Ugutan Cinta 9

,6/05/2013 04:12:00 AM | 3 Comment


BAB 9


SEPERTI yang telah sedia maklum, Iffa dan Sara akan mula bercuti sempena cuti sekolah selama dua minggu. Iffa memang sudah merancang untuk pulang ke kampung. Dia harus melihat keadaan Airil. Sara juga akan mengikutinya pulang ke Sabak Bernam.
     Iffa menelek telefon bimbitnya. Sudah seminggu Qasyaf tidak menghubunginya hatta menganggunya sekalipun. Huh, lega aku tak diganggu lagi. Kalau tak dua puluh empat jam handphone aku berbunyi. Tak boleh diam. Agaknya dia sedar tak yang aku memang tak nak kahwin dengan dia. Iffa mengangguk. Mengiyakan kata-katanya sebentar tadi.
     Iffa memandang Sara yang leka membaca novel di hujung sofa. Sejak akhir-akhir ini raut wajah gadis itu nampak lebih bersemangat. Mungkin kerana dia gembira setelah mendapat berita tentang keadaan Airil yang semakin membaik walaupun Airil masih di dalam komanya. Iffa tersenyum senang. Akhirnya semua masalah yang menimpanya sebelum ini bakal selesai tidak lama lagi.
     Masalahnya bersama Qasyaf sudah selesai. Buktinya, sudah seminggu lelaki itu tidak menghubunginya atau menemuinya. Iffa tersenyum lega. Tentang Airil. Dia sudah tidak perlu risau kerana keadaan Airil semakin membaik dari masa ke semasa. Yang tinggal hanya masalahnya dengan Ridzki. Encik doktor yang seorang ni memang tidak kenal erti putus asa. Mesej-mesej yang diterimanya dari Ridzki sudah memenuhi inbox mesejnya. Serabut betul.
     “Iffa..”
      Iffa tersentak. Hilang semua lamunannya sebentar tadi. Tangan Sara ligat mencuit pinggangnya yang ramping itu. Iffa merengus geram. Sara mengelip-ngelipkan matanya ke arah Iffa. Ada sesuatu yang ingin dia ketahui. Sara menarik lengan Iffa lalu dipeluknya. Iffa terkejut dengan tindakan drastik Sara itu. Apa kena lah dengan budak ni. Demam ke apa. Iffa menggeleng.
     “Yang kau ni dah kenapa? Tersenyum-senyum macam kerang busuk tak laku aje.” ujar Iffa sambil cuba melepaskan pelukan Sara dari lengannya.
     Sara tersenyum lagi. Kali ini lebih manis dari tadi. Iffa mengeluh.
     “Kenapa ni? Dah buang tebiat ke? Kau nak apa peluk-peluk aku bagai ni.” Iffa menolak Sara ke tepi. Malas hendak melayan kerenah kawannya yang seorang ni. Boleh gila sekejap aku nanti.
     “Dah lama aku tak tanya pasal Qasyaf pada kau.” Sara memulakan bicara.
     “Pasal apa? Tak ada apa-apa yang perlu kau tau. Benda tak penting.”
     “Apa hubungan kau dengan Qasyaf tu. Semacam aje aku tengok.”


     “Apalah kau ni. Aku dengan Qasyaf tu tak ada apa-apa hubungan. Aku tak kenal dia dan dia pun tak kenal aku.”
     “Ye ke?” soal Sara meminta lebih kepastian.
     “Iya..” Iffa mengukuhkan kata-katanya. Betullah. Aku memang tak ada hubungan dengan dia.
     “Okey. Aku percaya cakap kau.” Sara sudah tersengih-sengih. Dah macam ayam berak kapur dah aku tengok.
     “Percaya atau tak, terpulang pada kau. Yang penting sekarang ni kau dah siap kemas barang ke belum? Kita nak balik kampung ni.”
     Sara tersenyum. “Dah siap dari malam tadi lagi. Aku tak sabar nak jumpa Airil.”
     “Okey, kalau kau dah siap, kita bertolak sekarang ajelah. Cepat sikit sampai. Aku dah tak sabar nak menjamah lauk ikan patin masak tempoyak yang ibu buat. Rindu pulak dengan masakan ibu.” Sudah terbayang-bayang ikan patin masak tempoyak di kepala Iffa. Terliur sebentar.
     “Okey, aku pergi ambil beg. Kau tunggu aku dekat luar,” ujar Sara sambil menatap waktu yang menunjukkan 12 tengahari.
     Iffa hanya mengangguk. Dia juga sudah berlalu kembali ke biliknya untuk bersiap-sedia apa yang patut.

**************************

“PAK CIK berterima kasih pada encik sebab encik sudi datang ke rumah pak cik ni. Ada apa-apa yang pak cik boleh bantu Encik Qasyaf?” tanya seorang lelaki berumur kepada Qasyaf. Di sisi lelaki berumur itu ada seorang wanita yang turut berumur seperti lelaki ini. Mungkin isterinya.
     Qasyaf cuba mengumpul kekuatan untuk berbicara. Sesekali dia melihat Hakimi yang duduk berjauhan semeter dengannya. Tangan digenggam kemas. Kepalanya diangkat melihat pasangan suami isteri itu.
     “Eh, pak cik dan mak cik tak perlu formal sangat dengan saya. Panggil saya Syaf aje, pak cik, mak cik.”
     “Eh, tak bolehlah macam tu. Encikkan orang ternama. Malu pak cik kalau pak cik tak berformal dengan encik.”
     Qasyaf tersenyum. Air yang sudah lama dihidangkan di depan matanya akhirnya diteguk perlahan-lahan.
     “Kalau pak cik bersikap formal dengan saya, nanti saya tak selesa. Orang ternama dan orang yang tak ternama sama saja tarafnya, pak cik. Kita sama-sama manusia. Sama-sama melakukan dosa dan pahala. Pak cik janganlah rasa rendah diri disebabkan saya.”
     Hakimi hanya diam membisu di sisi Qasyaf. Dia membiarkan saja lelaki itu yang terus berbicara.
     “Saya datang ke sini ada tujuannya pak cik.” Qasyaf memulakan perbincangan serius.
     “Ada tujuan? Tujuan apa tu, Syaf?” ujar pak cik yang dikenali dengan Encik Irham.
     “Saya datang nak minta persetujuan pak cik untuk jadikan Iffa sebagai isteri saya. Saya harap pak cik tak menolak permintaan saya,” kata Qasyaf terus terang. Dia tidak mahu berlambat-lambat di dalam hal seperti ini. Sekali dapat, tak perlu dilepaskan. Jika sudah terlepas, nak capai tu amatlah susah.
     Encik Irham dan isterinya amat terkejut dengan ujaran Qasyaf. Mereka pun bukannya terlalu mengenali Qasyaf. Itupun hanya melalui surat khabar yang menyatakan kejayaan hal perniagaan anak muda ini.
     “Erm, Syaf. Pak cik rasa tentang soal ni, Syaf kena tanya empunya badan. Tapi Iffa tak pernah cerita tentang Syaf pada kami.”
     Si isteri hanya mengangguk tanda setuju dengan kata-kata suaminya. Masakan Iffa tidak pernah menceritakan tentang lelaki ini pada mereka. Pasti Iffa dan Qasyaf mempunyai hubungan yang serius sehingga mendesak lelaki ini datang menemuinya sekeluarga. Minta Iffa untuk dijadikan isteri lagi.
     Qasyaf hanya mengangguk tanda faham. Nak tanya Iffa, alamatnya kena tendanglah dia dengan gadis itu. Inipun dia datang tanpa pengetahuan Iffa. Kalaulah Iffa tahu, pasti gadis itu lagi benci terhadapnya. Qasyaf mengeluh lemah. Suasana di rumah itu tidak dapat menyejukkan hatinya yang sedang panas menanti jawapan.
     Pembicaraan mereka terhenti apabila terdengar sebuah kereta memasuki perkarangan rumah. Puan Hanan sudah menjengah ke luar tingkap untuk melihat gerangan yang datang ke rumahnya. Tidak semena-mena senyuman sudah terukir di bibirnya. Anak gadis tercinta sudah pulang ke rumah. Dia bingkas bangun menyambut anak gadisnya di halaman rumah.
     Qasyaf dan Hakimi hanya duduk menanti di sofa. Derap kaki semakin jelas kedengaran masuk ke dalam rumah.
     “Iffa.. Anak abah dah balik rupanya.” Serta merta Encik Irham memeluk Iffa yang tercegat di muka pintu. “Sara pun ada. Jemputlah masuk. Maaf, pak cik ada tetamu.” Encik Irham menjemput Sara masuk.
     Baru setapak Iffa melangkah ke ruang tamu, kelibat Qasyaf dan Hakimi jelas membuatnya begitu terkejut. Qasyaf pula hanya tersenyum sinis memandang Iffa yang tercegat di sisi Encik Irham itu. Evil smile dihadiahkan buat Iffa tanda yang dia nekad dengan keputusannya tempoh hari. Baru kau tau siapa Qasyaf Aiman. Ha ha ha..
      Tanpa menunggu masa lagi, Iffa dan Sara menapak memasuki bilik. Iffa tidak tahu tujuan Qasyaf menemui ayah dan ibunya. Yang pasti kedatangan Qasyaf ke rumahnya membawa sejuta rahsia. Iffa meletakkan beg bajunya di atas katil. Tudungnya yang tersarung kemas ditarik laju. Sara pula sibuk mengeluarkan bajunya dari beg baju. Tak menyempat-nyempat. Desis hati kecil Iffa.
     “Iffa, apasal ‘mamat kejam’ kau tu datang jumpa abah dan ibu?” tanya Sara sambil tangannya ligat membetulkan renyukan bajunya.
     Iffa menjeling ke arah Sara. “Manalah aku tau. Kalau aku tau, tak adanya aku terkejut bagai nak rak kat depan pintu tadi.”
     “Entah-entahkan..” Sara sengaja menggantung kata-katanya. Biar Iffa sendiri yang menangkap maksud yang tersirat.
     “Entah-entah apa?” Matanya dijengilkan ke arah Sara tanda ‘jangan fikir bukan-bukan’.
     Tawa Sara terletus apabila melihat reaksi Iffa yang konon-konon menyeramkan itu. Iffa mencebik. Dia dapat menangkap maksud Sara. Bukan betul sangat pun kepala Sara ni. Kang tak pasal-pasal naya dia dikerjakan aku. Gumam hati kecilnya.
     “Habisnya, si Qasyaf tu boleh pulak sambut kau balik dengan senyum manis sampai ke telinga. Ada maksudlah tu. Cuba kau intai-intai sekejap. Boleh dengar apa yang Qasyaf cakap.” Sara memberi usul bernas.
     Iffa mengangguk-angguk. Betul juga. Sekurang-kurangnya aku tau apa yang dia orang bincangkan. ‘Mamat kejam’ tu bukan boleh pakai sangat. Entah apa-apa yang dia dah cakap pada abah nanti. Iffa mencapai selendangnya dari dalam almari. Kepala disarung dan dia mula menapak perlahan-lahan. Bersembunyi di sebalik dinding untuk mendengar tutur bicara Qasyaf.


     “Jadi, empunya badan dah ada kat sini. Rasanya lebih baik tanya Iffa hajat Syaf ni. Kalau dia setuju, Syaf bolehlah bawa ibubapa Syaf datang jumpa pak cik dan mak cik.” Kedengaran suara Encik Irham.
      Setuju? Apa yang perlu dipersetujukan? Qasyaf ada minta apa-apa yang pelik ke? Iffa sudah tidak sedap hati. Sepertinya perjumpaan Qasyaf dan Encik Irham adalah perjumpaan yang serius. Lagi pula ia ada kaitan dengan dirinya. Iffa menghela nafas panjang. Sesekali pandangan matanya tertangkap oleh Qasyaf. Qasyaf hanya senyum memanjang. Terasa dirinya sudah menang agaknya. Sakit hati pulak tengok senyuman jahat dia tu. Hati Iffa merungut.
      Iffa menapak semula ke biliknya dengan wajah sugul. Sara sudah dapat mengagak. Pasti ada sesuatu yang didengari oleh Iffa di luar sana. Dia merapatkan tubuhnya dengan Iffa. Ingin mendapatkan jawapan bagi usulannya sebentar tadi.
     “Ha, apa yang dia orang bincangkan kat luar sana?” tanya Sara.
     Iffa mencebik. “Huh.. Satu apa pun aku tak faham apa yang dia orang bincangkan. Sakit pulak hati aku ni.” Berkerut kerut dahinya menahan geram.
     Sara tergelak. “Apalah kau ni. Tak dengar apa-apa nak sakit hati pulak.”
     “Iyalah, mana tak sakit hati. Nama aku disebut-sebut. Tapi satu apa pun aku tak faham apa yang dia orang cakap.” Bibir dah muncung satu inci.
     Sara tersengih macam kerang busuk. Kehadiran Puan Hanan mematikan perbualan Iffa dan Sara. Sara menginjak dari tempatnya memberi ruang kepada Puan Hanan. Setelah Puan Hanan melabuhkan punggungnya di sisi Iffa, dia terus memeluk tubuh Iffa. Iffa membalas pelukan itu dengan senang hati. Sudah lama dia tidak merasakan pelukan Pouan Hanan. Hari ini baru dia dapat merasa.
     “Iffa.. Ibu ada sesuatu nak tanya pada kamu,” tanya Puan Hanan. Dipeluknya bahu Iffa supaya lebih rapat.
     Sara hanya menjadi pendengar setia pada perbualan antara ibu dan anak.
     “Tanya pasal apa, bu?”
     “Pasal lelaki kat luar tu. Qasyaf. Dia datang nak minta kamu jadi isteri dia.”
     Iffa tergamam mendengar ujaran Puan Hanan.
     “Iffa kenal ke dengan dia? Iffa tak pernah cerita pun yang Iffa ada kawan lelaki. Setahu ibu, kawan lelaki yang selalu Iffa dok sebut-sebut tu cuma Ridzwan dan Ridzki. Yang lain ibu tak pernah dengar lagi.”
     Iffa terkedu. Masih terkejut dengan ujaran Puan Hanan. Beraninya lelaki itu datang ke rumahnya. Siap minta dia untuk dijadikan isteri lagi. Rasa bengang sudah mula naik ke permukaan mukanya.
     “Iffa baru aje kenal dengan dia, bu. Tak kenal mana pun.” Iffa jujur. Mana boleh tipu ibu. Nak jadi anak derhaka?
     “Habis tu, apa jawapan Iffa. Dia nak jadikan Iffa sebagai isteri tu. Kalau Iffa sudi, dia nak bawa ibubapa dia datang jumpa kita. Tak nak buat Iffa terfikir-fikir lagi time tu. Datang terus fikirkan pasal pertunangan or something else. Sebab tu dia nak tau keputusan Iffa sekarang.”
     Iffa tunduk. Jari jemarinya digenggam kemas oleh Puan Hanan. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering kuat. Cepat-cepat Iffa menekan punat hijau.
     “Assalamualaikum, Iffa. Saya tunggu awak dekat luar rumah awak sekarang.” Talian dimatikan.
     Iffa tersentak dengan tindakan drastik si pemanggil. Matanya melihat nombor yang jelas tertera di skrin.
     Ridzki? Nak apa lagi. Cukup-cukuplah. Aku tak nak jumpa kau. Kau faham tak? Iffa membisik dalam hati. Satu pesanan ringkas yang masuk telah membuatkan bebelan hatinya terhenti. Butang open ditekan.

Bukan rumah sewa tapi rumah Cik Nan. ~ Ridzki

     Eh, mana dia tau aku kat kampung? Iffa bangun dari birai katil. Puan Hanan dan Sara hanya melihat kelakuan Iffa tanpa sebarang bicara. Iffa menjengah ke luar tingkap. Susuk tubuh Ridzki jelas kelihatan dari sini. Iffa mengeluh. Dia meminta izin Puan Hanan untuk bertemu dengan Ridzki. Puan Hanan hanya mengangguk tanda setuju.
     Iffa mula melangkah melepasi ruang tamu untuk ke halaman. Anak mata Qasyaf hanya membuntuti gerak langkah Iffa ke luar rumah. Apabila Iffa hilang dari pandangan, dia kembali memberi tumpuan kepada Encik Irham.
     Iffa mula menyarung selipar. Dia teruskan melangkah ke arah Ridzki yang menyandar pada tubuh kereta.
     Iffa berpeluk tubuh. “Awak nak apa lagi? Kalau awak nak cakap tentang kita, minta maaf. Banyak lagi benda yang lebih penting dari bercakap tentang kita.”
     Belum apa-apa lagi Ridzki sudah mengeluh. Pasrah agaknya dengan kata alu-aluan Iffa kepadanya. Ridzki membetulkan lab coat yang tersarung indah di tubuhnya.
     “Iffa, saya tak ada maksud nak kecewakan hati awak. Tapi tolonglah pandang ke depan. Lupakan tentang saya dan awak di masa dulu. Lebih-lebih lagi, lupakan tentang Ridzwan.”
     Ridzki cuba menyampaikan kata-katanya selembut mungkin tetapi hati Iffa lebih keras berbanding dengan kata-kata Ridzki. Iffa tidak menoleh ke arah Ridzki. Begitu mudah Ridzki menyuruhnya untuk melupakan tentang hubungan mereka berdua di masa silam. Lebih tergamak lagi apabila Ridzki menyuruhnya melupakan Ridzwan. Tidak.. Tidak sekali-kali dia akan melupakan Ridzwan.
     “Iffa.. Walaupun awak seperti membenci saya, saya tetap akan ambil hati awak semula. Saya tahu sebahagian hati awak masih ada lagi rasa cinta untuk saya walaupun keseluruhannya adalah milik Ridzwan.” Ridzki menyambung bicaranya semula.
     Kenapa. Kenapa Ridzki tak pernah mengalah. Aku dah tak rela nak korbankan cinta aku lagi. Dah tak rela nak lukakan hati sendiri. Aku belum pasti yang Ridzki  betul-betul berubah walaupun dari zahirnya aku nampak perubahan tu. Pedih hati Iffa. Dia tidak mahu mengungkap kenangan dulu.
     “Sorry, Ridzki. Saya ada sesuatu untuk beritahu awak.”
     “What?
     “Next month, saya akan bertunang dengan lelaki pilihan saya sendiri.”
     Jelas terpancar reaksi tergamam di wajah Ridzki. Iffa hanya diam membatu. Tidak bergerak walau seinci. Tipu sunat buat sementara, tak apalah.
     “Saya tak percaya.” Kata-kata Rizdki ini membuatkan Iffa tersentak.
     “I’m serious, Ridz.” Iffa bernada serius.
     Ridzki terdiam.
     “Jadi tolonglah jangan bergantung harap pada saya lagi.” Iffa terus melangkah masuk ke rumah. Meninggalkan Ridzki berseorangan di halaman rumah.
     Melihat Iffa yang meluru laju masuk ke bilik, Qasyaf mencuri pandang ke luar tingkap. Siapa pulak lelaki tu. Takkan boyfriend dia kut. Qasyaf hanya mengangkat bahu. Lepas kahwin dengan Iffa, dia bakal tahu siapa gerangan lelaki itu.
     Iffa melabuhkan punggungnya di sisi Puan Hanan. Dia meraup mukanya beberapa kali. Rasa kesal juga dengan kata-katanya sebentar tadi. Nak membuat Ridzki putus harapan tetapi dia pula yang tersekat dengan kata-katanya. Lama dia berfikir. Akhirnya dia memalingkan tubuhnya kepada Puan Hanan.
     “Ibu.. Iffa rasa Iffa dah tau jawapannya.”

     Puan Hanan dan Sara tercengang.

#######################

Alhamdulillah.. UC 9 dah ada di blog.. Jemput baca dan jangan lupa tinggalkan komen.. :) Enjoy reading.. ~~

THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

3 comments:

Anonymous said...

Oh yeahh.. Sambung lagi kk.. :3 Tak sabar nak tunggu n3 seterusny.. :)))

Unknown said...

BEST BEST BEST (Y)

Unknown said...

Lagi la n3 bru ye afie.hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...