~ Cinta Itu Milik Aku 3 ~

,9/29/2012 08:22:00 AM | 1 Comment

  Cinta Itu Milik Aku BAB 3

   Ketibaan hari ahad benar-benar membuatkan Aliesya tenang. Hanya hari inilah hari yang dapat merenggangkan segala sendi-sendinya yang tegang akibat kurang bersenam. Bunyi kicauan burung pagi itu kedengaran sangat indah bunyinya. Aroma dipagi hari itu sangat segar. Sesuai untuk bersenam dan menenangkan fikirannya yang sedang berserabut itu.
     Pagi-pagi lagi Aliesya sudah terpacak di meja makan. Entah apa yang membuatkannya bangun awal pun dia tidak tahu. Tudung saji diatas meja dibuka Aliesya. Kosong? Matanya dikerlingkan kearah jam dinding yang terdapat diatas peti sejuk. Jarum jam yang menunjukkan pukul 6.00 pagi itu memeranjatkan Aliesya. Laa.. Patutlah kosong. Aku yang terawal sangat. Exited terlebih nak bangun pun. Hatinya berkata. Tak apalah. Kalau dah kosong, biar aku je lah yang masak. Masak simple-simple je sudah. Kalau masak over-over nanti kena perli pulak. Ha ha ha. Bibirnya tersenyum senang.
     Dicapainya kuali yang tersangkut didinding. Peti sejuk dibuka. Nak masak apa ya pagi-pagi ni? Kening kirinya diangkat tinggi. Seolah-olah seorang detective saja gayanya. Terlihat dua bungkus mee kuning disudut peti. Ha, aku dah tau nak masak apa. Hatinya berbunga riang. Sesekali bibirnya bernyanyi-nyanyi kecil. Sekadar hanya dia yang mendengar. Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak mee goreng dikeluarkan.
     Tidak sampai setengah jam, semua bahan-bahan sudah siap terkumpul. Tinggal masak aje ni. Getus hatinya. Api dibuka. “Okey tuan-tuan dan puan-puan. Lihatlah bagaimana terernya chef Nur Adrianna Aliesya memasak mee goreng special. Ha ha ha..” Aliesya berlagak seperti seorang chef terkenal. Dengan apron yang tersarung ditubuhnya itu, lagi membuatkan lakonannya real sahaja.
     “Ala.. Setakat mee goreng special tu kat kedai mamak pun boleh dapat.” 
     Arghh.. Suara itu benar-benar menjatuhkan semangatnya untuk meneruskan niatnya untuk memasak. “Apa abang ni? Pagi-pagi dah nak menyakat orang. Lantak Sya la nak masak apa pun. Sibuk aje. Busybody.” bidas Aliesya melihat abangnya, Fazrin sudah ter’congok’ memerhati gerak gerinya membuat kerja.
     Fazrin tergelak kecil. “Laa. Tak apa lah. Abang pun tengah rajin nak tolong Sya ni?” ujarnya mendekati Aliesya yang lagi sedang memasukkan bahan-bahan mee kedalam kuali.
     Aliesya menjeling kearah Fazrin. “Tolong apa? Kalau setakat tolong tengok, baik tak payah. Buang masa aje. Dont disturb me please. I’m so busy now okey.” Aliesya membalas sinis terhadap Fazrin.
     Lagi kuatlah gelak Fazrin mendengar kata-kata Aliesya. “Wah.. my sister is going to be a lion now.” sengaja dia hendak menaikkan kemarahan Aliesya.
     Sabar Liesya.. sabar. Sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang sabar. Abang kau ni memang sentimental sikit. So tak payah layan okey? Aliesya memujuk nafsu amarahnya. Kerjanya diteruskan tanpa menjawap layanan Fazrin.
     “Fazrin Irham”
     Ha, sudah kedengaran suara Puan Zadriana menegur Fazrin. Siap nama penuh pulak tu. Aliesya dan Fazrin menoleh kearah pemilik suara itu. Fazrin hanya tersenyum-senyum kambing melihat Puan Zadriana. Puan Zadriana mendekati Fazrin. Satu cubitan hinggap ke lengan Fazrin. Aliesya sudah menahan ketawa melihat wajah Fazrin yang semakin ‘cuak’ itu.
     “Kamu janganlah kacau Sya tu. Tak nampak dia tengah masak? Dibuatnya kuali terbalik macam mana?” Ha, mulalah Puan Zadriana membebel.
     Terkulat-kulat wajah Fazrin memandang Puan Zadriana. “Ya lah mak.” Fazrin mengalah juga akhirnya.
     Fazrin menoleh kearah Aliesya. Aliesya yang tersengih-sengih itu mengangkat ibu jarinya. “Thumb up.” Hanya dua perkataan itu membuatkan ketawa Aliesya yang ditahannya sedari tadi terhambur keluar.
     “Ha.. Gelak lah gelak. Sat gi abang pulak yang dok gelak kat Sya nanti. Just wait okey?” Fazrin menjeling. Huh.. Tidak makan saman betul lah si Sya ni. Siap aku kerjakan kau nanti. He he he. Rancangan nakal sudah muncul di ruang fikirannya. “Dah pergi masuk dalam sana.” Kata-kata Puan Zadriana mematikan lamunan Fazrin. “Okey my lovely mother.” ringkas sahaja Fazrin membalas kemudian kakinya melangkah ke ruang tamu.
     “Nanti abang kerjakan Sya.” Sempat lagi Fazrin meninggalkan pesan. Puan Zadriana hanya menggeleng. Hai budak-budak ni. Tak padan dengan tua. Bisik hatinya.
     “I dont care!!” kata Aliesya sedikit menjerit kerana Fazrin semakin hilang dari pandangannya.
     Aliesya menumpukan perhatiannya kepada masakan. Setelah 10 minit berlalu, mee goreng special buatan Aliesya siap dihidangkan. Hanya tunggu komen la nampaknya. Hi hi hi.. Puan Zadriana hanya melihat Aliesya melakukan kerja dapur itu. Sesekali air kopi di tangannya diteguk.
     “Bagus anak mak. Pandai buat kerja ya.” Puan Zadriana memuji Aliesya. Aliesya hanya membalas pujian itu dengan senyuman manis. Malu dia hendak menjawap. Kalau diikutkan, mana hendaknya dia ke dapur untuk memasak. Sebulan sekali belum tentu. Hanya hari ini sahaja yang terlebih rajin. Charge tenaga lama sangat agaknya malam tadi. Aliesya tersenyum sendiri.
     Puan Zadriana sudah mencapai pinggan mangkuk. “Sya.. Panggil abang dan ayah kamu makan sekali. Bukan senang nak makan dengan mereka berdua tu. Busy memanjang.” kata Puan Zadriana. Pinggan mangkuk yang dicapainya tadi sudah tersusun kemas diatas meja.
     Aliesya hanya mengangguk tanda paham. Kakinya dihalakan ke tangga. Niatnya terbantut untuk ke tingkat atas apabila terlihat ayahnya Encik Rahimi leka membaca surat khabar. Ditujunya ke arah Encik Rahimi.
     “Morning ayah.. Jom breakfast.” pelawa Aliesya sambil memeluk ayahnya dari belakang.
     Encik Rahimi menoleh kearah Aliesya. Satu senyuman lahir dari bibirnya buat Aliesya. “Morning too. Jom kita breakfast.” Encik Rahimi melipat surat khabar yang berada ditangannya. Kemudian surat khabar itu diletakkan diatas meja kopi dihadapannya.
     Encik Rahimi sudah pergi menghilang disebalik dinding untuk menuju ke dapur. Aliesya meneruskan niatnya untuk ke tingkat atas. Dia harus menjemput abangnya pula. Macam tak boleh turun sendiri. Makan pun nak kena jemput macam putera raja. Bibirnya membebel perlahn. Sekadar hanya dia yang mendengar. Sesampai di tingkat atas, dia tercari-cari kelibat Fazrin. Mana pulak abang aku yang sorang ni? Entah mengapa dia brasa seram sejuk pula bersendirian.
     Aliesya mengintai-ngintai ke dalam bilik Fazrin. Gelap. Langsir juga tidak berselak. Bulu roma sudak menegak tinggi. Mukanya diraup beberapa kali. “Abang?” panggil Aliesya sementara matanya masih lagi melilau-lilau mencari kelibat Fazrin. Panggilannya tidak berjawab.
     “Abang Fazrin Irham?” panggilnya lagi. Kali ini juga panggilannya tidak berjawab.
     Tubuhnya dipeluk. Bulu romanya yang menegak masih lagi tidak turun-turun. Seram sejuk sudah menyelubungi dirinya. Sudahnya dia berniat untuk kembali ke tingkat bawah. Tidak sampai bebrapa langkah menuju ke tangga, bahunya disentuh seseorang. Cepat-cepat Aliesya menoleh kearah belakang. Tiba-tiba..
    “ARGHHH!!!... Hanttuuuu...” sehabis suara Aliesya menjerit. Lembaga bersarungkan kain putih didepannya benar-benar menyentap jantungnya.
     Satu gelakan kuat memenuhi ruang tengah itu. Aliesya yang tadinya banyak berdoa dijauhkan syaitan durjana, cepat-cepat membuka mata yang tertutup rapat. Kelihatan Fazrin yang mengenakan kain telekung miliknya bersertakan secalit contengan gincu di sebahagian mukanya tergelak-gelak sambil menahan perutnya akibat terlau banyak ketawa. Aliesya sudah memasam muka melihat Fazrin. Geram betul hatinya dengan Fazrin yang sengaja mempermain-mainkan kekuatan rohaninya itu. Akhirnya Aliesya meninggalkan Fazrin berseorangan tanpa mempelawa lelaki itu untuk menjamu selera.
     “Padan muka dik oii.. Siapa suruh nak lawan abang kau yang genius ni.” kata Fazrin perlahan bersisakan gelak tawanya yang belum berakhir.
     Biarlah dia merajuk. Kejap lagi baik lah tu. Fazrin berbisik didalam hati. Kemudian dia turun ke tingkat bawah menuju ke dapur untuk bersarapan.
     “NUR Aliesya Adrianna.” Aliesya tersentak. Tersedar dari lamunannya sendiri.
     Kelihatan wajah sugul milik Najihah sambil bercekak pinggang dihadapannya. Aliesya sudah tersengih-sengih kambing memandang Najihah.
     “Nak apa my lovely friends?” kata Aliesya ingin menaikkan senyuman Najihah kembali. Ada juga rasa serba salah dihatinya kerana mengabaikan rakannya itu.
     Najihah berpeluk tubuh. “Kau ni asyik termenung je. Apa yang kau pikir ni?” Najihah yang tadinya berdiri sudah melabuhkan punggungnya bersebelahan Aliesya. Dia memalingkan seluruh tubuhnya kearah Aliesya. Tangan gadis itu dipegangnya. Ada riak kerisauan diwajah Najihah. Benar. Dia memang sedang merisaukan keadaan Aliesya semenjak kejadian di cafe itu.
     Aliesya menggeleng. “Tak ada apa-apa. Kau jangan risau okey?” kata-kata Aliesya masih lagi tidak dapat mengurangkan kerisauan dihati Najihah.
     Dahi Najihah sudah agak berkerut mendengar jawapan Aliesya yang acuh tidak acuh itu. Dia mengeluh kecil. Dia tahu ada sesuatu yang berlegar-legar difikiran Aliesya. Dari pandangan matanya juga sudah kelihatan resah. Najihah merapatkan lagi jarak diantaranya dan Aliesya. Biarlah caranya dapat melembutkan hati Aliesya untuk meluahkan rasa hati gadis itu.
     “Sya.. Look at me please. Kalau kau ada problem, kau story je dekat aku. Aku sedia mendengar semua story kau. Kau jangan sorok sendiri. Nanti hati kau yang sakit.” panjang lebar Aliesya mendengar nasihat Najihah.
     Aliesya memandang Najihah. Dia bersyukur kerana mempunyai rakan seperti Najihah yang memahami setiap masalah yang menimpanya. Susah senang bersama. Hampir seluruh rahsianya disimpan rapi oleh Najihah. Aliesya mengeluh.
     “Kau jangan risau. Aku okey lagi. Kalau aku tak okey, nanti aku calling kau. Berjam-jam lah kau layan story aku nanti.” kata Aliesya sedikit tersenyum menutup kesedihan hatinya.
     Najihah mengangguk faham. Dia tidak mahu memaksa gadis itu bercerita. Biarlah Aliesya yang mendatanginya nanti. Tetapi hanya satu yang dia hendak tahu.
     Najihah melepaskan tangannya yang sedari tadi memegang tangan Aliesya. “Tapikan Sya. Aku nak tau satu benda lah. Hope sangat kau dapat jawap soalan aku ni.”
     “Soalan apa? Kalau aku mampu, aku jawaplah soalan kau tu. Kalau tak, kau cari kat google ajelah.” sedikit senyuman terukir dibibir mungil Aliesya.
     “Kenapa kau boleh pengsan masa kat cafe hari tu?” Najihah ingin sekali tahu mengenai itu. Lagi-lagi kejadian dirumah Aliesya. Dia ingin tahu siapakah arwah Nik yang disebut Puan Zadriana tempoh hari. Ada kaitan dengan Aliesya kah? Ingin sekali dia mengetahui tentangnya.
     “Hmm,..” satu keluhan dilepaskan. Pandangannya dilemparkan ke langit biru. “Jiha, kalau kau nak tau, muka cousin kau serupa dengan arwah Nik. Kawan baik aku masa disekolah dulu.” Kedengaran sayu sahaja alunan suara Aliesya. Sebak didada hanya ditahan.
     Najihah terpana. Serupa? Tidak hairanlah Aliesya pengsan time tu. Wajah Amir yang membuatkan Aliesya jatuh pengsan. Kalau perkara yang sama terjadi pada aku pun, mungkin aku pun akan pengsan macam Aliesya. Tapi kenapa dia nampak terlalu terkejut ya? Apa sebenarnya hubungan antara Aliesya dengan lelaki yang bernama Nik itu. Banyak tanda tanya bermain difikiran Najihah. Mahu ditanya lebih-lebih, nanti dikata menjaga tepi kain orang pula. Akhirnya Najihah hanya diam tanpa bicara.
     “Hmm..” satu keluhan dilepaskan oleh Aliesya.
     Pandangannya dilemparkan kearah seorang kanak-kanak lelaki yang leka bermain bersama ibunya. Aliesya tersenyum melihat gelagat kanak-kanak itu. Dipeluk. Dicium. Didukung. Manja benar dengan ibunya. Terkedek-kedek kanak-kanak itu berlari ketika dikejar ibunya. Bahagianya. Aliesya termenung lagi. Najihah hanya terdiam seribu bahasa. Biarlah Aliesya mengubat hatinya sendiri. Bukan dia tidak mahu membantu, tetapi buat masa terdekat begini lebih baik Aliesya dibiarkan bersendirian.
     “Aunty?” Aliesya tergamam. Aunty? Siapa yang berani panggil aku aunty ni? Pangkat aunty tak sampai lagi ni. Dia juga tergelak kecil mendengar panggilan itu tapi siapakah gerangan yang memanggilnya tadi?
     Matanya melilau-lilau mencari punca suara. Akhirnya.. budak ni? Kelihatan kanak-kanak lelaki yang dilihatnya sebentar tadi. Budak ni ke yang paggil aku ‘aunty’? Aku ni tua sangat kut bagi dia. Aliesya tergelak. Kelihatan Najihah juga tergelak sama. Mungkin kerana gelagat kanak-kanak itu yang memanggilnya ‘aunty’. Aliesya mendapatkan kanak-kanak itu lalu didukung. Nampaknya dia seorang kanak-kanak yang berani. Tidak takut didukung oleh orang lain selain ibunya. Najihah juga berdiri mendapatkan Aliesya.
     “So cute lah Sya.” puji Najihah sambil mencubit-cubit pipi gebu milik kanak-kanak itu. Dia memang suka benar terhadap kanak-kanak. Kecomelannya jauh berbeza dari orang dewasa mahupun remaja. Kecomelan hanya terserlah pada kanak-kanak sahaja katanya.
     Aliesya memandang Najihah. Tangan Najihah dicuitnya. “Jiha. Kalau ye pun, janganlah over sangat. Ibu dia nampak tu. Malulah kita duk picit-picit pipi anak manja dia ni.” tegur Aliesya menghalang Najihah dari memicit-micit pipi kanak-kanak itu. Macam anak kau pulak. Tangan gatal betul.
     “Okey.. okey..” Najihah melepaskan jari jemarinya dari pipi kanak-kanak itu. “Si comel plus cute. Kak Jiha suka pada awak. Dah besar nanti, kahwin dengan Kak Jiha ya? Jangan kahwin dengan ‘Aunty’ Aliesya. Dia dah ada calon.” terkekek-kekek Najihah ketawa. Sengaja perkataan ‘Aunty’ ditekankan. Lepas ni, aku dah ada modal lah nak kenakan si ‘Aunty’ Aliesya ni. Gelaknya semakin meninggi.
     Aliesya menjeling. Kurang asam punya kawan. Ada ke patut dia gelak kat aku? Memang tak patut.. Tak patut. Dari jauh sudah kelihatan ibu kepada kanak-kanak ini datang mendekat. Aliesya melemparkan senyuman buat wanita itu. Wanita itu juga membalas senyuman buat Aliesya dan Najihah. Kelihatan sungguh manis. Raut wajah yang penuh kelembutan bersertakan bulu mata yang melentik sudah membuatkan wajah itu tenang dipandang.
     Untunglah budak ni. Dapat ibu cantik. Nampak baik pulak tu. Pakaian sopan. Aliesya menilai sendiri. Wanita itu sudah mendekati Aliesya dan Najihah.
     “I’m so sorry. My boy kacau you all ke?” soal wanita itu melihat Aliesya.
     “Oh no.. Tak pun. Kalau tinggal pun tak pe. He’s so cute.” Najihah mencelah. Ah dia ni. Aku yang ditanya, dia pula yang menjawap. Aihh.. Malu.. malu..
     Aliesya hanya tersenyum. Kanak-kanak lelaki itu diserahkan kembali kepada ibunya. Kedengaran gelak tawa kanak-kanak itu jelas hingga ke gegendang telinganya.
     “Nik, say sorry to aunty..” kata wanita itu kepada anaknya.
     Aliesya terpana. Najihah juga agak terkejut mendengarnya. Aliesya dipandang. Terlihat redup pandangan mata Aliesya. Kanak-kanak tadi mengangguk dan tersenyum kearah Aliesya.
     “I’m sorry aunty.” kanak-kanak lelaki yang bernama Nik itu memohon maaf kepada Aliesya.
     Aliesya masih terdiam seribu bahasa. Terkedu. Terkesima. Terpana. Semuanya bergabung menjadi satu. Permintaan maaf kanak-kanak itu dibiar tanpa balasan. Sejak akhir-akhir ini banyak perkara yang mengingatkannya kepada Nik Firdaus, lelaki yang pernah meluahkan isi hatinya 2 tahun lalu.
     Semua mata tertumpu kepada Aliesya. Najihah berdehem beberapa kali tapi deheman itu tidak disambut dengan kesedaran Aliesya. Najihah mencuit lengan Aliesya. Aliesya tersentak. Tercengang-cengang memandang wajah-wajah orang dihadapannya. Kelihatan raut wajah kanak-kanak itu mengharap balasan jawapan darinya. Aliesya menyedapkan hatinya dengan menghadiahkan senyuman manis walaupun senyuman itu tidak lahir dari hatinya.
     Aliesya membongkokkan badannya sedikit separas ketinggian Nik. Dia tersenyum melihat gelak tawa Nik. “It’s okay. I’ll forgive you.” lembut suara Aliesya membalas permohonan kanak-kanak itu. Satu senyuman hinggap dibibirnya.
     Najihah menghela nafas lega. Najihah juga tersenyum menonton adegan ini.
     “Okey. My name is Zeanie Zara. Just call me Zara. Nice to meet you.” Wanita itu mula memperkenalkan dirinya kepada Aliesya dan  Najihah.  
     “My name is Nur Adrianna Aliesya. Just call me Sya. Nice to meet you too.” Aliesya juga memperkenalkan diri pada wanita yang baru dikenalinya itu.
     “Najihah Ezaty. Nice to meet you too.” Najihah tersenyum menutur bicara.
     Masing-masing sudah memperkenalkan diri. Pada Aliesya, wanita yang bernama Zeanie Zara itu amat peramah orangnya. Mudah bergaul dengan orang lain. Aliesya berkira-kira sendiri.
     “Okeylah. I dah lambat. I kena balik segera. Kalau tak, bisinglah my hubby nanti.” kata Zeanie Zara. Sedikit gelak tawa kedengaran dihujung kata-kata itu. Nik didukung semula. Bersiap-siap untuk beredar dari taman itu.
     Aliesya mengangguk. “See you again. Bye bye Nik.” Aliesya mencuit pipi gebu Nik. Pipi yang licin lagi gebu itu juga turut dipicit-picit oleh Najihah.  
     Tubuh Zeanie Zara dan Nik menghilang ditelan oleh kesesakan manusia di taman itu. Matahari semakin giat ingin menghilangkan diri. Taman yang dipenuhi gelagat manusia tadi kian pulang mengurung diri. Senja hampir tiba. Najihah menoleh ke arah Aliesya yang melayan menungannya sendiri.
     “Sya, sudahlah tu. Kau tak payah pikir sangat. Kebetulan je tu.” Najihah mengajak Aliesya berbicara. Dia tidak mahu gadis itu memikirkan masalah itu lagi. Gejala tidak sihat baginya.
     Aliesya memandang Najihah. Hanya pandangan kosong dilemparkan buat temannya itu. “Aku tak pikir apa-apa. Kau janganlah risau. Aku okey. Dahlah. Jom balik. Dah nak maghrib ni.” Aliesya mendapat persetujuan Najihah. Najihah hanya mengangguk setuju.
     Puan Zadriana tidak suka sekiranya anak-anaknya keluar diwaktu senja. Katanya banyak syaitan yang berkeliaran waktu itu. Lagipun bahaya keluar malam-malam begitu. Bukan sahaja syaitan yang berkeliaran, syaitan bertopengkan manusia juga berkeliaran pada waktu-waktu sebegitu.
     Satu demi satu langkah membuatkan hati Aliesya dirundung sayu. Dia tidak mahu memikir tentang kisah itu lagi. Cukuplah ia sekadar memberi pengajaran serta peringatan buat dirinya. Dibuang jauh-jauh memori itu. Dia menghela nafas panjang besertakan segala beban yang menghempapnya kini. Biarlah ia hilang dan terus hilang tanpa kembali.



THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

~ Cinta Itu Milik Aku 2 ~

,9/11/2012 10:53:00 PM | 4 Comment

Cinta Itu Milik Aku BAB 2





          HAIH.. Macam nak sambung tidur semula je. Sejuk-sejuk ni sedap kalau tidur sampai puas hati. Al maklum lah cuti kerja hari ni. Bisik hati Aliesya sambil tangannya meraba-raba mencari selimut. Apabila selimut sudah sampai ke tangan, Aliesya terus membungkus seluruh badannya. Dah macam hantu bungkus dah aku ni kan? Tak pe la. Asalkan aku boleh tidur. He he he. Matanya cuba di pejam. Macam-macam bayangan menerpa tidur Aliesya ketika itu. Apalagi ni?! Jangan lah kacau aku. Aku nak tidur ni.
        Setelah lima minit berlalu tanpa suara. Aliesya membuka kasar selimutnya. Arghh.. Aku tak boleh tidur ni. Tu la. Padan muka dengan kau Liesya. Subuh-subuh mana boleh tidur. Allah tak izin la tu. Aliesya mencebik. Kakinya bergerak laju menuju ke arah tingkap yang separuh terbuka di biliknya. Cantiknya langit hari ni. Kebiru-biruan. Tenang je aku tengok tapi sayang lah, tak macam hati aku yang tengah serabut ni.
        Pikiran Aliesya melayang memikirkan kejadian semalam.
        “Apa Jiha ?! Mamat gila ni your cousin?! It’s true? Betul ke? Macam bukan je aku tengok.”, Aliesya memandang pelik kearah Najihah. Entah lah, aku tengok macam tak ada iras pun diorang berdua ni sebab tu aku berani cakap yang diorang ni tak ada hubungan darah.
        “ Kenapa kau tak percaya pula, Sya? Huh.. Kau ni membangkang mengalahkan ahli pengundi politik la. Dahsyat. Kalau kau tak percaya, meh sini aku tunjuk something dekat kau a.k.a bukti la katakan.”, Najihah mengeluarkan sekeping gambar dan diberi kepada Aliesya.
       “ Gambar siapa pulak yang kau bagi ni. Hmm.. Budak ni macam aku pernah nampak lah Jiha.”, Aliesya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil menelek-nelek gambar itu.
       “ Hah? Nampak? Nampak kat mana pulak ?”,
       “ Nampak dekat Rumah Anak-Anak Yatim Selangor. Ha.. kat situlah aku pernah nampak. Kau dapat mana gambar budak dua orang ni ?”, Aliesya memandang Amir yang leka melihatnya.
       Ha, ambik kau. Aliesya membulatkan matanya kearah Amir Amran yang leka melihatnya sedari tadi. Aku ni cantik plus cun sangat kut sampai dia tenung-tenung aku ni. Sempat lagi aku perasan kat sini. He he he..
       Amir Amran hanya menyaksikan perbualan antara Aliesya dan Najihah. Biarlah kerja orang perempuan. Malaz aku masuk campur. Tak pasal-pasal nanti aku jugak yang kena cepuk dengan minah garang plus galak ni. Amir bermonolog sendiri. Aliesya masih lagi leka berbual dengan Najihah.
       “Kau ni mengarut lah Sya. Ni gambar aku dengan mamat hensem ni lah.” Najihah memberi petunjuk asli kepada Aliesya.
       Aliesya memandang Najihah. “Budak kolot ni dia ke?” Aliesya sudah menahan tawanya. Tidak disangka sekolot-kolotnya budak ini, nampak hensem juga pada waktu ini.
       Amir Amran sudah berpaling kepada Aliesya. Geram mungkin mendengar tutur bicara Aliesya sebentar tadi. “Eh perempuan. Kolot-kolot pun aku tak ada macam kau. Tak ada tarikan.” Mulalah mamat ni nak cari gaduh dengan aku. Aliesya sudah mula berkira-kira.
       “What? Tak ada tarikan? Sedap mulut kau je bercakap. Kalau ada tarikan pun, aku tak hingin la dengan kau. Bukan taste aku la. Huh. Buat sakit mata adalah.” Aliesya mula membalas kata-kata Amir Amran.
       Najihah sudah menggeleng-gelengkan kepalanya. Haih.. dah macam budak kecil dah aku tengok. Nampaknya perang dunia ke 4 bakal meletus sebentar lagi. Apa yang perlu dia lakukan? Arghhh, masuk campur je lah. Najihah mendekati Amir Amran dan Aliesya. Semua mata sudah tertumpu kepada mereka yang leka berperang mulut. Ada yang sudah mencipta gosip.
       “STOPPP !!!” Najihah bersuara keras mencelah peperangan milik Aliesya dan Amir Amran itu.
       Aliesya dan Amir Amran memandang Najihah. Apa kena dengan si Jiha ni? Aku yang perang, dia pulak yang over acting. Hati Aliesya berbisik. Dia memandang ke arah Amir Amran dan dihadiahkan satu jelingan maut buat lelaki itu. Lantak kau lah nak terasa ke apa ke. Aku tak peduli. Yang penting aku puas hati. Ha ha ha.. Aliesya sudah ketawa sendiri.
     “Korang tak malu ke bergaduh tempat awam macam ni? Like a kids tau tak? Malu tau orang semua pandang kita. Nak berperang sekalipun, janganlah ambil tempat awam macam ni. Menyusahkan orang je.” Kata Najihah geram melihat tingkah Amir Amran dan Aliesya. Dia benar-benar tidak tahan dengan situasi sebentar tadi.
     Aliesya duduk sambil pandangannya beralih kepada manusia yang ligat berjalan diluar cafe itu. Malas dia hendak memanjangkan cerita. Biarlah setakat ini sahaja peperangannya bersama lelaki itu. Huhh.. Aliesya mengeluh berat. Entah mengapa jantungnya berdegub laju. Mungkin rasa marah masih bertapak dihatinya. Aliesya mengabaikan kehadiran lelaki yang duduk berhadapan dengannya. Matanya beralih kepada Najihah. Najihah duduk bersandarkan kerusi cafe itu. Suasana yang tadinya hingar bingar sudah kembali normal. Masing-masing menguruskan hal mereka sendiri.
      “So, korang berdua ni nak perang lagi?” Najihah memulakan bicaranya setelah lama sunyi.
     “Of course la. Ni pun berhenti sekejap je. Aku pun ada perasaan malu jugak. Tak taulah mamat kolot tu.” Aliesya memuncung-muncungkan bibirnya kearah Amir Amran. Sengaja dia hendak menaikkan kemarahan Amir Amran. Ha, siapa suruh dia main-main dengan perempuan macam aku. Kan dah kena.. Ha ha ha..
     Darah berderau naik ke muka Amir Amran. Perempuan ni memang tengah cari pasal dengan aku. Ape? Dia ingat aku tak nampak ke dia tunjuk-tunjuk aku guna bibir itik dia tu. Aku potong baru tau rasanya tak ada bibir tu macam mana. Main-main pulak.. Memang jenis tak sayang nyawa lah dia ni.
     “Kau jangan nak cari pasal dengan aku lagi ye? Aku tengah tahan sabar ni.” Amir Amran mengingatkan. Mahu saja dia mencekik-cekik perempuan dihadapan matanya itu. Memang tak sayang nyawa betul.
     “Do i care?” Aliesya masih lagi bermain-main dengan amaran Amir Amran. Dia ingat aku takut ke? Boleh jalan lahh..
     Najihah mendengar hanya menggeleng kepala. Huh.. Penatnya nak cakap kalau dua-dua dah keras kepala. Dilihatnya Amir Amran menahan amarah. Tak boleh jadi ni. Bahaya. Najihah merapatkan badannya kepada Aliesya. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan. Bukan dia tidak kenal dengan Amir Amran. Dia sanggup buat apa saja jika amarahnya tidak ditahan. Ditariknya baju Aliesya.
     “What?” Aliesya berkata perlahan tapi keras melihat perlakuan Najihah yang menarik bajunya itu.
     “Aku nak ingatkan kau. Dengan Amir tu kau jangan main redah je. Sabar-sabar dia pun, ada tahapnya jugak. Kalau dia dah meletup macam bom atom, kau jugak yang tanggung akibatnya. Waktu tu, kau janganlah nak cari aku bagai ye?” Najihah berbisik perlahan memandangkan suasana yang tadinya damai menjadi redup semula. Gara-gara si Aliesya la ni. Semuanya jadi kacau.
     Aliesya memandang Najihah. Kemudian anak matanya dilarikan kearah Amir Amran. Sungguh lelaki itu sedang marah. Hatinya berdegub laju. Apa yang ingin dilakukannya sekarang? Ingin meminta maaf? Arghh.. tidak !! Lelaki itu yang perlu meminta maaf terlebih dahulu darinya. Dia yang memulakan peperangan ini. Tapi.. Sekiranya mereka berdua tidak ada yang berfikiran begitu, sampai bila peperangan ini bakal berakhir?
     Belum sampai 1 jam dia mengenali lelaki itu, api peperangan sudah kelihatan. Bagaimana kalau sudah 2 tahun, 5 tahun? Bagaimana pula? Tidak tahan dia lama-lama begini kalau bertahun-tahun api peperangan ini berlangsung. Eh, macam dia bakal suami aku pulak. He he he.. Sempat lagi Aliesya tersenyum. Akhirnya gelas dihadapan menjadi sasarannya.
     Amir Amran menghela nafas panjang. Malaslah dia hendak melayan perempuan kebudak-budakkan seperti Aliesya itu. Mujur hanya satu yang dikenalinya yang berperangai begini, kalau sepuluh? Bagaimana? Botak kepalanya hendak melayan kerenah mereka. Pandangan Najihah saling bersilih ganti antara Aliesya dan Amir Amran.
     “Korang ni main mata ke berbalas cakap dalam hati?” Akhirnya Najihah menegur.
     Cepat-cepat Aliesya yang tadinya memandang Amir Amran mengalihkan pandangan. Huhh.. Tak hingin aku nak berbalas cakap dengan dia. Apalagi main mata. Tolong lah.. Tak ada masa. Diteguknya air fresh orange yang dipesannya. Najihah sudah terkekek-kekek ketawa melihat gelagat Aliesya dan Amir Amran. Tetapi Aliesya masih lagi mencuri-curi pandang lelaki itu. Entah apa yang menarik minatnya juga, dia tidak tahu.
     Aliesya ingin sekali melihat wajah asli disebalik kaca mata hitam itu. Siapakah dia sebenarnya? Aliesya merasa yang dia begitu dekat dengan lelaki itu. Seperti sudah lama mengenalinya. Tapi siapa dia? Benarkah dia pernah mengenali lelaki itu suatu masa dulu. Ahh.. Tidak mungkin. Kalau dia mengenali lelaki itu, sudah tentu lelaki itu mengenalinya, lelaki itu juga tak akan memulakan perkenalan dengan api pergaduhan.
     Pertanyaan Aliesya terjawap apabila melihat Amir Amran menanggalkan kaca mata hitam miliknya itu. Aliesya tergamam. Takkan lah? Gelas yang tadinya terpegang rapat, habis pecah berderai di kaca lantai. Najihah dan Amir Amran sudah saling berpandangan. Adegan apa yang bakal berlaku selepas ini?
     “Sya? Kau okey?” Najihah sudah mula risau melihat keadaan Aliesya. “Kau nampak pucat?”
     Aliesya memandang tepat kearah Amir Amran. Dia bangun dari tempat duduknya. Kakinya dihalakan kearah Amir Amran. Lelaki ini? Lelaki ini? Takkan lah? Kenapa sama? Kenapa?!! Fikirannya buntu. Jantungnya berdegub laju. Kakinya kaku untuk melangkah lagi ke hadapan. Akhirnya badan Aliesya rebah disambut Amir Amran.

     “LIESYA !!” suara seorang lelaki kedengaran memanggil Aliesya yang leka termenung memandang keindahan tasik yang terbentang luas di depan matanya.
     “Apa dia Nik?” Aliesya membalas laju. Malas dia hendak melayan. Bukan dia tidak tahu, lelaki ini memang kerap menyakat dirinya bila bersendirian.
     “Miss you dear. Rindu sangat. Baru sehari kita tak jumpa, aku rasa macam dah seribu tahun tak jumpa.” Lelaki yang hanya digelar Nik oleh Aliesya itu meneruskan actingnya.
     “Kau jangan nak mengada-ngadalah. Tak ada masa aku nak melayan kau ni.” ujar Aliesya sambil pandangannya dilemparkan ke tepi tasik.
     “Hmm, bila lagi aku nak mengada-ngada dengan kau. Time ni jelah yang ada. Kau layan je lah ngada-ngada aku ni ye? He he he..” Nik tergelak kecil melihat kelakuan Aliesya. Gadis ini tidak pernah berubah. Tidak boleh di ganggu bila dia lagi sedang bersendirian. Layan feeling katanya. Nik hanya melayan sahaja kerenah Aliesya.
    Air tasik sangat indah sejauh mata memandang. Tidak hairanlah ramai orang asing yang datang menyinggah melihat ketenangan yang terdapat di tasik ini. Suasana sekelilingnya begitu menenangkan hati para pendatang. Angin sepoi-sepoi bertiup lembut menyenuh raut muka Aliesya. Ahh.. Indahnya tasik ni. Sesuai untuk menenangkan fikiran. Aliesya memandang Nik yang leka memandang kejernihan air tasik.
     “Nik..” tiba-tiba Aliesya bersuara. Pandangannya kembali dihadapkan pada keindahan tasik.
     “Ya saya..” jawab Nik ringkas.
     “Kenapa kau suka pada aku?” perlahan suara Aliesya menutur bicara. Tangannya galak mencabut anak-anak rumput.
     Nik terkedu mendengar soalan dari Aliesya. Satu keluhan berat dilepaskan.
     “Kau.. ingat lagi? Hmm, maafkan aku Liesya.”
     “Sorry? Sorry for what?” Aliesya terpinga-pinga. Pelik. Maaf untuk apa?
     Nik menghela nafas panjang. “Maaf sebab aku pernah mencintai kau suatu masa dulu.”
     Aliesya terdiam lama. Nik.. “Nik, aku...” kata-kata Aliesya terhenti. Dia tidak tahu apa yang patut dikatakan. Fikirannya buntu. Dia masih lagi memikirkan jawapan bagi permintaan Nik tempoh hari. Raut wajah Nik ditatapnya sayu. Suasana yang tadinya damai menjadi suram. Suram dek kebisuan yang tercipta diantara Aliesya dan Nik.
     “Tapi aku masih lagi berharap Liesya. Aku sangat-sangat berharap kau bagi aku satu lagi peluang untuk mencintai kau selagi masih ada kesempatan.” Kedengaran sayu suara Nik kali ini.
     Aliesya tergamam. “Selagi masih ada kesempatan? What do you mean dengan selagi masih ada kesempatan Nik?” Aliesya menatap raut wajah Nik. Dia memang tidak sabar menanti jawapan Nik yang bakal disampaikannya. Entah mengapa jantungnya berdegub laju.
     Nik diam dan berdiri menghadap Aliesya. “Kau lupakan ajelah apa yang aku cakap tadi.”
     “Tapi Nik aku nak tahu..” Aliesya memaksa.
     Tanpa membalas kata-kata Aliesya, Nik memalingkan badannya dan kakinya melangkah menjauhi Aliesya.
    “Nik.. Nikkk..!!! Kau belum bagitau aku lagi.. Nikkk..!!” bayang-bayang Nik sudah menghilang jauh dari pandangan mata Aliesya. Nikk..

    “SYA.. Sya.. Bangun nak.” Puan Zadriana berusaha mengejutkan Aliesya yang sedari tadi menjrit-jerit didalam pengsannya itu.
     Aliesya tersedar. Bayang-bayang yang terlihat disisinya kian menjauh.
     “NIK!!!” sekuat hati Aliesya menjerit. Air mata sudah membasahi pipinya. Entah mengapa bayangan Nik masih segar dimindanya.
     Puan Zadriana sudah mula kerisauan melihat Aliesya yang meronta-ronta. Tidak sampai hati pula melihatkan Aliesya. “Sya.. kenapa dengan Sya ni? Sya ada masalah? Cerita pada mak ya.” Puan Zadriana cuba menstabilkan keadaan.
     Raungan Aliesya semakin menjadi-jadi. “Mak.. Sya nampak Nik mak.. Sya nampak Nik mak. Sya nampak diaaa..Depan mata Sya sendiri.” kata Aliesya dalam tangis.
     Puan Zadriana memandang Najihah meminta kepastian. Najihah hanya menggeleng tanda tidak mengerti dengan tutur bicara Aliesya.
     “Mak, Sya betul-betul nampak Nik. Sya rindukan Nik mak. Sya rindu sangat.” Tidak sampai hati Puan Zadriana melihat Aliesya begitu. Akhirnya Aliesya ditarik ke pelukannya.
     “Sya. Mak tau Sya rindukan arwah Nik. Tapi Sya taukan dia dah..” Puan Zadriana tidak meneruskan kata-katanya. Biarlah Aliesya memahami sendiri kata-katanya itu. Sebak didada hanya ditahan kuat.
     Najihah terdiam. Arwah Nik? Aliesya rindukan seseorang yang telah tiada? Istimewanya lelaki itu sehinggakan Aliesya pengsan dibuatnya. Najihah mendekati Aliesya.
     “Sya. Kau janganlah macam ni. Kau kan kuat. Aliesya yang aku kenal sangat-sangat kuat. Kau kuatkan semangat ya Sya.” Najihah hanya menyumbangkan nasihat pada Aliesya. Menjadi tulang belakang gadis itu.
     Sedu tangis Aliesya kian perlahan. Nik.. Kenapa kau muncul lagi setelah bertahun kau pergi dari dunia ini. Aku tak nak bayangan kau sentiasa menghantui aku. Aku akan rasa bersalah Nik. Tolonglah aku. Hanya memori kau yang aku akan sematkan dalam hati aku. Segala kenangan pahit manis akan aku simpan rapi. Aliesya berbisik sayu di dalam hati.

     Malam itu berlalu dengan sedu tangis Aliesya. Biarlah tangisan itu menenangkan hatinya. Tapi.. aku sangat rindukan kau Nik... Akhirnya Aliesya terlena bersama bayangan Nik yang dirinduinya.

Bersambung di lain waktu...... terima kasih..


*********************

Hai.. hehehe,, sorrylahh uolzz.. Bab kali ni nampak boring lahh.. Korang dah baca jangan lupa komen tau.. segala kekurangan dalam ni Iqa mintak maaf taww.. Tak terlalu sempurna coz Iqa baru nak menulis..Baru nak berjinak-jinak dalam dunia penulisan. So.. paham-paham je lah ye.. Iqa perlukan sokongan uolzz semua.. taww..Tq sangat2  sebab sudi baca.. tq..



THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...