~ Mr.Buaya VS Cik Naughty 7 ~

,2/04/2013 08:02:00 AM | 3 Comment

Bab 7
ZARA..” Puan Vanita menolak perlahan pintu bilik anak gadisnya itu.
     Puan Vanita hanya menggeleng apabila melihat anak gadisnya itu masih lagi lena tidur di atas katil yang empuk itu. Bertuah punya anak dara. Subuh dah masuk, masih lagi dia sedap-sedap tidur. Desis hati kecil Puan Vanita.
     Pintu itu dikuak perlahan. Puan Vanita mula melangkah masuk menghampiri katil anak gadisnya itu. Punggunya dilabuhkan di sisi katil. Tubuh anaknya itu digoyang lembut.
     “Zara.. Bangun sayang. Tak baik lambatkan solat subuh.” Lembut sahaja nada suara si ibu membangunkan anak gadisnya untuk menunaikan solat subuh.
     Tubuh Zara digoyang lagi beberapa kali. “Hmm..” Zara terjaga dari tidurnya. Matanya yang sedikit perit akibat mengantuk, diusapnya beberapa kali.
     Zara mencapai jam loceng di sisi katil. 6.15 pagi. Astaghfirullah. Dah lambat sangat ni. Dia beristighfar dalam hati.
     “Thank you, ma,” ucap Zara perlahan sebelum menghilangkan diri di seblik pintu bilik air dengan sehelai tuala yang meliputi kepalanya itu.
      Puan Vanita hanya menggeleng kepala. Memang menjadi rutin hariannya membangunkan anak gadisnya itu untuk menunaikan solat subuh. Sekiranya Zara tidak dibangunkan, tak bersolat subuhlah gamaknya. Sampai bilalah dia ni nak berharap pada mama dia ni? Ish.. ish.. Puan Vanita mengeluh perlahan.
      Puan Vanita mengorak langkah meninggalkan bilik itu. Pintu bilik itu ditutup rapat.
******************
“MAMA..,” Zara menyergah ibunya yang leka memasak makanan untuk sarapan pagi itu.
     “Zara.. Janganlah terkejutkan mama macam ni. Mama kan tengah masak ni,” balas Puan Vanita. Dia meneruskan kerjanya.
      Zara tersengih. “Sorry mom.”
     Sudah menjadi kebiasaan bagi Zara agar tidak melanjutkan tidur selepas bangun subuh. Dia memang sudah diajar akan perkara itu. Puan Vanita juga selalu mengingatkan anak-anaknya. Termasuklah Que Hazwan dan Que Haziq.
     “Mama, Abang Wan mana? Tak nampak batang hidung pun. Dah pukul 7.00 pun tak muncul-muncul lagi,” soal Zara sambil matanya melilau-lilau mencari Que Hazwan.
     “Alaa.. Kejap lagi turunlah tu. Macam tak kenal pulak dengan abang kamu tu,” ujar Puan Vanita. Mangkuk yang berisikan mee hoon itu diletakkannya di atas meja.
     Zara mengangguk tanda faham. Dia mencapai pinggan di sudut meja kemudian di susunnya hingga kelihatan kemas. Al maklumlah hari ni cuti. Ada change lah nak tolong mama kat rumah.
     “Ada orang rindu pada Wan lah mama.”
     Zara tersentak. Dia berpaling memandang abangnya itu. “Perasan.” Lidahnya dijeler ke arah Que Hazwan.
     “Eh.. Eh.. Orang tu tak nak mengaku pula dah,” kata Que Hazwan. Kerusi yang berhadapan Zara ditariknya lalu punggungnya dilabuhkan.
     “Apa yang riuh sangat pagi-pagi anak-anak papa ni?,” tegur Encik Iskandar. Dia juga mengambil tempat untuk bersarapan.
     “Tak ada apalah papa. Saja. Senda gurau di pagi hari antara adik dan abangnya.” Zara menekankan sedikit nada suaranya apabila menyebut perkataan ‘abangnya’ itu.
     Que Hazwan tersengih. Ada-ada aje adik aku ni. Que Hazwan menarik mangkuk yang berisikan mee hoon itu. Satu senduk mee hoon diletakkan di dalam pinggannya.
     “Mama.. Zara nak keluar lepas ni. Nak pergi jumpa 4S kat tempat skateboarder. Nak main skateboard kejap. Bersenam sekali.” Zara meminta izin kepada Puan Vanita.
     Puan Vanita mengangguk. Dia sudah terbiasa dengan permintaan anak gadisnya itu. Zara tersenyum senang. Sudah lama dia tidak bergaul dengan skateborder yang lain. Disebabkan dia agak sibuk kebelakangan ini, dia terpaksa mengetepikan hobinya yang satu itu. Tetapi hari ini dia mempunyai peluang untuk melanjutkan hobinya itu.
     “Tapi Zara jangan lambat sangat tau. Papa and mama nak keluar. Tak ada siapa pulak yang nak jaga rumah ni,” ujar Puan Vanita.
     “Ala.. Abang Wan kan ada kat rumah. Suruhlah dia aje yang jaga,” kata Zara.
     “Wan nak keluar jugak. Nak jumpa kawan katanya,” jelas Puan Vanita lagi.
     Que Hazwan mengangguk.
     Zara mencebik. “What everlah.” Zara mengalah.
     Encik Iskandar hanya tersenyum melihat keletah anak gadisnya itu. Macam-macam perangai. Desis hati kecilnya.
     “Okeylah ma, pa.. Zara nak keluar dulu. Dah nak pukul 8 ni. Matahari pun dah tegak.” Zara meminta izin sekali lagi.
     “Okey. Jalan tu hati-hati. Jangan buat kerja gila kat luar tu,” pesan Encik Iskandar. Bukan dia tidak tahu perangai anaknya yang sedikit pelik itu.
     Zara tersengih kemudian mengangguk laju membalas pesanan ayahnya itu. Dia bangun dari kerusinya dan menuju ke sinki untuk mencuci pinggan yang digunakannya tadi. Selesai daripada itu, dia melangkah menuju ke halaman rumah. Hanya dengan memakai sehelai t-shirt dan seluar track, dia kelihatan sudah tampil sempurna. Tidak lupa juga dia untuk memakai topi yang menjadi pakaian rutin untuk bermain papan luncur. Simple dan cool.
     Zara segera mencapai papan luncurnya dan mula meluncur keluar dari perkarangan rumah menuju ke tempat yang telah dijanjikannya untuk berkumpul dengan ahli 4S.
***********************

Huhh..” Zara menarik nafas dalam-dalam. Penatnya.. Panas pulak tu. Hatinya merintih.
     “Panasnya. Kenapalah diorang tak pasang aircond kat sini?,” keluh Zara. Tuala kecil yang dipegangnya dilap ke seluruh wajahnya. Beberapa tegukan air sudah membasahi tekaknya yang kering.
     “Woii.. Tempat terbuka macam ni mana ada aircond lah cik kak. Apalah kau ni..,” ujar Dina.
     Zara tersengih sumbing. “Ha ah kan?”
    “Zara.. Kau nak tau something tak?,” soal Dina. Dia mendekatkan tubuhnya dengan Zara.
     “Apa dia?,” balas Zara acuh tak acuh sahaja.
     “Mr.buaya kau tu pun ada kat sini jugak tau,” ujar Dina. Hani dan Anez juga mengangguk setuju dengan penyataan Dina.
     Hampir tersembur air yang diteguk Zara. What the.. Ishhh.. “Mana kau tau?”
     “Tulah kau. Datang lambat sangat. Aku nampak dia dengan Haikal budak form dia jugak. And adalagi beberapa orang dengan dia,” terang Dina habis-habisan.
     “Mr.buaya ni memang betul-betul bawa bala lah dalam hidup aku,” kata Zara geram.
     Dalam kekecohan itu, Anez mengeluarkan sesuatu dari dalam beg sandangnya.
     “Tadaaa..” Plastik kecil yang berisikan garam itu ditayang-tayang di hadapan wajah rakan-rakannya.
     Semua memandang pelik ke arah Anez.
     “Kau nak buat apa dengan garam tu?,” tanya Hani.
     “Takkan korang tak dapat baca mind aku kut.” Anez tersengih-sengih.
     “Aku tau... Jom buat sekarang. Kalau tak dia perasan pulak,” ujar Zara pula. Dia sudah tergelak-gelak.
     Masing-masing mengangguk kemudian bangun menuju ke tempat sasaran mereka berkumpul.
     “Mujur tak ada orang,” kata Hani. Tangannya ligat mencapai botol air milik Dani dan sedikit demi sedikit garam tadi dimasukkannya. Kemudian digoncang sehingga menjadi rata agar tidak terperasan.
      “Dah siap. Jom cabut,” sambung Hani lagi.
     Selepas menyelesaikan urusan mereka, cepat-cepat mereka beredar agar tidak diketahui tentang rancangan mereka itu.
     “Eh, cik naughty ada kat sini jugak ye,” Dengan tiba-tiba Dani menegur Zara yang ingin kembali ke tempatnya itu.
     Zara menjeling. “Salah ke aku ada kat sini? Tak guna duit kau pun,” balas Zara geram.
     Dani tergelak. Begitu juga dengan Haikal yang berdiri di sisi Dani. “Dah alang-alang kau ada kat sini, apa kata kau lawan skate dengan aku? Aku dengar kau power dengan gaya street skate. Jadi aku nak tengok jugak sejauh mana terer kau tu,” kata Dani.
     “Kau cabar aku ke?,” tanya Zara.
     Dani mengangguk. “Lebih kurang macam tu lah.”
     “Kalau kau kalah? Apa yang kau nak buat?”
     Dani tersengih. “Siapa yang kalah dia kena buat apa yang pemenang suruh buat, boleh?”
     “Okey. Aku setuju,” jawab Zara penuh yakin. Aku tak nak nampak lemah depan mr.buaya ni. Buat malu aje.
     Zara memandang 4S. Hani tersengih. Begitu juga Dina dan Anez. Kenapalah diorang ni sengih-sengih, kalau aku kalah siaplah diorang. Zara bengang.
     Masing-masing sudah bersedia di tempat permainan. Bunyi suara sorakan sudah kedengaran di setiap sudut kawasan itu. Zara dan Dani sudah bersiap sedia dengan papan luncur masing-masing. Dan.. start noww...
********************
ZARA menghentak kuat kakinya ke tanah. Tak guna. Macam manalah aku boleh kalah dengan mr.buaya tu. Tajam sahaja renungan yang dilemparkannya ke arah Dani.
     “Kau kena tunaikan janji kau pada aku,” kata Dani tersengih-sengih. Dia juga tidak menyangka yang dia bakal menang dalam pertaruhan itu.
     “Nasib baik aje tu,” balas Zara. Ahli 4S yang lain hanya diam membatu.
     “Disebabkan aku yang menang kau kena tunaikan janji kau kat aku. Kau kena buat apa yang aku cakap sekarang. Nak tolak pun tak boleh jugak. Ramai saksi ni. Buat malu aje kalau kau tolak suruhan aku ni,” ugut Dani. Dia tersenyum sinis. Rancangannya yang disusunnya sudah berjaya.
     Zara memandang sekelilingnya. Semuanya menunggu episod seterusnya. Zara mengeluh berat. Apalah nasib aku hari ni.
     “Apa yang nak aku buat?” soal Zara sambil berpeluk tubuh.
     “Kau kena cakap I Love You Dani dengan sekuat-kuatnya. Biar semua orang dengar,” ujar Dani. Dia sudah menahan gelak.
     Zara tergamam. Terkedu. Terkesima. Begitu juga dengan ahli 4S yang lain. Biar betul si Dani ni. Wajah Zara bertukar rona merah.
     “Ap.. Apa kau cakap? I love you?,” tersekat-sekat suara Zara berbicara.
     Dani mengangguk. “Ya. Kenapa? Kau takut?”
     Zara tersentak. “T..Taa.. Takkk..Aku tak takut,” Zara cuba menyembunyikan rasa gugupnya.
     “Kalau macam tu kau boleh mula sekarang.”
     Suasana menjadi sepi. Semuanya menunggu kata-kata yang bakal terbit dari bibir Zara. Zara menarik nafas dalam-dalam. Pandangannya ditundukkan ke lantai. Isshhh.. Malunya. Macam nak bunuh diri sekarang jugak. Detik hati kecil Zara.
     “I..I..Love..You.. Dani.” Perlahan sahaja nada suara Zara melafazkan kata-kata keramat itu.
     “Aku tak dengarlah. And aku rasa orang lain pun tak dengar,” celah Dani.
     Zara memandang tajam ke arah Dani. “Aku dah cakap. Cukuplah,” bentak Zara.
     “Nampaknya ada orang yang dah mungkir janjilah,” jerit Dani. “One more time and kali ni kuat sikit ya. Kalau tak aku suruh kau ulang banyak kali sampai semua orang dengar suara kau.”
     Zara merengus geram. Dia menggenggam erat jari jemarinya menahan amarah.
     “I.. love.. you Dani..” Suara Zara tetap mendatar.
     “Kuat lagi,” desak Dani lagi.
     “I LOVE YOU DANI !!,” jerit Zara sekua hati. Satu keluhan dilepaskan. Lega. Rona wajahnya tetap merah menahan malu. Tak apalah sekurang-kurangnya aku dah lepas dengan challenge mr.buaya tak guna ni.
     Dani tersenyum puas. “Ini barulah cik naugthy kesayangan aku.” Dani bertepuk tangan tanda syabas ke atas keberanian Zara.
     Zara mengalihkan pandangannya dari renungan mata Dani. Kenapa aku yang terkena pulak ni, padahal aku yang nak kenakan dia tadi. Zara mengeluh berat mengenang nasibnya hari ini. Semuanya sudah mula bersurai dari tempat itu. Episod ini sudah habis.
     Hani, Dina dan Anez mendekati Zara.
     “Are you okey, Zara?,” tanya Hani.
     Zara mengangguk. “Aku okey. Jangan risau.” Zara mendekati Dani yang masih lagi tidak berganjak sedari tadi.
     “Masa ni masa kau, kejap lagi masa aku.” Zara tersengih apabila kata-kata itu dibisikkan ke telinga Dani.
     Dani pelik. Dia tidak dapat menangkap kata-kata Zara yang ditujukan kepadanya itu. Dia buat tidak tahu saja. Tanpa menjawab ugutan Zara, Dani melangkah menuju ke tempat perkumpulannya itu. Dia mencapai botol yang berisikan air miliknya itu. Botol air dibuka.
     Dari jauh 4S sudah berkira-kira. Tidak sampai beberapa minit, kedengaran jeritan dari tempat perkumpulan Dani itu. Zara dan yang lain sudah ketawa terbahak-bahak. Perut ditahan kerana gelak yang melampau.
     Dani memandang ke arah 4S. Ditenungnya botol yang dipegang. Masin betul air ni. Ni mesti kerja budak 4 orang tu. Memang tak ada orang lain dah. Dani geram
     “Macam mana perisa air laut tu?” Dari jauh Zara menjerit.
     Dani mencampak botol air yang dipegangnya itu. Geram. Bengang. Gembira juga ada. Geram plus bengang kerana Zara mengenakannya. Gembira pula kerana dapat mengenakan Zara.
     Zara dan yang lainnya sudah melangkah keluar dari kawasan tempat permainan itu. Zara perlu kembali ke rumah seperti pesan ibunya tadi. Sudah tidak diendahnkannya apa yang berlaku tadi dan dia juga tak ingin mengingati perkara tadi lagi. Buat malu muka aku aje dia ni. Memang dia nak perang dengan aku ni. Siaplah kau lain kali. Banyak lagi hadiah yang aku dah sediakan untuk kau. Just wait and see. Zara tersengih dalam hati. Kemenangan bakal berpihak pada aku. Zara tersenyum senang. 

Dah baca jangan lupa komen yerr... heheh.. support me.. tq..


THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

3 comments:

Adilla Shahirah said...

nAK LAGII :D

Anonymous said...

wah2,syoknya akak,jahat gila dani tu. time bca sya pulak yg rsa malu. hakhakhak. keep it up akak. CHAIYOK2

Unknown said...

wah..pandai mengarang citer
follow sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...