~ Mr.Buaya VS Cik Naughty 9 ~

,5/22/2013 12:34:00 AM | 5 Comment

BAB 9
ZARA menarik nafas lega. Dia mengelap peluh yang kian membasahi wajahnya itu. Ahli 4S yang lain juga begitu. Tercungap-cungap menahan penat akibat berjoging selama setengah jam tadi. Huhh.. Panas pulak pagi ni. Zara dan yang lainnya melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berhampiran dengan taman itu.
     “Zara, jiran tercinta kau tu dah balik?” tanya Dina. Dia juga sibuk mengelap peluhnya yang merembes keluar dari wajahnya itu.
     Zara menjeling. “Tercintalah sangat. Baru muncul semalam, boleh pulak dia nak menyakitkan hati aku. Nasib baik sabar aku ni tak ada tahap maksimum. Kalau tak, dia dah makan flying kick aku tau.”
     “Hebat sangat ke flying kick kau tu?” Hani tersengih. Aku nak perli sebenarnya.
     Zara bangun lalu dia mempamerkan senyuman senget. “Kau nak rasa ke?” Dia berlari laju mendapatkan Hani.
     Hani juga cepat-cepat bangun dari tempatnya. Minah ni mana boleh dibuat main-main. Boleh lembik aku dikerjakannnya nanti. Hani berlari laju menjauhkan dirinya dari Zara. Zara senyum lalu dia kembali ke tempatnya semula. Malas aku nak melayan kau mak cik yang seorang ni. Gedik lebih je. Zara meneguk air sejuk yang dibawanya dari rumah itu.
     “Ha, tau pun mengalah. Ingatkan kau ni tak kenal perkataan kalah.” Hani melabuhkan punggungnya berhampiran Zara. Pasrah sebenarnya.
     “Aku bukan kalah. Cuma tak menang je lagi. Kau tau apa. Apa pun kau tak tau tau.” Air botol itu ditutup rapat.
     Dina dan Anez hanya tergelak melihat kerenah dua kawannya yang agak menggila itu.
      “Kakak..” Seorang budak perempuan menarik hujung baju Zara.
     Zara menoleh. Apehal pulak dengan budak ni. Zara tersenyum menunjukkan reaksi dia senang dengan kedatangan budak perempuan itu. Takkan nak tunjuk muka singa. Tak pasal-pasal aku kena saman dengan makbapak dia. Zara berbisik dalam hati.
     4S hanya tergelak melihat reaksi kepura-puraan Zara itu. Mereka tau yang Zara kurang berminat dengan kanak-kanak.
     “Iya. Adik nak apa?” soal Zara. Dia melepaskan hujung bajunya dari tangan budak perempuan itu. Janganlah tarik-tarik. Koyaklah baju aku nanti.
     Budak itu menyerahkan sekeping surat dan tiga kuntum bunga ros seperti yang diterimanya sebelum ini. Zara tercengang. Ada surat lagi ke untuk aku? Siapa pulak peminat fanatik aku ni. Kalau iya pun datanglah jumpa aku. Terus terang ke. Tak payah nak membazirkan tenaga untuk siapkan surat ni. Zara menyambut surat yang dihulurkan budak itu.
     “Siapa bagi ni, dik?” tanya Zara. Aku nak tau juga siapa pemilik surat jiwang ni.
     Budak itu menuding jari ke arah sebatang pokok yang tidak jauh dari tempat lepaknya itu. Zara berpaling mencari gerangan empunya diri yang memberinya surat itu tatapi tiada sebarang kelibat manusia yang kelihatan di tempat itu. Budak ni biar betul. Jangan dikatanya hantu sudah. Zara memeluk tubuh. Seram sejuk jadinya. Budak itu pergi.
     “Ceh.. Zara dapat surat lagi tu. Biar betul? Ke orang yang bagi dia surat ni, buta mata.” Anez tergelak besar. Tak percaya aku.
     Zara merengus geram. “Apa kau ingat aku tak ada peminat ke? Jantan-jantan aku pun ada secret admirer tau. Kau ada?” Zara berkata bangga. Biar dia tau yang aku ni tetap laku walaupun perangai jantan tu melekat pada aku.
     Semua tergelak mendengar kata-kata Zara. Zara bengang. Boleh pulak diorang ni gelakkan aku. Tak ada benda lain ke yang diorang boleh buat. Bagi sokongan ke. Kan best sikit telinga aku mendengarnya. Zara mencebik. Ditambah lagi suasana yang bising dengan suara kanak-kanak di taman membuatkan Zara bertambah bengang.
     “Dah. Aku nak balik. Kalau melayan korang ni sampai ke malam pun tak habis.” Zara bangun. Surat dan bunga ros yang diterimanya tadi, dibawanya sekali.
     “Alaaa.. Cakap jelah yang kau tak sabar nak baca surat tu.” Dina bersuara sambil tergelak.
     “Whatever.” Zara terus berlalu pergi membiarkan kawan-kawannya melayan diri sendiri. Lantak koranglah nak fikir apa. I dont care lah.

SELESAI makan tengahari, Zara masuk ke biliknya. Dia mencapai surat yang diterimanya pagi tadi di atas meja. Sampul surat dibuka. Dia meneliti setiap barisan ayat yang tertera di dalam surat itu.
Kau satu-satunya dan tak ada dua
Apalagi tiga, cuma engkau saja
Denganmu semua air mata menjadi tawa suka ria
Akankah kau selalu ada menemani dalam suka duka
Denganmu aku bahagia, denganmu semua ceria
Janganlah kau berpaling dariku karena kamu cuma satu untukku
~ secret admirer
     Ni mesti kerja orang yang sama. Kalau dah ada label secret admirer, tak lain tak bukan dia memang orang yang sama. Tapi siapa? Dah macam stalkerlah pulak dia tu. Zara cuba memikir. Meneliti setiap lelaki yang dikenalinya. Dani? Tak mungkin. Mr.buaya tu dah kata yang dia tak ingin dengan aku. Harraz? Mungkin. Tapi takkanlah dia nak kena simbah air dengan aku lagi. Habis tu siapa? Zara pening.
     Zara mengambil tiga kuntum bunga ros yang diletakkannya di atas meja tadi. Dia memasukkan bunga ros itu ke dalam pasu bunga ros yang diterimanya sebelum ini. Dah ada enam kuntum. Entah-entah dia ni lelaki yang bagi aku mesej hari itu. Zara masih lagi berkira-kira.
     “Cantik bunga ros tu iya. Sejak bila Zara jadi peminat bunga ros ni? Abang macam tak percaya je.”
     Teguran Que Haziq mematikan lamunan Zara. Zara terdiam. Cepat-cepat dia menutup surat yang dibacanya tadi dengan sehelai tuala kecil tanpa pengetahuan Que Haziq.
     Zara geram. “Yang abang ni masuk tanpa kebenaran Zara ni kenapa?” Selamba je abang aku ni masuk bilik aku. Hilang privasi aku.
     Que Haziq gelak kuat. “Kalau Zara tak nak bagi orang lain masuk, janganlah buka pintu luas-luas. Lain kali tutup pintu rapat-rapat sikit sampai semut pun tak boleh masuk. Baru ada privasi.” Que Haziq memerli Zara.
     Zara mencebik. Muncung itik ditunjukkan kepada Que Haziq tanda protes. Que Haziq hanya tergelak melihat kerenah Zara. Lalu dia mencapai pasu bunga ros itu.
     “Siapa bagi ni? Lawa.” Que Haziq membelek bunga ros itu.
     “Kawan.”
     “Lelaki ke perempuan?”
     “Lelaki.” Zara jujur. Peduli apa aku. Kata hatinya.
     “Kawan ke boyfriend?” Que Haziq tersenyum nakal. Dia sengaja hendak menyakat Zara.
     Zara geram. Ish, banyak pulak soalan abang aku ni. Soalan sensitif pulak tu.
     “Kawanlah. Banyak pulak soalan abang ni. Dah lah tu. Jangan ganggu waktu cuti Zara ni.” Dia menolak tubuh Que Haziq keluar dari biliknya.
     Que Haziq mengangguk “Okey. Lain kali tu, tutup pintu. Jangan biarkan terbuka luas-luas. Nasib baik abang yang masuk. Kalau lelaki mana yang masuk, tak ke bahaya tu.”
     “Elehh.. Kalau abang masuk pun bahaya jugalah.” Zara berkata perlahan.
     “Apa dia?”
     “Tak ada apa-apa. Okey. Boleh keluar sekarang.” Zara menutup pintu.
      Zara menarik nafas lega. Akhirnya pengacau sudah tiada. Bolehlah dia menyambung kerjanya yang tertunda tadi. Zara membuka kembali surat itu. Dia membelek dan terus membelek. Akhirnya dia terperasan sesuatu tentang surat itu.
     “Inikan sambungan lagu dari surat sebelum ni.” Cepat-cepat Zara membuka laci dan mencapai surat pertama diterimanya.
     “Tulisan yang sama. Dah sah memang orang yang sama. Isi surat ni adalah sambungan lagu dari surat pertama yang aku dapat dulu. Cuma isi surat ni pun separuh jugak. Ada kemungkinan kalau dia akan bagi surat ketiga. So, waktu tu aku akan dapatkan si pemilik surat tak bertauliah ni.” Zara senyum senget. Harap rancangan aku nanti berjaya.

DANI menghela nafas panjang. Banyaknya surat ni. Dah malas aku nak membacanya. Dani membelek surat cinta yang diterimanya di sekolah. Diorang ni tak ada kerja lain ke? Sampai naik boring aku baca surat yang guna ayat yang sama.
     Dani mengumpulkan semula surat-surat yang diterimanya dari pelajar perempuan sekolahnya lalu dia mendekati tong sampah kecil yang tersedia di biliknya itu.
     “Dah tak larat nak baca.” Belum sempat dia melepaskan surat-surat itu dari tangannya, dia terfikirkan sesuatu.
     Tak jadilah nak buang. Dani bangun dari birai katil. Dia turun ke ruang tamu dengan membawa surat-surat itu. Puan Hanan hanya memerhati gelagat Dani itu. Akhirnya dia menegur anak tunggalnya itu.
     “Nak pergi mana tu, Dani?”
     Dani menoleh ke arah Puan Hanan. “Dani nak jumpa Zara kejap.”
     “Jangan nak dekat maghrib baru balik.” Puan Hanan mengingatkan.
     Dani mengangguk tanda faham. Kemudian dia terus meluru keluar dari pagar rumahnya dan menuju ke arah rumah Zara yang berhadapan dengan rumahnya itu.
     Loceng ditekan. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Tidak ada yang menjawab. Mana pula perginya semua penghuni rumah ni. Takkan sorang pun tak ada. Kereta ada pulak. Dani menekan loceng sekali lagi.
     “Woiii!! Kau ni tak ada kerja ke nak memekak kat rumah orang.” Dari biliknya, Zara menjerit kepada Dani. Memekak aje. Tak tau ke orang lain nak study. Bukannya orang tak ada kerja. Zara bengang.
     “Eh, cik naughty. Tolong aku jap.”
     “Tak sudi aku nak tolong kau.” Zara memeluk tubuh.
     “Sekejap je. Aku perlukan sangat bantuan amal dari kau ni. Turun cepat,” arah Dani.
     Dengan malas Zara mencapai topi yang tersangkut di tepi katilnya. Dia menuruni anak tangga dan terus membuka pintu rumahnya. Dia mendekati Dani yang berada di luar pagar.
     “Kau nak apa?” Topi yang dipegangnya disarungkan di atas kepala.
     Dani menunjukkan surat-surat yang ada ditangannya.
     “Tolong aku baca benda yang tak berfaedah ni.” Dani tersenyum simpul.
     Zara menjeling. “Benda tak berfaedah pun kau nak suruh aku baca. Aku banyak lagi benda yang berfaedah yang kena aku buat. Tak ada masa nak melayan benda yang tak berfaedah kau tu.”
     “Alaa.. Tolonglah aku. Dah tak larat dah aku nak baca surat cinta yang melambak ni. Boring pulak tu. Lagipun baca sorang-sorang tak best. Kena ada teman baru best nak baca surat tak berfaedah ni.”
     Zara memandang pelik. Surat cinta pun nak bagi aku baca ke? Pelik sungguh mr.buaya ni. Zara membuka pagarnya. Memberi kebenaran Dani masuk ke halaman rumahnya. Dani tersengih.
     “Thanks, cik naughty. Jasamu akan ku kenang.” Terkekek-kekek Dani ketawa.
     “Kau ni nak masuk ke tak nak. Kalau tak nak, kau boleh blah sekarang.” Zara geram. Aku pulak yang dipermain-mainkannya.
     “Nak.. nak..” Dani terus masuk dan menuju ke meja yang terletak tidak jauh dari pagar itu.
     Zara mula mengambil tempatnya. Dia duduk berhadapan Dani. Dani meletakkan surat-suratnya di atas meja. Terbeliak mata Zara melihat surat-surat itu. Mak oiii.. Banyaknya surat cinta dia ni. Dia ni manusia ke bidadara.
     “Kau tak payah nak tenung lama-lama sampai tembus surat tu.”
     “Memang dasar mr.buaya. Surat dari tahun bila ni?” tanya Zara. Manalah tau surat cinta dari tahun lepas. Jadi tak mustahillah suratnya banyak macam ni.
     “Banyaklah kau punya tahun. Ni surat seminggu yang aku tak datang tu. Haikal yang bagi kat aku. Aku ambik ajelah. 20% dari surat-surat ni aku dah baca. Yang lain dah tak larat. Jadi aku ajaklah kau tolong baca sekali.”
     Zara ternganga. Surat seminggu? Biar betul. Cepatnya dia dapat surat yang melambak ni dalam masa seminggu. Zara tidak percaya.
     “Biar betul kau ni. Banyak ni yang kau dapat dalam masa seminggu ni?” Zara membelek surat-surat yang ada di depan matanya itu.
     “Kenapa? Kau tak percaya?” tanya Dani. Dia tersenyum sinis. Bangga.
     Zara menggeleng. “Tak.”
     “Memanglah kau tak percaya. Kau mana pernah dapat sebanyak ni macam aku.” Dani berkata bangga. Aku ada. Kau.. ada? Dani senyum perli.
     Zara menjeling. “Aku tak heranlah. Lagipun dapat surat banyak macam ni boleh menyusahkan hidup aku. Kau apa tau.”
     Dani tergelak mendengar telahan Zara. Memang. Memang menyusahkan aku dapat surat yang melambak ni.
     “Dah.. Tolong aku baca cepat. Aku tak boleh stay lama-lama kat sini.” Dani mencapai sekeping surat yang berhampiran dengannya.
     “Aku pun nak suruh kau blah cepat-cepat,” kata Zara sinis.
     Zara turut mencapai salah satu surat itu. Dia menbaca setiap helaian surat itu. Dia tergelak kuat apabila dia membaca surat ditangannya itu. Dani berkerut dahi.
     “Apa yang lawak sangat dengan surat tu?”
     “Abang Dani yang cool lagi hensem. Saya tak tau kenapa saya boleh suka pada abang. Boleh tak abang jadi boyfriend saya? Saya berharap sangat. Andaikata abang menolak, abang boleh jadi kawan saya kan?” ujar Zara. Dia membaca semula isi surat itu kepada Dani.
     Wajah Dani merona merah. Malu dengan kata-kata yang bari keluar dari mulut Zara itu.
     “Surat cinta budak tingkatan tiga. Tak matang langsung. Apalah yang diorang semua ni nampak pada kau. Pelik aku.”
     “Kau jealous?” Dani menduga. Sengaja dia ingin menguji hati Zara.
     “Diorang ni semua hipokrit. Kalau suka sebab hensem, baik tak payah jadikan girlfriend. Buang karan aje.”
      Dani mengangguk setuju. “Aku taulah aku hensem. Susah-susah je diorang hantar surat yang tak berfaedah ni.”
     Zara gelak kuat. “Muka kau ni diorang kata hensem? Diorang tu rabun kut. Kau tau aku nampak muka apa?”
     Dani mengangguk ingin tahu. Kata-kata Zara ni bukan boleh pakai sangat.
     “Muka buaya.” Zara tergelak kuat. Padan muka kau. Hensem sangatlah muka tu.
     Dani merengus geram. “Muka-muka buaya aku pun, ada orang suka tau tak? Entah-entah kau pun suka dekat aku.”
     Zara terdiam. “Huhh.. Tak ada masa.” Pantas dia bangun dari tempat duduknya. “Bawa balik semua kertas antik kau tu. Jangan buat sampah kat rumah aku pulak. Aku nak sambung study. Buang masa aku je melayan mr.buaya macam kau ni.” Zara menutup pintu rumahnya.
     Dani ternganga. Reaksi spontan Zara membuatnya terasa dihalau pula. Nak buat macam manakan? Bukan rumah aku pun. Dani menjungkit bahu tanda faham dengan suruhan Zara. Dia mengutip semula surat-surat yang terbengkalai di atas meja lalu dicampaknya ke dalam tong sampah. Cinta.. Masuklah kau dalam tong sampah. Dani gelak sendiri dan terus ke rumahnya semula.

     Alhamdulillah,.. siap juga akhirnya. Ni hadiah dari Afie buat semua pembaca karya Afie. Maaf atas segala kekurangannya. Jangan lupa tinggalkan komen ^_^

THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

5 comments:

Jannah Rusdi said...

best best best! ^^

Anonymous said...

best..tak sabar nak baca bab yang seterusnya...

Anonymous said...

terbaik.tak sabar baca bab yang seterusnya.

Anonymous said...

lambat lagi ke nak buat bab yang seterusnya..... <3

Anonymous said...

lambat lagi ke nak siapkan bab 10 mr.buaya vs cik naughty?dah lama tunggu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...