Ugutan Cinta 8

,5/30/2013 09:53:00 PM | 10 Comment


BAB 8

SEPERTI yang telah dikatakan semalam, Iffa hanya bercuti satu hati saja. Sara juga begitu. Almaklumlah, mereka rakan sekerja. Jarum jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Sara sudah bersiap-siap di depan pintu. Iffa baru melangkah keluar dari biliknya.
     Sesampai sahaja di sekolah, Iffa dan Sara membuat kerja masing-masing. Banyak kerja yang harus diselesaikan oleh mereka memandangkan mereka tidak bekerja semalam. Iffa menarik buku kedatangan murid yang terselit di antara buku-buku yang terletak di atas mejanya.
     Matanya tertumpu kepada sampul surat yang berwarna kelabu itu. Dia menarik keluar isi surat. Ohh.. Kad kahwin rupanya. Belum sempat Iffa ingin melihat isi kad itu, telefon bimbitnya berdering. Iffa mengambil telefon bimbitnya dari dalam handbeg dan terus menekan punat hijau.
     “Assalamualaikum. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Iffa bertanya memandangkan dia tidak melihat nombor yang tertera di skrin telefon.
     “Wa’alaikumsalam, Iffa. Ni Humairalah. Baru dua minggu tak jumpa, awak dah tak kenal saya ke?” Humaira berseloroh.
     “Owh, Maira. Maaflah, saya bukan tak ingat tapi saya tak perasan ni nombor telefon awak. Dah lama tak dengar khabar awak. Awak sihat?” Tersungging senyuman di bibir Iffa. Dah lama dia tidak mendengar khabar berita tentang kawan baiknya itu.
      Kedengaran tawa kecil Humaira dari corong telefon. “Alhamdulillah.. Saya sihat. Maaf, Iffa. Saya ganggu awak pagi-pagi macam ni.”
      Iffa melihat sekeliling. Masih banyak lagi meja guru yang kosong. Mungkin guru-guru yang lain tidak sampai lagi. Iffa menumpukan fikirannya kepada perbualan mereka.
     “Tak apa. Saya tak kisah. Ramai cikgu yang tak ada lagi. Sempatlah awak nak bersembang panjang dengan saya,” ujar Iffa.
     “Owh.. macam tu.”
     “Ada apa-apa yang awak nak cerita ke, wahai tuan puteri yang bakal naik pelamin ni,” gurau Iffa. Dia tahu yang Humaira bakal menjadi pengantin baru hujung tahun ini.
     “Saya datang sekolah semalam. Nak bagi kad kahwin saya tapi awak tak ada. Jadi saya letak aje kat atas meja awak. Asalnya saya nak datang rumah awak tapi saya tak sempat. Maaf, Iffa,” terang gadis itu.
     Iffa memandang kad kahwin di tangannya. Tertera nama Humaira dan bakal suami di dalam kad kahwin yang berwarna ungu violet itu. Bibirnya mengukir senyum.
     “Owhh.. Tak apa. Saya faham. Orang dah nak kahwin memang selalu sibuk. Biasalah tu. Saya pun pernah melaluinya macam awak.”

Nur Iffa Afifah
     Nada suara Iffa agak bergetar. Menahan rasa sebak di hatinya. Fikirannya teringatkan arwah Ridzwan. Ahh.. betapa cintanya dia pada lelaki itu. Iffa mengeluh kecil.
     “Iffa, are you okey?” soal Humaira.
     “It’s okey. I’m fine. Tahniah, Maira. Tak sangka awak akan kahwin. Macammanalah tu rupa bakal suami awak kan.” Iffa tergelak kecil.
     “Kalau awak nak tau, awak kenalah datang. Seminggu lagi cuti sekolah. Majlis saya waktu cuti sekolah. Jangan lupa datang ya,” pesan Humaira. Ada nada gembira pada suara gadis itu.
     Iffa pelik. “Bukan hujung tahun ni ke?” Dia teringat ujaran Sara tempoh hari.
     “Perancangannya macam tu. Tapi majlis dicepatkan disebabkan ada perkara yang tak dapat dielakkan,” terang Humaira.
     “Owhh.. Kalau macam tu, tak apalah. Saya pasti datang. Saya tak nak kecewakan bakal pengantin. Jaga cik abang baik-baik ya,” pesan Iffa. Tawa kecil yang dibuat-buat oleh gadis itu jelas kedengaran oleh Humaira.
     Humaira juga tergelak sama. “Okey. Saya mesti jaga cik abang baik-baik. Sekali lagi maafkan saya sebab tak sempat jumpa awak untuk hulurkan kad kahwin saya terus pada awak.”
     “Tak apa. Saya tak kisah pun.” Iffa tersenyum manis. Dia faham situasi orang yang nak naik pelamin.
     “Kalau tak ada apa-apa, saya out dululah ya. Banyak kerja,” pinta Humaira.
     “Okey. Kita jumpa kat majlis awak ya. Assalamualaikum.”
     “Wa’alaikumsalam.” Talian dimatikan.

*****************

      IFFA membetulkan kain langsir yang terbelit di kelasnya. Matanya dilirikkan kepada kanak-kanak 6 tahun yang leka bermain puzzle di atas meja masing-masing. Sara pula sibuk menguruskan anak muridnya yang berumur 5 tahun. Jam ditangannya sudah menunjukkan ke angka 9 pagi. Waktu rehat akan tiba sebentar lagi. Dia perlu menguruskan anak muridnya untuk makan pagi nanti.
     Beberapa pembantu guru pula sibuk menguruskan makanan sarapan pagi yang akan dijamah nanti. Bangunan pra sekolah itu memang besar. Ada empat bilik. Itu juga tidak termasuk ruang makan, dapur dan bilik air. Tiga bilik adalah kelas manakala satu bilik lagi khusus untuk guru berehat. Bilik guru yang sesungguhnya ada di tingkat atas sekolah rendah.
     Entah mengapa dia suka bermain bersama kanak-kanak. Mungkin kerana dia suka melihat kejujuran dan ketulusan kanak-kanak itu. Bukankah kanak-kanak itu lebih jujur dari orang dewasa? Semua orang tau itu. Mereka tidak tahu berbohong dan suci daripada dosa. Kerana itu Iffa senang berada di sisi mereka.
     Apabila dia bersedih dan terluka hatinya, dia suka bermain kata dengan anak muridnya. Sekurang-kurangnya dia dapat mengubat hatinya dari terus terluka.
     “Cikgu Iffa.”
     Panggilan itu mematikan lamunan Iffa. Iffa menoleh ke arah empunya suara. Seorang kanak-kanak perempuan menarik hujung bajunya. Iffa tersenyum dan merendahkan badannya setaraf dengan kanak-kanak itu.
     “Biha nak apa?” soal Iffa lembut. Dia memegang bahu kanak-kanak perempuan yang bernama Biha itu.
     “Abang cikgu nak jumpa cikgu,” ujar Biha. Dia menunjuk ke arah pintu.
     Iffa mendongak memandang pintu. Disebabkan kelasnya adalah kelas pertama, kelasnya berdepan dengan halaman sekolah.
     “Abang cikgu?” Iffa inginkan kepastian.
     Biha mengangguk kemudian anak kecil itu terus berlari mendapatkan kawan-kawannya yang sedang leka bermain puzzle.
     Iffa sedikit pelik dengan ujaran Biha. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu. Mungkinkah.. Dada Iffa berombak kencang. Cepat-cepat dia bangun dari tempatnya dan melangkah ke arah pintu. Pintu itu dibuka luas.
     “Awak?” Iffa tergamam.

**************************

     IFFA menghela nafas panjang. Jarum jam sudah menunjukkan angka 3 petang. Dia sudah berkemas untuk pulang. Buku-buku penting dan beg tangannya sudah diambil. Dia dan Sara keluar dari tadika Sri Indah itu. Cuaca hari itu agak mendung. Tanda-tanda hujan akan turun sebentar lagi. Dia harus pulang segera sebelum hujan. Kain bajunya masih tidak terangkat dari ampaian.
     Iffa memicit butang on pada kunci kereta. Dia membuka pintu kereta lalu dimasukkan buku-buku di tangannya. Sara juga begitu. Setelah buku-buku dimasukkan, Iffa dan Sara masuk ke dalam kereta.
     “Iffa..” panggil Sara. Bahu Iffa dicuitnya.
     “Apa?” Iffa menoleh ke arah Sara.
     “Cik abang tunggu,” ujarnya ringkas.
     Iffa pelik. “Cik abang mana pula? Aku ada sorang abang ajelah.”
     “Cik abang yang itu.” Sara menunjukkan jari telunjukkan ke arah seorang lelaki yang sedang berpeluk tubuh bersandarkan kereta Honda Civic milik lelaki itu.
     Iffa tergamam melihat si lelaki. “Dia lagi,” desisnya perlahan tapi cukup didengari oleh Sara.
     “Pergilah. Kesian dia tunggu kau dari pagi tadi,” arah Sara sambil menolak Iffa supaya turun dari kereta.
     Iffa bertambah terkejut. “Dari pagi tadi?”
     Sara mengangguk. Iffa keluar dari kereta. Kakinya melangkah menuju ke arah si lelaki yang tidak menyedari kehadirannya.
     “Encik Qasyaf,” tegur Iffa sambil merengus geram.
     “Oh, hai. Dah nak balik ke?” Terkulat-kulat Qasyaf membetulkan kedudukannya. Cover macholah katakan.
      Iffa mengetap bibir. ‘Dah lama aku keluar dia baru nak perasan ke? Peliklah encik yang sorang ni.’ Gerutu hatinya. Dia berpeluk tubuh sambil memandang ke arah jalan raya.
     “Bukan ke saya dah suruh encik balik aje tadi,” kata Iffa. Kedatangan lelaki itu ke sekolahnya pagi tadi benar-benar mengejutkan. Tapi dia tidak mengendahkan kehadiran lelaki itu.
     “Cakap tu comel sikit boleh kan? Penat tau aku tunggu kau kat sini. Dah macam tunggul pun ada,” marah Qasyaf. Memang dia penat menunggu Iffa sedari pagi tadi. Almaklumlah dia dihalau oleh gadis itu dari masuk ke kawasan tadika Sri Indah dengan alasan yang gadis itu sedang bekerja.
     “Encik yang nak jadi tunggul. Saya tak cakap apa pun,” jawab Iffa selamba sambil berpeluk tubuh.
     Qasyaf mengeluh berat. Menenangkan hatinya. “Nasib baiklah aku ni terjatuh cinta dekat kau. Kalau tak, tak ingin aku nak jadi tunggul kat sini.”
     Iffa tersentak. Kata-kata yang kedengaran tulus itu menyentuh hati Iffa. Cepat-cepat Iffa menolak rasa itu. Tidak ada yang boleh mengetuk pintu hatinya selain Ridzwan.
     “Dah encik datang nak jumpa saya tadi kenapa?” soal Iffa acuh tak acuh. Dia bukan sombong. Dia hanya tidak mahu memberi harapan kepada lelaki itu.
     Qasyaf menadah tangannya kepada Iffa sambil tersenyum manis. Iffa pelik.
     “Yang encik ni kenapa senyum-senyum pula? Saya tak suruh encik senyum pun. Saya tanya kenapa encik nak jumpa saya ni,” ulang Iffa sekali lagi.
     “Aku nak tau jawapan kau.”
     “Jawapan apa?” soal Iffa. Dia memandang pelik ke arah wajah Qasyaf.
     “Jawapan bagi soalan aku semalam. Will you marry me?” Lembut saja suara Qasyaf menyebutkan kata-kata itu. Lebih kepada berbisik sebenarnya.
     Iffa tersentak. Meremang segala bulu romanya. Qasyaf memang sudah gila agaknya. Sudahlah dia tidak kenal lelaki ini. Kenapalah lelaki ini seperti tergila-gila. Sampai ajak kahwin pula tu. Iffa menggeleng tidak percaya.
     “Soalan gila jenis apa yang encik tanya pada saya ni?” soal Iffa.
     “Semalam kita dah bincang dan aku cuma bagi kau 24 jam aje. Tapi nampaknya ni dah lebih dari 24 jam.”
Qasyaf Aiman *tukar pelakon ya.. hihi

     Astaghfirullah.. Iffa menutup mulut. Dia benar-benar terlupa soal itu.
     “Macam mana? Ada jawapan untuk itu?” tanya Qasyaf selamba.
     Hujan yang mula menitik memberhentikan perbualan mereka. Tanpa memberi sebarang jawapan, Iffa berlari menerobos masuk ke dalam keretanya semula. Dia mahu mengelak dari soalan itu sebenarnya. Dia masih belum fikir masak-masak tentang itu.
     Sara hanya memandang kelakuan Iffa yang kalut itu. Ingin menegur tetapi dia malas hendak masuk campur urusan bakal ‘lakibini’ ni. Urusannya juga banyak yang belum diselesaikan masakan mahu masuk campur urusan orang lain. Lantak dia orang lah..

**********************

SALENA mengetap bibir apabila kedatangannya tidak bersambut. Qasyaf tiada di pejabat. Sewaktu ditanya tentang Qasyaf kepada Yanie, setiausaha Qasyaf, gadis itu memberitahunya yang Qasyaf hanya bertemu klien tapi takkan tak balik-balik lagi. Hati Salena sudah menggerutu.
     “Kalau bukan kerana aku nak bodek dia, aku tak akan datang sini untuk memalukan muka aku sendiri,” katanya keras walaupun kedengaran perlahan.
     Beg tangan dihempas kuat. Sudah tidak dipedulikan pandangan staf-staf yang ada di pejabat itu. Dia marah. Dia geram kerana terlalu lama menunggu. Sekejap bangun. Sekejap duduk. Mundar mandir di depan kaunter pejabat. Yanie hanya diam memandang gelagat Selena yang tidak tahu diam itu. Malas hendak menegur. Tak pasal-pasal dia yang menjadi bahan melepaskan geram pula.   
     Kedatangan Qasyaf ke pejabat dalam keadaan basah kuyup itu benar-benar mengejutkan staf-staf di Sinar Holding. Selena yang menyedari kedatangan Qasyaf cepat-cepat memaut lengan Qasyaf. Tak kiralah basah atau tidak, yang pasti dia mahu meraih cinta lelaki itu semula.
     “Boleh tak kau jangan nak menggatal depan staf-staf aku.” Qasyaf merentap kasar pegangan Selena. Ingat dia suka sangat dipegang perempuan. Qasyaf bengang.
     Tanpa memperdulikan Selena, Qasyaf mendekati Yanie. Yanie hanya diam membisu. Pelik dengan keadaan Qasyaf yang kelihatan basah kuyup itu. Mandi hujan ke apa. Tak pernah-pernah dibuat orang mandi hujan siap pakai kot bagai. Pelik bosnya yang seorang ni. Yanie hanya menggeleng kecil.
     “Yanie, I need a change of clothes, pls get them for me.,” kata Qasyaf dan terus berlalu masuk ke ruangan pejabatnya.
     Yanie mengangguk laju. Mood bosnya sudah terbang dibawa angin agaknya. Serius saja berkata-kata. Selena dibiarkan terkebil-kebil di atas lantai gara-gara direntap Qasyaf tadi. Staf-staf lain sudah mula membuka suara untuk bergosip.    
     “Dah, baik kalau you bangun and go.” Terdengar satu suara yang agak perlahan menyapa telinga Selena. Selena menoleh.
     Hakimi sudah tersenyum manis memandang wajah Selena yang kemerahan menahan baran yang tidak terluah di dada. Selena bengang. Pantas dia bangun dan mencapai beg tangannya di atas meja dan terus lenyap di balik pintu lif. Hakimi tersengih. Evil smile.
     Hakimi mendekati Yanie. “Hai, Yanie. Kenapa lagi dengan bos you tu?” soal Hakimi. Dagunya ditongkat memandang wajah mulus milik Yanie.
     “Manalah saya tau, Encik Hakimi. Itukan kawan encik. Takkan encik tak tau.” Selamba sahaja Yanie bersuara.
     Hakimi tergelak mendengar nada suara Yanie. “Awak ni, kan saya dah kata, jangan panggil saya Encik Hakimi. Tak sesuai bagi saya yang nak mengurat awak ni.”
     Yanie menjeling menyampah. “Encik ni tak ada kerja ke asyik nak mengayat saya. Nak mengurat saya. Baik kalau encik masuk ruangan Encik Qasyaf dan cuba tenangkan Encik Qasyaf. Encik Qasyaf tu kan bestfriend encik.” Sengaja perkataan ‘bestfriend’ itu ditekankan.
     Memang. Memang Hakimi suka mengganggu ketenteramannya membuat kerja. Macam tiada benda lain yang hendak dibuat lelaki itu. Yanie malas hendak melayan. Dia meneruskan kerjanya yang tertunda akibat melayan kerenah Hakimi.
     Hakimi mencebik. Buat muka comel lah tu. Taulah muka dia handsome plus cute. Tak perlulah nak buat di depan Yanie. Yanie tak terpikat pun. Yanie senyum senget. Lucu dengan perangai gila-gila Hakimi.
     “Ala awak ni. Dah lah. Saya nak jumpa Qasyaf dulu. Lepas tu, saya sambung ‘kerja’ saya semula.” Hakimi juga sudah terikut-ikut kata-kata Yanie. Perkataan ‘kerja’ dia tekankan. Faham-fahamlah.. Hakimi senyum senget. Naughty boy..
     Hakimi menolak pintu bilik Qasyaf. Dia mendekati meja kopi yang berada di dalam ruangan itu dan terus melabuhkan punggungnya berdekatan lelaki itu. Qasyaf dilihatnya terbaring sambil menutup mata menggunakan lengan kanannya. Dah macam orang frust putus cinta dah lagaknya. Desis hati kecil Hakimi.
     “So, Syaf. Kenapa kau nampak macam baru balik dari swimming pool?,” soal Hakimi memulakan pembicaraan.
     “Banyaklah kau punya swimming pool. Swimming pool dari langit adalah.” Qasyaf bengang.
     Kehadiran Yanie mematikan tumpuan Hakimi kepada Qasyaf dan kali ini matanya hanya tertumpu buat si penawan hati. Entah sejak bila dia menyukai gadis dua puluh tiga tahun itu. Bila hati dah jatuh cinta, masa pun dah tak terkira. Ya tak? Hakimi tersengih sambil matanya dikenyitkan kepada Yanie. Yanie buat tak tahu.
     “Encik Qasyaf. Ni baju encik.” Yanie menghulurkan baju kot hitam sebagai ganti bagi baju kot grey yang basah kuyup itu.
     “Thanks Yanie. You can go.” Qasyaf menyambut pemberian Yanie dan terus berlalu ke bilik air yang sudah tersedia di ruangannya.
     Hakimi hanya menunggu. Tidak lama kemudian, Qasyaf keluar dengan siap berbaju kot hitam. Nampak lebih kacak.
     “Aku perlukan rancangan lain. Dan kali ni aku serius.” Semangat saja wajah Qasyaf menutur kata-kata itu.

     Hakimi terpinga-pinga. Apakah yang difikirkan teman baiknya itu. Takkanlah.. 

Akhirnya.. Siap jugak UC 8.. tq sebab sudi baca dan tinggalkan komen.. Enjoy reading ~~

THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

10 comments:

Ria Natsumi said...

apa keputusan si iffa ni...cepat la sambung lagi hihihi

putehberseri said...

Afie: correction on the English - yanie, I need a change of clothes, pls get them for me.

kak ida said...

kasihan Qasyaf..mencintai gadis yg tidak mencintai dirinya...bagaimana mungkin seorg gadis bernama Iffa akan jatuh hati pada Qasyaf kerna dia baru sahaja ditinggalkan oleh tunangan nya dimajlis perkawenannya sendiri..

ayu salina said...

Pendek sgt lh.....

Unknown said...

pendek? ish kak ni.. pnjg dah niii.. ni pun terkial2 nk edit.. heheh

Unknown said...

pendek? ish kak ni.. pnjg dah niii.. ni pun terkial2 nk edit.. heheh

Unknown said...

pendek? ish kak ni.. pnjg dah niii.. ni pun terkial2 nk edit.. heheh

Unknown said...

Afie ni mmg talented btl.blm lg 20 tp da blh kuarkn cite.thatz good... cpt2 ckt n3 bru ok.

balqis said...

best!x sbr nk tnggu bab9=)

Unknown said...

bab 9 mane? :3 hehe, btw good work (y) best ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...