BAB 12
SUDAH seminggu
berlalu. Cuti sekolah juga semakin tamat. Dalam tempoh seminggu ini, Iffa dan
Qasyaf sibuk menguruskan hal perkahwinan mereka berdua. Itu pun setelah Iffa
dipaksa oleh Encik Irham dan Puan Hanan. Kalau tidak, mana maunya dia pergi
bersama Qasyaf setiap hari. Ikutkan hatinya, mau saja dia menyerahkan hal ini
seratus peratus kepada Qasyaf. Al maklumlah, lelaki itu yang beria-ia mahu
menjadikannya calon bini. Jadi, tanggunglah akibatnya sendiri.
Pada pandangannya saat
ini, Qasyaf sudah mulai berubah. Walaupun tidak banyak tetapi dia sepertinya
nampak akan perubahan itu. Lelaki itu semakin menjadi seorang yang lebih
pendiam. Tidak seperti perwatakannya sewaktu dia menemui lelaki itu buat
pertama kali. Ada yang kurang di wajah kacak lelaki itu. Senyumannya. Ya, dia pasti
itu. Tiada lagi gelak tawa yang menghiasinya dalam tempoh seminggu ini.
Mungkinkah lelaki itu
masih marah padanya gara-gara kejadian seminggu lalu. Takkanlah. Dia sendiri
dimaklumkan oleh Qasyaf yang lelaki itu tidak akan memikirkan hal itu lagi.
Tapi, apa lagi masalahnya. Bukankah semuanya sudah selesai. Mau bertanya, tapi
dia masih tidak mampu untuk meluah kata semenjak kejadian tempoh hari. Dia
takut terlepas kata lagi. Kalau tidak, makin parah agaknya hati Qasyaf ni. Dia
menjadi serba salah.
“Encik marahkan saya
lagi ke?” Iffa bertanya perlahan. Kakinya melangkah mengikuti Qasyaf untuk
menuju ke kedai kad kahwin.
Qasyaf hanya membalas
pertanyaan Iffa itu dengan senyuman. Kemudian dia terus melangkah tanpa memberi
sebarang kata-kata.
Iffa merengus geram
dengan kelakuan Qasyaf. Dia berusaha untuk meminta maaf, boleh pula lelaki ini
hanya tersenyum penuh misteri. Dia bukannya tahu bahasa isyarat ni. Lantak
dialah nak maafkan ataupun tak, puas aku minta maaf. Saja nak kenakan aku agaknya
dia ni. Omel hati Iffa. Akhirnya dia hanya diam sambil berpeluk tubuh. Menahan
geram di hati.
“Tak payah nak membebel
sangat dalam hati tu.” Teguran Qasyaf membuatkan Iffa tersentak dari omelannnya.
Aik?!! Dia faham
pulak apa yang aku tengah fikirkan. Kalau dah faham, kenapa sengaja nak kenakan
aku. Dah habis modal nak melayan otak aku ni agaknya. Iffa buat tak tahu dengan
teguran Qasyaf.
“Masih lagi nak mengutuk
I dalam hati you tu.” Qasyaf menegur lagi. Dia masih menumpukan langkahnya.
“Tak adalah. Mana ada
saya mengutuk encik. Pandai aje encik tuduh saya. Berdosa tau tak?” Iffa cuba
menyangkal. Kalau jujur, tak pasal-pasal panjang pulak diam lelaki ni.
Qasyaf tergelak. Iffa
ternganga. “Gelak jugak. Ingatkan tak nak gelak selamanya,” perli Iffa sambil
berpeluk tubuh.
“Asalnya macam tulah
perancangannya. Tapi I tak boleh tahan nak kacau you lama-lama. You selalu nak
buat I tergelak.” Qasyaf berterus terang.
Iffa buat muka annoying.
Memang sah lelaki ini sengaja mengenakannya. Kalaulah dia tahu, tak ingin dia
meminta maaf berkali-kali. Iffa merengus geram. Tiba-tiba langkahnya terhenti.
“Waahhhh.. Comelnya.” Serta
merta keterujaan Iffa memeranjatkan Qasyaf.
Cepat-cepat Qasyaf
mengikuti langkah Iffa apabila gadis itu memasuki sebuah kedai.
“Wahhh.. Comelnya,”
ulang Iffa lagi. Dia meramas-ramas teddy bear sebesar orang dewasa itu.
Qasyaf tergelak di
belakang. Ada mata yang melirik ke arah mereka berdua. Mungkin pelik dengan
kelakuan Iffa yang nampak teruja itu. Iffa menjeling ke arah Qasyaf yang
seronok mentertawakan dirinya itu. Kenapa. Dia nampak pelikkah kerana meminati
teddy bear. Normallah wanita suka benda sebegini. Dia saja yang tidak mengenali
wanita sepenuhnya. Iffa melepaskan ramasannya kepada teddy bear itu. Dia
melangkah keluar semula dari kedai dan melangkah laju ke depan.
Qasyaf terkedek-kedek
mengejar derap langkah Iffa yang semakin laju itu. Mungkin gadis ini malu kerana
banyak mata yang melihat kelakuannya tadi. Qasyaf menahan tawa lagi. Memang tak
dinafikan, perbuatan Iffa tadi benar-benar menarik perhatian pelanggan di kedai
itu.
Selesai sahaja mereka
berdua berurusan dengan pengurus kad kahwin yang ditempahnya itu, mereka berdua
pun berlalu keluar. Qasyaf menatap jam tangannya. 12:30 pm. Sudah tengah hari.
Patutlah dia merasa begitu kelaparan. Iffa di sisinya itu, dipandang. Kelihatan
Iffa juga lapar sepertinya. Mana tidaknya, Iffa juga sudah meraba-raba
perutnya. Kelaparan.
“Jom pergi makan. Perut
I dah bernyanyi lagu dangdut dah ni,” ajak Qasyaf.
Tanpa menunggu kata
balas dari Iffa, dia menonong masuk ke dalam sebuat restoran yang berdekatan.
Iffa tercengang. Disebabkan dia juga berasa lapar, dia hanya membuntuti gerak
langkah Qasyaf. Qasyaf menarik kerusi dan terus melabuhkan punggungnya di
kerusi itu. Iffa masih lagi berdiri tegak berhampiran meja yang di tempati oleh
Qasyaf. Dia meneliti sekeliling restoran itu. Ini dah macam restoran untuk
berkasih-kasih ni. Semua orang dok pegang-pegang tangan. Yang mahram. Yang
bukan mahram. Yang islam. Yang bukan islam pun ada. Iffa menggeleng kepala.
Mengucap banyak-banyak dalam hati.
“Nak jadi my
bodyguard ke? Tak nak duduk?” tanya Qasyaf sambil tersenyum senget. Dia
tahu apa yang bermain di kepala gadis itu.
“Tak nak cari restoran
lain ke?” Soalan Qasyaf berbalas soalan.
“You mean?” Saja
Qasyaf buat-buat tak tahu.
“Maksud saya, restoran
yang lebih terbuka atau yang lebih simple. Macam cafe or something like
that?” Iffa berpeluk tubuh. Dia tidak selesa makan di tempat yang kelihatan
mewah ini.
“Why? Restoran ni
nampak tertutup sangat ke?” Makin menggoda senyuman Qasyaf.
Melihatkan reaksi Qasyaf
yang kurang serius itu, cepat-cepat dia menarik kerusi yang sudah tersedia
tanpa banyak bicara. Dia tahu, Qasyaf sudah banyak menyediakan perisai bagi
semua alasannya. Oleh kerana itu dia sanggup makan di sini dari melayan lelaki
itu.
Tidak berapa lama,
makanan yang sudah ditempah sedari tadi akhirnya tiba jua di meja mereka.
Disebabkan terlalu lapar, Iffa mencapai sepinggan spagetti yang diletakkan
berdekatan Qasyaf. Qasyaf memandang pelik. Bukan main semangat lagi dia makan.
Tadi beria nak tukar restoran. Qasyaf tergelak kecil. Iffa buat tak tahu
melihat reaksi Qasyaf. Dah terlanjur ada di sini, apa salahnya menjamah makanan
depan mata. Dia mencapai sudu dan garpu dan terus menikmati spagetti yang
terhidang.
“Syaf? Yes, Qasyaf.
You here.” Seorang perempuan yang seusia Iffa menegur secara tiba-tiba.
Qasyaf menoleh serta
merta. Tidak lama kemudian tersungging senyuman di bibirnya. Iffa terpegun
dengan kecantikan pada perempuan ini. Cantik. Memang cantik dan kelihatan vogue.
Walaupun perempuan itu agak mendedahkan sedikit auratnya, tapi dia terlihat
baik dan ramah melalui tegurannya kepada Qasyaf tadi.
“Hi dear, how nice to
meet you here.” Qasyaf menjemput gadis itu duduk.
“Iffa, she’s my friend
from UK.” Qasyaf memperkenalkan gadis itu kepada Iffa. “Anne, she’s
my...” Kata-kata itu dipanjangkan seolah-olah dia sedang berfikir. “She’s
my fiance.” Qasyaf menyambung kata-katanya sambil menjeling ke arah Iffa.
Iffa terbatuk-batuk
akibat tersedak air yang diminumnya. Gara-gara ujaran Qasyaflah dia sampai
tersedak begitu. Memandai saja lelaki itu menggelar dirinya sebagai tunang
Qasyaf. Rasmi pun belum. Inikan pula bertunang. Iffa merengus geram dalam hati.
Perempuan yang hanya
dikenali sebagai Anne itu mendekati Iffa.
“Syaf, seriously.
She’s beautiful.” Iffa tersentak mendengar pujian Anne. Merah terus
wajahnya gara-gara dipuji sebegitu rupa.
“Of course. My choice
is totally perfect. Like her.”
Iffa menjeling tajam ke
arah Qasyaf. Nak perli akulah tu. Totally perfect konon. Huhh.. Qasyaf
tergelak kecil. Dia tahu Iffa geram
terhadapnya. Dia buat tak tahu dan terus menyakat Iffa.
“I see. She’s
perfect.” Anne mengangguk membenarkan kata-kata Qasyaf. Walaupun dia baru mengenali
gadis itu tapi dia dapat rasakan yang Iffa adalah seorang perempuan yang baik.
“Okey, Iffa. You sembang
dulu dengan Anne. I nak keluar kejap. Dalam 15 minit I datang semula.” Qasyaf
terus bangun tanpa meminta jawapan dari Iffa.
Iffa tercengang. Qasyaf
meninggalkannya seorang diri. Dengan Anne yang hanya tahu bertutur dalam bahasa
inggeris. Oh noo.. Aku bukannya terer dalam speaking ni. Buatnya salah grammar
ke vocabulary ke. Tak ke naya tu. Haishh.. Ke manalah Qasyaf nak
pergi tu. Boleh pulak dia tinggalkan aku seorang diri kat sini sambil
terpinga-pinga. Tak tahu apa yang nak dibualkan. Akhirnya Iffa hanya meneguk
air jus oren yang sudah hampir separuh diminumnya tadi.
“He’s a good guy.”
Anne memulakan bicaranya.
Iffa tercengang. “Haa?” What
do you mean? Kata Iffa dalam hatinya.
“Syaf lelaki yang baik.
Kalau you nak tau, I ex-girlfriend dia di UK dulu.”
Sekali lagi Iffa
tergamam. Terkejut kerana Anne pandai berbahasa melayu.
“You pandai bahasa
melayu?” Haiii.. Dah pandai ber ‘I’ ber ‘you’ dah aku ni. Iffa tergelak
sendiri.
“Sure. I dari
malaysia. Belajar di UK dan sekarang I akan menetap di sini untuk bekerja di
bawah syarikat my daddy.”
“Owh..”
“Macam mana you kenal
dengan Qasyaf?”
Iffa tersenyum. “Panjang
ceritanya. Cerita berbulan pun tak habis.” Iffa berseloroh.
Anne juga tergelak.
“Qasyaf memang seorang lelaki yang baik. I harap you hargai dia.”
“You kata you
ex-girlfriend Syaf? Dah berapa lama? Kenapa boleh terputus hubungan you’ll
berdua?” Bertubi-tubi soalan yang Iffa ajukan. Dia begitu teruja sebenarnya
mendengar cerita kisah lalu Qasyaf.
“Yes. I dengan
Syaf dah putus 4 tahun lalu. Itu pun I yang putuskan hubungan. Kalau tak,
mungkin I dan dia masih berhubungan sampai sekarang.” Terdengar keluhan di
hujung bicara Anne.
“Kenapa you putuskan
hubungan you dengan Syaf sedangkan you tau yang dia seorang lelaki yang baik?”
“I tak layak untuk dia,
Iffa. You tengoklah cara I berpakaian. Cara I bergaul dengan lelaki bukan
mahram. Kami berdua sangat berbeza. I sangat berharap Syaf dapat perempuan yang
lebih baik dari I. Akhirnya, dia dah jumpa perempuan yang I harap-harapkan tu.”
Anne memegang tangan Iffa.
Iffa tersenyum kelat.
Kalaulah Anne tahu hubungannya dengan Qasyaf bagai puting beliung, mungkin
punah harapan gadis itu.
“You jangan cakap macam
tu. Setiap orang boleh berubah. I yakin, you akan dapat lelaki yang terbaik
untuk diri you.” Iffa memberi kata semangat. Nampaknya dia sudah serasi dengan
gadis itu. “Kalau you nak tau, I bukannya baik sangat.” Iffa sedikit tergelak
dengan ujarannya sendiri.
Anne juga turut
tergelak. Dia menatap dalam raut wajah Iffa. Dia sangat bersyukur kerana Qasyaf
ditakdirkan buat gadis itu. Iffa seorang gadis yang mudah mesra, ramah, baik,
sopan bagi pandangannya. Anne tersenyum sendiri.
“Apa yang kelakar sangat
ni? Tak ajak I sekali ke?” Tiba-tiba suara Qasyaf mencelah detik-detik
perkenalan Iffa dan Anne.
“Saja I bergurau senda
dengan your future wife. She’s a nice girl. Untung you dapat Iffa ni.”
Anne memuji lagi. Iffa sudah tidak senang duduk.
Qasyaf tersenyum. “Yes..
I memang rasa diri I bertuah sebab memiliki Iffa.” Lembut suara Qasyaf. Kedengaran
ikhlas.
Iffa terkedu mendengar
kata-kata yang kedengaran tulus itu. Ada sesuatu yang mengetuk pintu hatinya.
Huhhh.. Jangan masuk. Kau tak boleh masuk buat masa ni. Iffa menolak ‘sesuatu’
yang sudah mengetuk pintu hatinya beberapa kali itu.
“Okey.. Apa-apa pun, I
kena balik pejabat sekarang. Ada hal penting I kena selesaikan.” Qasyaf meminta
izin untuk berlalu.
Anne mengangguk. “Okey.
See you next time, Iffa.”
Iffa tersenyum manis dan
mengangguk.
*~*
SELENA merempuh masuk
ke pejabat Qasyaf walaupun sudah berkali-kali dihalang oleh Yanie. Dia harus
bertemu dengan Qasyaf. Dia harus bersua muka untuk membincangkan hal mereka dan
dia juga ingin mendapat kepastian tentang perkahwinan yang bakal dilansungkan
oleh Qasyaf.
Selena mengamuk di dalam
bilik Qasyaf apabila dia mendapati lelaki itu tiada di pejabat. Yanie sudah
hilang kata-kata untuk menghalang Selena yang baran itu. Hakimi juga begitu.
Dia sudah menghubungi Qasyaf sebentar tadi. Mungkin dalam sepuluh minit, Qasyaf
akan sampai memandangkan dia diberitahu oleh Qasyaf yang lelaki itu tidak jauh
dari kawasan pejabat.
Tidak sampai lima belas
minit, Qasyaf sudah muncul di sebalik pintu syarikat. Terkocoh-kocoh Yanie mendapatkan
bosnya yang sedang menuju ke pejabat.
“Maaf, Encik Qasyaf. Cik
Selena..” Belum sempat dia menhabiskan kata-kata, Qasyaf sudah memotong
bicaranya.
“Tak apa. Teruskan kerja
awak.”
Qasyaf terus menuju
masuk ke dalam pejabatnya. Terlihat Selena duduk di sofa. Mungkin gadis ini
sudah lama menunggu. Mana taknya, muka ketat yang ditunjukkannya kepada Qasyaf.
Qasyaf buat tak tahu dan terus mengambil tempat di kerusinya.
“Kau nak apa lagi jumpa
aku kat sini?” Qasyaf berterus terang.
Selena bangun dari sofa
dan mendekati meja Qasyaf.
“I dengar you nak
kahwin. Betul ke?”
“Ya.. Info yang kau
dapat tu memang betul. Aku memang nak kahwin tengah bulan ni.”
Selena terpana. “Sanggup
you buat macam ni kat I. Patutnya I yang kahwin dengan you. Bukan perempuan
yang merampas hati you dari I.” Kuat suara Selena.
Semua staf di luar
pejabat sudah mula bergosip. Yanie hanya memekakkan telinga memandangkan
mejanya berdekatan dengan pejabat Qasyaf.
“Ikut kaulah nak cakap
apa sekalipun. Nah, ambil ni.” Qasyaf melempar kad kahwinnya di atas meja.
Tidak sudi dia hendak beramah mesra dengan Selena.
Selena tercengang.
Terketar-ketar tangannya mengambil kad kahwin yang dilempar oleh Qasyaf. Perlahan-lahan
sampul kelabu itu dibuka.
“Buat pengetahuan kau,
kau adalah orang pertama yang dapat kad kahwin ni sebab aku baru aje ambil dari
kedainya tadi.” Qasyaf berpeluk tubuh. Biar padan muka kau Selena.
Selena masih meneruskan
tumpuannya pada kad kahwin Qasyaf. Satu persatu perkataan dibeleknya dengan
teliti. Tiba-tiba satu baris nama telah meruntuhkan hatinya. Tak mungkin.. Dia
menggeleng tidak percaya.
“Pasangan you, Iffa
Irham?” Selena inginkan kepastian semula.
Qasyaf mengangguk penuh
bangga. Sengaja dia ingin menunjukkan yang dia juga boleh berbahagia tanpa
gadis itu.
“Kenapa? You kenal?”
Selena menutup mulut
tanda tidak percaya. Tak mungkin dia..
*~*
“SAMPAI bila lagi kita
nak sembunyikan perkara ni dari Iffa, bang. Saya dah tak sedap hati sangat ni.”
Kedengaran suara Puan Hanan di sebalik cahaya lampu yang tidak terlalu menerangi
seluruh ruang tamunya itu. Jam yang menunjukkan pukul 11.30 malam tidak
menghalang mereka untuk berbincang soal ini. Mereka tahu yang Iffa sudah dibuai
mimpi pada waktu begini.
Encik Irham mengeluh. “Entahlah,
Nan. Abang pun rasa bersalah pada Iffa. Bersalah sebab dia tak tahu perkara
sebenar.”
Puan Hanan juga rasa
begitu. Dia takut sekiranya berita ini disampaikan kepada Iffa, nanti gadis itu
tidak dapat menerima takdir. Dia seorang perempuan. Dia pasti yang Iffa akan
terluka apabila mendapat tahu berita yang bakal disampaikannya itu.
“Apa yang polis bagitahu
abang tadi? Kedengarannya serius aje.”
Encik Irham mengeluh. “Memang
abang tak sangka yang Ridzwan meninggal
dengan cara macam ni.”
“Macam mana, bang? Ada
apa-apa bukti ke yang menandakan Ridzwan dibunuh?” Puan Hanan sudah tidak
sabar-sabar hendak mendengar berita selanjutnya. Dia sudah tahu berita ini
setelah seharian arwah meninggal dunia.
“Polis kata ada banyak
tanda luka di badannya. Lebih kepada calar rasanya. Cap jari masih dikenal
pasti. Pembunuh tu sangat teliti. Apa yang abang pasti, menurut kata polis,
arwah mati bukan sebab ditikam. Dan sekarang masih dalam penyiasatan.” Satu
persatu Encik Irham menerangkan kepada isteri tercinta.
Melihatkan Puan Hanan
yang terkedu, Encik Irham meraih tubuh isterinya itu ke dalam pelukan.
Berjurai-jurai air mata yang keluar dari tubir mata Puan Hanan. Dia tidak
menyangka begini akhir kehidupan jejaka itu. Setahunya, arwah sangat baik
dengan jiran tetangga dan juga dengan orang sekelilingnya. Siapa yang tergamak
membunuh seorang insan yang sudah menabur budi pada dia dan keluarganya. Puan
Hanan teresak-esak.
“Ya Allah, abang. Sampainya
hati pembunuh tu, bang. Kenapa dia sanggup bunuh Wan sampai terseksa macam tu
sekali. Wan baik, bang. Wan tak salah. Kenapa dia harus dibunuh?” Nampaknya
Puan Hanan yang mendengar penjelasan dari Encik Irham juga tidak dapat menerima
kenyataan sepenuhnya.
Bukkk!!
Encik Irham dan Puan
Hanan segera menoleh ke arah bunyi yang datang. Kelihatan Iffa yang sudah
terduduk lesu dengan juraian air mata yang tidak putus-putus sedari tadi. Puan
Hanan tergamam melihat reaksi anak gadisnya itu. Cepat-cepat dia meluru ke arah
Iffa dan terus meraihnya ke dalam dakapan.
“Iffa, kenapa ni?”
Walaupun Puan Hanan tahu yang Iffa sudah terdengar perbualannya dengan Encik
Irham, dia tetap ingin menenangkan anaknya.
Iffa tidak menjawab.
Sebaliknya dia terus menjerit keesakan dengan tangisnya yang semakin jelas
kedengaran di corong telinga Puan Hanan dan Encik Irham. Puan Hanan menyeka air
mata yang jatuh berjuraian di pipi mulus gadis itu. Dia juga turut menyeka air
matanya yang berjuraian.
Iffa menangis semahunya.
Kenapa perkara sepenting ini harus dirahsiakan kepadanya. Kenapa semua orang
menganggapnya lemah tidak berdaya. Sungguh, dia lagi lemah apabila tahu dalam
keadaan sebegini. Dia benar-benar terkejut apabila mendengar perbualan antara
kedua ibu-bapanya itu. Dia pejam mata. Berharap semuanya hilang selepas dia
membuka matanya kembali.
Puan Hanan terkedu
apabila melihat tubuh Iffa yang semakin lemah menyembah lantai. Iffa pengsan?
Hatinya digamit kerisauan yang teramat. Tubuh Iffa diraih ke dalam dakapan.
Pipi gadis itu ditampar-tampar lembut dengan harapan agar gadis itu segera
membuka mata. Tapi sia-sia saja usaha Puan Hanan apabila perbuatannya itu tidak
membuahkan hasil.
“Abang, kita kena bawa
Iffa ke hospital.” Kuat suara Puan Hanan sambil menangis tersedu-sedu.
Puan Hanan tidak mahu
apa-apa terjadi pada Iffa. Cukuplah dengan keadaan anak sulungnya, Airil
menyeksa batinnya apabila melihat anak lelakinya itu terbaring lesu di atas
katil. Dia tidak mahu kejadian yang sama berlaku kepada Iffa. Dia cuma
mempunyai dua orang anak. Dia tidak mahu kehilangan kedua-duanya.
Puan Hanan memapah Iffa
memasuki kereta. Encik Irham sudah menerobos masuk ke dalam kereta dan sudah
bersiap sedia memegang stereng kereta. Setelah Puan Hanan mengunci pintu pagar,
mereka terus bergerak ke hosptal dengan berbagai rasa. Sedih. Kecewa. Semuanya
bagai bersatu mencipta satu memori pahit yang sukar untuk diterima.
No comments:
Post a Comment