~ Cinta Itu Milik Aku 4 ~

,11/06/2012 07:20:00 AM | 3 Comment
Cinta Itu Milik Aku BAB 4


MANA Kak Asma tau yang Mier ada kat sini?” soal Amir kepada Asma Alia yang tiba-tiba datang menerjah rumah Hanif ketika dia sedang leka menonton bola di kaca televisyen. Disangkanya Hanif yang pulang tetapi sangkaannya meleset sama sekali bila muncul Asma di muka pintu.
     Asma menggeleng. Kenapalah adiknya yang seorang ini tidak berfikir secara logik? Sudah tentulah rumah Hanif yang menjadi sasaran utama untuk menjejakinya bilamana dia tiada di rumah.
     “Akak taulah. Hanif sorang aje kawan yang Mier ada. Kan ke dia tu bestfriend Mier.” Jawab Asma bersahaja.
     Amir tersengih mengakui kata-kata kakaknya itu.
     “Mier..” perlahan suara Asma.
     Amir tidak menjawab. Di biarkan sahaja panggilan itu tidak berjawab. Dia tahu apa yang bakal dibicarakan Asma. Dia malas hendak ambil pusing.
     “Mier.. Come home please.. Akak risau dengan keadaan papa dan mama. Akak tau apa yang dirasakan Mier tempoh hari. Tapi Mier pun kenalah thinking positiveBetter kalau Mier balik and discuss dengan papa elok-elok. Perkara macam ni Mier tak boleh berkeras. Kalau papa keras, Mier pun keras macam mana? Semua tak menjadi. Semuanya jadi kacau.” Panjang lebar Asma meluahkan kata. Dia mahu perkara ini diselesaikan segera. Kalau bertangguh alamatnya jadi gualah rumahnya nanti. Masing-masing membawa diri.
     Amir menjadi serba salah. Dia menghela nafas panjang.
     “Kak.. Mier bukan tak nak balik tapi Mier masih lagi tertekan dengan kata-kata papa.” Balas Amir perlahan.
     “Sebab tu lah akak minta Mier balik cepat and discuss dengan papa. Mudahkan perkara ni. Boleh?” kali ini Asma meminta kepastian. Sebagai anak sulung, dia tidak ingin terjadinya pecah belah di dalam keluarganya.    
     Amir akur. Malas dia hendak berbalah lagi. Diterima sahaja cadangan Asma tanpa banyak soal.
     “Okeylah. I’m going home now.” Amir mengalah.
     Asma tersenyum senang. “ Okey. Kalau macam tu akak balik dulu. Akak kena ambil Syamila dan Syamil kat tadika. Kalau lambat merengek pulak diorang tu nanti. By the way, i’m waiting you at home.” Kata Asma. Kakinya melangkah menuju ke pintu utama sehingga bayangannya hilang dari penglihatan Amir.
     Amir mengeluh. Kata-kata kakaknya itu direnung jauh-jauh. Ada betulnya juga kata-kata kakaknya itu. Sampai bila dia hendak lari dari perkara ini. Ya.. perkara ini harus diselesaikannya segera. Dia tekad.

********

SEMUA barang sudah tersedia di depan pintu. Aliesya hanya perlu mengangkatnya untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta. Dengan bantuan Fazrin Irham perkara itu menjadi lebih mudah.
      “Betul ke Sya nak pindah sekarang? Sya pun belum sihat sepenuhnya kan?” kata-kata Puan Zadriana memecahkan kesunyian. Kelihatan Encik Rahimi lebih selesa mendiamkan diri melihat anak daranya yang seorang ini.
     Aliesya mengeluh. “Ma.. Sya okey aje. Ma janganlah risau. Sya dah sihat. Cuba mama tengok ni.” Kedua-dua tangannya diangkat ala-ala pemain gusti WWF itu. Senyumannya meleret ingin menenangkan hati wanita itu.
     “Betul tu ma. Ma tak perlu risau sangat. Ma mana ada anak perempuan. Anak teruna adalah. Pandailah dia jaga diri dia tu.” Perli Fazrin Irham. Sengaja membuat adiknya naik angin.
     Aliesya mencebik. “Hello my abang. Status I masih anak dara tau. D.A.R.A. Bukannya teruna. Jangan nak tukar-tukarkan jantina I yang sedia elok ni tau.” Aliesya menjeling abangnya.
     Fazrin Irham sudah tergelak besar. Senang hati menyakat Aliesya sebelum berangkat pergi. Bilalah lagi dia boleh menyakat adiknya itu kalau sudah membawa diri. Masa inilah dia ingin mengusik habis-habisan.
     “Mama bukannya apa Sya. Mama takut Aliesya pengsan lagi. Macam hari tu. Mama juga yang susah hati.” Riak wajah Puan Zadriana benar-benar menampakkan kerisauan hatinya.
     Aliesya resah. Kasihan melihat kerisauan mamanya yang melebih-lebih. Sebagai anak, dia juga merasakan kerisauan itu.
     “Okey. Sya janji. Kalau Sya sakit Sya terus call mama ya?” Aliesya meyakinkan Puan Zadriana.
     “Haii... Time sakit aje ke? Time sihat tak nak call la ya?” Fazrin Irham mencelah.
     Aliesya menjeling. Geram dengan telatah abangnya itu. Sibuk aje dia ni. Orang tengah feeling dia pulak sibuk mengacau. Aliesya merengus geram memandang Fazrin Irham. Terkekek-kekek Fazrin Irham ketawa.
     “Apa abang ni.. Sya taulah nak call nanti. Abang tak payah nak menyibuklah.” Aliesya menolak perlahan abangnya itu.
     Puan Zadriana hanya melihat keletah dua anaknya ini. “Okey. Sya janji ya?” Puan Zadriana bersuara. Kali ini suaranya agak tenang sedikit berbanding tadi.
     Aliesya mengangguk “Ya. Sya janji dengan mama.” Tangannya diangkat seperti orang yang sedang berikrar.
     Akhirnya Puan Zadriana tersenyum. Puas hati barangkali.
     “Sya ingat pesan ayah ya? Jaga diri dan jaga nama baik keluarga. Paling penting, jaga solat lima waktu.” Sempat lagi Encik Rahimi mengingatkan anak perempuannya itu.
     Pantang benar dia kalau-kalau solat lima waktu dibelakangkan. Solatkan salah satu dari tiang agama. Kalau satunya itu runtuh, bagaimana hendak menegakkan yang lainnya. Anak-anaknya selalu diingatkan tentang solat.
     “Okey yah.” Satu senyuman dihadiahkan buat mama dan ayah tersayang. Buat abang? SorryMy smile ni limited addition. Orang tertentu saja boleh dapat senyuman semanis gula ni. Abng Fazrin tak layak. Huh..
     Deringan telefon bimbit Aliesya mematikan perbualan sesama mereka. Aliesya membuka SMS yang baru diterimanya.
     Sya, cepat sikit hari dah nak gelap ni. Aku malas nak keluar malam-malam ni. ~ Najihah
     Aliesya memandang jam tangannya. Dah pukul 6.30 petang. Patutlah. Dah lambat sangat dah ni. Bisik hatinya. Pandangannya dilemparkan ke luar pagar. Kereta milik Najihah sudah tersadai di situ.
    “Ma.. Yah.. Sya pergi dulu ya.” Tangan Puan Zadriana dan Encik Rahimi dicapainya.
     Puan Zadriana memeluk Aliesya sepuasnya. Alahai.. Ma ni. Macam lepas ni tak jumpa pulak. Hatinya bersuara.
     “Jaga diri. Assalamualaikum.” Kata terakhir yang keluar dari mulut mamanya membuatkan wanita berumur itu kesedihan dengan kata-katanya sendiri.
     “Wa’alaikumsalam. Abang.. Jaga mama dan ayah ya.” Ucap Aliesya. Sempat lagi berpesan dengan Fazrin Irham. Fazrin Irham hanya mengangguk tanda faham.
     Kereta Aliesya yang mengikuti kereta Najihah menghilang dibalik senja yang mendatang. Puan Zadriana, Encik Rahimi dan Fazrin Irham melangkah masuk ke dalam rumah.

****************

ARGHHH.. beratnya. Kau letak batu ke apa dalam bagasi kau ni?” Najihah mengeluh berat. Mana tidaknya. Dari dalam bonet kereta hingga ke bilik, bagasi itu diusungnya dengan kudrat seorang diri. Badannya bukanlah sebesar pemain gusti THE ROCK itu. Kecil molek saja.
     “Sorrylah Jiha. Barang-barang kesayangan aku semuanya aku bawa. Semuanya sumbat dalam bagasi tu. Mana tak beratnya. Lagipun, yang kau rajin angkat sorang tu kenapa?” balas Aliesya bersahaja.
     Najihah mencebik. “Aku nak tolong kau ni.”
     “Okey.. Okey.. Thank you very much.”
     Najihah tersenyum. “Ha.. macam tulah. Baru sejuk perut aku.” Najihah tergelak sendiri.
     “Ya lah tu.. Dah lah. Jom kita solat. Lepas tu kita follow nasi goreng ayam kat warung Pak Cik Dengkut tu. Kau tak pernah rasa lagi kan?”
Najihah menggeleng.
     “Ha. Kalau macam tu. Aku bawa kau pergi makan kat warung tu. Aku dah lapar ni. Jom solat and siap-siap sekarang.”
     Aliesya mengusung bagasinya ke bilik. Bilik yang sudah disiapkan awal-awal oleh Najihah buatnya. Aliesya tersenyum senang melihat keadaan bilik tidur itu. Walaupun tak sebesar mana tetapi kelihatan indah dipandang. Kemas dan teratur. Bertuah sungguh aku dapat kawan macam Najihah. Tuala dan sepasang baju dikeluarkan dari bagasi. Ingin menyiapkan diri untuk mengadap Tuhan Sekelian Alam. Kaki dihayun ke bilik air yang sedia di bilik itu.
*******************
PINTU utama Villa Indah itu ditolaknya perlahan. Sunyi aje. Mana semua orang? Hati Amir terdetik. Pelik. Selalunya ada juga yang menghuni villa ini walaupun seorang dua. Tapi seorang pun tak ada ni. Amir melangkah masuk. Niatnya terbantut bilamana tertangkap suara yang sedang berbicara. Kakinya kembali mengatur langkah ke dapur.
     “Eh Mier. Balik pun. Dari petang tadi akak tunggu Mier balik tau.” Asma menegur sebaik sahaja melihat sekujur tubuh Amir yang terkaku memandangnya. Telefon bimbitnya diletak di atas meja makan itu.
     Amir tersenyum kelat. “Mier keluar minum dengan Hanif tadi. Tu yang balik lambat.” Amir beralasan. Sebenarnya dia malas hendak bertembung dengan papanya itu. Dia belum bersedia. Kerana itu dia sengaja pulang lewat. Tapi sampai bila? Entah. Hatinya juga tidak pasti.
     “Okey. Dah pukul 11 malam ni. Mesti penatkan? Banyak fikir. Amir tidur dulu. Akak nak masuk tidur.” Asma bangkit dari kerusi dan menuju ke arah tangga.
     “Kak Asma..”
     Asma berpaling. “Hmmm..?”
     “Thanks sebab tunggu Mier.” Ucap Amir. Walaupun perlahan tetapi jelas kedengaran di gegendang telinga Asma.
     Asma tersenyum. “Okey. Good nite..”
     Amir mengangguk. Asma sudah tidak kelihatan. Amir pula mengambil lengkah menuju ke biliknya. Amir tersentak apabila melihat papanya keluar dari bilik tidur. Papa tak tidur lagi. Hatinya tidak keruan. Resah. Dato’ Aznan hanya memandang sekilas tanpa memperdulikan kehadiran Amir di situ.
     Amir mengeluh. Nampaknya dia benar-benar salah. Pintu biliknya dikuak perlahan. Kaki diatur memasuki bilik itu. Biarlah. Esok dia akan menyelesaikan masalah ini. Dia tidak ingin memanjangkan perkara yang boleh diselesaikan ini. Pintu bilik ditutup semula.


THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

3 comments:

Anonymous said...

kenapa nama ayah Aliesya berubah? bab 3- En.Rafli..bab4- En.Rahimi

Unknown said...

Tak sabar nak tunggu part 5. Hee. ^_^ Kalau boleh, tolong cakap kat shoutbox di blog saya ye bila dah siap part 5. Kalau tak leh, takpe :)

mujagirl92 said...

datang dan follow here,,,, cantik sangat combination warna blog ni!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...