Janji Kahwin Kita [ Part 2 ]

,7/10/2013 08:52:00 AM | 8 Comment


PART 2  

 
 “KAK Ary,” tegurku apabila kak Ary leka membaca novel Sebenarnya Saya Isteri Dia. Hasil karya Zura Asyfar, seorang penulis yang namanya semakin melonjak di dunia penulisan.
     Bukan ke novel Sebenarnya Saya Isteri Dia dah di adaptasi ke drama? Disebabkan tak sabar untuk mengetahui ending story, kak Ary cuba mem’bedal’ novelnya pula.Kak Ary ni memang obses plus excited. Dahsyat kak Ary ni. Aku hanya menggeleng kepala.
     “Ya, nak apa Syira?” soalnya kepadaku. Matanya masih lagi melekat pada helaian mukasurat.
     “Lapar,” kataku sambil memegang perut. “Kak Ary tolong masakkan, boleh?”
     “Laa.. Syira kan pandai masak.”
     “Mana pandainya kak oii.. Setakat maggi tu pandai lah.”
     “Ha, masak maggi ajelah.”
     Aku mencebik. “Apalah kak Ary ni, berapa kali nak telan maggi? Boringlah.”
     “Okey lah. Jom akak masakkan omurice.”
     “Omurice?” Aku pelik. Makanan jenis apa tu? Tak pernah dengar lah pulak.
     “Omurice a.k.a nasi goreng pataya.”
     Owhh.. Aku hanya mengangguk.
     Kak Ary bangun dari sofa lalu meletakkan novel yang dibacanya itu di atas meja. Aku dan kak Ary mula melangkah memasuki ruangan dapur. Bahan-bahan sudah dikeluarkan oleh kak Ary. Aku hanya menjadi pemerhati.
    Tidak sampai setengah jam, omurice ciptaan kak Ary sudah siap terhidang di atas meja. Bau nasi goreng sudah menusuk ke dalam rongga hidung. Kami sudah mengambil tempat masing-masing. Aku mula menjamah omurice buatan kak Ary itu. Hmm, memang sama dengan nasi goreng pataya cuma omurice adalah panggilan untuk orang korea.
     “Ha, apa cerita dengan pelanggan cerewet tadi?” Kak Ary mula membuka cerita.
     Argh, bercerita tentang pelanggan senget tu buat aku tak selera makan pulak. “Kenapa dengan pelanggan senget tu?”
     “Ye lah. Apa yang dibualkan dekat luar cafe tadi. Akak tengok dia tu macam nak telan Syira aje. Macam singa kelaparan.”
     Seriau pula aku mendengar kata-kata kak Ary. “Ish, merepeklah kak Ary ni. Dia cuma ambil nombor plat skuter Syira.”
     “Hah?! Nak buat apa? Peliknya.” Kak Ary sudah mengangkat kening ala-ala Ziana Zain.
     “Kalau kak Ary dah pelik, Syira lagilah pelik. Ye lah. Dia kata Syira mesti bengang dengan dia sebab dia dah marah-marah Syira kat cafe tadi. Dia takut Syira buat apa-apa pada dia. Jadi dia ambil lah nombor plat skuter Syira. Senang nak buat report katanya.” Panjang lebar aku bercerita kepada kak Ary. Dah macam movie lah pulak.
     “Memang pelik mamat tu.” Nampaknya kak Ary memahami hati aku.
     Telefon bimbitku bergema lagu Jason Mraz. Tertera perkataan ‘my mummy’ di skrin telefon bimbit. Butang open ditekan.

Syira, balik rumah ye lusa nanti. Aiman datang Sabak lusa ni.

     Berkali-kali aku membaca mesej yang dihantar oleh ibu.  Aiman nak datang Sabak? Biar betul. Lebih 10 tahun dia tidak menyinggah ke Sabak tapi kenapa dia tiba-tiba nak datang pula kali ni? Aku mengusap-usap dada yang agak terkejut.
     “Kenapa?” Soalan yang meluncur keluar dari mulut kak Ary mengejutkan aku.
     “Tak ada apalah kak.”
     Tiba-tiba aku teringat kembali kenangan 10 tahun lalu. Selepas Aiman menyerahkan sekeping gambar kepadaku, dia dan keluarganya bertolak ke luar negara. Dari waktu itu, aku tidak pernah mendengar khabar darinya lagi.
     Bagaimana agaknya rupa dan keadaan Aiman sekarang? Makin hensem? Makin segak? Rupa 10 tahun yang lalu pun aku masih tak boleh lupa. Aku tergelak sendiri. Rindunya pada Aiman.
     “Dah angau ke senyum-senyum sendiri?”
     Aku menjeling kak Ary. Nak senyum seorang-seorang pun tak boleh. Hampeh lah kak Ary ni.
    “Okey lah, kak Ary. Syira dah habis melantak omurice buatan kak Ary ni. Syira nak tidur dah ni. Assalamualaikum.”
    Aku bangkit dari tempat duduk sambil membawa pinggan ke sinki. Air paip aku buka lalu aku terus membasuh pinggan dan meletakkan ke tempatnya semula. Aku tak boleh berlama-lama di dapur. Mulut kak Ary ni macam robot. Banyak yang nak ditanyanya nanti. Baik aku pergi sebelum diwawancara oleh kak Ary.
     Aku mula melangkah masuk ke bilik. Walau apapun yang terjadi, aku kena balik Sabak esok. Aku nekad.


*~*


AKU menolak pintu utama Cafe Moon. Jam menunjukkan 7.15 pagi. Aku tercari-cari kelibat kak Syima. Biasanya kak Syima sudah terpacak di dapur cafe. Al maklumlah, kak Syima kan owner cafe ni.
     Aku menapak ke dapur. Kedengaran suara Afie dan Ziqa. Dia orang ni memang riuh tak bertempat. Letak kat kubur pun bising jugak. Aku menggeleng. Tiba-tiba mataku tertangkap ke arah kak Syima yang sedang leka mengira stok kopi yang tinggal.
     “Assalamualaikum, kak Syima,” tegurku ramah. Mestilah kena ramah. Nak minta cuti ni.
     Kak Syima menoleh. “Wa’alaikumsalam. Ha, awal datang cafe hari ni. Ada apa-apa ke?”
     Aku tersengih. “Hmm, Syira ada something nak bincang dengan kak Syima ni. Important.
     “Apa dia?”
    Aku mendekati kak Syima. “Sebenarnya, Syira nak minta cuti 3 hari.”
    Kak Syima memberhentikan kerjanya lalu memandang tepat ke arahku. Cepat-cepat aku beristighfar banyak-banyak.
     “Nak buat apa?”
     “Ada sesuatu yang Syira kena selesaikan kat kampung tu,” kataku meminta belas kasihan. Aku kena jumpa Aiman.
     “Mak Ngah dah jumpa calon suami untuk Syira ke?”
     Aku tersentak. “Apalah akak ni. Tak payah nak korek-korek rahsia. Dah lah, bagi cuti tak ni?”
    “Okey. 3 hari aje tau. Ramai customer ni.” Kak Syima memberi kata putus.
    “Okey,” kataku sambil tersenyum bak mawar merah.


*~*


SUASANA di Terminal Makmur memang penuh dengan manusia yang turun naik dari bas. Bermacam-macam ragam manusia yang dapat aku lihat di sini. Aku sudah terpacak di depan kaunter tiket. Al maklumlah, pulang ke kampung secara mengejut. Sebab tu beli tiket juga secara mengejut.
     Punya excited aku menunggu berjam-jam untuk mendapatkan tiket ke Kambung Baru Sabak Bernam. Tetapi, betapa kecewanya hati aku bila mendengar kata-kata dari penjual tiket.
     “Maaf, dik. Tiket untuk hari ni dah habis. Tiket untuk tiga hari lagi ke Sabak Bernam adalah.”
     Aku bengang. Berkerut-kerut dahiku menahan bengkak di hati ni. Dah berjam-jam aku tercongok di depan kaunter sambil menunggu giliran, boleh pula dia kata tiket dah habis dijual. Aku menjerit dalam hati. Kalau aku menjerit betul-betul, nanti disangkanya aku gila pulak. Tanpa banyak bicara, akhirnya aku membeli tiket tiga hari lagi ke Kampung Baru itu.
     Melepas aku nak berjumpa dengan si dia yang 10 tahun tidak aku temui mahupun mendengar khabar beritanya. Aku mengeluh berat. Aku duduk di kerusi sambil menenangkan hati yang sedikit kecewa dengan pak cik kaunter tiket.
     Tiba-tiba telefon bimbitku menyanyikan lagu Jason Mraz. Tertera perkataan ‘my mummy’ di skrin telefon. Punat hijau kutekan lemah.
     “Assalamualaikum,” ujarku lemah. Macam orang tak makan seminggu pun ada gayanya.
     “Wa’alaikumsalam. Ha, Syira. Dah naik bas ke belum tu?”
     Aku mengeluh sebaik sahaja soalan ibu menyentuh gegendang telingaku. “Hmm, tiket dah habislah ibu.”
     “Eh, macam mana boleh habis pulak? Takkan Syira tak beli tiket awal-awal lagi.” Kedengaran kuat suara ibu dari corong telefon.
     Sebak pula aku mendengar kata-kata ibu. “Ibu suruh Syira balik last minute. Sebab tu tiket habis.”
     “Tak apalah. Bukan rezeki kamu agaknya untuk balik Kampung Baru.” Ibu cuba memujukku dari terus rasa kecewa.
     Aku mahu bertanya tentang Aiman pada ibu tapi.. malu lah pula. “Ermm.. ibu. Aiman masih ada di Kampung Baru ke?” Terkeluar juga soalan yang bermain di kepalaku ini.
     “Aiman? Owh.. Dia dah balik  ke Kuantan dua hari lepas.”
     Aku ternganga. Ha? Dia dah balik? Ke Kuantan pulak tu. “Habis tu, buat apa ibu suruh Syira balik kalau dia pun dah pergi dari Kampung Baru tu.” Ha, ini satu lagi perkara yang mengecewakan aku.
     “Ibu ingat dia masih di Kampung Baru. Rupa-rupanya orang kampung kata dia dah pergi dua hari lepas ke Kuantan.”
     “Owh..” Aku mengangguk faham.
     “Bukan ke kamu kerja di Kuantan. Jumpalah dia.” Kata-kata ibu membuatkan aku sedikit terkejut.
     “Kuantan ni besar lah, bu. Bukan senang nak cari orang dah lama tak jumpa kita. Dah lah 10 tahun tak jumpa Aiman. Rupa dia pun Syira tak tahu.”
     “Ikut kamulah. Yang ibu pasti, dia semakin handsome sekarang.”
     Aku tersengih. “Ya lah tu ibu.”

     Perbualan antara aku dan ibu berakhir sebaik saja teksi yang aku tunggu-tunggu itu tiba. Aku tidak jadi mengambil cuti memandangkan tiga hari lagi aku ke Sabak Bernam. Tidak sampai setengah jam aku sudah tiba di depan Cafe Moon.

~*~*~*~**~*~*~***~*~*~*~**~*~*
Mintak komen sikit...

THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

8 comments:

Anonymous said...

salam.... wah... sya dah excited dah ni nk bca smbungan dia.. rsa mcm aiman tu mesti custumer senget.. hihi... teka ja...

Afifah Yusof said...

afie, best-best. Macam agak aje siapa Aiman tu kan? hehe...

Zakiah Halim said...

wahhh... semakin best nie... akak rasa blh agak mesti guy yg senget kat cafe tu aiman... ;)

Unknown said...

best..

Azza Afdzal said...

mesti si aiman tu lelaki dlm cafe tu kan??? hihi

Unknown said...

Aiman la mamat cerewet 2.yes I know.haha.

Unknown said...

Seronok bca syira ni.agaknya aiman tu yg mrh psl air kopi tu

Anonymous said...

best... next n3 pls.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...