~ Mr.Buaya VS Cik Naughty 4 ~

,12/04/2012 08:14:00 AM | 12 Comment

Bab 4
“KORANG dah standby?,” soal Zara kepada 4S.
     Semuanya mengangguk.
     “Okey. Aku dah check. Line clear aje tempat ni.” Kali ini Dina pula bersuara. Matanya terhendap-hendap. Takut ada orang pula yang datang. Tak apa. Line clear ni.
     “Okey. Sorang satu tayar. Ambillah mana-mana tayar yang korang suka. Cabut and bawa lari. Lari tu cover-cover sikit. Jangan sampai kantoi dengan pelajar.” Zara memberi arahan.
     Semuanya mengangguk lagi.
     Masing-masing mengambil tempat. Satu-satu tayar kereta Cikgu Yusri dicabut mereka. Dengan riak muka kejam, Zara mencabut tayar kereta Cikgu Yusri. Ha ha ha.. Memang tak bernasib baiklah Cikgu Yusri ni. Tu lahh.. Siapa suruh ‘baik’ sangat. Kan dah kena.
     “Aku dah siap.” Dina bersuara perlahan. Bola matanya melilau memastikan keadaan semasa.
     “Aku pun.” Hani dan Anez berkata serentak.
     Zara menoleh. Aikk?? Semua buat muka evil. Suka sangatlah tu buat kerja jahat. Hampir mahu tergelak Zara melihat riak muka 4S.
     “Okey. Korang bawa tayar-tayar tu kat stor belakang. Anez stay dengan aku. Jaga line. Tak pasal-pasal, korang selamat aku pulak yang kantoi.”
     Anez tersentak. “Aku?” Jari telunjuk dihalakan ke wajahnya.
     Zara mengangguk. “Yalah. Habis tu siapa lagi..”
     Anez mencebik.
     “Okeylah Anez sayang. Lagi sikit aku nak siap. Nanti aku atur date kau dengan abang aku. Okey?”
     Laju Anez mengangguk.
     Zara menjeling. Kalau sebut pasal abang aku, sanggup meredah lautan api. Kalau aku bagi lautan berdiri pun dia sangsup. Pigidahh.. Zara menggeleng kepala. Anez tersenyum sumbing. Dina dan Hani sudah berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.
     “Sejak bila korang buat benda macam ni?”
     Zara dan Anez tersentak. Hampir gugur jantung mereka berdua mendengar suara itu. Cikgu Yusri?!! Zara berpaling teragak-agak. Begitu juga dengan Anez.
     Terbeliak mata Zara memandang si pemilik suara. Huhh.. Nasib baik bukan Cikgu Yusri. Dia mengurut-urut lembut dadanya.
     “Woiii.. Kau buat apa kat sini? Bukannya sekarang ada kelas ke? Kenapa keluar kelas?” Eh.. Aku pulak yang marah dia. Sepatutnya dia yang marah aku. Argghhh... Lantaklah. Dah lah lelaki sesat.
     “Aku ke kau yang keluar kelas ni?” tanya si pemilik suara.
     Ishh.. Mamat ni. Ehh.. Waittt.. Mamat ni familiar lah. Macam aku pernah tengok. Bukan ke dia lelaki yang dok kelip-kelip mata kat aku tu? Ha’ah lah.. Memang dia.
     “Suka hati akulah. Not your problem.”
     Anez hanya menjadi penonton. Ada juga debaran di hatinya. Berdebar sebab kantoilah. Apalagikan? He he he..
     “Hmm.. Yang kau pergi cabut tayar Cikgu Yusri tu kenapa?”
     Zara terpinga-pinga. Takut? Oh noo.. Terkejut? Tak adalah. So?.. Entahlah.. Zara tidak menjawab. Dia mengambil langkah untuk berdiam diri. Aku tak kalah lagi cuma takut tersilap kata semuanya jadi bocor.
     “Kau ni siapa? Aku tak pernah nampak kau pun sebelum ni.” Sengaja Zara hendak mengalihkan perhatian. Dia memberi isyarat kepada Anez agar tayar yang dicabutnya itu dibawa ke stor belakang sekolah. Dah kantoi masih lagi nak teruskan plan. Entah apa-apalah aku ni.
     “La, kau tak kenal aku?” Mamat tadi mengangkat kening sebelah kirinya.
     Zara menggeleng. “Tak penting kut.”
     “Haihh.. Aku yang famous ni pun kau tak kenal. Ish.. ish..” Pelajar lelaki itu menggeleng. “Nama aku...”
     “Zara!!” Mata Zara dan pelajar lelaki itu tertumpu ke arah pemanggil itu.
     4S pergi mendekati Zara.
     “Jomlah pergi. Kalau lama-lama kat sini boleh kantoi,” ujar Dina sambil menarik tangan Zara.
     Zara mengangguk kemudian badannya dipalingkan ke arah pelajar lelaki itu.
     “Just keep your mouth,” kata Zara sambil jari telunjuknya diletakkan ke bibir.
     Pelajar lelaki itu tidak berkelip memandang Zara. Senangnya bagi arahan. Dia ingat aku ni apa? Pelajar lelaki itu merengus geram melihat 4S berlalu pergi. Matanya beralih kepada kereta milik Cikgu Yusri.
     “Teruknya perangai.. Baik aku pergi sebelum kena tuduh.” Cepat-cepat dia pergi dari tempat parking guru itu. Takut dia pula yang dituduh. Apa punya minahlah dia tu. Pelik..
**************
SATU sekolah menjadi gempar dengan kejadian yang menimpa Cikgu Yusri. 4S yang sedang berada di meja makan juga tergelak besar apabila teringatkan ‘usaha’ mereka untuk mengenakan Cikgu Yusri.
     “Aku tak tahan betul tengok muka Cikgu Yusri tu. Terkulat-kulat aje,” ujar Hani bersisakan tawanya.
     4S mengangguk. “Aku pun sama. Ha ha ha..,” celah Dina pula.
     “Tapikan Zara.. Kan ke kita dah terkantoi dengan mamat handsome tadi?,” soal Anez.
     Zara menjeling. Air tin yang dipegangnya, diteguk beberapa kali. “Kau jangan risaulah. Aku tau nak handle macam mana. Aku 100% yakin yang dia takkan bagitau Cikgu Yusri.”
     “Apa yang buat kau yakin sangat?” celah Hani.
     Zara menepuk-nepuk dadanya. “Naluri yang kata.”
     “Cehh.. Naluri konon. Pigidahh..”
     Zara tersengih. Masing-masing menikmati makanan di depan mata. Hati dah senang. Adalah selera makan. Zara tergelak dalam hati.
*************
DANI memerhati anak-anak gadis yang leka menikmati makanan. Haikal yang ada di sisinya, disiku. Haikal tergamam. Apa ke bendalah budak ni. Aku tengah sedap-sedap makan ni. Ada ke patut disikunya aku ni. Haikal menggeleng.
     “Kau ni tak nampak ke aku tengah makan sedap-sedap ni?” soal Haikal bengang dengan tindakan Dani.
     Dani menggeleng. “Tak.”
     Cisss.. Selambanya dia ni. Haikal merengus geram. “Dah tu kau nak apa siku-siku aku ni?”
     “Aku nak tanya pasal tu.” Jari telunjuknya ditujukan ke arah 4S.
     Haikal mengalihkan pandangan ke arah tempat yang dimaksudkan Dani. “Ohh.. Diorang tu.”
     “Kau kenal diorang?”
     Haikal mengangguk. “Siapa yang tak kenal budak-budak 4S tu. Populariti diorang tinggi kat sini. Lagi-lagi dengan budak skaters kat luar. Boleh kata diorang ni gadis serba boleh. Hebat.”
     “Serba boleh?” soal Dani pelik.
     “Ya. Serba boleh. Diorang atlit sekolah kita,” ujar Haikal. “Tapi diorang ni naughty sikit.”
     Dani terus menghala pandangannya ke arah 4S yang sedikit berjauhan dari mejanya. “Sikit apabendanya. Kalau dah sampai cabut tayar Cikgu Yusri tu maknanya naughty banyak.”
     Hampir tersembur air yang diteguk Haikal. “Haaa?!! Diorang ke cab...” Belum sempat Haikal menghabiskan kata-katanya, Dani pantas menekup mulut Haikal.
     “Ishh.. Kau ni, diam sikit boleh tak? Jangan lah bising-bising,” marah Dani. Perlahan-lahan Haikal dilepasnya.
     “Maksud kau diorang ke yang ambil tayar kereta Cikgu Yusri?” Haikal terus bertanya dengan suara yang agak perlahan.
     Dani mengangguk. “Tadi aku yang tegur diorang masa diorang dok cabut tayar Cikgu Yusri tu.”
     “Dah tu kau nak bagitau Cikgu Yusri?”
     Dani menggeleng. “Malas nak campur hal diorang.”
     “Haa.. Baguslah kalau macam tu.”
     “Bagus?”
     “Yelah.. Baguslah kau tak campur hal diorang. Kalau tak, dengan kau-kau pun kena sekali.” Haikal memperingatkan.
     Dani memandang Haikal. Pelik. Kena?
     “Maksud kau?”
     “Susah sikit nak berurusan dengan diorang ni.”
     “Okey.. So kau kenal tak budak perempuan yang duduk hujung tu?” Dani menunjuk ke arah gadis yang duduk di hujung meja.
     “Nama dia Zara. Qisnie Vizara. Dialah big boss dalam 4S. Takkan kau tangkap cintan dengan dia kut?” Haikal mengagak-agak.
     “Arghh.. Mengarutlah kau ni. Asal aku tanya aje, semua tangkap cintun kau tu.”
     Haikal tersengih. “Kalau kau nak kat dia pun apa salahnya kan? Cuma dia ni susah didekati. Peminat dia ramai. Sampai pelajar perempuan pun ada yang minat dia.”
     “Baguslah tu. Suci hati dari mana-mana cinta.” Dani tersengih.
     “Aku bukannya apa. Cuma aku rasa dia ni tak normal agaknya,” kata Haikal sedikit berbisik.
     “Ishh kau ni. Mengarut lah. Aku tengok dia normal aje.” Dani menyangkal kata-kata Haikal.
     “Ha, kalau kau nak tau kebenaran gosip yang aku dengar ni. Kau try la tackle dia. Mana tau sangkut. Kalau sangkut, kau jugaklah yang untung sebab dia ni bukan sembarang perempuan. Dia ni unik. Dia tak macam perempuan lain.”
     “Owh... Kiranya kau nak suruh aku buktikanlah? Buktikan gosip yang kau bawa ni tak betul?”
     Haikal mengangguk.
     “Okey. Kalau macam tu, aku cuba. Teringin pulak nak ganggu budak perempuan macam dia ni. So funny.”
     Dani bangun dari tempat duduknya. Kakinya melangkah mendekati meja 4S. Dia terus mengambil tempat berhadapan Zara. Zara yang leka berbual terkejut dengan kehadiran Dani yang kelihatan tiba-tiba itu. Begitu juga dengan ahli 4S yang lain. Mereka juga turut terkejut.
     “Haii.. Boleh duduk?” tanya Dani mesra.
     Semuanya mengangguk melainkan Zara. Kau ingat aku sudi ke nak bagi kau mengadap muka aku yang cantik ni? Luntur semua kecantikan yang aku ada nanti. Zara mengeluh kasar.
     “Thanks. Saya Dani. Dani Idlan. Pelajar baru kat sekolah ni. Boleh berkenalan?” Dani memulakan bicara.
     “Saya Hani. Yang sebelah saya ni Dina. Yang tu Anez. And yang hujung tu Zara.” Hani cuba untuk bermesra. Kekok sebenarnya. Jarang-jarang ada lelaki yang menghampiri mereka seperti Dani.
     “Owh... Yang hujung tu dah cukup femes. Saya dah dengar pasal dia. Unik orangnya.” Sengaja Dani menguatkan suaranya untuk memancing reaksi Zara yang selamba itu.
     Zara menjeling ke arah Dani apabila mendengarkan kata-kata itu.
     “Dia ni memang macam ni,” Anez pula yang menjawab.


     Dani mengangguk tanda faham. “Hai orang depan saya ni. Saya nak kenal dengan awak. Boleh tak?”
     Zara mengeluh kasar. Malas aku nak melayan mamat tak cukup sifat ni. “Kau tak payah nak dekat-dekat dengan aku lah,” marah Zara.
     “Siapa yang nak dekat dengan kau? Aku cuma nak berkenalan aje. Nak kenal pelajar-pelajar kat sini.”
     Zara bengang. Mamat ni memang nak kena dengan aku rupanya. Siap kau nanti. Dani tersenyum sumbing kerana kata-katanya tidak dibalas Zara. Tanda menanglah katakan. Perempuan macam ni mana boleh bagi chance. Nanti naik lemak. Dani ketawa dalam hati.
     4S masih sembang sambil bergelak ketawa bersama pelajar yang baru mereka kenali itu. Zara? Jangan harap. Baginya Dani sengaja bermesra. Ada maksudlah tu. Lelaki... Bukan aku tak tau. Hampehhh.. Zara hanya berdiam diri tanpa tutur bicara.
     Kringggg... Sebaik sahaja loceng sekolah berbunyi, Zara terus bangun tanpa bicara. Dani dan yang lainnya hanya memandang pelik dengan kelakuan Zara. Dani tersengih memandang Zara. Tidak lama kemudian, mereka pula yang melangkah untuk beredar dari kantin itu.


``````````````````````````````
Haaa.. Maap la korang lambat update..
So macam mane ngan entry ni?
Okey tak? Heheheh.. Ni idea giler2 aje taw.. Heheheh.. Komen tau.. Jangan bace aje...




THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

12 comments:

Ruunna Qizbal said...

haha... smbng lgi

Farra DeLee said...

Boleh tahan jugak 4S nie...lebih-lebih si Zara...kesian cikgu yusri..haha , Dani ni mmg cari maut...hahaha!

Afie Qaisarah said...

Tq sudi bace... Heheh Farra.. Zara tu sifat dye lain cket.. hahhaha... Ruunna kalau ada masa nanti Afie sambung key.. heheh tq la sudi bace... tqvm

Farra DeLee said...

@Afie Qaisarah
sambung lagi tau kak!

Rynieta Aini said...

4s mmg nakal... Mesti bdak2 4s nie cun2 kan... Xsbar nk tahu mcm mne lah Zara ngan Dani nie...

Rynieta Aini said...

4S nie mmg nakal ek... Mesti bdak2 4S nie cun2... Xsbr nk thu kisah Zara ngan Dani nie... Dh lr duduk brjiran plak tuu... Alahaiii mesti sweet nyer bdak dowg tuu... K best... Luv it.

qaseh zarynna said...

sis...best gak entry neyh..
t sis smbung tag nme sy k..
hehehe..x saba nk bce yg slebihnye..

Asmar Arafad said...

dtg bw dan follow sini, jom ke teratak hamba

Anonymous said...

lawaknya. naughty betul 4S ni. tapi sikitnya part ni. tak puas baca ni :)

Anonymous said...

kak fie!!!!!
wahahahhaa....
trase impressed thp gaban....
hahahahaa...
awesome la cite ni...
can't wait fot next n3!!!
kak fie,hwaiting!!!!

sha purplegirl said...

bez gile citew nieh..tp nape pendek lak??cpat update bab 5 tau..x sabar..nk tgk zara cair x ngan dani tu

MiKi MoUsE said...

ohman,syoknya,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...