kau Selena.
     Selena masih meneruskan tumpuannya pada kad kahwin Qasyaf. Satu persatu perkataan dibeleknya dengan teliti. Tiba-tiba satu baris nama telah meruntuhkan hatinya. Tak mungkin.. Dia menggeleng tidak percaya.
    “Pasangan you, Iffa Irham?” Selena inginkan kepastian semula.
     Qasyaf mengangguk penuh bangga. Sengaja dia ingin menunjukkan yang dia juga boleh berbahagia tanpa gadis itu.
     “Kenapa? You kenal?”
     Selena menutup mulut tanda tidak percaya. Tak mungkin dia..
*~*
“SAMPAI bila lagi kita nak sembunyikan perkara ni dari Iffa, bang. Saya dah tak sedap hati sangat ni.” Kedengaran suara Puan Hanan di sebalik cahaya lampu yang tidak terlalu menerangi seluruh ruang tamunya itu. Jam yang menunjukkan pukul 11.30 malam tidak menghalang mereka untuk berbincang soal ini. Mereka tahu yang Iffa sudah dibuai mimpi pada waktu begini.
     Encik Irham mengeluh. “Entahlah, Nan. Abang pun rasa bersalah pada Iffa. Bersalah sebab dia tak tahu perkara sebenar.”
     Puan Hanan juga rasa begitu. Dia takut sekiranya berita ini disampaikan kepada Iffa, nanti gadis itu tidak dapat menerima takdir. Dia seorang perempuan. Dia pasti yang Iffa akan terluka apabila mendapat tahu berita yang bakal disampaikannya itu.
     “Apa yang polis bagitahu abang tadi? Kedengarannya serius aje.”
     Encik Irham mengeluh. “Memang abang tak sangka yang Ridzwan  meninggal dengan cara macam ni.”
     “Macam mana, bang? Ada apa-apa bukti ke yang menandakan Ridzwan dibunuh?” Puan Hanan sudah tidak sabar-sabar hendak mendengar berita selanjutnya. Dia sudah tahu berita ini setelah seharian arwah meninggal dunia.
     “Polis kata ada banyak tanda luka di badannya. Lebih kepada calar rasanya. Cap jari masih dikenal pasti. Pembunuh tu sangat teliti. Apa yang abang pasti, menurut kata polis, arwah mati bukan sebab ditikam. Dan sekarang masih dalam penyiasatan.” Satu persatu Encik Irham menerangkan kepada isteri tercinta.
     Melihatkan Puan Hanan yang terkedu, Encik Irham meraih tubuh isterinya itu ke dalam pelukan. Berjurai-jurai air mata yang keluar dari tubir mata Puan Hanan. Dia tidak menyangka begini akhir kehidupan jejaka itu. Setahunya, arwah sangat baik dengan jiran tetangga dan juga dengan orang sekelilingnya. Siapa yang tergamak membunuh seorang insan yang sudah menabur budi pada dia dan keluarganya. Puan Hanan teresak-esak.
     “Ya Allah, abang. Sampainya hati pembunuh tu, bang. Kenapa dia sanggup bunuh Wan sampai terseksa macam tu sekali. Wan baik, bang. Wan tak salah. Kenapa dia harus dibunuh?” Nampaknya Puan Hanan yang mendengar penjelasan dari Encik Irham juga tidak dapat menerima kenyataan sepenuhnya.
     Bukkk!!
     Encik Irham dan Puan Hanan segera menoleh ke arah bunyi yang datang. Kelihatan Iffa yang sudah terduduk lesu dengan juraian air mata yang tidak putus-putus sedari tadi. Puan Hanan tergamam melihat reaksi anak gadisnya itu. Cepat-cepat dia meluru ke arah Iffa dan terus meraihnya ke dalam dakapan.
     “Iffa, kenapa ni?” Walaupun Puan Hanan tahu yang Iffa sudah terdengar perbualannya dengan Encik Irham, dia tetap ingin menenangkan anaknya.
     Iffa tidak menjawab. Sebaliknya dia terus menjerit keesakan dengan tangisnya yang semakin jelas kedengaran di corong telinga Puan Hanan dan Encik Irham. Puan Hanan menyeka air mata yang jatuh berjuraian di pipi mulus gadis itu. Dia juga turut menyeka air matanya yang berjuraian.
     Iffa menangis semahunya. Kenapa perkara sepenting ini harus dirahsiakan kepadanya. Kenapa semua orang menganggapnya lemah tidak berdaya. Sungguh, dia lagi lemah apabila tahu dalam keadaan sebegini. Dia benar-benar terkejut apabila mendengar perbualan antara kedua ibu-bapanya itu. Dia pejam mata. Berharap semuanya hilang selepas dia membuka matanya kembali.
     Puan Hanan terkedu apabila melihat tubuh Iffa yang semakin lemah menyembah lantai. Iffa pengsan? Hatinya digamit kerisauan yang teramat. Tubuh Iffa diraih ke dalam dakapan. Pipi gadis itu ditampar-tampar lembut dengan harapan agar gadis itu segera membuka mata. Tapi sia-sia saja usaha Puan Hanan apabila perbuatannya itu tidak membuahkan hasil.
     “Abang, kita kena bawa Iffa ke hospital.” Kuat suara Puan Hanan sambil menangis tersedu-sedu.
     Puan Hanan tidak mahu apa-apa terjadi pada Iffa. Cukuplah dengan keadaan anak sulungnya, Airil menyeksa batinnya apabila melihat anak lelakinya itu terbaring lesu di atas katil. Dia tidak mahu kejadian yang sama berlaku kepada Iffa. Dia cuma mempunyai dua orang anak. Dia tidak mahu kehilangan kedua-duanya.

     Puan Hanan memapah Iffa memasuki kereta. Encik Irham sudah menerobos masuk ke dalam kereta dan sudah bersiap sedia memegang stereng kereta. Setelah Puan Hanan mengunci pintu pagar, mereka terus bergerak ke hosptal dengan berbagai rasa. Sedih. Kecewa. Semuanya bagai bersatu mencipta satu memori pahit yang sukar untuk diterima.

THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...