~ Mr.Buaya VS Cik Naughty 1 ~

,10/29/2012 07:01:00 AM | 31 Comment

UITT.. Qisnie Vizara..” Zara tersentak. Haishh.. terkejut aku dibuatnya. Siapalah pemilik suara yang tak bagi aku hidup lama ni?
     Zara berpaling. Hani? Kenapalah dengan dia ni? Buang tebiat ke apa?!
     “Eh Hani!! Bagi salam pun tidak tiba-tiba datang main sergah aje. Apa kes ni?” Ha.. Mulalah aku nak membebel ni. Padanlah muka dengan kau Hani. Siapa suruh terkejutkan aku. He he he..
     Qisnie Vizara. Satu nama unik yang diberikan oleh mamanya benar-benar membuatkan namanya menjadi buah mulut di sekolah. Apalagi dengan sikapnya yang nakal amat di kenali di seluruh pelusuk sekolah. Penampilannya yang simple lagi cool sangat di senangi oleh teman sekelas. Zara pelajar perempuan paling awesome di sekolah. Ha ha ha..
     “Ala.. Kau ni Zara. Relaks la honey.” Jawab Hani selamba. Tak rasa serba salah pulak dia ni. “Aku tengok kau ralit sangat termenung. Aku apalagi.. sergah ajelah. He he he..” sempat lagi si Hani gelak kat aku. Kurang asam lebih belacan betul lah dia ni.!!
     “Sergah pun elok-elok lah bro. Buatnya aku ada heart attack, tak ke arwah aku nanti. Fikirlah sikit Hani oii..” Zara sudah mula membebel. Geram betul aku. Nasib baik kawan. Kalau tak dah lama jadi bahan aku aje dia ni. “Kau datang ni nak apa?” soal Zara acuh tak acuh saja.
     “Aku nak tanya kau ni. Macam mana dengan plan kita? Anez dengan Dina dah tak sabar nak mem’proses’kan plan tu. Apalagi aku, lagilah tak sabar. Ha ha ha..”
     Plan? Plan apa? Plan apa pulak yang aku dah lupa ni? Zara memandang tepat ke wajah Hani. Berkerut dahinya meminta jawapan.
     “Plan apa? Sorry Hani. Aku betul-betul tak ingat ni. He he he..” tersengih-sengih Zara memandang Hani. Aku nak cover malu sebenarnya. Ha ha ha..
     “Kau ni Zara.. Benda best macam ni pun kau boleh lupa. Takkan kau tak ingat sikit pun?”
     Apalah si Hani ni. Dah aku kata tak ingat.. Tak ingat lah jugak. Otak aku bukan komputer yang simpan data-data dan dokumen-dokumen penting.
     “Aku tau lah plan aku tu best. Mana pernah aku buat plan yang tak best. Semua best-best belaka tapi apa dia plan kita tu? Aku memang tak ingat ni. Meh ingatkan aku cepat sebelum aku terus lupa ni.”
     Hani mengeluh. Haih.. Kalau dah macam ni gayanya, memang aku kena ingatkanlah ni. Apa punya orang daa.. Serentak Hani menepuk dahinya beberapa kali.
     “Alaa.. Plan kita nak kenakan Cikgu Yusri tu. Takkan kau tak ingat langsung?” Muka Hani mula berkerut seribu. Bengang agaknya dengan aku yang tak ingat ni. Zara dah tersengih-sengih.
     Zara diam membuka memori-memori semalam. Ahaa.. Dah ingat pun.!!
     “Haa.. Aku dah ingat. Aku dah ingat.” Dapat jugak aku ingat plan yang best ni. Zara tersengih.
     “Ha.. Kalau macam tu bila kita nak jalankan? Esok? Lusa? Tulat?” Ha.. Semua Hani sebut. Memang tak sabar-sabar rupanya. Zara sudah tergelak-gelak. “Aku dah tak sabar-sabar nak tengok muka Cikgu Yusri tu.” Sambil terduduk-duduk Hani melepaskan tawa. Aku pun apalagi, pecah perut jugaklah. Ha ha ha.
     Aku pun tak dapat nak bayangkan muka dia time kitorang nak kenakan dia nanti. Mesti kelakar. Kalah muka Johan dan Zizan agaknya. Alaa.. Maharaja lawak tu. Sure korang kenal punya lah.
     “Ha ha ha.. Okey.. okey.. Kita akan buat dalam minggu ni. Confirm. Aku tak sabar nak tengok Cikgu Yusri jadi singa. Tak pun gorilla. Kalau tak jugak, power rangers kut. Ha ha ha..” tak ter’cover’ dah suara aku kalau dah gelakkan Cikgu Yusri tu.
     Cikgu Yusri ni cikgu disiplin sekolah aku. Disiplin dia luar biasa. Over sangat. Sampai orang yang tak bersalah pun jadi salah. Harap aje muka handsome. Pigidah..
     “Okey lah. Kalau macam tu, aku pergi jumpa budak 4S. Nak inform diorang. Mesti diorang happy giler.” Tawa Hani masih tersisa. Lawak sangat lah tu. Dah sampai tergolek-golek dah aku tengok. Lawak.. lawak..
     “Hmm.. Pergilah. Lagi cepat lagi bagus. Lagi satu, Kau tolong pesankan kat budak 4S yang kita nak skating minggu depan.”
     “Place?”
     “Tempat biasalah.”
     “Orait boss.” Hani mengangguk. “See you next time. Bye Zara.” Langkah Hani sudah jauh meninggalkan kelas. Senyum memanjang. Mana tak nya, hati tak sabar-sabar nak buat kerja jahat.
     Zara menongkat dagu. Teringat semula kisah tentang Cikgu Yusri. Kisah yang memenatkan tu. Seumur hidup memang tak boleh lupalah. Terbayang-bayang lagi muka Cikgu Yusri yang menyinga tu. Zara tersenyum sambil tergelak sendiri.

AWAK ingat saya tak nampak? Awak ingat saya buta ke?” bentak Cikgu Yusri. Merah mukanya menahan marah sambil berjalan mundar mandir.
     Anez diam. Apehal cikgu ni? Bila masa pulak aku cakap dia buta? Adoyai.. cikgu dah buat fitnah ni. Anez geleng kepala. Tak faham.. tak faham..
     “Awak ingat saya tak nampak yang awak ni berurusan dengan budak-budak gangster kat luar tu? Hah? Awak ingat dengan mata empat saya ni saya rabun lagi?” bidas Cikgu Yusri lagi.
     Anez ternganga. Budak gangster sesat mana pulak ni? Cikgu ni merepek la. Saja buat cerita.
     Suara Cikgu Yusri bergema di setiap sudut sekolah. Siapa yang tak kenal dengan suara berbatu-batu Cikgu Yusri a.k.a cikgu disiplin tu. Kalau guna microphone, boleh pekak satu sekolah dibuatnya. Mulut main lepas. Itu juga salah satu sebab mengapa ramai pelajar tidak berminat dengan Cikgu Yusri tu.
     “Apa yang cikgu cakap ni? Saya tak fahamlah. Budak gangster mana ni cikgu. Seumur hidup saya, saya tak pernah kenal atau bergaul dengan mana-mana gangster pun. Cikgu silap pandang kut. Salah orang agaknya.” Balas Anez. Suaranya masih lagi mendatar. Selamba.
     Buat apa nak takut kalau aku tak salah. Kan? Lantak cikgulah nak meletup macam volcano pun. Berasap kiri kanan. Anez buat derk sahaja. Gerun tidak apalagi takut. Hampeh..
     Bengang Cikgu Yusri melihat respon Anez.
     “Mata saya tak pernah salah. Reputasi sekolah boleh jatuh hanya disebabkan dengan perbuatan awak yang tak bermoral ni. Awak tau tak?! Awak tak pernah terfikir ke baik salahnya nak bergaul dengan orang-orang macam tu? Memalukan nama baik sekolah kalau perkara ni sampai ke pengetahuan orang luar.” Kata-kata Cikgu Yusri lebih pedas kali ini.
     “Kalau macam tu tak payahlah cikgu nak kecoh-kecoh macam ni. Habislah reputasi sekolah down teruk.” Selamba sahaja Anez membalas. Sakitnya hati aku.!!
     Membuntang mata Cikgu Yusri mendengar jawapan Anez. Anak murid jenis apa dia ni? Cikgu Yusri kembali ke tempat duduknya yang berhampiran pintu masuk bilik guru itu.
     “Saya dah kata pada cikgu. Saya tak penah bergaul dengan mana-mana gangster. Ikut cikgulah nak percaya ke tak. No komen..” Apalah cikgu ni.. Tak nak sampai ke pengetahuan orang luar konon. Suara berbatu-batu tak sedar pulak tu. Entah-entah satu sekolah dok dengar ceramah Cikgu Yusri ni. Desis hati Anez.
     Budak-budak 4S dah terpacak di sebalik pintu bilik guru. Kitorang nak menyibuk jugak. Mana boleh lepaskan peluang emas ni. Terkekek-kekek Zara ketawa di dalam hati. Lawak melihat gelagat mereka bertiga yang tergopoh-gopoh berlari bila terdengar suara Cikgu Yusri yang berbatu-batu tu. Kemain over lagi Cikgu Yusri ni ya.. Zara bengang.
     Zara, Hani dan Dina merapatkan telinga masing-masing ke muka pintu. Al maklumlah.. Nak dengar lagi jelas. Baru dapat confirm apa yang diorang dok perbalah tu.
     Zara bengang mendengar kata-kata Cikgu Yusri. Ish.. Cikgu Yusri ni. Kalau ya pun nak marah-marah, slowkanlah suara yang berbatu-batu tu. Malu kawan aku yang kat dalam tu. Dah lah bising-bising tepi pintu. Macam nak marah seribu orang pulak. Zara mencebik geram.
     Telinganya dirapatkan lagi.
     Pranggggg..!!!!!
     Zara, Hani dan Dina terkedu. Mereka saling berpandangan.
     Owh my god!! Bila masa pulak pasu ni ada kat tepi pintu ni..
     “Mampus kita.” Terpacul keluar perkataan itu dari mulut Dina.
     Zara dan Hani mengangguk. Gulp.. Memang mampus ni. Cikgu Yusri tu bukannya boleh dibuat main kalau tengah marah. Boleh bertukar jadi Hulk Hogan yang warna hijau tu tau. Tak percaya sudah.. Keluar segala muscle yang ada. Zara menepuk dahi. Habislah!!
    Keadaan jadi gawat. Masing-masing tersentak apabila pintu bilik guru terkuak luas tepat di hadapan mereka bertiga. Cikgu Yusri dah terpacak di depan pintu bilik dengan mukanya yang berkedut seribu tu. Ish.. Seram bila tengok.. Macam nak telan orang.
     “Apa yang korang buat kat sini?!!” Sergah Cikgu Yusri. Jelas kelihatan amarahnya.
     Semuanya dah berdiri tegak. Dah macam ada kat balai tentera pulak.
     “T..taa..taakk.. ada apa-apa cikgu.” Jawab Hani tergagap-gagap sebagai wakil kepada mereka bertiga.
     “Kalau tak ada apa-apa, kenapa tercongok depan pintu ni?! Korang nak kena jugak ke?!” ugut Cikgu Yusri. Kembang kuncup lubang hidung Cikgu Yusri menahan marah.
     Eleh.. Cikgu ingat kitorang takut lah tu. Jangan harap. Tak pasal-pasal kena bebel kat sini.. Adoyai..  Zara mencuit peha Hani dan Dina sambil mengangguk perlahan tanda isyarat.  Kena cabut lari ni sebelum kena hentam lagi teruk. Cikgu Yusri ni bukan boleh mula membebel. Berjam-jam lah kena dengar dia membebel nanti. Baik guna idea bernas ni aje.. Zara tergelak puas dalam hati.
       Zara mengangguk. “Satu... Dua..” perlahan suara Zara menghitung nombor. “Cabuttt..!!!” Zara menjerit kuat tatkala perkataan itu disebutnya.
     Kelam kabut mereka membuka langkah seribu. Dah macam sukan olimpik pulak. Malas hendak bertapa lama-lama di situ. Buat taik telinga cair saja.
     Cikgu Yusri merengus geram melihat tindakan Zara, Hani dan Dina. Yang kat dalam dan yang kat luar ni sama aje perangainya. Dua kali lima. Menyusahkan pun ada.
     Dengan amarah yang membuak-buak, Cikgu Yusri menapak kembali ke dalam bilik guru.
   
HAI sayang...” suara macho milik seorang lelaki itu membuatkan Zara sedikit terkejut.
     Kepalanya dipalingkan. “Sayang.. sayang... Tak ada perkataan lain ke yang boleh kau guna, Raz? Sedap-sedap nama aku Qisnie Vizara kau panggil aku sayang.” Berkerut-kerut dahi Zara. Memandai aje panggil aku sayang. Kawan pun tidak inikan pulak bercinta kasih. Memang tak layak panggil aku sayang-sayang ni. Zara menjeling tajam.
     “Alaa.. sayang. Janganlah marah pada B. Sayang tak rindu pada B ke? Dari pagi sampai tengahari kita tak jumpa. B rindu sangat kat sayang. I miss you so much dear. Balik dengan B jom..” Makin ber’ayat’lah mamat seorang ni. Mengalahkan orang besar.
     Werkkk.. Nak termuntah. Zara buat derk aja. Kalau melayan, lebih-lebih pulak mamat ni nanti.
     Harraz menempati tempat duduk kosong di sebelah Zara.
     “Zara.. B tanya sayang ni.. Sayang tak rindu pada B ke?” Harraz mendesak. Dah macam pondan dah aku tengok. Merengek-rengek macam budak tadika aje.
     Perbuatan Harraz membuatkan Zara tersenyum-senyum. Senyum ada makna ya. Bukan senyum biasa. Evil smile tau. Zara mendapat satu akal.
     “You sayang kat I ke B? You rindu I ya?” Zara memulakan dramanya. Suara di manjakan sedikit walaupun agak kaku.
     Harraz mengangguk.
     Zara tersenyum lagi. Senyuman yang lagi manis dari gula. He he he.. Kau tunggu, aku nak pedajal kau kejap lagi. Jangan menyesal kalau dah mula bermain-main dengan Qisnie Vizara ni.
     Zara mengeluarkan botol airnya. Green tea? Kenalah dengan selera aku hari ni. Zara tersengih-sengih. Dia bangkit dari tempat duduknya lalu menghadap Harraz. Harraz tersenyum-senyum.
     Melihatkan Harraz yang tersenyum-senyum itu membuatkan hati Zara digeletek. Nak kena pedajal pun boleh senyum-senyum lagi. Zara menahan tawa. Tanpa masa di lengahkan, Zara menuang semua isi botol ‘Green Tea’ itu.
     Membuntang mata Harraz melihatkan baju seragamnya di basahi dengan air. Pandangannya dialihkan ke wajah Zara. Zara sudah tergelak besar. Ha, pandai muka kau. Siapa suruh nak meng’ayat’ Qisnie Vizara. Kan dah kena bala. Hati kecilnya ketawa.
     “Ha, best mandi air green tea aku tu? Puas hati aku. B.. B.. Sayang.. Sayang.. Geli tau tak? Menyampah.” Kata Zara sambil membuat reaksi ala-ala muntah gitu.
     Serentak dengan kedatangan sebuah kereta Alphard putih di hadapannya membuatkan Zara terdiam. Oh my hero.. Dah datang pun. Tanpa mendapat respon dari Harraz, Zara melangkah mendekati kereta Alphard putih itu. Harraz terkulat-kulat memandang Zara melangkah meninggalkannya. Malu la tu. Zara tersenyum sinis.
     Seorang lelaki yang muncul di sebalik pintu kereta itu di dekati Zara. Zara memaut tangan lelaki itu.
     “Sayang.. You tengok mamat tu. Dia kacau I la. I tak suka. Saje goda I. Hmm..” gumam Zara manja. Konon-konon minta perhatian.
     Lelaki itu terpinga-pinga.
     Zara menguatkan lagi pautan tangannya. Matanya dikelip-kelipkan.
     Lelaki itu tersengih tanda faham akan kelipan itu. Lalu dia mendekati Harraz yang terpinga-pinga. Macam ayam berak kapur aje gayanya.
     “For your infomation, She’s my girlfriend. Don’t disturb her again okey.” Kata-kata lelaki itu kelihatan tegas. Zara sudah gelak besar di dalam hati.
     Mana tidaknya, sudi pula abangnya membantu menjayakan lakonannya itu.
     Lelaki itu memandang Zara. “Jom sayang..” ajak lelaki itu sambil menarik tangan Zara.
     Zara membuntuti lelaki a.k.a abangnya itu. Sempat lagi dia menjelir kepada Harraz. Padanlah dengan muka kau. Siapa suruh goda Qisnie Vizara yang naughty ni. Kan dah kena penangan. Huh.. Puas hatinya mengenakan lelaki yang sering menganggunya itu.

ZARA.. Jom makan. Papa and mama dah tunggu kita for dinner.” ajak Hazwan.
     Zara melihat abangnya di muka pintu.
     “Alaa.. Malas lah Abang Wan. I’m not hungry lah.” Zara mengeluh. Memang aku tak laparlah. Serius.
     Hakwan menjeling sambil memeluk tubuh.
     “Alaahh.. Tak lapar konon. Badan kau tu dah lah macam tunggul kayu. Peluk pun tak sedap tau. Aku ajak kau makan kau tak nak.”
     Ternganga Zara dibuatnya. Tak sedap bila dipeluk? Eleh.. Macam dia pernah peluk aku pulak. Main komplen aje. Kurang asam punya abang.
     “What ever la Abang  Wan. Ikut abanglah nak komen apa. I don’t care.” ujar Zara sambil badannya mengedik mengikut rentak lagu I Don’t Care dari kumpulan korea 2NE1 itu.
     “Dah. Tak payah nak berlagu-lagu ni. Cepat turun, kalau tak aku dukung kau sampai ke bawah.”
     Membuntang mata Zara. Are you serious? Nak dukung aku sampai ke bawah? Gila agaknya abang aku ni. Tak sanggup aku kena dukung. Tak pasal-pasal kena cop jadi baby tua pulak.
     Zara turun dari katilnya. Tanda menyerah pada abangnya yang gila ni.
     “Yelah.. yelah.. Zara turun sekarang.”
     Que Hazwan tersenyum senang.
     Zara dan Que Hazwan melangkah bersama menuruni tangga untuk ke meja makan.

ZARA menghempas tubuh di atas katil.
     Huh.. Penatnya. Aik?! Makan pun boleh penat ke? Pelik-pelik aku ni. Zara geleng kepala.
     Ketenangan Zara terganggu bilamana telefon bimbitnya berbunyi. Alahai handphone ni mengganggu ketenteraman aku nak beradu aje. Sibuk betul. Zara mencapai telefon bimbitnya. Nombor pada skrin telefon bimbitnya dipandang. Nombor siapalah yang sesat ni? Khidmat pesanan ringkas (SMS) itu dibukanya.
           C.I.N.T.A saya hanya untuk awak seorang. ~ secret admirer
     Terbeliak mata Zara melihat label secret admirer yang tertulis di mesej itu. Biar betul? Secret admirer mana pulak ni? Salah nombor kut. Zara menekan button telefon bimbitnya dengan pantas membalas pesanan ringkas yang diterimanya tadi.
                                    Sorry.. I think you’re wrong numbers..~ Zara.
  No.. Entah kenapa malam ni saya teringatkan awak.. ~ secret admirer.
     Zara bengang. Mamat mana pulak ni? Pakai ayat jiwang pulak tu. Nasib baik aku tak mudah cair. Huh.. Zara malas hendak melayan pesanan ringkas itu. Dicampak telefon bimbit itu di sisi katil. Jam yang menunjukkan pukul 10.00 malam membuatkan dirinya terlelap.
     Apa punya anak dara lah.. Lepas makan terus tidur. Tak sopan langsung. Puan Vanita geleng kepala. Tidak faham dengan perangai anak daranya yang seorang ni. Anak dara yang berperangaikan anak teruna. Hazwan juga tidak begitu. Puan Vanita menutup pintu bilik rapat-rapat. Nasib baiklah dia tergerak untuk ke bilik Zara. Kalau tidak, tidur tidak berpintulah anak daranya itu. Puan Vanita melangkah ke biliknya semula.



############

Ha? Dah baca kan? Ce korang komen sikit sal enovel baru ni? Pemacam? Okey tak? Kena tak ngan selera korang? Kuang3..




THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

~ Cinta Itu Milik Aku 1 ~

,10/06/2012 12:39:00 PM | 6 Comment
Cinta Itu Milik Aku BAB 1



     "MA, Sya ingat Sya nak tinggal sendiri la ma. Tinggal kat rumah sendiri. Sya dah ada tempat. Cuma nak minta kata setuju dari mama aje. Kalau mama dan ayah setuju, dalam masa terdekat ni Sya nak pindah. Tapi kalau boleh nak jugak lah.” Aliesya memujuk Puan Zadriana. ‘Moga lembut hati mama dan ayah.’ Hatinya tulus berdoa.
     Semua mata tertumpu ke arah Aliesya. Mendengarkan itu, Puan Zadriana mengeluh berat. Mengenai soal itu, dia sangat ragu-ragu untuk melepaskan anak gadisnya tinggal bersendirian. Bukan dia tidak percaya tetapi dia tidak sanggup hendak berjauhan dengan anaknya itu.
     Aliesya menyambung bicara. “Ma jangan risau okey? Sya tinggal berdua. Dengan kawan Sya, Najihah. Lagipun rumah sewa tu tak berapa jauh dengan office Sya. Senang sikit kalau hari-hari pergi office.” Aliesya masih lagi memujuk mamanya.
     “Mama tak kisah tapi mama takut apa-apa terjadi pada kamu nanti. Mama risau. Sya lah satu-satunya anak perempuan mama. Mana ada yang lain.” riak kerisauan jelas kelihatan di wajah Puan Zadriana. Nampaknya dia benar-benar risau dengan keadaan Aliesya.
     “Sya dah besar ma. Sya pandai jaga diri Sya sendiri. Mama janganlah terlalu risau.” Aliesya mencapai tangan mamanya dan dielus lembut. Kasihan juga melihat mamanya kerisauan begitu.
     “Kalau itu sudah menjadi keputusan Sya, ayah rela lepaskan Sya tinggal berjauhan. Asalkan Sya dapat menjaga diri Sya sebaik mungkin. Jaga kehormatan diri dan nama baik keluarga. Itu sahaja.” Kali ini Encik Rahimi pula membuka suara memberi kata putus.
     Sudah mekar senyuman di bibir Aliesya. “Terima kasih ayah.. ma.. Sya akan pegang kata-kata ayah.” Puas hatinya kerana permintaannya itu diterima. ‘Nasib baik plan nak pujuk guna air mata tak menjadi. Kalau tak, jenuh aku nak keluarkan air mata palsu ni.’ Aliesya tergelak kecil.
     “Bila Sya nak pindah tu? Dah tetapkan tarikh?” Fazrin Irham pula mencelah.
     “Hmm.” Aliesya mengangguk. “Insya Allah.. Dalam masa seminggu ni.”
     Fazrin pula mengangguk kepalanya tanda faham. “Ha, kalau dah tinggal jauh tu, jangan lupa rumah kat sini pula ya.” Fazrin menyakat adiknya. Gelaknya ditahan.
     Masing-masing tergelak melihat gelagat  Aliesya mencubit geram ke arah Fazrin. ‘Saja dia ni nak perli aku. Kan sedap kena sebiji.’ Hatinya merungut geram juga terasa bahagia dengan gelagat keluarganya itu.

Nur Adrianna Aliesya
    Tepat jam menunjukkan pukul 12 tengahari, cepat-cepat Aliesya mengambil remote control. Dibukanya siaran NTV7 yang sedang giat menyiarkan drama korea ‘BOYS OVER FLOWERS’. ‘Huh, bestnya kalau dapat orang macam JI HOO ni, dah la hensem, romantik pulak tu. Eee.. Kenapalah aku boleh terminat pada dia ni?’ Masih lagi Aliesya berangan-angan tinggi.
     “Hei, Sya !!” sergah Fazrin melihat adiknya leka menonton. “Kalau ya pun minat sangat dengan korea tu, jangan la sampai leka. Daripada tengok muka orang korea ni, baik tengok muka abang yang asli tercipta hensem ni. Kalah semua orang korea ni tau, muka abang tulen punya. Diorang semua tu buat plastic sugery aje.” panjang lebar Fazrin berceramah. Memang Aliesya mengakui ke’hensem’an milik Fazrin Irham tetapi ‘janganlah over sangat.’
     Aliesya memandang Fazrin tajam. ‘Kalau nak bergurau pun, kena ada tempatnya. Jangan main hentam aje..’ rungut hati kecilnya.
     “Walaupun diorang buat plastic sugery, mulut diorang tak ada macam abang. MULUT …… MURAI…!!!!!” perli Aliesya geram dengan syarahan abangnya tadi. Pantang benar dia disakat oleh Fazrin Irham.
     Fazrin hanya tergelak melihat gelagat Aliesya. Pantang pelakon koreanya dikutuk ,jangan harap boleh terlepas dengan balasan sindiran darinya pula. ‘Huh, gila korea betul adik aku yang sorang ni.’ bicara hatinya lucu dengan tabiat Aliesya.
     Siaran pun berakhir pada pukul 1 petang. Aliesya terus naik ke atas memasuki biliknya. Barangkali mahu menunaikan solat zohor. Selepas habis solat zohor, dia pun terlentang di atas katilnya dan terus zzz…
 **************
     “WHAT are you talking about that, papa? Ape yang papa cakap ni? Amir tak faham lah dengan sikap papa ni. Papa tak boleh paksa Amir macam ni. Amir perlukan kerelaan dalam perkara serius macam ni. Ni bukannya perkara kecil. Ia dah membabitkan kebahagiaan Amir. Please understand me, papa” kata Amir mundar-mandir menahan marah yang membuak-buak di dalam dadanya. Fikirannya serabut. Kusut dek permasalahan ini.
     “Papa tahu, ini bukan perkara yang kecil tapi ia juga adalah sebahagian hak papa untuk menentukannya. Lagipun papa dah ada calon yang sesuai untuk Amir. Dan kali ini papa yakin dengan pilihan papa. Amir kena percaya pada papa. ” Datuk Aznan tetap mempertahankan dirinya.
     “Disebabkan pilihan dari papa lah yang membuatkan Amir ragu-ragu untuk menerimanya. Amir tak berminat dengan gaya hidup kawan-kawan papa tu, semuanya salah di mata Amir, lagi-lagi pada  pilihan papa, Amir boleh uruskannya sendiri dan papa tak perlu menyusahkan diri papa untuk menguruskan hidup Amir. Please papa.” masih lagi Amir menyangkal kata-kata papanya.
     Semua yang melihat perbalahan itu, terdiam menyaksikan kerenah dua beranak. Datuk Aznan menekan-nekan dada menahan sebak dengan kerenah anaknya, Amir Amran itu.
     “Dah lah, malas Amir nak berbalah dengan papa. Nanti panjang pula ceritanya. Kalau papa nak sangat dengan pilihan papa tu, papa aje lah yang kahwin. Kalau tak pun, bagi aje calon papa tu dekat Adam. Habis cerita.” Amir memberi kata putus bagi perbincangan ini.
     Adam yang leka menonton, tiba-tiba tersentak mendengar butir bicara Amir. ‘Apalah dia ni. Papa suruh dia yang kahwin, aku pula jadi mangsa..’ Cetus hatinya. Datin Radhiah terus mendapatkan suaminya sambil menenangkan keadaan. Amir melangkah laju ke arah pintu tapi sempat ditahan kakaknya, Asma Alia.
     “Amir, tolong fikir baik-baik ya. Cari keputusan yang terbaik. Think positive. Buatlah keputusan yang dapat memberi kebaikan untuk semua.” mendalam benar maksud bagi kata-kata Asma Alia buat Amir Amran.
     Muka Asma dipandang sayu oleh Amir. Langkahnya laju menghala ke arah kereta BMW putih miliknya. ‘Kenapa dengan aku ni? kenapa aku terlalu mengikuthati dan perasaan? Arghhh...’ Fikirannya buntu. Kusut memikirkan jalan penyelesaian. Keretanya dipandu laju terus membelah kegelapan malam agar dapat menutup kemarahan hatinya.
***************
     “AKU pun tak tau apa yang dia nak sebenarnya.” kata Amir melepaskan geram yang masih menggunung di hatinya kepada Hanif, rakan baiknya susah dan senang.
     “Sabar ajelah. Dia nak buat yang terbaik untuk kau agaknya. Kan doa ayah tu lebih kepada kebaikan." Hanif  masih lagi memberikan kata-kata semangat pada Amir. Kasihan dia melihat keadaan Amir Amran begini.
     Hanif juga sudah mengetahui kisah yang berlaku di antara Amir dan Datuk Aznan. Mana tidaknya, selepas ‘sesi’ pertengkaran, terus ditujunya ke rumah Hanif sebagai sasaran melepaskan geram. Hanif sudah terbiasa dengan sikap Amir yang sebegitu.
     “Pening aku dibuatnya.” masih lagi Amir meneruskan kata-katanya.
       “Dah lah, malas aku nak dengar kau membebel. Silap hari bulan, telinga aku kena check klinik. Cuba kau fikir baik-baik, Amir. Takkan kau nak papa kau sakit lagi. Kau kena berfikiran jernih walaupun keputusan yang akan kau buat nanti bakal memerlukan pengorbanan diri kau sendiri. Sekiranya itulah yang terbaik untuk orang sekeliling kau.” panjang lebar Hanif berceramah. Amir hanya diam membisu mendengarkan itu.
      “Buat masa ni, aku kena fikir dululah, Nif. Aku perlukan ketenangan sekarang. Kepala aku serabut.”
     “Okey.. Aku faham situasi kau sekarang. Hmmm.. so, lepas ni kau nak pergi mana? Takkan kau nak balik rumah kot dalam keadaan macam ni?” soal Hanif menukar topik utama.
       Amir terdiam. Tidak pula dia memikirkan arah tujunya selepas ini.

Amir Amran
       “Macam mana ? Ada tempat menginap ?” sengaja Hanif mempermainkan Amir. Bukan dia tidak tahu, sekiranya Amir sudah bertandang ke rumahnya malam-malam begini sudah pasti rumahnya dinobatkan sebagai rumah Amir juga.
       “Takkan lah aku nak balik dalam keadaan macam ni kot. Tak pasal-pasal, lain pula jadinya.  Kau pun fahamkan. ”
       “Hmm.. Jadi kau nak cari apartmen ke hotel ???”
       “Aku dah ada kawan, buat apa membazir duit pergi hotel. Menyusahkan diri sendiri adalah.” balas Amir sambil tersenyum sinis memandang Hanif dengan seribu makna.
       “Okey.. Kiranya rumah aku lah jadi hotel kau?”
       “Sudah semestinya.. Kau kan kawan aku dunia akhirat hehe..”, cepat Amir membalas kata-kata Hanif. 
       Hanif tergelak dengan kerenah Amir. Walaupun disimbahi dengan berbagai masalah, Amir masih lagi bermurah hati untuk melemparkan senyuman. Dan malam itu berlalu pergi meninggalkan Amir dengan khayalannya sendiri. Membiarkan dia di dalam dilema yang bakal ditempuhinya nanti.
***************
       BUNYI kicauan burung di pagi hari membuatkan Aliesya giat untuk meneruskan tidurnya. Matanya terpejam rapat. Selimut yang tadinya terpisah, ditarik semula. ‘Ah, Sedapnya tidur. Dah lah sejuk pagi-pagi ni, hmm..’. Dia tersenyum senang didalam mimpi. ‘Tak apa lah.. Hari ni kan hari terakhir aku kat sini. Santai aje lah. Lagipun bukannya aku ada temu janji.’ Tiba-tiba matanya yang galak terpejam rapat, terus dibukanya.
     “TEMU JANJI... ??!!” jerit Aliesya menggegarkan biliknya. “Oh, aku lupa. Aku ada janji nak jumpa dengan Jiha dekat cafe. Aku dah lambat ni.”, matanya dikerlingkan ke arah jam dinding yang tergantung indah di biliknya.
     Terus saja dicapainya tuala dan berlari memasuki bilik air yang berdekatan dengan biliknya selepas melihat jam dindingnya yang menunjukkan 9.15 pagi. Selepas 15 minit berlalu, dia terus menyiapkan dirinya untuk berjumpa dengan Najihah dan terus berlari mendapatkan Fazrin Irham yang sedang leka menikmati kopi panas. Cepat-cepat Aliesya menuang air kopi dan terus menyumbatnya ke dalam mulut. Fazrin Irham melihat hairan dengan gelagat Aliesya. ‘Tidak panaskah air kopi itu?’ Fazrin menggeleng.
     “Eh, Sya. Kenapa ni? Kelam kabut je abang te...”, belum sempat Fazrin Irham meneruskan kata-katanya, terus saja Aliesya memotong.
     “ Maaf ye bang,. Sya dah lambat ni ”, terus saja dicapai beg bimbitnya di atas meja. 
       Tergesa-gesa Aliesya membawa kereta menuju sebuah restoran. ‘Habislah aku kena bebel dengan Jiha nanti. Dahlah dia tu kuat membebel. Habis pecah gegendang telinga aku nanti.’ hatinya masih lagi sempat berkata-kata. Terus dia memusingkan keretanya di salah satu carpark yang kosong dan secara tiba-tiba kehadiran sebuah kereta telah mencelah tempat parkingnya. Perasaan marah mula meresap ke dalam hati Aliesya. Terus dibuka pintu keretanya dan menuju ke arah pemilik kereta itu. 
       “Eh, sorry please. Boleh tak tolong buka tingkap kereta ni kejap?” kata Aliesya menahan marah di hatinya sambil tangannya mengetuk-ngetuk tingkap kereta itu.
    
     Tiba-tiba pintu kereta itu terbuka dan muncul seorang lelaki di balik pintu dengan lengkap memakai kot hitam dan di hiasi sunglasses yang dipakainya. Sempurna. Aliesya hanya melihat lelaki itu mendekatinya.
     “Iya cik adik. Apa yang kecoh-kecoh ni?” dengan langkah yang sombong lelaki itu menegur.
        ‘Sempat lagi dia ni nak bergurau dengan aku. Dahlah aku lambat  sampai, dia pula cari pasal dengan aku kat sini. Naik lah angin aku macam ni.’ Aliesya mengutuk lelaki itu di hatinya. Mana tidaknya, sudah bersalah buat muka seperti tidak bersalah.
       “Hmmm.. pandai awak bergurau ya. Awak tahu tak yang awak dah mencelah tempat saya ni?” Aliesya terus meluahkan isi hatinya.
       Lelaki itu terus memandang ke kereta Aliesya dan memandang semula ke Aliesya dengan satu senyuman sinis darinya.
       “So.. Apa yang kau nak buat sekarang? Nak telefon polis pun tak ada gunanya. Ni tempat awam.” lelaki itu mula menyakitkan hati Aliesya.
       “Apa yang awak cakap ni? Awak dah mencelah tempat saya dan lepas tu awak sengaja perli saya. Lelaki jenis apa awak ni? hish..” hambur Aliesya geram dengan keletah lelaki itu.
       “Okey,. Dah habis dah? Okey.. Dont disturb me nowI’m so busy.. Please leave me now.  Aku tak ada masa sekarang nak dengar kau membebel panjang-panjang. Sorry.. ” lelaki itu terus melangkah laju ke arah salah satu restoran yang berderet-deret di situ.
       Bagai dipetir hati Aliesya mendengar kata-kata lelaki itu. Selepas meletakkan keretanya, dia cepat-cepat menuju ke arah cafe yang dijanjinya itu. ‘Apa lah dia tu. Buat sakit hati je. Dia fikir dia sorang aje yang sibuk. I’m so busy lah konon. Patutnya aku yang marah tapi tadi dia yang marah aku. Hish.. Pelik betul. Hatinya membebel-bebel seorang diri.
       “Hai, Jiha. Lama kau tunggu aku?” sergah Aliesya yang tiba-tiba muncul dari arah belakang Najihah dengan tersenyum-senyum kambing.
       Najihah memandang tajam ke arah Aliesya. Senyumannya mati gara-gara Aliesya terlewat.
       “Kau ni apa lah, Sya. Dah lama aku tunggu kat sini, kau masih lagi tanya kat aku da lama ke tak aku tunggu? Mestilah lama. Dah ber abad-abad aku tunggu kau. Sampai aku yang tak berjanggut ni boleh tumbuh janggut tau.”, bebel Najihah panjang lebar.
       “I’m sorry, okey ? Aku lewat sebab ada lelaki gila kacau aku tadi. Kalau tak disebabkan dia, aku takkan lewat sampai setengah jam macam ni ”, ujar Aliesya melihat jam tangannya.
       “Lelaki gila mana pula? Aku masuk cafe tadi, tak nampak pun lelaki gila ”
       “Dah lah. Malas aku nak fikir. Buang masa aje ” Aliesya memutuskan perbicaraan mereka dan terus memanggil waitress.           
       Aliesya leka melayan waitress yang dipanggilnya sambil membelek-belek menu yang disediakan. Najihah hanya melihat gelagat Aliesya tersenyum panjang. ‘Ada-ada aje perangai dia ni. Tak boleh nak diramal. Kejap cerah. kejap mendung. Hmm.. Comel betul.’ Najihah tersenyum senang dan tanpa disedari, seorang lelaki menegurnya.
       “Hai, Jiha. You sorang aje ke?” lelaki itu menegur Najihah.
       Aliesya yang dari tadi leka menbelek menu, tiba-tiba tersentak. Eh,. Macam aku pernah dengar aje suara ni. Suara siapa? Terus saja Aliesya mengalihkan pandangannya ke arah Najihah yang mendekati seorang lelaki. ‘Ya Allah. Dia ke? Suara dia ni aku kenal sangat. Suara yang perli-perli aku tadi. Nak apa lah mamat ni kat sini?’ Aliesya memandang tajam kearah lelaki itu.
       “Eh,  Amir. Apa yang you buat kat sini? Ha, lagi satu. You nampak I berdua ke bertiga?”, sengaja Najihah memerli lelaki bernama Amir itu.
       “I sengaja datang kat sini. Rindu pula rasanya nak menjamah makanan kat sini.” Amir Amran terus menjawab dan memandang Aliesya yang leka melihatnya.
       Aliesya tersentak dengan pandangan Amir. Eh.. pandang aku pula. Aku bagi rasa buku lima aku ni baru tau. Aliesya membalas pandangan Amir dengan tajam. Amir hanya tersenyum dengan gelagat Aliesya. Najihah pula memandang pelik ke arah Aliesya. Dengan pantas tangannya mencubit tangan Aliesya.
       “APA??! Sakitlah.. ” Aliesya mengaduh sakit sambil memegang tangannya yang dicubit Najihah.
       “Kenapa kau pandang si Amir tu macam nak telan aje ?” bisik Najihah.
       “Apa-apa pun. Boleh I join you’ll kat sini ?” celah Amir memotong perbicaraan Aliesya dan Najihah.
       “Hah?!!” Aliesya terkejut dengan permintaan Amir dan terus dia menggeleng tanda tidak setuju.
       Najihah pula hanya mengangguk tanda setuju. “Hmm, Duduk lah. Kalau ya pun, tanggalkanlah sunglasses you tu. Bukannya ada matahari pun dalam cafe ni.” Najihah hanya tergelak memandang Amir yang tidak menanggalkan sunglassesnya sedari tadi lagi.
       “Oh.. I sakit mata. Jadi I tak boleh nak lepas.” kata Amir tersenyum sinis memandang Aliesya.
       Aliesya hanya menadah sahaja telinganya. Dia tahu yang Amir sengaja memperlinya.   
       “Jiha, aku balik dulu ya. Next time kita jumpe lagi.” Aliesya terus bangun mencapai beg tangannya. Tidak jadi dia hendak meneruskan kata-katanya. Malas dia hendak melayan kerenah lelaki yang tidak dikenalinya itu.
       Najihah tercengang memandang Aliesya. ‘Pehal pulak dengan minah sorang ni ?’ Cepat-cepat dia menarik tangan Aliesya.      
      “Sya..!!! Nanti kejap. Kalau ya pun, jamah-jamah la dulu air yang kau dah order tu. ” tunjuk Najihah ke arah air yang baru saja sampai di meja makan mereka.
       ‘Ya tak ya juga kan. Rugi aje order tapi tak minum. Duduk aje la sekejap..’ getus Aliesya di dalam hati kemudian kakinya terus melangkah ke tempatnya semula. Amir hanya menahan gelak dengan perlakuan Aliesya.
       “Ha..!! Kan okey tu. By the way, aku nak kenalkan kau dengan my cousin. Nama dia Amir Amran.” Najihah memperkenalkan sepupunya itu kepada Aliesya.
       Cousin??!! Air yang diteguknya tidak sampai ke kerongkong. ‘Aku tak tau pun.’ Aliesya hanya memandang Najihah dengan seribu makna.
  

**************
Terima kasih sudi baca ya.. Jangan lupa komen taw.. Sayang korang..




THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...