Ugutan Cinta 4

,5/20/2013 02:30:00 AM | 7 Comment


BAB 4
QASYAF keluar dari biliknya untuk bersarapan pagi. Hari ini dia mengambil cuti kerana dia berasa kurang sihat. Mungkin kerana dia banyak memikirkan masalahnya. Turun sahaja dari tangga, hatinya tergerak untuk melihat kolam ikan yang terletak di halaman rumahnya itu. Cepat kakinya bertukar arah dan menghala ke kolam ikan.
     Qasyaf mencapai makanan ikan yang terletak tidak jauh dari tempatnya berdiri. Makanan ikan itu ditaburkan sedikit demi sedikit ke dalam kolam. Ligat tangannya mengocak air kolam itu sambil menghirup udara segar. Sudah lama dia tidak merasa bebas kerana sibuk dengan urusan syarikat yang perlu dia selesaikan itu.
     “Ikan oh ikan..” Dia membuat gaya ala-ala bawang merah. “Sebelum aku breakfast, aku nak kau yang breakfast dulu ya. Untung kau dapat tuan yang baik macam aku. Makanan terjaga. Kesihatan terjamin. Cuma soal pakai memakai aje yang aku tak ambik tau sebab kau bukannya pakai bajukan?” Qasyaf bercakap sendirian. Dia tergelak. Terasa lucu pula apabila dia bercakap dengan ikan.
     “Hai, Syaf. Buat apa cakap sorang-sorang kat situ? Dah buang tebiat?” tegur seorang wanita sambil mencuit bahu Qasyaf yang leka mengocak air kolam itu.
     Qasyaf menoleh menghadap wanita itu. “Eh, kak long.,” Qasyaf bangun lalu tangannya dibersihkan dengan air yang berhampiran dengannya itu. “Bila sampai ni, Syaf tak tau pun,” Laju Qasyaf mencapai tangan Qyla untuk bersalaman.
     Qyla tersenyum. “Macam mana nak tau kalau leka sangat bercakap dengan anak-anak ikan Syaf tu. Kak long baru aje sampai. Ibu suruh kak long ajak Syaf breakfast.”
     Qasyaf mengangguk faham. “Owh..”
     “Jomlah masuk, Syaf. Kesian dengan mama and others tunggu kita lama sangat dekat luar ni.”
     Qasyaf bangun dari tempatnya berjalan menyusuli gerak langkah Qyla untuk masuk ke rumah. Di atas meja makan sudah tersedia berbagai juadah. Mungkin kerana hari ini mereka sekeluarga dapat berkumpul bersama.
     “Lambatnya, Syaf. Kesian dengan Mila dan Mil ni tunggu Syaf lama sangat kat luar tadi,” tegur Dato’ Nasir sejurus sahaja Qasyaf berada di meja makan.
     Qasyaf tersenyum kambing. “Sorry, mama, papa. Sorry, Mil, Mila. Syaf terberangan tadi. Sampai nak breakfast pun tak ingat,” gurau Qasyaf sambil tangannya mencuit pipi anak buahnya itu.
     Semua tergelak. Saja Qasyaf hendak menceriakan suasana pagi itu. Almaklumlah, mereka jarang berkumpul bersama. Sekali sekala bergurau, tidak salah rasanya. Masing-masing mula menikmati juadah. Keletah Mila dan Mil benar-benar meriuhkan suasana. Hanya suara mereka berdua yang kedengaran memenuhi ruang rumah banglo dua tingkat itu.
     “Syaf, Abang dengar cerita Syaf dah putus tunang. Betul ke?” tanya Zaril, suami kepada Qyla.
     Qasyaf membehentikan suapannya. Mengapa semua orang ingin tahu tentang hubungannya dengan Selena? Tidak ada soalan lainkah yang hendak mereka tanyakan kepadanya? Qasyaf mengeluh berat.
     “Syaf dah putuskan pertunangan Syaf dengan Ena. Cuma Ena yang berkeras tak nak pertunangan ni dibatalkan.” Dia menjawab juga akhirnya.
     “Ena sayangkan Syaf agaknya. Sebab tu Ena berat hati nak batalkan pertunangan,” celah Dato’ Nasir.
     Sayang? Curang itu maknanya sayang ke? Qasyaf mengeluh lagi. “I have a reason. That’s why i do that.” Qasyaf berkata jujur.
     “It’s okey, Syaf. Kami faham keadaan Syaf. Walaupun kami tak tahu apa yang terjadi di antara Syaf dan Ena, kami tetap sokong Syaf dari belakang.” Qyla memberi kata semangat sambil tersenyum manis memandang adik lelakinya itu.
     Qasyaf mengangguk. Bunyi deringan telefon bimbitnya memecah kesunyian antara mereka sekeluarga. Dia meminta izin untuk keluar sebentar. Tidak sampai lima minit dia menjawab panggilan, dia kembali semula ke meja makan.
     “Papa, mama.. Syaf nak keluar sekejap. Nak jumpa Kimi.” Qasyaf meminta izin.
     “La.. Breakfast ni macam mana? Takkan makan dua-tiga suap dah nak keluar kut.” Pantas Qyla bertanya.
      Qasyaf baru menjamah sesuap dua masakan dia hendak keluar tanpa bersarapan.
      “Syaf breakfast ajelah. Sekali dengan Kimi. Lagipun Syaf nak cepat ni. Tak sempat nak makan puas-puas kat sini.”
     Qyla dan yang lainnya mengangguk tanda faham. Qasyaf masuk ke biliknya. Kunci kereta dicapai. Laju kakinya melangkah memasuki kereta. Enjin kereta dihidupkan dan terus meluncur pergi.
******************
IFFA mengalihkan padangannya kepada anak muridnya yang leka menjamah nasi lemak itu. Sementara dia menunggu Sara yang sedang mengambil makanan, dia melayan kerenah anak muridnya itu. Suasana di kantin memang agak bising setiap kali waktu rehat. Dia tidak nafikan tentang itu.
     “Nah.” Sara menghulurkan sepinggan mee goreng kepadanya.
     Iffa menyambut laju. Sara melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Iffa. Sudu dicapai dan mula menjamah makanan yang diambilnya tadi. Kemudian dia menoleh memandang Iffa yang leka menjamu selera itu.
     “Iffa, aku nak tanya sikitlah. Boleh? Tapi kau jangan fikir macam-macam pula. Aku Cuma tanya aje ni. Sharing is caring kan? Caring is loving..” Sara memulakan perbualan sambil tersengih.
     Iffa menoleh laju. “Kau nak tanya apa?”
     “Perkara pertama yang aku nak tau sangat tentang Ridzki. Dia nak apa jumpa kau semalam? Dia ni memang tak berputus asa dari dulu lagi.”
     Iffa mengeluh lemah. Dia meneruskan suapannya tanpa menjawab soalan yang diajukan kepadanya.
     Sara mengangguk tanda faham. Pasti Iffa tidak mahu menceritakan kepadanya saat ini. Sekiranya ada waktu yang tepat, dia yakin yang Iffa akan datang kepadanya.
     “And last question. Aku nak tanya pasal lelaki yang hantar kau balik dari puduraya tu. Bukan ke lelaki tu namanya Qasyaf Aiman anak Dato’ Nasir?”
     Iffa terdiam. Suapannya terhenti. Laju dia menoleh ke arah Sara untuk mendapat kepastian. Anak Dato’?
     “Qasyaf Aiman anak Dato’ Nasir?” Iffa bertanya lagi untuk meminta kepastian dengan apa yang baru dikatakan Sara tadi.
     “Yelah. Qasyaf Aiman anak Dato’ Nasir tu CEO  di syarikat Sinar Holding. Tak silap aku, dia di antara CEO yang paling termuda dan berjaya.”
     “Owhh.. Tapi aku pernahlah dengar nama Qasyaf Aiman ni, tapi tak pernah pula aku tengok muka dia.”
     “Apalah kau ni. Ketinggalan zaman betul. Muka dia dah selalu jadi cover paper.”
     “Selalu? Maksud kau?”
     “Yelah. Selalu masuk paper. Selalu jadi berita hot. Kalau kau nak tau, sesiapa yang berurusan dengan dia selalu dapat susah. Macam-macam gosip yang aku dengar kat paper. Bahaya kalau berurusan dengan dia. Lagi-lagi perkara yang melibatkan wanita. Dia nombor satu tau.”
     Gulp.. Iffa telan air liur. Kecut perutnya mendengar berita yang baru disampaikan oleh Sara. Nampaknya dia tersilap meminta tolong kepada lelaki itu tempoh hari. Andailah dia tahu awal-awal lagi, sudah pasti dia tidak akan berurusan dengan lelaki itu. Dia seperti keluar dari mulut buaya kemudian masuk ke dalam mulut harimau.
     “Macammana dia boleh hantar kau sampai ke rumah ni?”
     Iffa tersenyum kambing. Malu sebenarnya dia hendak menceritakan kisah sebenar tapi dia tetap menceritakannya. Sara hanya tergelak mendengarkan itu. Iffa bengang. Sampai hati dia gelakkan aku.
     “Kau ni, boleh pula gelakkan aku.” Iffa mencebik. Geram.
     “Dah. Dah.. Kau tak payah nak marah sangat. Sekarang tutup cerita pasal si Qasyaf tu. Jom kita handle budak-budak ni. Diorang dah siap makan tu. Kalau dibiarkan, tak pasal-pasal hilang entah ke mana pulak,” Sara bangun dari tempatnya.
     Iffa mencebik tanda tidak puas hati dengan kelakuan Sara. Akhirnya dia juga turut bangun dari situ untuk menguruskan anak muridnya yang sudah selesai makan itu.
***********************
“MACAM mana? Kau dah dapatkan maklumat yang aku minta tu?” Qasyaf memulakan pembicaraan antaranya dan Hakimi.
     Hakimi mengangguk lalu dia menyerahkan sekeping sampul surat yang berwarna coklat kepada Qasyaf. Qasyaf menyambut laju lalu sampul itu dibuka dengan rakus. Tidak sabar hendak mengetahui isi maklumat itu. Dia tersengih sendiri apabila dia membaca data-data penting yang diterimanya itu.
     “Ada apa-apa lagi yang kau nak bagitahu?” soal Qasyaf sambil memasukkan butiran-butiran penting itu ke dalam sampulnya semula.
     “Ada.”
     “Apa dia?”
     “Kau ingat tak waktu kau hampir terlanggar dia kat puduraya hari tu?”
     Qasyaf mengangguk. “Ingat. Kenapa? Ada kena mengena ke?”
     “Waktu tu dia baru balik dari kenduri kahwin.”
     Qasyaf tergamam. “Kenduri kahwin dia ke?”
     Hakimi mengangguk. “Tapi dia tak jadi kahwin. Sebab tu lah dia ke KL semula. Kalau tak lambat lagilah dia nak ke KL.”
     Qasyaf menarik nafas lega. “Mati-mati aku ingat dia dah kahwin. Tak pasal-pasal pengsanlah aku. Dah jatuh suka pada isteri orang.”
     Hakimi tergelak besar. “Ada pula kau terfikir macam tu.”
     “Dah tu kenapa dia tak jadi kahwin pula?”
     “Bakal suami dia meninggal time nak akad nikah tu. Sebab tu lah dia tak jadi kahwin. Dia agak trauma dengan kejadian tu.”
     Qasyaf mengangguk. Sedih juga hatinya bila mendengarkan kisah tu. Pasti perit rasanya hendak menanggung semua itu sendirian.
     “Kalau aku jadikan dia isteri aku, apa pendapat kau?” tanya Qasyaf sambil keningnya diangkat ala-ala Ziana Zain.
     “Biar betul dengan kau ni. Kenal pun tidak. Lagipun aku percaya yang hati dia dah tertutup dengan mana-mana lelaki. Siapalah yang tak terluka bila orang yang kita sayang pergi ke rahmatullah.”
     Qasyaf tersenyum nakal. “Aku ada cara macam mana nak buat dia terima aku. Dari segi pertemuan aku dengan dia selama satu jam, aku dah kenal perangai dia walaupun tak semua. Aku kan raja wanita.”
     Hakimi tergelak. Ada-ada saja sahabatnya ini. “Apa-apa pun, aku berharap kau tak menyesal dengan keputusan kau ni, macam mana kau menyesal buat keputusan untuk bertunang dengan Ena.”
     “Aku tak akan menyesal. Naluri aku kata, aku dah memilih sesuatu yang tepat. Naluri aku jarang salah.”
     “Ikut kau lah. Kau kata kau ada cara? Kau jangan buat kerja gila sudahlah.”
     Qasyaf tersengih. “Ya. Mungkin agak sedikit gila tapi kau kena tolong aku untuk jayakan rancangan ni.”
     Hakimi mengangguk. “Well.. Nak buat macam mana lagi. Kenalah aku tolong kau walaupun terpaksa.” Hakimi tergelak.
     Qasyaf sudah menyusun rancangannya. Satu persatu diterangkan kepada Hakimi. Hakimi hanya mengangguk membiarkan Qasyaf terus berbicara. Akhirnya Qasyaf hanya tersenyum nakal dengan berharap rancangannya akan berjaya.
****************************
“BEG duit aku.. Beg duit aku hilang.”
     Iffa panik. Dia masuk ke bilik, kemudian dia menuju ke ruang tamu. Dia berjalan mundar-mandir mencari beg duitnya yang hilang.
     “Kau ni kenapa? Berjalan sana.. berjalan sini.. Cuba berdiri tu tegak-tegak sikit,” marah Sara. Dia geram melihat kelakuan Iffa yang tidak reti duduk diam itu.
     “Beg duit aku.. Beg duit aku hilang,” Iffa berkata lagi. Dia bingung.
     Sara pelik. Takkan beg duit hilang pun tak perasan. “Cuba kau ingat bila kali terakhir kau nampak beg duit kau yang tersayang tu?”
     “Tiga hari lepas. Waktu aku terjumpa dengan lelaki nama Qasyaf tu.”
     “Tiga hari? Kau tak tengok ke beg duit kau tu. Takkan tiga hari tak buka,” jawab Sara acuh tak acuh.
     Iffa menggeleng. “Kau ni macam tak kenal aku pulak. Aku mane care sangat dengan beg duit. Kadang-kadang seminggu pun aku tak tengok. Lagipun kau yang selalu belanja aku makan. Mana ada can nak buka beg duit,” terang Iffa panjang lebar.
     Sara mengiakan kata-kata Iffa. Betul juga. Dia ni bukannya care sangat dengan barang dia tu. Macam nak suruh orang lain yang tolong jagakan. Sara menggeleng.
     “Entah-entah tertinggal kat dalam kereta dia,” ujar Sara acuh tak acuh. “Makin bertambahlah masalah kau.”
     Iffa kecut perut. Dia teringat kata-kata Sara pagi tadi. Alamak.. Matilah aku. Macammana nak cari mamat tu lagi. Hari tu jumpa pun sebab kebetulan. Kalau tak kebetulan, kitorang tak akan terjumpa punya. Iffa mengeluh berat. Kenapalah nasib aku macam ni.
     “Apa-apa hal, esok petang kita buat report. Lagipun esok hari sabtu. Kita cuti. Boleh lah aku temankan kau buat report.” Sara memberi cadangan. Matanya masih tidak beralih dari novel yang dipegangnya itu.
     Iffa mengangguk. “Hmm.. Kalau macam tu tak apalah. Aku cuma risau aje. Rasa tak sedap pulak kalau dah tau beg duit aku hilang.”
     “Sedap ke tak sedap itu lain cerita. Sekarang ni aku nak bagitau kau, kawan baik kita yang lagi sorang tu nak kahwin hujung tahun ni.”
     “Kawan baik kita? Siapa?” Iffa menggaru-garu kepalanya.
     “Si Humaira tu lah.”
     “Owhh.. Kahwin dengan orang mana? Kenapa aku tak tau? Tak baik betul kalau dia cerita kat kau srang aje.”
     “Dia bagitau aku dah lama dah. Cuma aku tak teringat nak bagitau kau. Tak payah nak touching sangatlah. Nah ambik ni.” Sara menghulurkan sebuah novel Curi-Curi Cinta hasil karya Siti Rosmizah itu.
     “Baca dan ambik manfaat,” ujar Sara ringkas.
      Iffa menyambut novel yang dihulurkan oleh Sara itu.
      Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you’re so hot that I melted
I fell right through the cracks, now I’m trying to get back

Before the cool done run out I’ll be giving it my bestest
And nothing’s going to stop me but divine intervention
I reckon it’s again my turn to win some or learn some

But I won’t hesitate no more, no more
It cannot wait, I’m yours.
     Lagu dari Jason Mraz jelas kedengaran memenuhi ruang tamu. Iffa tersentak. Deringan telefon bimbitnya benar-benar membuatnya sakit jantung. Dia melihat si pemanggil di skrin telefon bimbitnya. Cepat-cepat dia menghulurkan telefon bimbitnya kepada Sara. Sara terpinga-pinga dengan kelakuan Iffa. Telefon itu disambut. Punat hijau ditekan.
     “Kenapa?” Sara berbisik di telinga Iffa.
     “Ridzki,” bisik Iffa. “Cakap aku dah tidur.”
     Sara mengangguk.
     “Hello. Assalamualaikum,” jelas kedengaran suara Ridzki di corong telefon.
     “Wa’alaikumsalam. Ya, Ridz. Kau nak apa?”
     “Iffa ada? Aku nak cakap dengan dia sekejap.”
     “Iffa baru je terlelap.”
     “Dah terlelap? Baru pukul 9 malam. Awalnya dia tidur.”
     “Eh, dia tu anak dara. Kau tu anak teruna. Mana sama anak dara dengan anak teruna.”
     Ridzki tergelak. “Owhh.. Ha’ah. Tak sama. Kalau macam tu, tak apalah. Kau suruh dia call aku semula ya.”
     “Okey. Good night. Bye.” Sara terus mematikan talian tanpa mendapat sebarang jawapan dari Ridzki.
      Telefon bimbit itu diserahkan semula kepada Iffa. Iffa buat-buat tak tahu. Dia malas hendak menjawab berbagai soalan yang akan ditujukan kepadanya sebentar lagi. Cepat-cepat dia bangun dan terus masuk ke bilik tanpa sebarang bicara. Sara hanya menggeleng.
     “Kenapalah pelik semacam je perangai dia ni?” Sara meneruskan pembacaannya. Malas dia hendak ambil pusing. Membaca lebih baik dari mengambil tahu tentang Iffa yang selalu menyembunyikan rasa hatinya itu. Akhirnya dia hanya mendiamkan diri membiarkan Iffa melayan perasaannya di dalam bilik.
Nur Iffa Afifah
     
Qasyaf Aiman
    
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pertama sekali Afie nak ucapkan terima kasih banyak2 pada yang sudi memberi komen dan sokongan kepada Afie. Maaf ya kalau cerita ni membosankan. Sekiranya ada salah atau tersilap, tlg tegur dengan positive ye.. tq semua..

THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

7 comments:

nas @ miss qs said...

bagus!hampir terputus tangkai jantung ni..hehe..cepatlah sambung dik.hehe

Nana Mohd Yasin said...

nice....
x sabar nk tau next...

Anonymous said...

best2.. cpat smbung.. xsbar nk bce ni..

Yazreina said...

Jap jap japp!!!! Xkn dh TIGA hari baru perasan beg duit HILANG wehhhhhhh.... Xkn xberbelanja... Xkn xtgk mykad ke....

Anonymous said...

Yela cik writer..xkan dh 3 hari baru perasan beg duit hilang...
Ape2 pun tq utk n3 ni...
Cept2 sambung.....hazalina

Ria Natsumi said...

baru berpeluang nak baca..normal...3 hari tak jumpa dompet...hihih macam diri sendiri pula hihihihihi

Anonymous said...

setakat perkataan 'care'? rasanya lebih baik gunakan bahasa melayu sepenuhnya.. lagi satu, CEO paling termuda? aduyainyer punnnn.. isi dah ada, olahan ayat ada yang tak berapa nak kena..
*cukup positif tak komen i? huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...