PAGI-pagi
lagi Zara sudah terpacak di depan pintu pagar sekolah. Mana si Dina ni?
Berkerut-kerut dahi Zara melihat jam di tangannya. Tepat pukul 7.15 pagi.
Bayang rakan-rakannya yang lain juga tidak kelihatan.
Seorang demi seorang melintasinya untuk
masuk ke sekolah. Mata Zara tertangkap apabila seorang lelaki mengenyitkan
sebelah matanya ke arah Zara kemudian berlalu pergi. Gila ke mamat ni? Sakit
mata agaknya mamat tu. Malas hendak memikirkan perkara yang tak sepatutnya
difikir.
Setelah lama menunggu, Zara memasuki
kawasan sekolah tanpa menunggu lagi. Penatlah kalau aku tunggu lama-lama.
Buatnya tercabut kaki aku ni macam mana. Yang diorang pun satu. Lambat sangat.
Zara mengeluh. Langkah kakinya diteruskan.
TERCUNGAP-cungap
Dina menghampiri Zara. Kesesakan lalu lintas membuatkannya lewat ke sekolah.
Ditambah lagi dengan pemandunya yang memegang prinsip ‘biar lambat asal
selamat’. Kalau macam tu, baik tak payah jadi pemandu. Prinsip yang tak kena
dengan tempat. Dina bengang.
“Zara.. Zara.. Sorry i’m late.” tercungap-cungap Dina menutur kata mengambil
nafas.
Zara menjeling. “Kau tak cakap pun, aku
tau kau lambat.” Selamba.
Dina tersenyum kambing. Faham benar dengan
perangai Zara. Marah-marah pun sejuk juga di penghujungnya. He he he..
“Kenapa senyum-senyum? Aku tengah marah
ni.” Zara membuat muka garang. Bengang pulak aku dengan si Dina ni. Aku tengah
marah, boleh pulak dia senyum-senyum kambing kat sini. Kurang asam punya kawan.
Zara menrengus.
“Ala Zara. Be sporting la. Okey.. Disebabkan aku buat kau tertunggu-tunggu,
aku belanja kau shopping.” Agak kuat
suara Dina menyebut perkataan ‘shopping’
itu.
Bersinar-sinar mata Zara mendengar
pelawaan Dina. Dah tak kira dengan keadaan sekeliling. Tumpuannya kembali
kepada pelawaan Dina.
“Ha. Kalau macam tu aku terima dan
kesalahan kau aku maafkan.” Kata Zara. Dah macam hakim yang ingin menghukum
pesalah pula gayanya.
“Apa ni hakim? Dah kena sogok baru nak
dimaafkan?” Dina bercekak pinggang. “Kalau macam ni lah gayanya, tak amanlah
negara yang berhakimkan Qisnie Vizara.”
Zara tergelak besar. Mana taknya, aku
sendiri tak terfikir nak jadi hakim. Memandai
aje Dina ni buat kesimpulan.
“Dah.. Dah.. Tak payah nak membebel kat
sini. Jom masuk kelas.”
Tangan Dina ditariknya menuju ke kelas.
Kerusi sudah penuh dengan penghuninya masing-masing. Zara juga mengambil
tempat.
Kedatangan Cikgu Rafidah memeranjatkan
sebahagian pelajar. Cikgu Rafidah juga salah satu dari guru-guru yang garang
perwatakannya. Semua pelajar sudah berdiri tegak menghormati guru yang suku
abad itu.
“Zara!!”
Kedengaran keras suara Cikgu Rafidah
memanggil nama Zara. Zara terkaku. Apalagi yang tak kena ni? Hatinya
memberontak.
“Ya cikgu..” panggilan itu dibalas
perlahan.
“Sekarang ni kita nak belajar ke nak
menari hip hop?” soal Cikgu Rafidah
bernadakan sindiran.
Zara pelik. “Menari cikgu.” Kata Zara
tetapi hanya di dalam hati. Mana berani nak melawan cikgu garang sekolah ni.
Cari mati namanya.
“Nak belajar cikgu.” Zara mencebik dalam
diam. Ni yang badmood ni kalau
pagi-pagi dah kena macam ni. Lagi-lagi dengan Cikgu Rafidah.
“Ha.. Kalau nak belajar, buat apa pakai cap kat sekolah. Kalau nak hip hop pun balik rumah dulu. Hip hop lah sepuasnya.” Pedas kata-kata
Cikgu Rafidah.
Semua mata sudah tertumpu ke arah Zara.
Dina sudah terkekek-kekek menahan tawa.
Zara meraba kepalanya. Oh no.. Aku lupa nak tanggalkan sebelum
masuk tadi. Memang patutlah aku kena bebel pagi-pagi ni. Mata Zara memandang
Dina. Dia ni pun satu. Bukannya nak ingatkan aku. Ni mesti kes nak kenakan aku
ni. Aishh..
Zara menanggalkan cap dari kepalanya. Senyum kambing dilemparkan buat mata-mata yang
memandang.
“Dah.. Kamu semua tak perlu
pandang-pandang Zara tu. Semua boleh duduk dan keluarkan buku.” Arahan Cikgu
Rafidah membuatkan semua tersentap. Masing-masing duduk dan mengeluarkan buku
yang diminta.
ZARA
melangkah menuju ke arah kantin sambil dibuntuti ahli 4S yang lain. Zara
memilih salah satu meja di kantin itu dan terus di tempatinya. Terlihat
masing-masing sibuk dengan gosip sendiri. Masing-masing sibuk dengan perihal
sendiri. Gosip apalagi yang diorang dok sembang ni? Buat tambah dosa aja. Zara
menggeleng. Tidak faham dengan kerenah orang sebegitu.
Makanan di hadapannya dipandang. Kemudian
bola matanya dikalih ke arah penghuni sebelah meja. Nieya?
“Zara.. Kau tengok apa tu?” Anez menegur
menghilangkan tumpuan Zara terhadap ‘penghuni’ sebelah meja makannya itu.
“Ha?” Zara tersentak.
“Ha’ah Zara. Kau tengok apa dari tadi?”
kali ini Hani pula mencelah memeriahkan perbualan. Mulutnya masih berkunyah.
Tak senonoh lah minah sorang ni!
“Makanan jangan ditenung aje. Tambahkan
berat badan kau tu. Kesian aku tengok makanan kau. Tak pasal-pasal jadi mangsa
lalat.” Ujar Dina. Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk berbual.
“Apa yang korang merepek ni? Aku pandang
‘jiran sebelah’ ni sebab kesian dengan dia.” Akhirnya keluar suara Zara.
“Kesian? Kenapa? Apa yang perlu di
kesiankan? Aku tak nampak apa-apa pun yang patut di kesiankan.” Bertubi-tubi
soalan yang keluar dari mulut Hani.
Zara menjeling rakannya itu. Apalah dia
ni. Itu pun tak dapat tangkap. Macam mana lah dia ni dapat masuk sama kelas
dengan aku yang genius ni. Zara
bangga sendiri. Masuk bakul angkat sendiri. Zara tergelak kecil.
“Kesianlah kat dia. Buat dosa sepanjang
masa. Bertudung litup pun boleh lagi nak bermanja dengan yang bukan muhrim.
Kalau ya pun nak berpegang-pegang, janganlah depan umum. Tak bermoral bak kata
Cikgu Yusri.” Zara membebel. Aku yang jahil ni pun tau hukum hakam islam.
Dina, Hani dan Anez saling berpandangan
sebelum tawa mereka terhambur keluar.
Zara memandang rakan-rakannya. “Kenapa?”
dahinya berkerut. Pelik.
“Gaya kau dah macam Ustazah Batrisyah lah.
Sama sangat. Dengan rentak suara, gaya lagi. Memang samalah.” Dina ketawa besar
dengan tutur bicaranya.
“Bukan ustazah tapi pendakwah bebas.” Hani
pula mencelah.
Zara mencebik. Geram.
“Haa.. Hani. Jom ikut aku buat drama.”
Zara mengelip matanya ke arah Hani.
Hani mengangguk tanda faham. Dia nak pedajal si Nieya la tu. Faham sangat
dengan perangai dia ni. Hani hanya akur.
“Drama?” Dina dan Anez saling
berpandangan.
“Yes..
Drama. Just wait and see.” Zara tersenyum sinis. Senyuman jahat kerana dia
mendapat satu akal untuk mengenakan ‘jirannya’ itu.
Zara mencapai makanan yang tidak
disentuhnya tadi. Dia mendekati ‘jirannya’ itu. Hani mengikuti Zara dari
belakang. Dia hanya mengikut langkah kaki Zara.
“ARGHHH….!!” Terdengar jeritan Nieya memenuhi
ruangan kantin itu.
Semua mata tertumpu ke arah Nieya.
Membuntang mata Nieya melihat baju seragam putih miliknya kini dipenuhi dengan
tumpahan makanan. Habis baju aku!! Getus hati Nieya marah.
“Woi kau ni buta ke?” bentak Nieya keras
memandang tajam ke arah Zara. “Kau tak habis-habis nak cari problem dengan aku.
Tak puas hidup ke?”
Mata yang tertumpu tidak dihiraukan Nieya.
Semua pelajar buat tidak kisah. Sudah biasa dengan situasi yang sedang berlaku
seperti sekarang ini.
4S. Siapa yang tidak kenal dengan ahli
kumpulan ini. Semuanya sudah sedia maklum. Kadang-kadang kenakalan mereka juga
menjadi isu utama di mesyuarat antara guru-guru cuma 4S ini bernasib baik
kerana mereka adalah atlit kebanggaan sekolah. Kalau tidak, mungkin 4S sudah
tergendala di sekolah-sekolah lain.
“Opss..
Sorry. Kaki aku tersandung dekat meja kau tadi. Jangan salahkan aku. Kau
kenalah salahkan meja.” Zara bermain kata. Padan muka. Selamba. Hani juga sudah
menahan gelak tawa mendengar nada suara Zara.
“Sedap mandi kuah mee sup?” Perli Hani
tergelak kecil.
Owh.. pedas sungguh kata-kata Hani. Nieya
bengang. Hilang semua martabatnya pada pandangan pelajar lain.
“Korang ni memang cari mati kan?” bidas
Nieya. “Kau ni betul-betul menyusahkan hidup aku tau.”
Zara dan Hani saling berpandangan. Tawanya
masih belum habis lagi.
“Sayang.. Enough. Jom pergi. Jangan layan sangat dengan budak yang tak cukup
umur ni. Diorang baru nak membesar.” Lelaki yang sedari tadi berada
bersebelahan Nieya mula bersuara.
Terbeliak mata Zara mendengar tutur kata
lelaki itu. What’s? Apa yang dia
cakap? Tak cukup umur? Sedap-sedap dia aje nak kata aku baru nak membesar. Baru
tua setahun daripada aku pun dah nak tunjuk lagak. Apa dia ingat dia tu besar
sangat ke? Huh.. Boleh blah la… Zara
menjeling.
Nieya mengangguk perlahan mendengar
pujukan mamat a.k.a boyfriend
sementaranya itu.
“Okey.” Nieya membalas lembut ajakan teman
lelakinya itu. Malas dia hendak melayan perempuan seperti Zara ini. Nak buat
apa? Buang masa aje. Baik aku pergi tukar baju daripada duduk ter’congok’ kat depan budak tak guna ni.
Boleh terkena darah tinggi kalau berbetah dengan minat trouble ni.
Zara buat muka selamba. Hani juga. Rasa
bersalah? Oh no.. Tidak sekali-kali.
Aku tak rasa bersalah pun buat kerja ni. Padan muka dia. Siapa suruh buat freeshow kat tempat awam macam ni. Dia
ingat tak ada orang nampak ke? Zara mengutuk dalam hati.
Kakinya kembali melangkah ke meja makan
milik 4S. Kelihatan Dina dan Anez sudah menahan perut dari terus ketawa.
Makanan di hadapan mereka sudah tidak lalu di jamah lagi dek perbuatan Zara
itu.
“Dah lama aku nak pekenakan si Nieya tu. Tak sangka aku, kau dulu yang pekenakan dia. Memang superb la Zara.” Puji Dina terlebih
dahulu. Ketawanya masih bersisa.
“Aku memang superb. Aku mengaku.”
Zara tersengih tanda menang. Yang lain
juga turut tersengih sama. Meraih perbuatan yang konon-kononnya dimenangi oleh
Zara. Semua mata sudah tertumpu kepada diri masing-masing. Agendanya sudah
habis. Tidak ada yang perlu ditatap lagi.
DARI
jauh sepasang mata menatap raut wajah Zara.
“Qisnie Vizara..” perlahan nama itu
dilontarkan. Si pengintip hanya tersenyum nipis seperti ada adegan yang bakal
berlaku tidak lama lagi.
Lama berdiri di situ, si pengintip
mengorak langkah pergi dari tempat pengintipan itu. Tidak boleh berlama-lama.
Takut pengintipannya dihidu oleh Qisnie Vizara. Cepat kakinya menapak
meninggalkan kantin sekolah itu.
```````````````````````````
Jangan lupa komen sekali tau.. Nak tau juga pendapat korang ni.. Tq sudi baca okey..
8 comments:
whatttttt ??????
perghhhhh Nieya ae ??? tade name lain ka ? huhuu
Best...tertanya2 sapa la gerngan yang jadi secret admire ni
T
Suka watak zara yg brutel tuu... Masih menunggu sape lah yg jatuh suka kat dia tuu...
Siapa yang mengintai tu? adakah dia secret admirer Zara? jeng...jeng...jeng...
Serius, nakal ek 4s ni... hahaha. teringat pula masa sekolah dulu.
good job Qai. Terima kasih untuk entry ni ^__^
woah! spe ek secret admire ni...secret admire ni hero dlm crte ni ek? huhu tak sabarr tungggu bab 3..:D
wah bestnya... suka watak nakal zara la... siape ek hero nya... x klr lg ka??
aduh2 bestnyer... suka watak zara yg naughty tue he3... siapa heronya erk.. x klr lg la... siape ek mr buaya tue???
Omaigod,saya suka time last2 tu,bestnya
Post a Comment