Ugutan Cinta 11

,6/11/2013 06:07:00 AM | 2 Comment


BAB 11


“BUNGA ni paling cantik,” ujar Ridzwan sambil menghulurkan bunga yang dibelinya tadi kepada Iffa.
     “Bunga tulip?” soal Iffa lagi. Bunga itu diteleknya beberapa kali.
     Ridzwan mengangguk. “Bunga tulip memberi maksud ‘being perfect love’, bunga tulip menceritakan rasa kecintaan dan ‘elegant’ dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Bunga tulip dikenali sebagai bunga yang ‘sophisticated’ dan sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland. Saya rasa kalau awak gubah bunga ni, mesti bunga ni nampak lebih berseri.”
     Iffa mengangguk. Dia tidak menyangka, begitu tinggi nilai dari maksud bunga ini. Patutlah ramai yang suka dengan bunga ini. Rupa-rupanya dia memberi maksud ‘being perfect love’. Cantiknya. Tidak sudah-sudah Iffa memujinya dalam hati.
     “Kalau awak nak tau, setiap warna yang terdapat pada bunga tulip memberi maksud yang tersendiri tau.”
     “Kalau warna ungu?” Iffa mengangkat sedikit bunga tulip ungu itu kepada Ridzwan.
     “Kalau warna ungu melambangkan cinta pada pandangan pertama,” bisik Ridzwan sambil tersenyum menggoda.
     “Owh..” Iffa mengangguk faham. Menenangkan hatinya yang bergetar dengan ucapan Ridzwan. Ahh.. Hati, jangan cari pasal ya.
     “Kenapa? Saya suka tengok muka awak bila saya usik awak. Nampaknya awak betul-betul sukakan saya kan?” Ridzwan mengalihkan pandangannya ke awan biru. Kanak-kanak yang leka bermain di depan rumah Iffa, sedikit pun tidak mengganggu fikirannya.
     “Ishh.. Apa awak cakap ni. Janganlah cakap macam tu. Ibu dengar nanti.” Iffa mengelak. Wajahnya sudah bertukar merah padam. Malu dengan kata-kata Ridzwan.
     “Eh, buat apa nak malu. Kita kan dah tunang.”
     “Baru tunang, belum kahwin lagi.” Iffa tersengih. Pandangannya masih lagi tertumpu pada bunga tulip yang dipegangnya.
     “Andaikata saya tak ada, awak still suka saya lagi ke?” Suara Ridzwan berubah sayu.
     Iffa tersentak. Segera pandangannya dikalihkan ke arah Ridzwan. “Ish, awak ni. Jangan ckap benda yang merepek lah. Kita ni darah manis tau. Bahaya cakap benda-benda macam tu.”
     “Saya tanya aje.”
     “Awak jangan risau. Sampai bila-bila pun suka saya pada awak takkan berubah.” Iffa tersenyum kepada Ridzwan. Bunga tulip di tangannya itu dicium lembut.
     “Terima kasih.” Ridzwan bersuara lembut.
     Brrrr... Brrrr...
     Iffa tersentak. Hilang semua kenangan manisnya dengan Ridzwan gara-gara telefon bimbitnya menyanyikan lagu Jason Mraz. Siapalah yang mesej ni. Kacau mood aku betul lah. Iffa mencapai telefon bimbitnya lalu dia menekan butang open.

I nak bagitahu you yang I nak datang rumah you. ~ Qasyaf

     Iffa tercengang. Dia nak datang? Iffa menekan punat telefon, membalas pesanan ringkas yang diterimanya dari lelaki itu.

Tak payahlah datang. Bukan ada benda yang encik boleh buat. ~ Iffa

     Butang send ditekan. Tidak sampai seminit, pesanannya dibalas.

I dah ada depan rumah you pun. Tak percaya, you tengok depan. ~ Qasyaf

     Iffa terlopong. Cepat-cepat pandangannya dialihkan pada kereta Honda Civic kepunyaan Qasyaf yang cantik tersadai di depannya. Masa bila dia tercongok kat depan ni. Aku tak perasan pun. Tu lah, Iffa. Leka sangat mengelamun fikirkan pasal Ridzwan sampai dia sampai pun kau tak perasan.
     Dilihatnya Qasyaf turun dari kereta. Dia mendekati Iffa yang agak tercengang-cengang itu. Mungkin dia terkejut dengan kehadiran Qasyaf. Qasyaf tersengih. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi yang sudah tersedia itu.


     Iffa berpeluk tubuh. “Encik nak apalagi ni?”
     “I nak datang jumpa you lah. Bakal tunang I.” Kaca mata hitam ditanggal.
     “Nak tunangnya lama lagi. Baliklah encik. Encik ni menganggu mood saya nak cuti tau.”
     “Apa-apa ajelah.” Qasyaf tidak memperdulikan bebelan Iffa. “You siap sekarang.”
     Iffa tersentak. “Siap? Nak pergi mana?” soalnya pelik. Selamba aje mamat ni nak suruh aku bersiap.
     “I nak ajak you kahwin.” Selamba saja ayat itu meluncur keluar dari mulut Qasyaf.
     Iffa tergamam. “Kahwin?”
     “Eh, silap. I nak ajak you pergi beli barang kahwin. Sorry, perkataan ‘beli barang’ tu tertinggal dalam hati I.” Terkekek-kekek Qasyaf melihat reaksi wajah Iffa yang kelihatan cuak.
     “Tak nak lah. Saya boleh beli sendiri.” Iffa menolak keras.
     “Ikut aje lah. Susah nak cari barang kahwin kalau dah asing-asing ni. Tarikhnya bukannya lama lagi. Ada tempoh sebulan lebih aje lagi ni.” Kedengaran suara Encik Irham mencelah perbualan antara mereka berdua.
      “Eh, pak cik. Apa khabar?” soal Qasyaf sambil menghulur tangannya untuk bersalaman dengan lelaki berumur itu.
     “Alhamdulillah.. Sihat,” jawab Encik Irham ringkas. “Ha, Iffa.. Apa lagi duk tercegat kat situ. Cepat bersiap. Lambat pulak nanti. Dah nak dekat tengah hari ni,” arah Encik Irham apabila dia melihat Iffa yang masih lagi tercegat di halaman rumah.
     Iffa mengangguk perlahan. Qasyaf tersenyum senang apabila usulannya diterima baik oleh Encik Irham. Sengaja hendak mendekatkan diri dengan gadis itu. Mengenalinya lebih dekat walaupun dia tahu susah untuk melakukan itu. Tapi sekurang-kurangnya dia mencuba untuk mendekati gadis itu. Alahai.. susahnya nak pikat anak pak cik Irham ni.

*~*

“YANG ni lawa. Sesuai lah untuk you.” Qasyaf menunjukkan sehelai baju pengantin yang berwarna putih susu dihiasi dengan butir-butir mutiara yang menaikkan seri baju pengantin itu kepada Iffa.
     Iffa menelek baju itu dengan teliti. “Tak naklah. Baju ni nampak mahal. Saya tak layak pakai baju mahal-mahal macam ni.”
     Qasyaf mengeluh. “Apalah you ni. Kita ni kahwin sekali seumur hidup tau. Cubalah berhias sikit.”
     “Saya aje yang kahwin sekali seumur hidup. Encik tu boleh kahwin empat kali seumur hidup.”
     “You nak ke I kahwin empat. You sanggup ke nak dapat payung emas. I sebagai lelaki tak kisah langsung kalau isteri pertama I ni sudi nak bagi I kahwin empat.” Qasyaf berseloroh. Terhambur gelak tawanya.
     Iffa mencebik. “Encik ni ikhlas ke tak kahwin dengan saya. Kalau tak, baik jangan kahwin dengan saya. Menyesal encik nanti.” Geram betul dia dengan kata-kata Qasyaf.
     Baju di butik itu dipandang kosong. Butik Qaseh ini hanya layak orang seperti Qasyaf. Bukan sepertinya. Cukuplah hanya menempah baju nikah dan kahwinnya kepada Mak Kiah, jirannya yang selalu mengambil tempahan baju itu. Baju pengantin yang diusulkan oleh Qasyaf memang cantik tetapi dia tidak mahu terlalu mewah. Dia takut ia akan menjadi kenangan indah buat dirinya dan Qasyaf. Bukan ke masa depan tidak boleh diramal. Siapa yang tahu apa yang akan berlaku di masa depan sedangkan tiada sekelumit cinta pun yang ada di hatinya buat Qasyaf.
      “I takkan menyesal sebab I dah jumpa dan pilih wanita yang paling sempurna dalam dunia ni. You tu, ikhlas tak kahwin dengan I? Tak menyesal?” soalan Iffa tadi ditujukan semula kepada gadis itu.
      Iffa terdiam. “Menyesal jugak. Tapi nak buat macam mana, saya memang perlukan bantuan urgent. Kalau tak, saya tak nak terima encik jadi suami saya.”
      Qasyaf menghela nafas berat. Lain yang diharapkan keluar dari mulut mungil gadis itu, lain pula yang disebut gadis itu.
     “Ikut you lah, kalau iyapun you tak perlu jujur sangat kut. I ada hati dan perasaan jugak. Kalau you nak tau, I memang ikhlas nak jadikan you pendamping hidup I. You dah terima dalam terpaksa pun I dah cukup bahagia.” Nada suara Qasyaf sedikit mengendur.
     Dia sengaja menumpukan tumpuannya kepada baju-baju pengantin yang berbagai warna dan fasyen itu. Iffa tergamam melihat reaksi Qasyaf. Over sangat ke aku ni. Nada suara macam terasa aje dengan kata-kata aku. Iffa mengeluh. Sekurang-kurangnya dia tidak mahu membuat lelaki itu meletakkan harapan tinggi kepadanya.
     Suasana di Butik Qaseh kelihatan hening dan sunyi. Suara pelanggan memang tidak menjejaskan kesuraman yang berlaku antara Qasyaf dan Iffa.
     “Jom balik. I ada meeting petang ni. Takut lambat pulak. Jom,” ajak Qasyaf dan terus melangkah berlalu meninggalkan Iffa yang terpinga-pinga seorang diri.
     Sesampai sahaja mereka di kereta Honda Civic kepunyaan Qasyaf itu, masing-masing meneroboskan diri ke dalam kereta. Suasana sepi yang dicipta mereka di Butik Qaseh tadi  masih lagi tidak hilang. Iffa menoleh ke arah Qasyaf yang hanya diam membisu.
     Perjalanan dari Butik Qaseh ke rumah Iffa hanya mengambil masa 20 minit. Satu patah perkataan pun tidak dari mulut Qasyaf seperti keadaan mereka sebelum ke Butik Qaseh tadi. Iffa serba salah. Dia hanya mengeluh dalam hati.


     Setibanya di depan rumah Iffa, Qasyaf memberhentikan keretanya. Dia menoleh ke arah Iffa sambil tersenyum manis.
     “Dah sampai,” ujar Qasyaf ringkas.
     Iffa membuka pintu kereta dan terus melangkah keluar dari kereta itu. Setelah pintu kereta itu ditutup, Qasyaf membuka tingkap.
    “Takecare yourself,” pesan Qasyaf.
     Iffa menarik nafas panjang. Dia semakin berasa serba salah gara-gara kelakuan Qasyaf yang ‘pelik’ terhadapnya tadi. Dia menjenguk tingkap yang dibuka oleh Qasyaf.
     “Encik.. Maafkan saya ya. Saya tak berniat pun nak sakitkan hati encik. Cuma saya tak nak bagi encik harapan aje. Maafkan saya ya.” Iffa meminta maaf. Memang salahnya kerana telah menyakiti hati lelaki itu padahal lelaki itu tidak ada apa-apa salah terhadapnya.
     Qasyaf hanya tersenyum mendengar kata maaf dari Iffa. Dia menghulurkan sejambak bunga tulip ungu yang sudah ditempahnya awal-awal lagi. Iffa terkejut dengan pemberian itu.. Mana tidaknya, bunga tulip ungu kan bermaksud... Iffa geleng kepala tanda tidak percaya. Qasyaf mengangguk dan terus menutup tingkap keretanya.
     Iffa hanya memandang kosong pemergian Qasyaf. Akhirnya, satu barang pun tidak dibeli gara-gara ketegangan ini. Tiba-tiba satu pesanan ringkas masuk ke telefon bimbitnya.

Jangan fikirkan sangat. Kejap lagi marah I baik lah tu. Jaga diri baik-baik. ~ Qasyaf

     Iffa menghela nafas lega. Nasib baik dia tak touching sangat. Kalau tak, habislah dia kalau dah kahwin dengan aku. Hari-hari dia touching dengan aku nanti. Iffa tersengih sendiri. Kakinya mula menapak memasuki rumah.
     Dari jauh ada sepasang mata yang turut memerhati situasi itu. Tangan dikepal lalu ditumbuk-tumbuk kereta yang berdekatan dengannya. Lalu si pengintip mula tersengih sendiri apabila satu rancangan sudah berlegar-legar di kepala otaknya.
     “Just wait and see,” katanya dan terus berlalu dari situ.

*~*

     QASYAF sibuk membelek kertas kerja yang ada di tangannya itu. Satu apa pun tidak dapat dikerjakannya dengan sempurna.

“Menyesal jugak. Tapi nak buat macam mana, saya memang perlukan bantuan urgent. Kalau tak, saya tak nak terima encik jadi suami saya.”

     Walaupun dia cuba untuk mengendahkan kata-kata itu tetapi masih lagi kata-kata itu memberi bekas di hatinya. Qasyaf menghela nafas berat. Tidak berapa lama, pintu biliknya diketuk perlahan. Qasyaf mengerling ke arah jam dinding. 10.00 malam. Qasyaf bangkit dari tempat duduknya dan menuju ke pintu lalu pintu itu dikuak luas.
     “Syaf ada masa tak sekarang?” Terjengul muka Kak Qyla di sbalik pintu.
     Qasyaf mengangguk. “Ada. Akak nak apa?”
     “Jom pilih design kad kahwin Syaf ni.  Akak teruja nak pilih design ni dengan Syaf,” kata Kak Qyla sambil menunjukkan katalog yang berisi design kad kahwin itu.
     “Mil dan Mila mana?”
     “Awal-awal lagi dia orang dah tidur dengan papa dia.”
     Qasyaf mengangguk tanda faham dengan ujaran Kak Qyla. Lalu dia menutup pintunya dan mengikuti Kak Qyla melangkah ke halaman rumah. Kak Qyla sudah melabuhkan punggungnya di kerusi yang tersergam indah di atas rumput-rumput kecil itu. Qasyaf juga mngambil tempat berhadapan dengan Kak Qyla. Kak Qyla meletakkan meletakkan katalog itu di atas meja.
     “Tema warna apa?” Terus saja Kak Qyla bertanya kepada Qasyaf.
     Qasyaf menongkat dagu. Satu design pun tidak menarik perhatiannya malam ini. Sehelai demi sehelai kertas itu diselaknya perlahan.
     “Syaf, kau orang berdua ni pilih tema warna apa?” ulang Kak Qyla lagi.
     “Entahlah, kak.”
     Jawapan Qasyaf membuatkan Kak Qyla tersentak. “Entah? Kalau entah, macam mana nak kahwin?”
     “Akak ajelah yang pilihkan untuk Syaf.”
     Kak Qyla mengeluh. “Syaf, kenapa ni. Ada masalah ke? Sharelah dengan akak. Mana tau akak boleh membantu.”


     “Tak ada apalah, kak. Syaf penat sikit. Akak pilih aje yang mana-mana. Apa yang akak pilih, itulah pilihan Syaf.” Qasyaf bingkas bangun tetapi cepat-cepat dihalang oleh Kak Qyla.
     “Duduklah dulu.” Kak Qyla menarik tangan Qasyaf dan menyuruh lelaki itu duduk.
     Qasyaf hanya mengikut. Seperti lembu dicucuk hidung. Disuruh duduk, dia duduk. Disuruh minum, dia minum. Akhirnya dia mengeluh sendirian.
     “Kenapa dengan Syaf ni? Menyesal dengan pilihan Syaf? Nak kembali semula dengan Selena?” Ha, bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Kak Qyla. Itulah, diamkan diri sangat.
     Qasyaf mencebik. Ada pulak isu Selena dibangkitkan semula.
     “Apalah akak ni. Tak perlu nak ungkit-ungkit lagi pasal Selena. Dah lah, Syaf nak tidur. Esok kerja.” Qasyaf bangun dari kerusinya dan berlalu pergi meninggalkan Kak Qyla sendirian.
    Kak Qyla hanya menggeleng. Memang pelik perangai adik lelakinya yang seorang ni. Suka sangat pendam masalah sampai boleh terkeluar hati dan jantung tu. Memang boleh menumbuhkan sifat dendam dan iri hati. Kak Qyla menggeleng lagi. Mudah-mudahan dijauhkan sifat yang dimurkai Allah itu.

*~*

SELENA membaling telefonnya ke atas katil. Dia marah. Marah kerana Qasyaf tidak pernah memberitahunya yang lelaki itu bakal berumah tangga dalam tempoh sebulan lagi.
     “Kenapa? Kenapa dia tak beritahu aku. Sanggup dia batalkan pertunangan semata-mata kerana perempuan tu. Siapa sebenarnya perempuan tak guna tu !!” Selena menjerit sekuat hati.
     Dia tidak menduga apabila dia terdengar perbualan antara Hakimi dan Dato’ Nasir tentang Qasyaf. Kalau dia tidak datang ke Sinar Holding, mungkin dia tidak tahu yang Qasyaf akan berumah tangga dalam masa sebulan lagi. Arghhh.. Dia menjerit sekuat hati. Melepaskan rasa geram yang sudah dikumpulnya sedari tadi.
     Puan Hazira tergamam melihat reaksi Selena yang sepertinya tidak terurus itu. Apalagi yang dirunsingkan oleh Selena melainkan masalah tentang pembatalan pertunangan anaknya itu. Dia mendekati Selena. Dia melabuhkan punggungnya bersebelahan Selena. Bahu gadis itu diraih lalu diusap-usap perlahan. Sebagai ibu dan juga sebagai seorang perempuan, dia faham akan perasaan Selena.
     “Kenapa dengan anak mama ni? Qasyaf buat hal lagi ya?” soal Puan Hazira perlahan.
     Selena yang hanya tunduk menghalang wajahnya dilihat oleh Puan Hazira.
     “Syaf nak kahwin dengan orang lain, ma,” adunya sambil memandang muka Puan Hazira.
     “Haa?!!” Puan Hazira tergamam. Nak kahwin dengan orang lain? Ini tak boleh jadi ni.
     “Dengan siapa?” soal Puan Hazira. Dia ingin tahu dan dia harus tahu. Kalau tidak, rancangannya akan punah dan hancur begitu saja.
     Susah payah dia cuba mempertahankan hubungan Selena dan Qasyaf selama tiga tahun, dia tidak mahu ada halangan yang boleh memusnahkan rancangan yang sudah dia bina selama bertahun-tahun. Selena hanya menggeleng tanda tidak tahu. Dia juga penasaran dengan gadis yang dipilih oleh Qasyaf itu. Siapakah agaknya yang layak digelar sebagai perampas di sini. Selena bengang.
     “Ini tak boleh jadi, sayang. Kita kena cari jalan bagaimana untuk batalkan perkahwinan dia. Kita tak boleh berpeluk tubuh macam ni aje.”
     “Ena pun tengah cari jalan, ma. Hilangnya Syaf seperti hilang lubuk emas kita. Duit yang kita rebutkan dari harta pusaka arwah Nek Mah pun tak cukup nak teruskan kehidupan kita.”
     Puan Hazira mengangguk setuju dengan telahan yang diberikan oleh Selena. Memang benar kata Selena. Harta pusaka arwah ibunya pun masih belum tentu dapat menyara kehidupannya walaupun harta pusaka itu masih banyak yang belum digunakannya.
     “Kalau macam tu, kita kena jalankan rancangan yang teliti. Buat masa sekarang kita diamkan aje apa yang kita dengar. Kita perlu susun rancangan yang lebih bagus untuk dapatkan apa yang kita impikan.” Puan Hazira sudah tersenyum. Mungkin dia sudah mula memikirkan rancangan baru.

     “Ya, betul tu, ma. Buat masa sekarang ni, Ena tak akan jumpa Qasyaf.” Akhirnya Selena menutup perbincangan dengan senyuman jahat.

THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

2 comments:

Unknown said...

best, kesian syaf touching pulak dye ye, hehehe...
amboi, mak dengan ank (selena) lbh kureng aje, rebutkan hrta rupanya..ish3...
hurm, tulip ungu, wah...like3..hehehe
afie cpt3 up next bab ye..ziqa tunggu okay dear?

Unknown said...

Wah wah wah.. Qasyaf buat merajuk pulak (sambil terbayangkan Qasyaf muncungkan mulut dgn muka masam ekekekek) .. Iffa mulutbtakda insurans betul -.-'
Selena dgn mak dia sama ja perangai. Menyebalkan! Mcm nak tarik2 ja rambut dua ekor tuh! Btw, saya SUKA tulip kaler purple. Cantik. Kalau tgk tulip, meti terbayang negara sejuk2.. Aww <3 bestnya! Thumbs up kak :
Can't wait 4 da next episode!! - mastura mahayadin -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...