~ Mr.Buaya VS Cik Naughty 8 ~

,5/21/2013 09:09:00 AM | 1 Comment

BAB 8
SUDAH satu minggu berlalu. Bayang-bayang Dani juga tidak kelihatan di sekolah. Masing-masing juga sibuk bertanya. Begitu juga dengan Zara. Boring pulak aku bila mr.buaya tu tak datang. Tak ada teman nak bertekak. Biasanya dia ajelah yang sudi bertekak dengan aku. Riak kebosanan jelas terpancar di wajah mulusnya. Buku di depan mata tidak diendahkannya lagi. Kebosanan sudah menguasai dirinya kini.
     “Zara ! Kenapa dengan kau ni? Muka kau nampak boring aje,” tanya Dina apabila melihat riak wajah Zara yang tidak makan saman itu.
     Zara mengeluh. “Kau ni macam tau-tau aje. Memang. Memang aku boring. Nak mengadap buku ni pun dah tak lalu,” luah Zara. Matanya melilau-lilau melihat keluar masuknya pelajar-pelajar dari perpustakaan itu.
     “Cari Dani ke? Dia tak datang juga hari ni. Tak payah nak tercari-cari.” Dina tergelak dengan kata-kata yang diutarakan oleh Hani itu. Anez hanya dengan lagak biasanya Tiada respon.
     Zara mencebik. Eh.. eh.. Hani ni memandai aje. “Aku tak carilah. Tak ada dia lagi happy hidup aku.” Zara gelak besar.
     “Kau jiran diakan? Takkanlah kau tak tau kenapa dia tak datang.” Anez pula bertanya. Buku nota sejarah diselaknya sehelai demi sehelai.
     Zara menggeleng. “Aku jiran dia aje. Bukannya bini or makwe dia pun.”
     Masing-masing tergelak mendengar jawapan Zara.
     “Biasanya jiran ni ada connection yang kuat tau. Hidup berjiran ni cepat aje sampai macam-macam berita. Lagi-lagi kalau dah duduk berdepan,” terang Dina. Sisa tawanya masih tidak hilang lagi.
     “Ada connection tu untuk makcik-makcik yang suka bergosip. Mama aku ni bukannya kaki gosip. Sebab tu tak ada connection.”
     “Tapi kau kan kaki gosip.” Pecah tawa Hani. Begitu juga dengan Dina dan Anez.
     “Tolong diam sikit ya. Ini adalah perpustakaan,” tegur pegawai perpustakaan yang bertugas ketika itu.
     Masing-masing sudah menekup mulut untuk memberhentikan tawa mereka. Zara hanya mencebik tanda tidak puas hati dengan gurauan yang diberikannya kepadanya. Huh.. Diorang ingat aku ni badut ke. Asyik nak gelakkan aku aje. Zara berpeluk tubuh.
     “Ada orang tu terasa dengan kitalah,” ujar Anez.
     Zara menjeling. “Dah, dah.. Korang tak payah nak perli-perli aku. Aku dah lapar ni. Jom penuhkan perut. Hari ni aku belanja sebab hari ni abang aku balik dari study kat US. Betapa gembiranya hati aku,” jelas Zara. Hatinya bernyanyi-nyanyi riang apabila teringatkan abang sulongnya yang bakal pulang dari US.
     “Abang Haziq ke?,” tanya Dina.
     Zara mengangguk. Satu senyuman dihadiahkan sebagai membalas soalan yang ditanyakan oleh Dina.
     “Abang kau yang paling hensem tu nak balik malaysia?” tanya Dina sekali lagi untuk mendapatkan kepastian. Rasa teruja sudah menguasai dirinya.
     “Kenapa? Tak percaya ke? Dia dah habis study and dia nak kerja kat malaysia.”
     Dina mengangguk tanda faham.
     Suasana di perpustakaan memang sepi dan sunyi. Selayaknya tempat begitu digunakan untuk mengkaji maklumat dan membaca buku. Zara sudah mula mengeluh. Dia tidak boleh berlama-lama di tempat ini. Kepalanya bakal berpusing seolah-olah roda yang giat berpusing itu. Dia menggeleng kepala beberapa kali menahan sakit kepala. Buku diatas meja sudah ditutup dan dikemas untuk segera beredar dari situ.
     “Jomlah keluar. Aku dah sakit kepala ni. Lapar lagi.” Zara sudah mula menekan-nekan perutnya. Memang lapar sangat dah aku ni.
     Semua mengangguk tanda faham. Mereka juga berasa lapar saat ini kerana sudah hampir setengah jam mereka mengadap buku sahaja. Mereka mula berkemas-kemas untuk beredar. Buku-buku penting dibawa sekali. Malas hendak memasuki perpustakaan dua tiga kali. Kaki mula melangkah keluar dari perpustakaan. Laju sahaja kaki 4S melangkah menuju ke kantin kerana perut masing-masing sudah mula menyanyi lagu dangdut. Laparlah katakan.

DANI mengintai-intai dari sebalik pagar rumahnya. Dia tercari-cari kelibat Zara. Biasanya petang-petang begini Zara sudah terpacak di halaman rumah. Dia masih tidak melihat kelibat Zara sejak dari pagi tadi.
     “Apa yang Dani dok terintai-intai tu? Mengintai anak dara depan rumah ke?,” tegur ibu Dani sambil menatang dulang yang berisikan pisang goreng dan air teh itu.
     Angin petang ini menampar lembut ke wajah Dani. Cuaca yang tidak terlalu panas itu terasa selesa untuk keluar berjalan-jalan.
     Dani tersengih sumbing mendengar teguran ibunya sebentar tadi. Dia mula mengambil tempat bersebelahan ibunya. Ingin menjamah sedikit makanan yang dibawa ibunya itu.
     “Diorang pergi mana ibu? Dari tengahari tadi tak ada kereta pun kat rumah Cik Nita.” Dani sengaja menanyakan hal itu agar dia tidak disyaki macam-macam oleh ibunya.
     “Cik Nita pergi jemput anak sulongnya kat airport. Tak silap ibu, namanya Que Haziq. Baru habis belajar dekat US. Balik malaysia nak kerja kat sini katanya,” jelas Puan Hanan. Dituangnya air teh ke dalam cawan.
     Dani mengangguk tanda faham. Patutlah tak ada kat rumah. Menyambut yang tersayang dekat airport rupanya. Air di atas meja dicapainya lalu diteguk beberapa kali.
     “Dani masih sedih atas pemergian Humaira?,” soal Puan Hanan.
     Reaksi Dani terhenti apabila Puan Hanan menyuarakan kata-kata itu. Cawan di tangannya diletakkan kembali ke atas meja. Rasa sebak mula menyelubungi hati kecilnya. Mukanya ditekup beberapa kali. Dia hanya berdiam tanpa memberi sebarang jawapan untuk membalas soalan Puan Hanan.
     “Masih teringatkan dia?,” soal Puan Hanan lagi. Kali ini dia menatap wajah anak terunanya itu.
     Dani mengeluh berat. “Dani memang tak sangka dia akan buat perkara sejauh ni, ibu.” Akhirnya Dani bersuara meluahkan kata.
     Puan Hanan mula merasa sebak mendengar kata-kata Dani. Satu keluhan dilepaskannya. “Ibu pun tak sangka dia akan buat perkara tak baik macam tu. Ibu memang rasa bersalah sangat pada Humaira. Dia memang seorang gadis yang cukup baik.”
     Dani terdiam lagi. Tidak tahu apa yang harus dia perkatakan mengenai masalah tentang Humaira. Kata-kata Puan Hanan memang betul. Humaira memang seorang gadis yang baik tetapi gadis itu mempunyai fikiran yang cukup cetek. Semua perkara yang dilakukannya tidak pernah difikir panjang. Semuanya dianggap mudah oleh gadis itu. Disebabkan sifatnya inilah yang menyebabkan perkara seperti ini berlaku.
     Gara-gara perkara ini jugalah Dani merasa agak terganggu sehinggakan dia hanya menetap di rumah tanpa menayangkan  wajahnya kepada cahaya matahari. Bilik hanya sebagai tempat penenang baginya buat setakat ini.
     “Dah lah. Dani tak payahlah fikir pasal ni lagi. Yang lepas tu biarlah berlalu dan tak perlu di ingat-ingatkan kembali. Hanya pandang ke depan untuk mencapai masa  depan kita sendiri. Kita kena teruskan hidup tanpa ada rasa serba salah dengan perkara lampau.” Puan Hanan cuba memberi kata-kata semangat kepada Dani. Dia tidak ingin Dani menyepi diri lagi seperti saat anak lelakinya itu mendengar berita tentang kematian Humaira.
     Dani mengangguk. Dia juga tidak ingin dihantui rasa bersalah terhadap Humaira. Cukuplah hanya setakat ini sahaja. Dia juga ingin meneruskan hidupnya sendiri. Dani menekup wajahnya lagi. Cawan di atas meja dicapai semula lalu air teh yang hampir sejuk itu diteguknya beberapa kali.

ABANG Ziq !!!” Dari jauh lagi Zara menjerit apabila melihat sekujur tubuh milik Que Haziq mendekati mereka sekeluarga.
     Zara meluru laju ke arah Que Haziq lalu dipeluknya lelaki itu. Dia sudah tidak peduli dengan tanggapan orang di sekelilingnya. Yang pasti, dia mahu memeluk abang kesayangannya itu ketat-ketat. Sudah hampir setahun setengah dia tidak berjumpa dengan Que Haziq. Hanya telefon yang menjadi penghubung antara dia sekeluarga dengan Que Haziq.
     “Masih tak berubah adik abang ni ya.” Que Haziq tersenyum manis. Ternampak lesung pipit asli di kedua belah pipinya. Manis.
     “Still sama macam dulu. Tak ada yang berubah pun,” ujar Zara membalas kata-kata Que Haziq.
     Que Haziq tergelak kecil. Zara meleraikan pelukannya. Bagasi di tangan Que Haziq ditariknya perlahan. Satu senyuman paling manis dilemparkan kepada Que Haziq.
     Puan Vanita dan Encik Rahimi mendekati Que Haziq. Huluran tangan Que Haziq disambutnya dengan wajah yang penuh keceriaan. Puan Vanita memeluk Que Haziq dengan erat. Rindu benar dia kepada anak lelakinya yang sulung ini.
     “Mama sihat?,” tanya Que Haziq. Pelukan mamanya dileraikan perlahan-lahan.
     Puan Vanita mengangguk. “Mama sihat. Macammana kat flight tadi? Okey?.”
     “Alhamdulillah. Tak ada apa-apa yang menarik pun. Biasa aje. Cuma badan Ziq penat sikit. Lama duduk kat dalam kapal terbang tadi.”
     Puan Vanita tersenyum tanda faham. “Kalau macam tu jom kita balik sekarang. Dah petang ni.”
     Semua mengangguk. Akhirnya mereka berjalan beriringan menuju ke kereta milik Que Hazwan.

“HAIII,.. jauh perjalanan.” Dani menegur Zara yang sibuk memunggah barang milik Que Haziq.
     Zara menjeling tajam ke arah Dani. Kenapa kau ni suka sangat porak perandakan hidup aku? Asal aku nampak muka kau je aku rasa ada je bala yang nak datang kejap lagi. Hati Zara berbisik geram.
     “Kau tak rindu ke dengan aku ni? Dah seminggu tau aku tak datang sekolah. Sekurang-kurangnya, tanyalah khabar. Apa khabar, my lovely Dani? Kan sedap dengar macam tu.” Dani bersandar di tepi pagar rumah Zara.
     Mana tidaknya, sebaik sahaja Zara tiba di rumah. Cepat-cepat dia bangun dari tempat duduknya lalu dia bergegas ke depan pagar rumah Zara. Nak melepaskan rindulah kononnya.
     Zara menjeling. Beg bagasi yang diturunkan dari kereta itu dibiarkan di atas lantai. Dia mendekati Dani sambil bercekak pinggang. Ala-ala makcik pun ada.
     “Eh, Dani Idlan a.k.a mr.buaya tak bertauliah. Kau dengar sini apa yang aku nak cakap. Kau tu bukannya suami aku. Tak perlu pun aku nak tanya khabar kau. Kau tu musuh aku je.” Zara berkata sinis sambil mencekak pinggang. Apa dia ingat aku care lah sangat dengan dia. Boleh jalanlah.
     “Hmm, kalau macam tu, kau kahwin dengan aku je lah,” kata Dani berseloroh. Kalau iya pun aku tak kisah. Dani tergelak.
     “Kau? Kau nak kahwin dengan aku? Boleh jalanlah. Aku tak nak ada suami yang mr.buaya macam kau.”
     “Aku pun tak hairanlah. Kau ingat aku nak sangat ke dengan kau, cik naughty. Kalau kau berjalan, aku berlari tau tak.” Dani pula nak tunjuk ego. Mana boleh jatuh depan perempuan. Harga saham boleh turun tau.
     Zara menjelirkan lidahnya kepada Dani. “I dont care. Bye.” Zara menarik beg bagasi yang diletakkan berhampiran dirinya itu dan terus berlalu pergi.
     Zara membiarkan Dani terpinga-pinga. Padan muka kau. Suka sangat ganggu aku kan. Tak tenang hidup aku semenjak kau muncul. Zara menghempas pintu dengan kuat.
     Dani senyum senget. “Aku tau, dia dah kalah. Kalau tak dah lama dia bertekak dengan aku dua tiga jam.” Dani gelak besar. Dia masuk ke perkarangan rumahnya yang berhadapan dengan rumah Zara.

“HAA !! Abang Wan buat apa tu? Abang ambil air Zara lagi ke? Kalau nak buatlah sendiri.” Kurang asam punya abang. Selamba je minum air yang aku dah simpan ni. Zara merampas botol air sejuk yang dipegang oleh Que Hazwan.
     Que Hazwan terdiam apabila air ditangannya dirampas oleh Zara. “Eh, aku bukannya habiskan pun. Itu pun kau nak berkira ke?”
     “Mestilah. Kalau tak sampai bila abang nak buat sendiri. Asal Zara buka peti je, dah kosong botol ni. Tak lain tak bukan memang abang Wan jelah yang minum.” Zara mencebik geram. Kalau nak minum, buat sendirilah. Jangan harap pada adikmu yang sorang ni.
     “Apa yang bising-bising ni, Zara, Wan,” tegur Puan Vanita.
     Zara memandang ibunya yang datang bersama Que Haziq dan Encik Rahimi. Masing-masing sudah mengambil tempat di meja makan. Zara juga begitu. Dia juga pergi meninggalkan Que Hazwan di depan peti sejuk. Dah berapi-api agaknya abang aku yang sorang tu. Lantaklah dia. Zara buat tak tau. Pandai-pandailah abangnya menjaga hati sendiri. Dia tidak peduli.
     “Abang Wan tu minum air Zara. Kalau senang-senang dia minum air Zara, sia-sialah Zara buat sendiri. Tekak dia yang basah, tekak Zara pula yang kering.” Zara mengadu. Saja hendak bermanja dengan Puan Vanita dan Encik Rahimi.
     “Kau yang berkira sangat. Apa punya adiklah kau ni.” Akhirnya Que Hazwan mengalah. Malas aku nak melayan budak tiga suku ni. Makin melayan makin mengada-ngada pulak manja dia tu.
     “Dah. Cukup-cukup. Tak berubah langsung suasana kat rumah ni iya. Lagi-lagi budak perempuan tu. Bila nak ubah perangai jantan dia tu agaknya.” Que Haziq bersuara. Dia mencapai pinggan lalu dihulurkan kepada Puan Vanita dan Encik Rahimi.
     Zara menggeleng. “Wahai, abangku Que Haziq. Adikmu ini memang aslinya macam ni. Saya bukanlah seorang yang suka menjadi orang lain. Cukuplah menjadi diri sendiri.” Dia bangun dan menjawab dengan yakin. Dah macam presiden pula aku ni. Zara tergelak kecil.
     Que Haziq mengangguk. “Okey. Apa-apa pun, jom kita jamah dulu makanan mama ni. Dah lama tak rasa masakan mama.” Que Haziq sudah membuat muka tak sabar. Ligat tangannya mencedok nasi dan lauk pauk yang tersedia di atas meja itu.
     Yang lain juga melayan diri masing-masing. Zara lah orang yang paling kecoh di meja makan itu. Mana tidaknya, dia sudah lama tidak berbual dengan Que Haziq. Rasanya tidak salah dia membuat kekecohan. Que Haziq hanya melayan.
     “Ziq, apa perancangan Ziq lepas ni?” tanya Encik Rahimi.
     Yang lain hanya diam mendengar pembicaraan antara ayah dan anak lelakinya.
     “Ziq rasa Ziq nak mohon kerja kat mana-mana universiti.”
     “Okey juga tu. Dah ada perancangan senang sikit. Jangan jadi penganggur sudahlah. Makan tidur je macam si Zara ni.” Puan Vanita pula mencelah.
     Zara mencebik. Tanda tidak puas hati dengan kata-kata Puan Vanita. Apalah mama ni, janganlah buka aib yang aku. Buat malu aku je. Que Haziq hanya tergelak kecil melihat memek muka adiknya yang sorang ni.
     “Kalau tu perkara biasa. Ziq pun dah kenal dengan perangai Zara ni.”
     Que Hazwan tergelak. “Memang dah tertulis dia ni memang suka makan tidur je.” Dia ingin menyakat Zara. Ingin melepaskan geramnya yang tertunda sebentar tadi.
     Zara menjeling tajam. Abang Wan, siaplah abang lepas ni. Abang dah masuk mulut dinasour tau.
     “Apa-apapun, Ziq gembira sangat sebab Ziq dah balik semula ke malaysia.”
     Semua tersenyum sambil melepaskan nafas lega. Gembira kerana Que Haziq sudah kembali ke pangkuan mereka sekeluarga.

Dah baca jangan lupa tinggalkan komen ya.. enjoy reading ~~

THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

1 comment:

Anonymous said...

Best juga citer ni. mesti dlm diam masing2 ada menyimpan perasaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...