Ugutan Cinta 1

,5/16/2013 07:53:00 AM | 15 Comment


BAB 1

“IFFA, aku betul-betul tak sangka yang kau akan bernikah hari ni. Iffa yang kecoh, Iffa yang lasak ni dah nak jadi isteri orang. Tahniah, sayang.” Kata-kata Sara amat menyenangkan hati Iffa.
     Iffa tersenyum manis. “Semua orang akan berkahwin. Semua orang akan ada jalan hidupnya sendiri. Tak ke gitu?”
     Sara mengangguk. Mengiakan kata-kata Iffa. Memang betul kata-kata Iffa itu. Setiap orang memang ada jalan hidupnya sendiri. Bahagia atau tak, itu terpulang kepada individu. Yang paling membahagiakan dirinya adalah melihat kawan baiknya itu akan mengakhiri zaman remajanya sebentar lagi. Sebagai kawan, dia juga tumpang gembira.
     “Ya, betul. Semua orang akan merasa bahagia. Termasuklah kau, Iffa. Dah tiba masanya kau menikmati saat-saat bahagia di alam rumah tangga ni.” Sara tergelak dengan tutur bicaranya sendiri.
     “Yalah tu. Hmm, kat depan dah ramai orang?” soal Iffa. Dia masih belum tahu lagi keadaan majlis di luar sana.
     Iffa belum sempat menjenguk. Dia sibuk menyiapkan dirinya untuk majlis akad nikah nanti. Mahu tampil cantik buat suami tercintanya. Bukan ke perkahwinan tu hanya sekali seumur hidup? Rasanya tidak salah dia kelihatan cantik di majlis perkahwinannya sendiri.
     “Dah ramai. Cuma pengantin lelaki tak sampai-sampai lagi,” jawab Sara sambil membetulkan tudung Iffa yang agak senget itu.
     Iffa terdiam. Ridzwan tak sampai lagi? Mustahil. Majlis akad nikah akan di langsungkan sebentar lagi. Mana Ridzwan menghilang? Takkan lelaki itu pergi meninggalkannya di saat-saat seperti ini. Ridzwan sangat menyayanginya. Mustahil lelaki itu akan pergi meninggalkannya. Iffa panik.
     “Iffa, kau okey? Kenapa macam panik ni?,” tanya Sara. Dia pelik melihat reaksi Iffa yang tiba-tiba berubah.
     “Aku.. Aku rasa tak sedap hatilah, Sara. Macam ada yang tak kena. Aku risau dengan Wan.”
     “Kau dah cuba call dia? Sms ke?”
     Iffa menggeleng. “Belum lagi. Aku tak sempat nak call dia.”
     “Kalau macam tu, kau call dia sekarang and ask him. Tanya dia ada kat mana. Dah lambat ni. Kau pun dah kena keluar sekarang ni.” Sara memberi usul.
     Jujur, dia juga rasa berdebar. Rasa tidak sedap hati. Tapi dia tidak ingin menunjukkan reaksinya itu di depan Iffa. Takut kawannya itu semakin resah pula. Jadi dia cuba sedaya upaya untuk kelihatan tenang dan tidak panik. Cuba menenangkan Iffa juga.
     Iffa mencapai telefon bimbitnya. Laju tangannya menekan punat telefon bimbit itu. Iffa berjalan mundar-mandir menunggu panggilannya dijawab tetapi hampa. Semua panggilannya tidak berjawab. Hati Iffa semakin sangsi.
     “Iffa, kau jangan panik. Jangan fikir bukan-bukan. Tak ada apa yang berlaku kalau kau cuba tenangkan diri kau. Thinking positive okey?” Sara cuba memujuk.
     Iffa mengangguk. Cepat-cepat dia beristighfar dalam hati. Gelagat orang lain sudah tidak diendahkan. Yang penting baginya adalah keadaan Ridzwan. Bukan ke orang tua-tua kata pengantin baru ni darahnya manis. Macam-macam boleh berlaku. Iffa sudah mula risau. Dia bangun dari birai katil itu. Kakinya melangkah perlahan mendekati tingkap bilik.
     Iffa tergamam. Apa yang kecoh-kech kat luar tu. Ada apa-apa yang berlaku ke? Cepat-cepat Iffa keluar dari bilik itu dan terus menuju ke arah orang-orang kampung yang sibuk berkumpul itu. Sara cuba menghalang tapi Iffa tetap berkeras untuk keluar. Dia tidak dapat memaksa gadis itu dalam keadaan  begini. Akhirnya diturut sahaja kehendak Iffa.
     “Kenapa ni abah? Ada apa-apa yang tak kena ke?,” sal Iffa laju-laju apabila dia tiba di tempat itu.
     Encik Irfan serba tak kena mendengar soalan anak daranya itu. Dia mencabut songkok yang dipakainya lalu kepalanya diusap-usap agar segala perkara yang memeningkan kepalanya boleh lenyap dari ingatan. Semua orang diam membisu. Tidak ada yang berani membuka kata. Takut ada yang tersalah bicara pula. Encik Irfan mendekati anak gadisnya yang bakal menjadi pengantin hari ini.
     “Kenapa ni abah? Wan mana? Dia ada call abah tak? Iffa cuba hubungi dia tapi dia tak jawab. Iffa risau sangat dengan keadaan Wan sekarang.” Iffa bertanya lagi. Riak wajahnya sudah berubah mendung. Seri pengantinnya sudah hilang.
     Encik Irfan menunduk. Cuba menarik nafas panjang-panjang. “Iffa.. Abah memang berharap sangat Iffa dapat bersabar. Abah pernah bagitahu Iffa. Sabar itu separuh daripada iman. Jadi abah harap Iffa dapat bersabar bila dengar apa yang abah nak cakap ni ya sayang?.” Encik Irfan cuba memancing ketenangan Iffa.
     Iffa mengangguk. Dalam hatinya terbit sejuta kerisauan selepas mendengar kata-kata ayahnya itu.
     Encik Irfan mengeluh lagi. “Rizdwan..”
     “Kenapa dengan Wan, abah? Wan tak apa-apakan?” Belum sempat Encik Irfan menghabiskan kata-katanya, Iffa sudah memotong bicaranya.
     “Ridzwan ada di hospital sekarang.”
     Iffa tergamam. “Kat hospital? Kenapa? Wan demam ke? Wan sakit ke? Kenapa waktu macam ni pula.” Iffa cuba menyedapkan hatinya walaupun gelora di hatinya itu hanya Allah sahaja yang tahu.
     Sara terus memeluk bahu kawannya itu. Risau dengan keadaan Iffa.
     “Ridzwan ditimpa kemalangan sewaktu menuju ke sini. Tapi Allah lebih sayangkan Ridzwan. Dia meninggal sewaktu dikejarkan ke hospital. Harap Iffa bersabar dengar semua ni.” Lembut sahaja tutur bicara Encik Irfan yang masih memancing ketenangan dan kesabaran gadis itu.
     Iffa tergamam. Terkesima. Terkedu mendengar berita itu. Lututnya mulai longgar dan terus jatuh menyembah tanah. Hatinya sudah merasa sebak yang teramat sangat. Air mata sudah jatuh menyentuh pipinya yang di lapisi alat mekap itu. Fikirannya kosong. Sudah tidak peduli dengan orang kampung yang sibuk dengan gosip mereka tentang dirinya saat itu.
     Iffa menangis dan terus menangis. Dadanya dipukul-pukul berharap agar rasa sakit di hatinya berunsur hilang dengan segera. Dia tidak mampu menanggung rasa sakit itu.
     “Kenapa? Kenapa Wan tinggalkan aku, Sara? Kenapa dia tinggalkan aku secepat ni. Aku tak boleh terima. Tak boleh. Aku tau dia masih hidup. Aku tau dia sengaja beri alasan mati untuk tinggalkan aku. Aku tau, Sara.” Kuat suara Iffa meluahkan kata-kata itu.
     Sara memeluk teman baiknya itu sekuat hati. Dia turut bersedih mendengar berita itu. “Kuatkan hati kau Iffa. Allah lebih sayangkan dirinya. Kau harus terima hakikat ni dengan hati terbuka. Redha dengan ketentuan-NYA.” Sara cuba memujuk.
     Orang kampung sudah mula berkemas apabila mendapat berita yang majlis itu telah dibatalkan serta merta. Encik Irfan dan Puan Hanan pula sibuk meminta maaf kepada para tetamu. Mereka ingin cepat-cepat bersiap ke hospital. Awal-awal lagi bakal besannya sudah menuju ke hospital setelah mendapat berita tentang kemalangan yang ditimpa Ridzwan.
     “Iffa.. Jom kita masuk. Kau tak boleh duduk sini. Masing-masing dah mula berkemas. Jom masuk,” ajak Sara. Dia cuba memapah tubuh Iffa yang lemah longlai itu.
     Iffa tidak memberi sebarang respon. Fikirannya kosong. Badannya sudah lemah. Tak mampu nak berdiri lagi. Dia seperti orang hilang arah tujuan. Hatinya betul-betul terluka mendengar berita tentang kematian Ridzwan. Ridzwan amat penting dalam hidupnya. Dia amat menyayangi lelaki itu. Dia hanya mengikut rentak langkah Sara yang memapahnya untuk masuk ke dalam rumah.
     Sara mengeluh panjang. Dia tidak menyangka perkara seperti ini akan terjadi kepada kawan baiknya sendiri. Dia cuba menenangkan hati Iffa sedaya upaya. Dia amat memahami perasaan Iffa saat ini.
     “Sabarlah Iffa. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku hari ni. Kuatkan and tabahkan hati kau. Be stronger. Relakanlah pemergian dia,” ujar Sara perlahan.
     Iffa terus menangis. Air matanya sudah tidak mampu untuk disekat lagi. Biarlah semua itu hilang seiringan dengan linangan air matanya saat ini.
     Sara faham. Dia tidak memaksa gadis itu untuk berbicara. Dia terus mendakap gadis itu ke pelukannya. Ingin meredakan kesedihan gadis itu. Biarlah. Biarlah semua itu berlalu dan menjadi sebuah memori yang hanya menjadi kenangan buat semua orang.

**************

“KAU ni memang perempuan tak guna kan? Kau tak malu ke berpeluk sakan dengan jantan yang bukan muhrim. Aku pun tak pernah sentuh kau tau sebab aku tau aku tak halal lagi nak pegang kau. Yang kau tu, senangnya hulur body kat jantan.”
     Membara-bara hati Qasyaf apabila dia ternampak Selena bersama seorang lelaki saling berpelukan dan bergelak ketawa di depan umum. Memang dia tidak menyangka gadis itu sanggup menikamnya dari belakang sedangkan dia amat menyayangi gadis itu. Patutlah sejak akhir-akhir ini dia rasa tidak sedap hati apabila dia bersama dengan Selena. Rupanya inilah yang disembunyikan Selena darinya. Berlaku curang di belakangnya amat menyakitkan hati Qasyaf.
     “You tak boleh buat macam ni pada I, Qasyaf. You dah salah faham ni.” Selena cuba menutup bangkai gajahnya.
     “Kenapa pula aku tak boleh buat macam tu? Suka hati aku lah. Kau tu memang tak layak jadi ibu pada anak-anak aku. Tak pasal-pasal anak aku terikut dengan perangai kau yang tak guna ni. Aku akan putuskan pertunangan aku dengan kau. Cukuplah hubungan kita sampai kat sini.” Qasyaf memberi kata putus. Dia sudah tidak sanggup berdepan dengan situasi seperti ini. Dia sudah tidak mampu di tipu sampai mati. Cukuplah berakhir sampai di sini.
     Selena terdiam. “Syaf, I tak benarkan you putuskan pertunangan kita. I love you. You know about it kan? Tolonglah jangan buat macam ni, Syaf. I tak boleh hidup tanpa you.” Selena sudah terduduk di sisi meja pejabat Qasyaf.
     Semua staf di Sinar Holdings itu saling berbisik-bisik. Qasyaf dan Selena sudah menjadi bahan gosip mereka minggu ini. Mana tidaknya, berkali-kali Selena datang ke pejabat untuk meraih kepercayaan Qasyaf semula.
     Selena cuba meraih simpati lelaki itu. Qasyaf buat tidak tau. Dia malas hendak berurusan dengan Selena lagi. Dia pantang ditipu. Dia tidak ingin Selena mengambil kesempatan kedua ke atas dirinya.
     “Dah lah. Aku banyak kerja yang perlu dibuat. Kau jangan sesekali ganggu aku lagi.” Qasyaf mula membuka file-file yang berselerakan di atas mejanya itu. Dia tidak mengendahkan Selena lagi.
     “You tak boleh buat macam ni, Syaf. I sayang you tau. I sayang you. You kena percayakan I.” Selena sudah mula merengek seperti kanak-kanak yang tidak dapat apa yang diingini.
      Qasyaf bengang. Berapa kali aku nak bagitau perempuan ni. Dia ni tak faham bahasa melayu ke? Akhirnya Qasyaf menekan butang intercom yang menyambungkannya dengan setiausahanya, Yanie.
     “Yanie. Masuk ke bilik saya sekarang,” arah Qasyaf kemudian dia menyambung semula kerjanya.
     Selena bangun dari tempatnya dan cuba mendekati Qasyaf.
     “Kau berdiri kat situ. Jangan bergerak walau satu inci pun. Kau tak layak untuk aku,” marah Qasyaf apabila dia melihat Selena cuba mendekatinya.
     Selena sudah mula membunyikan sedu tangisnya. Dia harus memiliki Qasyaf. Harus. Dia mempunyai agendanya sendiri. Dia tidak boleh melepaskan Qasyaf begitu saja.
     Tidak sampai 5 minit, Yanie masuk ke dalam bilik pejabat Qasyaf.
     “Yes bos. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?,” tanya Yanie. Sekejap-sekejap matanya melilau melihat wajah Selena yang sudah dibasahi air mata itu.
     “Awak tolong bawa perempuan kat depan mata saya ni keluar sekarang. Saya dah tak lalu dah nak tengok muka dia.”
     “Baik bos.” Yanie mengangguk laju. “Cik Selena, sila ikut saya,” arah Yanie sambil membuka pintu untuk Selena.
     Selena geram. “I tak kira, Syaf. You tak boleh putuskan pertunangan I dengan you. I tak rela you buat macam tu pada I,” jerit Selena. Dia sudah cukup bersabar dengan Qasyaf. Syaf, kau tunggu lah apa aku nak buat.
     Qasyaf buat tak tau. “And one more thing, Yanie.”
     “Yes.”
     “Tolong jangan benarkan perempuan ni masuk dalam pejabat saya lagi.”
     Yanie mengangguk faham. “Baik, bos.”
     Yanie mengajak Selena keluar. Selena merengus geram. Qasyaf pula tersenyum senang. Lega hatinya apabila perkara ini sudah selesai. Biarlah aku cari pengganti yang lebih baik. Mana tau kali ni dapat yang lurus bendul ke. Senang sikit nak control. Bisik hati kecil Qasyaf. Dia tergelak seorang diri.

****************
QASYAF menolak pintu utama rumah banglo itu. Dia melonggarkan tali lehernya. Dia benar-benar keletihan. Bukan letih mengadap kerjanya, tapi letih mengadap Selena yang selalu ke pejabatnya. Tak boringkah gadis itu? Dia pula yang rasa boring terhadap Selena.
     “Syaf dah balik? Penat betul anak ibu ni ya,” tegur Datin Halimah dan merebahkan punggungnya di sisi Qasyaf.
     “Penat sangat, bu. Banyak kerja kat pejabat tadi. Semua staf buat kerja endah tak endah aje. Terpaksalah Syaf yang kerja keras,” rungut Qasyaf. Saja hendak bermanja dengan ibu tersayang.
     “Yelah. Ibu faham. Ayah kamu pun pernah jadi macam kamu ni. Balik aje, dia minta ibu urutkan sebab sakit-sakit badan katanya. Ibu layankan ajelah perangai manja  ayah kamu tu.”
     “Kalau macam tu, Syaf pun penat juga. Ibu tolong urut ya. Penat ni.” Qasyaf tergelak.
     “Kahwin cepat-cepat. Nanti adalah yang sudi nak mengurut Syaf. Ibu tak sudi.”
     Qasyaf tergelak. “Ibu ni.. Syaf bergurau ajelah.”
     Qasyaf menumpukan pandangannya ke arah televisyen yang terbuka. Jarum jam hampir menunjukkan jam 7 malam. Maghrib dah nak masuk. Dia perlu bersiap-siap untuk mandi dan sebagainya. Qasyaf berdiri dan mula melangkah menuju ke arah tangga.
     “Qasyaf. Wait. Ibu ada benda nak bincang dengan Syaf.” Kata-kata Datin Halimah mematikan langkahan Qasyaf.
     “Nak apa bu?” Qasyaf terpinga-pinga. Dia kembali ke arah sofa yang di tempatinya sebentar tadi.
     “Hmm.. Tadi Selena datang. Dia cerita pada ibu apa yang terjadi kat pejabat tadi.” Datin Halimah cuba berlembut.
     Qasyaf mengeluh. Kat pejabat dah pening pasal Selena. Kat rumah pun?! Qasyaf memicit kepalanya.
     “Ibu rasa Syaf dah terlalu kasar dengan Ena. Ena cakap Syaf nak putuskan pertunangan. Betul ke?”
     “Ya betul. I have a reason to do that. Syaf akan uruskan pasal ni. Ibu tak perlu risau.”
     “Ya. Betul kata Syaf. Ibu tak perlu risau tapi apa yang ibu nak kata pada Ena. Ena dah berharap sangat pada Syaf.” Datin Halimah cuba memujuk Qasyaf agar anak lelakinya itu berubah fikiran.
     “Hanya dia yang berharap. Syaf tak pun.”
     “Kalau itu dah keputusan Syaf, ibu terima aje asalkan Syaf tak menyesal dengan keputusan yang Syaf buat.”
    “Never. I’ll never change my mind. Dont worry about that,” kata Qasyaf penuh dengan keyakinan.
     Datin Halimah mengangguk. “Okey. Ibu akan cuba memahami Syaf.”
     “Kalau macam tu, Syaf naik dululah. Dah lambat nak siap-siap untuk solat maghrib ni.”
     “Okey. Ibu pun nak siap-siap juga,” kata Datin Halimah dan turut pergi dari sofa itu. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cover tu hanya sementara aje.. Tengah mencari idea yang hot sikit. Almaklumlah karya tak hot tapi cover mesti kena hot. hehe.. Ce komen cket.. Jangan baca aje tau.. Terasa Afie nanti.. heheh..


THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

15 comments:

Unknown said...

wahh,best...kesian iffah...
yg psl selena tu mympah plak, dh buat slh msih aje xnk mgaku..
yes2 syaf jgn percaya dgn selena tu..ish2... afie moh ksi lgi... :)

Key's Soul said...

macam okey ja akak . kalau buleh, kak update nanty inform eh . biaq tahu pekembangannya . terima kasih

Anonymous said...

Permulaan yg menarik..teruskan usaha utk berkarya...will follow novel ni..

Unknown said...

@KaryaHatiku tq sudi komen ziqa.. heheh mula2 dah menyampah.. nanti tengah2 lgi menyampah dgn si selena ni.. heheh

Unknown said...

tq semua sudi bace and komenn.. insyaallah Afie akan beri yang paling terbaik untuk semua..

yattie nurlissa said...

best n menarik! sila teruskan,xsabar nak baca lg.. :)

MY WORLD OF YATTIE NURLISSA said...

best n menariklah....sila teruskan ye...:)

NurSabrinaAuni said...

best2!~
dah update kasi tau k? :)

Anonymous said...

best la cerpen akak..menarik utk dibaca..nanti akak sambung ye..??? x sabar nak baca lagi...

Yazreina said...

So far okay.. Bleh bace...seronok gak nk tau....
Cuma... Text kat atas tuh terselit kat tepi pix cover tuh...

Yazreina said...

So far okay.. Bleh bace...seronok gak nk tau....
Cuma... Text kat atas tuh terselit kat tepi pix cover tuh...

Unknown said...

qasyaf oh qasyaf :) hee

Nana Mohd Yasin said...

best....
teruskan

Nana Mohd Yasin said...

best....
teruskan.

Nana Mohd Yasin said...

best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...