Ugutan Cinta 7

,5/27/2013 07:37:00 AM | 10 Comment


BAB 7

IFFA merebahkan dirinya di atas katil. Hari ini dia dan Sara tidak bekerja memandangkan mereka baru saja tiba dari kampung malam tadi. Rasa penatnya masih belum hilang kerana dia yang memandu dari Sabak Bernam hingga ke Kuala Lumpur. Dia tidak dapat bermalam di kampung. Dia perlu bekerja melainkan ada cuti panjang.
     Iffa bangkit dari katilnya menuju ke dapur. Dia mencapai cawan dan mula membuat nestum 3 in 1 untuk mengalas perutnya pagi itu. Dia malas hendak memasak memandangkan hanya dia seorang yang bersarapan. Sara masih lagi berkurung di dalam bilik sejak semalam mereka pulang.
     Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering menyanyikan lagu Jason Mraz dari dalam biliknya. Cepat-cepat Iffa berlari mendapatkan telefon bimbitnya selagi masih berbunyi. Dia menolak pintu bilik dan berlari menuju ke meja solek. Belum sempat dia menekan punat hijau untuk menjawab panggilan, deringan itu sudah tiada. Dia melihat nama pemanggil itu di skrin telefon.
     “Mamat kejam ni?” Iffa pelik. Nak apa lagi dia telefon aku ni?
     Satu pesanan ringkas (SMS) masuk ke telefon bimbitnya. Iffa menekan butang open. Matanya ligat meneliti setiap perkataan yang tertera di mesej itu.

Do not forget to take your identity card from me. At 10 am okey?

     Terbuntang mata Iffa apabila membaca mesej itu. “Alamak, aku lupa pasal IC aku.” Iffa menepuk dahi.
     Jam menunjukkan angka 9 pagi. Cepat-cepat Iffa mencapai tuala yang tersidai di kepala kerusi. Dia harus selesaikan masalah ini secepat mungkin. Dia tidak mahu melibatkan diri dalam dunia lelaki itu lagi. Hari-harinya kian bermasalah gara-gara lelaki itu.
     Usai mandi, dia memakai selendang putih. Secalit lip balm dikenakan pada bibirnya yang sedikit pucat itu. Biar kesan pucat itu tidak terlalu ketara apabila disapukan lip balm.
     Setelah itu, dia mencapai kunci kereta dan beg tangan yang sudah tersedia di atas meja solek itu. Dia menemui Sara dan memberitahu tentang pemergiannya ke Sinar Holding pagi itu. Sara hanya mengangguk lesu. Mungkin gadis itu tidak sihat.
     Rumah dikunci rapat-rapat. Enjin kereta dihidupkan dan terus meluncur laju menuju ke Sinar Holding.
     Sesampai sahaja di depan bangunan Sinar Holding, Iffa turun dari kereta. Kini dia sudah ada di depan bangunan yang gah ini. Masalahnya akan berakhir sebentar lagi. Kakinya mula melangkah memasuki bangunan itu. Satu senyuman buatan dihadiahkan buat staf-staf Sinar Holding. Biar mesra walaupun terpaksa.
     Hiasan dalaman syarikat itu benar-benar membuatnya tergamam. Indah. Almaklumlah, dia belum pernah memasuki syarikat ternama seperti ini. Mungkin kerana itu dia agak teruja. Dia melangkah mendekati kaunter.
     “Ada apa-apa yang boleh saya bantu, cik?” tanya seorang wanita. Nampak cantik dengan berpakaian jaket coklat paras lutut dan seluar slack putih. Dikenakan juga tudung ala-ala heliza helmi menutupi kepalanya. So allegent..
     “Saya nak jumpa dengan Encik Qasyaf Aiman,” jawab Iffa ringkas.
     Wanita yang kelihatan hampir seusia dengannya itu hanya mengangguk. Dia sudah dimaklumkan tentang kedatangan Iffa ke syarikat itu. Dia menekan butang interkom.
     “Encik Qasyaf. Tetamu encik dah sampai.”
     “Thanks, Yanie. Let her come in,” arah Qasyaf dari corong interkom itu.
     Mendengar suara saja sudah membuat Iffa naik menyampah. Rasa marahnya pada lelaki itu tidak surut-surut lagi. Iffa beristighfar dalam hati.
     “Cik boleh masuk.” Perempuan bernama Yanie itu tersenyum manis kepada Iffa.
     Iffa hanya mengangguk. Pintu pejabat itu ditolak. Dilihatnya Qasyaf tersenyum simpul memandangnya. Iffa mula melangkah masuk. Dia berdiri di belakang pintu setelah pintu itu ditutupnya.
     “Kenapa tercegat dekat situ? Nak tukar status jadi pintu aku ke?” perli Qasyaf. Dia menahan tawanya.
     Iffa mencebik geram. Dia melangkah mendekati Qasyaf yang sedang bersandar di kerusinya. Tangannya dihulurkan kepada Qasyaf dengan niat agar lelaki itu mengembalikan IC miliknya semula. Dia boleh segera beredar dari tempat seperti ini.
     “Nak apa?” tanya Qasyaf. Dia buat-buat tidak tahu akan tindakan Iffa.
     “Nak IC sayalah. Saya nak balik segera ni.” Tangannya dihulurkan lagi.
     Qasyaf tergelak. Pelik dengan tingkah laku wanita di hadapannya ini. “Calm down. Duduk dulu. Kau nak minum apa? Minta aje. Semua ada kat office ni.”
     Qasyaf bangun dari tempat duduknya. Iffa berpeluk tubuh. Geram pula dengan lelaki sorang ni. Dia nak cepat, sengaja pula hendak melambat-lambatkan masa yang ada. Akhirnya Iffa duduk di sofa yang terdapat di bilik itu.
     Qasyaf duduk di hadapan Iffa. Iffa diam. “Dah macam orang yang nak datang temuduga,” bisiknya perlahan tanpa didengari oleh Qasyaf.
     “Cepatlah encik. Saya tak ada masa nak stay lama-lama kat sini. I’m so busy,” desak Iffa.
      “Apalah yang kau busykan sangat tu. Setahu aku hari ni kau cuti kerja.” Qasyaf berkata selamba. Memancing wanita di hadapannya itu untuk terus berbicara.
     Iffa berbahang. Terasa kemarahan sudah melonjak ke permukaan mukanya.
     “Encik ni intip saya ke? Mana encik tau yang saya cuti kerja hari ni?”
     “Normal lah tu. Kalau kau tak cuti, takkan kau nak datang sini. Hari ni bukan hari cuti umum,” terang Qasyaf sambil membelek-belek surat khabar yang dipegangnya.
     “Pulangkan IC saya cepat. Saya nak balik,” ulang Iffa sekali lagi.
     “Ada benda penting yang aku nak bincang dengan kau. Very important for me. And for you too,” ujar Qasyaf mula serius.
     Iffa menelan liur. Pasal apa pula ni. Dah tak sanggup nak menambahkan masaalah lagi. Dia menenangkan hatinya yang berombak itu.
     “Tentang apa? Kenapa penting untuk saya pula? Saya tak ada kena mengena dah dengan hidup encik lepas ni.” Iffa terpaksa juga melayan Qasyaf demi mendapatkan IC nya semula.
     “Secara jujurnya, aku nak cakap yang aku dah jatuh cinta pada kau.” Qasyaf terus terang.
     Iffa tergamam. Hampir gugur jantung Iffa mendengarkan kata-kata itu.
     “Encik.. encik ni dah gila ke? Ada skru yang tercabut pada otak encik ke? Kalau ada, saya boleh tolong panggilkan mekanik.” Iffa cuba menyangkal kata-kata Qasyaf.
     “Kenapa? Kau tak percaya ke yang aku ni dah jatuh cinta dengan kau.” Qasyaf berpeluk tubuh. Apalah perempuan ni. Aku cakap secara jujur tau.
     Iffa menggeleng laju. “Tak.. tak percaya sebab saya tak kenal encik. Encik tak kenal saya. Saling tak kenal. Mustahil kalau encik jatuh cinta dengan saya.” Beria-ia Iffa membantah luahan hati Qasyaf terhadapnya. Dia memalingkan wajahnya ke arah lain.
     “Lantak kau lah nak percaya ke tak. Dan atas sebab itu..”
     “Atas sebab apa?” Iffa mencelah tutur bicara Qasyaf.
     “Atas sebab aku dah jatuh cinta pada kau, kau kena kahwin dengan aku.” Qasyaf berkata selamba. “Kau setuju ke tak nak kahwin dengan aku ni.”

Nur Iffa Afifah
     Iffa ternganga. What the.. Apa yang mamat ni cakap. Proses dalam otak dulu ke tak ni? Main cakap je. Dahlah tak munasabah. Iffa merengus geram mendengarkan kata-kat lelaki di depannya ini.
     “Encik ni jangan bergurau dengan saya boleh tak? Bagi balik IC saya.” Iffa cuba menyembunyikan rasa getar di hatinya.
     Lelaki minta kahwin. Siapalah perempuan yang tidak terusik hatinya apabila lelaki berkata seperti itu. Dia juga seorang perempuan dan dia sedang merasakan perasaan itu saat ini.
     Qasyaf menggeleng. “No, Iffa. I’m not kidding you. Aku betul-betul nak jadikan kau isteri aku. Just talk to me. Do you agree or not?”
     “Noo.. I’m not. Awak memang dah gila agaknya, Encik Qasyaf.” Iffa berpeluk tubuh. Dia betul-betul marah dengan lelaki ini.
     Qasyaf mengeluh berat. Dia mengeluarkan sampul coklat dari laci meja yang berdekatan dengannya.
     “Take this. Look and thinking about yourself and your family.” Qasyaf menghulurkan sampul coklat itu kepada Iffa.
     Iffa terdiam. Mengapa kata-kata lelaki ini seperti memberinya satu bebanan yang berat. Arghh.. Pedulikan. Dia tidak mahu menambah masalah. Iffa menyambut sampul itu dan terus membukanya perlahan. Risau. Takut. Gementar. Semuanya menjadi satu.

     Iffa menarik keluar isi sampul itu. Beberapa keping gambar sudah berada di tangannya kini. Matanya terbeliak melihat gambar-gambar itu. Mulutnya ditutup dengan tangan. Ya Allah.. Apa semua ni? Hatinya cepat-cepat beristighfar. Matanya digosok berkali-kali kerana dia yakin yang dia tersilap pandang.
     Iffa mengalihkan pandangannya kepada Qasyaf yang kelihatan tenang. “Apa.. apa ni semua, encik? Macam mana boleh ada gambar ni?”
     “Gambar tu aku ambil waktu kita bertemu di balai polis hari tu. Macam mana gambar tu? Romantik tak?” ujar Qasyaf sambil tersenyum manis.
     Iffa bengang. Geram. Marah atas kelakuan Qasyaf terhadapnya.
     “Apa tujuan encik buat semua ni? Encik tak layak buat benda macam ni. Encik akan memalukan saya tau tak.” Suara Iffa mula bergetar menahan tangis. Ya Allah.. Masalah apakah ini..
     “Maaf sebab aku terpaksa buat semua ni. Kalau kau setuju kahwin dengan aku, aku akan hapuskan gambar-gambar ni. Kalau kau tak setuju, aku akan kirimkan gambar-gambar ni kepada pihak media,” ugut Qasyaf tenang. Dia memandang wajah Iffa yang kemerahan itu.
     Iffa tercengang. “Pi..pihak media?” Iffa gugup.
     Qasyaf mengangguk. “Yes. Pihak media.”
     Iffa yang tadinya berdiri, terduduk mendengar tutur bicara Qasyaf. “Ya Allah.. Apa awak ni. Kenapa awak buat macam ni pada saya. Tolonglah jangan libatkan saya dalam dunia awak. Saya nak keluar. Saya nak keluar dari dunia awak.”
     Qasyaf juga turut terdiam. Hatinya tersentuh. Tapi apakan daya, dia terpaksa melakukan ini.
     “Aku tak ada pilihan. Dan kau juga tiada pilihan. Kalau kau menolak, kau tahukan apa risikonya.”
     “Apa yang encik nak buat kalau saya tetap menolak semua kerja mengarut encik ni?”
     “Gambar kita yang mesra kat dalam gambar ni akan aku pos ke keluarga kau dulu.”
     Iffa tersentak. Ibu.. abah.. Arghh.. aku buntu.
     “Encik malukan diri encik sendiri. Encik tau kan?” gumam Iffa.
     “Tahu. Aku tahu yang aku akan malukan diri aku sendiri. Tapi aku dah terbiasa dengan gosip macam ni. Hot issue. Sekali aku buat, orang lain dah tak ambil pusing tentang aku lagi. Kau sendiri pun dah terbiasa dengar berita tentang aku di paper kan?”
     Iffa terkedu. Iffa teringat akan ujaran Sara dulu. Lelaki ini memang bahaya. Dia hanya diam tanpa menjawab sebarang soalan daripada Qasyaf. Tanda protes dengan keputusan yang dibuat oleh Qasyaf.
     “Aku bagi kau masa 24 jam dari sekarang. Dan aku nak terima keputusan kau esok. Kau jangan lupa dengan kata-kata aku.”
      Qasyaf bangun dari tempatnya. Dibiarkan Iffa terkapai-kapai seorang diri merenung nasibnya selepas ini. Dia mencapai kot hitam yang tersidai di penyangkut lalu dia mendekati Iffa yang terdiam di sofa.
     “Nah.” Qasyaf menghulurkan kad pengenalan Iffa. “Jangan lupa. Kalau kau tersilap langkah, bukan kau saja yang malu tapi your family pun turut malu,” bisik Qasyaf di telinga Iffa.
     Qasyaf terus keluar dari pejabatnya. Mutiara jernih sudah keluar dari tubir mata Iffa. Dia sudah tidak mampu untuk menahan tangis. Ya Allahh.. Ujian apakah yang kau berikan kepadaku kali ni.. Iffa tersedu dalam tangis.

**********************

QASYAF menarik nafas lega. Akhirnya.. Akhirnya dia sudah laksanakan rancangan itu. Kali ini, dia hanya perlu menunggu keputusan dari Iffa. Apapun pilihan dari Iffa, dia terima walaupun dia tahu yang Iffa tidak ada pilihan lain selain memilihnya sebagai suami.
     “Senyum sorang-sorang tu teringat pada bakal isteri ke?” tegur kak Qyla.
     Qasyaf tersenyum melihat kak Qyla datang menghampirinya. “Mana adalah kak. Syaf tersenyum bila tengok bunga-bunga ni. Lawa. Macam kak Qyla.” Qasyaf cuba mengubah topik.
     “Eh.. Bukan macam akak lah.” Kak Qyla menyangkal.
     Qasyaf pelik. “Habis tu?” soalnya.
     “Macam bakal isteri Syaf lah,” usik kak Qyla sambil tersenyum memandang Qasyaf yang terkulat-kulat itu.
     “Apa pula kak Qyla ni. Ada pula macam bakal isteri Syaf. Ni mesti mama yang bagitahu akak kan pasal rahsia ni?” duga Qasyaf. Keningnya diangkat ala-ala Ziana Zain.
     “Tiada rahsia di antara mama dan akak.” Kak Qyla tergelak. Terkadang matanya menoleh ke arah suami dan anaknya yang leka bermain di halaman rumah ibunya itu.

Qasyah Aiman
     Dia rajin ke mari. Saja hendak melawat mama dan papanya di rumah. Lagipun rumahnya tidak jauh dari sini. Hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai. Jadi tidak susah baginya untuk ke sini setiap hari. Putra putrinya lebih suka di sini berbanding di rumah. Tiada teman kata mereka. Kak Qyla hanya tergelak sendiri.
     Qasyaf mencebik. “Yalah tu,” ujarnya lalu dia meneruskan renungannya kepada bunga-bunga di depan matanya ini.
     “Syaf baru balik kerja kan?” soal kak Qyla apabila dia melihat Qasyaf masih memakai baju kemeja.
     “Ha’ah. Syaf baru balik. Syaf tak laratlah nak naik sampai ke atas. Tunggulah sampai setengah jam hilangkan penat, baru naik semula. Bersihkan diri.”
     “Sekarang memanglah penat. Balik kerja terus duduk menghadap bunga-bunga ni, tapi bila dah ada isteri nanti, dah tak ada dah istilah penat. Almaklumlah dapat tengok si bunga depan mata. Hilanglah semua penat Syaf tu,” usik kak Qyla. Dia faham benar perangai adik lelakinya ini.
     Qasyaf tersenyum kambing mendengar usikan dari kak Qyla. “Okeylah, akak. Syaf masuk dulu. Syaf nak mandi. Siap-siap untuk solat maghrib.” Qasyaf meminta diri.
     Kak Qyla mengangguk. Qasyaf melangkah masuk ke dalam rumah sambil membawa briefcasenya. Kak Qyla hanya melihat Qasyaf menghilang dari pandangan. Dia geleng kepala. Macam-macam perangai lelaki yang sorang ni..

************************

IFFA bersandar di tepi katilnya. Fikirannya kembali teringatkan kejadian pagi tadi. Dia berpeluk tubuh.
     “Ya Allah.. Apa yang perlu aku buat sekarang?” Iffa buntu. Dia seperti seorang yang kehilangan arah tujuan hidup.
     “Jangan lupa. Kalau kau tersilap langkah, bukan kau saja yang malu tapi your family pun turut malu.”
     Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya. Dia teringat kepada abangnya yang lagi sakit. Dengan kesihatan Encik Irfan yang kurang memuaskan dan juga kesedihan Puan Hanan dengan kejadian yang menimpa ke atas Airil. Dia buntu. Takut menyusahkan keluarganya yang lagi di timpa kesusahan.
     Tok.. Tok.. Tok.. Pintu biliknya diketuk. Air mata yang membasahi pinya itu diseka dengan hujung tuala. Pintu dibuka dengan segera. Sara sudah berdiri di depan pintu biliknya.
     “Iffa, Ridzki cari kau,” katanya lalu dia kembali ke biliknya.
     Iffa menepuk dahi. “Ya Allah.. Masalah datang lagi.”
     Iffa menarik tudung yang tersidai di penyangkut baju lalu dipakainya menutupi kepala yang terbuka. Pintu utama dikuak perlahan. Muncul kelibat Ridzki di sebalik pintu yang terkuak itu. Iffa menghela nafas berat. Entah mengapa di sebalik wajah tenang milik Ridzki itu begitu menyakitkan hatinya.
     Tiba-tiba dia teringatkan mimpinya tempoh hari. Kelibat Ridzwan yang hadir dalam mimpinya malam itu sangat pelik. Iffa mengucap panjang.
     “Iffa, nah.. untuk awak.” Ridzki menghulurkan plastik yang berisikan buah mangga itu kepada Iffa. Dah macam orang sakit pula.
     “Terima kasih.” Iffa menjawab ringkas lalu dia menyambut huluran plastik itu.
     “Muka awak nampak pucat. Awak ada masalah? Kalau ada, share lah dengan saya.”
     “Tak ada apa-apa.” Iffa menyangkal. Tidak ada apa-apa yang perlu dia kongsikan.
    “Hmm..” Ridzki mengeluh lemah. “Iffa, sampai bila awak nak mengelak dari saya? Cukuplah saya terluka dengan kematian Ridzwan. Cukuplah saya kehilangan dia. Saya tak nak kehilangan awak juga.”
     Iffa tergamam. Tolong.. Tolong jangan sebut nama Ridzwan lagi. Biarlah nama itu menjadi sejarah hidupnya di masa lalu. Iffa sebak. Dia cuba menahan air mata dari tumpah.
     “Ridz.. Kalau awak tak ada apa-apa, saya masuk dulu ya. I’m tried. Sorry.” Iffa terus masuk tanpa menunggu sebarang jawapan dari Ridzki.

      Pintu ditutup. Iffa terduduk bersandarkan pintu. Air mata yang sedari tadi ditahannya akhirnya tumpah juga. Dibiarkan Ridzki pulang membawa seribu tanda tanya. Ya Allah.. Kau kuatkanlah aku.. Kuatkanlah aku agar aku mampu mengharungi semua dugaan yang Kau berikan kepadaku ini.. Doa hati kecilnya.

*************************

Assalamualaikum semua.. Afie hadiahkan entri ni untuk pembaca yang setia menyokong Afie.. Hehe.. Maaflah, Afie tak pandai ambik mood feeling and touching,,, sebab tu tak feeling sgt.. Soo.. Lps baca jangan lupa DROP YOUR COMMENT okeyy.. heheh.. support me..  Sape yang nak entri lagi.. komen ye.. 'saya nak..' hheheh.. *perasan sudah daku ini.. Enjoy reading ~~

THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

10 comments:

Unknown said...

Haha. Qasyaf skru tercabut. What the..

HEHEH ^^

Anonymous said...

Salam. kesian kt afie...... huhu. teruskan lg berkarya

Eijan said...

Citer menarik...cuma hati2 dgn penggunaan Bahasa Inggeris...ada kesilapan ejaan dan grammar...
Teruskan berkarya....

Unknown said...

hehhe.. tq sudi support karya afie.. almaklumlah,.. seacrh pak cik google.. tu yg pelik cket.. pape pon tq sudi tegur.. nti afie perbaiki lgi.. thanks..

Unknown said...

citer yang menarik,cuma ada salah ejaan sikit... teruskan berkarya k :*

Yazreina said...

Haah... Betulkn ' i'm tired.. Bkn tried... Hihihi

Unknown said...

opppss.. bru perasan ada salah.. heheh.. tq kak yaz sbb tegur afie.. hehe nti afie betulkn..

Ria Natsumi said...

blog baru.........tak nampak anak panah nak klik comment....boleh tukar tak....??cadangan jer... akak dah baca...tak sabar nak tahu keputusan iffa....macam biasa...kesalahanan ejaan memang tak pernah miss dalam kehidupan penulis...so gud luck next time....

Anonymous said...

amboi,,ugutan tak menahan,,,,hehehe....
btw nice.....:D

kak nad

Unknown said...

finally, dpt bce smpai hbis juga..
afie, up next bab cecepat ye..
huhu, jln crite smakin mnarik, but ada sedikit tetinggal ejaan,hehe..nice...
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...