Cinta Itu Milik Aku BAB 3
Ketibaan hari ahad benar-benar membuatkan
Aliesya tenang. Hanya hari inilah hari yang dapat merenggangkan segala
sendi-sendinya yang tegang akibat kurang bersenam. Bunyi kicauan burung pagi
itu kedengaran sangat indah bunyinya. Aroma dipagi hari itu sangat segar.
Sesuai untuk bersenam dan menenangkan fikirannya yang sedang berserabut itu.
Pagi-pagi lagi Aliesya sudah terpacak di meja makan. Entah apa yang
membuatkannya bangun awal pun dia tidak tahu. Tudung saji diatas meja dibuka
Aliesya. Kosong? Matanya dikerlingkan kearah jam dinding yang terdapat diatas
peti sejuk. Jarum jam yang menunjukkan pukul 6.00 pagi itu memeranjatkan
Aliesya. Laa.. Patutlah kosong. Aku yang terawal sangat. Exited terlebih
nak bangun pun. Hatinya berkata. Tak apalah. Kalau dah kosong, biar aku je lah
yang masak. Masak simple-simple je sudah. Kalau masak over-over
nanti kena perli pulak. Ha ha ha. Bibirnya tersenyum senang.
Dicapainya kuali yang tersangkut didinding. Peti sejuk dibuka. Nak masak
apa ya pagi-pagi ni? Kening kirinya diangkat tinggi. Seolah-olah seorang
detective saja gayanya. Terlihat dua bungkus mee kuning disudut peti. Ha, aku
dah tau nak masak apa. Hatinya berbunga riang. Sesekali bibirnya
bernyanyi-nyanyi kecil. Sekadar hanya dia yang mendengar. Bahan-bahan yang
diperlukan untuk memasak mee goreng dikeluarkan.
Tidak sampai setengah jam, semua bahan-bahan sudah siap terkumpul.
Tinggal masak aje ni. Getus hatinya. Api dibuka. “Okey tuan-tuan dan puan-puan.
Lihatlah bagaimana terernya chef Nur Adrianna Aliesya memasak mee goreng
special. Ha ha ha..” Aliesya berlagak seperti seorang chef terkenal.
Dengan apron yang tersarung ditubuhnya itu, lagi membuatkan lakonannya real sahaja.
“Ala.. Setakat mee goreng special tu kat kedai
mamak pun boleh dapat.”
Arghh.. Suara itu benar-benar menjatuhkan semangatnya untuk meneruskan
niatnya untuk memasak. “Apa abang ni? Pagi-pagi dah nak menyakat orang. Lantak
Sya la nak masak apa pun. Sibuk aje. Busybody.” bidas Aliesya melihat
abangnya, Fazrin sudah ter’congok’ memerhati gerak gerinya membuat kerja.
Fazrin tergelak kecil. “Laa. Tak apa lah. Abang pun tengah rajin nak
tolong Sya ni?” ujarnya mendekati Aliesya yang lagi sedang memasukkan
bahan-bahan mee kedalam kuali.
Aliesya menjeling kearah Fazrin. “Tolong apa? Kalau setakat tolong
tengok, baik tak payah. Buang masa aje. Dont disturb me please. I’m so busy
now okey.” Aliesya membalas sinis terhadap Fazrin.
Lagi kuatlah gelak Fazrin mendengar kata-kata Aliesya. “Wah.. my
sister is going to be a lion now.” sengaja dia hendak menaikkan kemarahan
Aliesya.
Sabar Liesya.. sabar. Sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang
sabar. Abang kau ni memang sentimental sikit. So tak payah layan okey?
Aliesya memujuk nafsu amarahnya. Kerjanya diteruskan tanpa menjawap layanan
Fazrin.
“Fazrin Irham”
Ha,
sudah kedengaran suara Puan Zadriana menegur Fazrin. Siap nama penuh pulak tu.
Aliesya dan Fazrin menoleh kearah pemilik suara itu. Fazrin hanya
tersenyum-senyum kambing melihat Puan Zadriana. Puan Zadriana mendekati Fazrin.
Satu cubitan hinggap ke lengan Fazrin. Aliesya sudah menahan ketawa melihat
wajah Fazrin yang semakin ‘cuak’ itu.
“Kamu janganlah kacau Sya tu. Tak nampak dia tengah masak? Dibuatnya
kuali terbalik macam mana?” Ha, mulalah Puan Zadriana membebel.
Terkulat-kulat wajah Fazrin memandang Puan Zadriana. “Ya lah mak.”
Fazrin mengalah juga akhirnya.
Fazrin menoleh kearah Aliesya. Aliesya yang tersengih-sengih itu
mengangkat ibu jarinya. “Thumb up.” Hanya dua perkataan itu membuatkan
ketawa Aliesya yang ditahannya sedari tadi terhambur keluar.
“Ha.. Gelak lah gelak. Sat gi abang pulak yang dok gelak kat Sya
nanti. Just wait okey?” Fazrin menjeling. Huh.. Tidak makan saman betul
lah si Sya ni. Siap aku kerjakan kau nanti. He he he. Rancangan nakal
sudah muncul di ruang fikirannya. “Dah pergi masuk dalam sana.” Kata-kata Puan
Zadriana mematikan lamunan Fazrin. “Okey my lovely mother.” ringkas sahaja
Fazrin membalas kemudian kakinya melangkah ke ruang tamu.
“Nanti abang kerjakan Sya.” Sempat lagi Fazrin meninggalkan pesan. Puan
Zadriana hanya menggeleng. Hai budak-budak ni. Tak padan dengan tua. Bisik
hatinya.
“I
dont care!!” kata Aliesya sedikit menjerit kerana Fazrin semakin hilang
dari pandangannya.
Aliesya menumpukan perhatiannya kepada masakan. Setelah 10 minit
berlalu, mee goreng special buatan Aliesya siap dihidangkan. Hanya tunggu komen
la nampaknya. Hi hi hi.. Puan Zadriana hanya melihat Aliesya melakukan
kerja dapur itu. Sesekali air kopi di tangannya diteguk.
“Bagus anak mak. Pandai buat kerja ya.” Puan Zadriana memuji Aliesya.
Aliesya hanya membalas pujian itu dengan senyuman manis. Malu dia hendak menjawap.
Kalau diikutkan, mana hendaknya dia ke dapur untuk memasak. Sebulan sekali
belum tentu. Hanya hari ini sahaja yang terlebih rajin. Charge tenaga
lama sangat agaknya malam tadi. Aliesya tersenyum sendiri.
Puan
Zadriana sudah mencapai pinggan mangkuk. “Sya.. Panggil abang dan ayah kamu
makan sekali. Bukan senang nak makan dengan mereka berdua tu. Busy
memanjang.” kata Puan Zadriana. Pinggan mangkuk yang dicapainya tadi sudah
tersusun kemas diatas meja.
Aliesya hanya mengangguk tanda paham. Kakinya dihalakan ke tangga.
Niatnya terbantut untuk ke tingkat atas apabila terlihat ayahnya Encik Rahimi leka membaca surat khabar. Ditujunya ke arah Encik Rahimi.
“Morning
ayah.. Jom breakfast.” pelawa Aliesya sambil memeluk ayahnya dari
belakang.
Encik Rahimi menoleh kearah Aliesya. Satu senyuman lahir dari bibirnya
buat Aliesya. “Morning too. Jom kita breakfast.” Encik Rahimi melipat surat khabar yang berada ditangannya. Kemudian surat khabar itu
diletakkan diatas meja kopi dihadapannya.
Encik Rahimi sudah pergi menghilang disebalik dinding untuk menuju ke
dapur. Aliesya meneruskan niatnya untuk ke tingkat atas. Dia harus menjemput
abangnya pula. Macam tak boleh turun sendiri. Makan pun nak kena jemput macam
putera raja. Bibirnya membebel perlahn. Sekadar hanya dia yang mendengar.
Sesampai di tingkat atas, dia tercari-cari kelibat Fazrin. Mana pulak abang aku
yang sorang ni? Entah mengapa dia brasa seram sejuk pula bersendirian.
Aliesya mengintai-ngintai ke dalam bilik Fazrin. Gelap. Langsir juga
tidak berselak. Bulu roma sudak menegak tinggi. Mukanya diraup beberapa kali.
“Abang?” panggil Aliesya sementara matanya masih lagi melilau-lilau mencari
kelibat Fazrin. Panggilannya tidak berjawab.
“Abang Fazrin Irham?” panggilnya lagi. Kali ini juga panggilannya tidak
berjawab.
Tubuhnya dipeluk. Bulu romanya yang menegak masih lagi tidak
turun-turun. Seram sejuk sudah menyelubungi dirinya. Sudahnya dia berniat untuk
kembali ke tingkat bawah. Tidak sampai bebrapa langkah menuju ke tangga,
bahunya disentuh seseorang. Cepat-cepat Aliesya menoleh kearah belakang.
Tiba-tiba..
“ARGHHH!!!... Hanttuuuu...” sehabis suara Aliesya menjerit. Lembaga
bersarungkan kain putih didepannya benar-benar menyentap jantungnya.
Satu gelakan kuat memenuhi ruang tengah itu. Aliesya yang tadinya banyak
berdoa dijauhkan syaitan durjana, cepat-cepat membuka mata yang tertutup rapat.
Kelihatan Fazrin yang mengenakan kain telekung miliknya bersertakan secalit
contengan gincu di sebahagian mukanya tergelak-gelak sambil menahan perutnya
akibat terlau banyak ketawa. Aliesya sudah memasam muka melihat Fazrin. Geram
betul hatinya dengan Fazrin yang sengaja mempermain-mainkan kekuatan rohaninya
itu. Akhirnya Aliesya meninggalkan Fazrin berseorangan tanpa mempelawa lelaki
itu untuk menjamu selera.
“Padan muka dik oii.. Siapa suruh nak lawan abang kau yang genius ni.”
kata Fazrin perlahan bersisakan gelak tawanya yang belum berakhir.
Biarlah dia merajuk. Kejap lagi baik lah tu. Fazrin berbisik didalam
hati. Kemudian dia turun ke tingkat bawah menuju ke dapur untuk bersarapan.
“NUR
Aliesya Adrianna.” Aliesya tersentak. Tersedar dari lamunannya sendiri.
Kelihatan wajah sugul milik Najihah sambil bercekak pinggang
dihadapannya. Aliesya sudah tersengih-sengih kambing memandang Najihah.
“Nak apa my lovely friends?” kata Aliesya ingin menaikkan
senyuman Najihah kembali. Ada juga rasa serba salah dihatinya kerana
mengabaikan rakannya itu.
Najihah berpeluk tubuh. “Kau ni asyik termenung je. Apa yang kau pikir
ni?” Najihah yang tadinya berdiri sudah melabuhkan punggungnya bersebelahan
Aliesya. Dia memalingkan seluruh tubuhnya kearah Aliesya. Tangan gadis itu
dipegangnya. Ada riak kerisauan diwajah Najihah. Benar. Dia memang sedang
merisaukan keadaan Aliesya semenjak kejadian di cafe itu.
Aliesya menggeleng. “Tak ada apa-apa. Kau jangan risau okey?” kata-kata
Aliesya masih lagi tidak dapat mengurangkan kerisauan dihati Najihah.
Dahi Najihah sudah agak berkerut mendengar jawapan Aliesya yang acuh
tidak acuh itu. Dia mengeluh kecil. Dia tahu ada sesuatu yang berlegar-legar
difikiran Aliesya. Dari pandangan matanya juga sudah kelihatan resah. Najihah
merapatkan lagi jarak diantaranya dan Aliesya. Biarlah caranya dapat
melembutkan hati Aliesya untuk meluahkan rasa hati gadis itu.
“Sya.. Look at me please. Kalau kau ada problem, kau story
je dekat aku. Aku sedia mendengar semua story kau. Kau jangan sorok
sendiri. Nanti hati kau yang sakit.” panjang lebar Aliesya mendengar nasihat
Najihah.
Aliesya memandang Najihah. Dia bersyukur kerana mempunyai rakan seperti
Najihah yang memahami setiap masalah yang menimpanya. Susah senang bersama.
Hampir seluruh rahsianya disimpan rapi oleh Najihah. Aliesya mengeluh.
“Kau jangan risau. Aku okey lagi. Kalau aku tak okey, nanti aku calling
kau. Berjam-jam lah kau layan story aku nanti.” kata Aliesya sedikit
tersenyum menutup kesedihan hatinya.
Najihah mengangguk faham. Dia tidak mahu memaksa gadis itu bercerita.
Biarlah Aliesya yang mendatanginya nanti. Tetapi hanya satu yang dia hendak
tahu.
Najihah melepaskan tangannya yang sedari tadi memegang tangan Aliesya.
“Tapikan Sya. Aku nak tau satu benda lah. Hope sangat kau dapat jawap soalan
aku ni.”
“Soalan apa? Kalau aku mampu, aku jawaplah soalan kau tu. Kalau tak, kau
cari kat google ajelah.” sedikit senyuman terukir dibibir mungil
Aliesya.
“Kenapa kau boleh pengsan masa kat cafe hari tu?” Najihah ingin sekali
tahu mengenai itu. Lagi-lagi kejadian dirumah Aliesya. Dia ingin tahu siapakah
arwah Nik yang disebut Puan Zadriana tempoh hari. Ada kaitan dengan Aliesya
kah? Ingin sekali dia mengetahui tentangnya.
“Hmm,..” satu keluhan dilepaskan. Pandangannya dilemparkan ke langit
biru. “Jiha, kalau kau nak tau, muka cousin kau serupa dengan arwah Nik.
Kawan baik aku masa disekolah dulu.” Kedengaran sayu sahaja alunan suara
Aliesya. Sebak didada hanya ditahan.
Najihah terpana. Serupa? Tidak hairanlah Aliesya pengsan time tu.
Wajah Amir yang membuatkan Aliesya jatuh pengsan. Kalau perkara yang sama
terjadi pada aku pun, mungkin aku pun akan pengsan macam Aliesya. Tapi kenapa
dia nampak terlalu terkejut ya? Apa sebenarnya hubungan antara Aliesya dengan
lelaki yang bernama Nik itu. Banyak tanda tanya bermain difikiran Najihah. Mahu
ditanya lebih-lebih, nanti dikata menjaga tepi kain orang pula. Akhirnya
Najihah hanya diam tanpa bicara.
“Hmm..” satu keluhan dilepaskan oleh Aliesya.
Pandangannya dilemparkan kearah seorang kanak-kanak lelaki yang leka
bermain bersama ibunya. Aliesya tersenyum melihat gelagat kanak-kanak itu.
Dipeluk. Dicium. Didukung. Manja benar dengan ibunya. Terkedek-kedek
kanak-kanak itu berlari ketika dikejar ibunya. Bahagianya. Aliesya termenung
lagi. Najihah hanya terdiam seribu bahasa. Biarlah Aliesya mengubat hatinya
sendiri. Bukan dia tidak mahu membantu, tetapi buat masa terdekat begini lebih
baik Aliesya dibiarkan bersendirian.
“Aunty?” Aliesya tergamam. Aunty? Siapa yang berani panggil aku aunty
ni? Pangkat aunty tak sampai lagi ni. Dia juga tergelak kecil mendengar
panggilan itu tapi siapakah gerangan yang memanggilnya tadi?
Matanya melilau-lilau mencari punca suara. Akhirnya.. budak ni?
Kelihatan kanak-kanak lelaki yang dilihatnya sebentar tadi. Budak ni ke yang
paggil aku ‘aunty’? Aku ni tua sangat kut bagi dia. Aliesya tergelak. Kelihatan
Najihah juga tergelak sama. Mungkin kerana gelagat kanak-kanak itu yang
memanggilnya ‘aunty’. Aliesya mendapatkan kanak-kanak itu lalu didukung.
Nampaknya dia seorang kanak-kanak yang berani. Tidak takut didukung oleh orang
lain selain ibunya. Najihah juga berdiri mendapatkan Aliesya.
“So
cute lah Sya.” puji Najihah sambil mencubit-cubit pipi gebu milik
kanak-kanak itu. Dia memang suka benar terhadap kanak-kanak. Kecomelannya jauh
berbeza dari orang dewasa mahupun remaja. Kecomelan hanya terserlah pada
kanak-kanak sahaja katanya.
Aliesya memandang Najihah. Tangan Najihah dicuitnya. “Jiha. Kalau ye
pun, janganlah over sangat. Ibu dia nampak tu. Malulah kita duk picit-picit
pipi anak manja dia ni.” tegur Aliesya menghalang Najihah dari memicit-micit
pipi kanak-kanak itu. Macam anak kau pulak. Tangan gatal betul.
“Okey..
okey..” Najihah melepaskan jari jemarinya dari pipi kanak-kanak itu. “Si
comel plus cute. Kak Jiha suka pada awak. Dah besar nanti, kahwin dengan Kak
Jiha ya? Jangan kahwin dengan ‘Aunty’ Aliesya. Dia dah ada calon.”
terkekek-kekek Najihah ketawa. Sengaja perkataan ‘Aunty’ ditekankan. Lepas ni,
aku dah ada modal lah nak kenakan si ‘Aunty’ Aliesya ni. Gelaknya semakin
meninggi.
Aliesya menjeling. Kurang asam punya kawan. Ada ke patut dia gelak kat
aku? Memang tak patut.. Tak patut. Dari jauh sudah kelihatan ibu kepada
kanak-kanak ini datang mendekat. Aliesya melemparkan senyuman buat wanita itu.
Wanita itu juga membalas senyuman buat Aliesya dan Najihah. Kelihatan sungguh
manis. Raut wajah yang penuh kelembutan bersertakan bulu mata yang melentik
sudah membuatkan wajah itu tenang dipandang.
Untunglah budak ni. Dapat ibu cantik. Nampak baik pulak tu. Pakaian
sopan. Aliesya menilai sendiri. Wanita itu sudah mendekati Aliesya dan Najihah.
“I’m
so sorry. My boy kacau you all ke?” soal wanita itu melihat Aliesya.
“Oh
no.. Tak pun. Kalau tinggal pun tak pe. He’s so cute.” Najihah
mencelah. Ah dia ni. Aku yang ditanya, dia pula yang menjawap. Aihh.. Malu..
malu..
Aliesya hanya tersenyum. Kanak-kanak lelaki itu diserahkan kembali
kepada ibunya. Kedengaran gelak tawa kanak-kanak itu jelas hingga ke gegendang
telinganya.
“Nik,
say sorry to aunty..” kata wanita itu kepada anaknya.
Aliesya terpana. Najihah juga agak terkejut mendengarnya. Aliesya
dipandang. Terlihat redup pandangan mata Aliesya. Kanak-kanak tadi mengangguk dan
tersenyum kearah Aliesya.
“I’m
sorry aunty.” kanak-kanak lelaki yang bernama Nik itu memohon maaf kepada
Aliesya.
Aliesya masih terdiam seribu bahasa. Terkedu. Terkesima. Terpana.
Semuanya bergabung menjadi satu. Permintaan maaf kanak-kanak itu dibiar tanpa
balasan. Sejak akhir-akhir ini banyak perkara yang mengingatkannya kepada Nik
Firdaus, lelaki yang pernah meluahkan isi hatinya 2 tahun lalu.
Semua mata tertumpu kepada Aliesya. Najihah berdehem beberapa kali tapi
deheman itu tidak disambut dengan kesedaran Aliesya. Najihah mencuit lengan
Aliesya. Aliesya tersentak. Tercengang-cengang memandang wajah-wajah orang
dihadapannya. Kelihatan raut wajah kanak-kanak itu mengharap balasan jawapan
darinya. Aliesya menyedapkan hatinya dengan menghadiahkan senyuman manis
walaupun senyuman itu tidak lahir dari hatinya.
Aliesya membongkokkan badannya sedikit separas ketinggian Nik. Dia
tersenyum melihat gelak tawa Nik. “It’s okay. I’ll forgive you.” lembut suara
Aliesya membalas permohonan kanak-kanak itu. Satu senyuman hinggap dibibirnya.
Najihah menghela nafas lega. Najihah juga tersenyum menonton adegan ini.
“Okey.
My name is Zeanie Zara. Just call me Zara. Nice to meet you.” Wanita itu
mula memperkenalkan dirinya kepada Aliesya dan
Najihah.
“My
name is Nur Adrianna Aliesya. Just call me Sya. Nice to meet you too.”
Aliesya juga memperkenalkan diri pada wanita yang baru dikenalinya itu.
“Najihah
Ezaty. Nice to meet you too.” Najihah tersenyum menutur bicara.
Masing-masing sudah memperkenalkan diri. Pada Aliesya, wanita yang
bernama Zeanie Zara itu amat peramah orangnya. Mudah bergaul dengan orang lain.
Aliesya berkira-kira sendiri.
“Okeylah.
I dah lambat. I kena balik segera. Kalau tak, bisinglah my hubby nanti.”
kata Zeanie Zara. Sedikit gelak tawa kedengaran dihujung kata-kata itu. Nik
didukung semula. Bersiap-siap untuk beredar dari taman itu.
Aliesya mengangguk. “See you again. Bye bye Nik.” Aliesya mencuit
pipi gebu Nik. Pipi yang licin lagi gebu itu juga turut dipicit-picit oleh
Najihah.
Tubuh
Zeanie Zara dan Nik menghilang ditelan oleh kesesakan manusia di taman itu. Matahari
semakin giat ingin menghilangkan diri. Taman yang dipenuhi gelagat manusia tadi
kian pulang mengurung diri. Senja hampir tiba. Najihah menoleh ke arah Aliesya
yang melayan menungannya sendiri.
“Sya,
sudahlah tu. Kau tak payah pikir sangat. Kebetulan je tu.” Najihah mengajak
Aliesya berbicara. Dia tidak mahu gadis itu memikirkan masalah itu lagi. Gejala
tidak sihat baginya.
Aliesya memandang Najihah. Hanya pandangan kosong dilemparkan buat
temannya itu. “Aku tak pikir apa-apa. Kau janganlah risau. Aku okey. Dahlah.
Jom balik. Dah nak maghrib ni.” Aliesya mendapat persetujuan Najihah. Najihah
hanya mengangguk setuju.
Puan
Zadriana tidak suka sekiranya anak-anaknya keluar diwaktu senja. Katanya banyak
syaitan yang berkeliaran waktu itu. Lagipun bahaya keluar malam-malam begitu.
Bukan sahaja syaitan yang berkeliaran, syaitan bertopengkan manusia juga berkeliaran
pada waktu-waktu sebegitu.
Satu demi satu langkah membuatkan hati Aliesya dirundung sayu. Dia tidak
mahu memikir tentang kisah itu lagi. Cukuplah ia sekadar memberi pengajaran
serta peringatan buat dirinya. Dibuang jauh-jauh memori itu. Dia menghela nafas
panjang besertakan segala beban yang menghempapnya kini. Biarlah ia hilang dan
terus hilang tanpa kembali.
1 comment:
yeah! best!
Post a Comment