~ Cinta Itu Milik Aku 2 ~

,9/11/2012 10:53:00 PM | 4 Comment

Cinta Itu Milik Aku BAB 2





          HAIH.. Macam nak sambung tidur semula je. Sejuk-sejuk ni sedap kalau tidur sampai puas hati. Al maklum lah cuti kerja hari ni. Bisik hati Aliesya sambil tangannya meraba-raba mencari selimut. Apabila selimut sudah sampai ke tangan, Aliesya terus membungkus seluruh badannya. Dah macam hantu bungkus dah aku ni kan? Tak pe la. Asalkan aku boleh tidur. He he he. Matanya cuba di pejam. Macam-macam bayangan menerpa tidur Aliesya ketika itu. Apalagi ni?! Jangan lah kacau aku. Aku nak tidur ni.
        Setelah lima minit berlalu tanpa suara. Aliesya membuka kasar selimutnya. Arghh.. Aku tak boleh tidur ni. Tu la. Padan muka dengan kau Liesya. Subuh-subuh mana boleh tidur. Allah tak izin la tu. Aliesya mencebik. Kakinya bergerak laju menuju ke arah tingkap yang separuh terbuka di biliknya. Cantiknya langit hari ni. Kebiru-biruan. Tenang je aku tengok tapi sayang lah, tak macam hati aku yang tengah serabut ni.
        Pikiran Aliesya melayang memikirkan kejadian semalam.
        “Apa Jiha ?! Mamat gila ni your cousin?! It’s true? Betul ke? Macam bukan je aku tengok.”, Aliesya memandang pelik kearah Najihah. Entah lah, aku tengok macam tak ada iras pun diorang berdua ni sebab tu aku berani cakap yang diorang ni tak ada hubungan darah.
        “ Kenapa kau tak percaya pula, Sya? Huh.. Kau ni membangkang mengalahkan ahli pengundi politik la. Dahsyat. Kalau kau tak percaya, meh sini aku tunjuk something dekat kau a.k.a bukti la katakan.”, Najihah mengeluarkan sekeping gambar dan diberi kepada Aliesya.
       “ Gambar siapa pulak yang kau bagi ni. Hmm.. Budak ni macam aku pernah nampak lah Jiha.”, Aliesya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil menelek-nelek gambar itu.
       “ Hah? Nampak? Nampak kat mana pulak ?”,
       “ Nampak dekat Rumah Anak-Anak Yatim Selangor. Ha.. kat situlah aku pernah nampak. Kau dapat mana gambar budak dua orang ni ?”, Aliesya memandang Amir yang leka melihatnya.
       Ha, ambik kau. Aliesya membulatkan matanya kearah Amir Amran yang leka melihatnya sedari tadi. Aku ni cantik plus cun sangat kut sampai dia tenung-tenung aku ni. Sempat lagi aku perasan kat sini. He he he..
       Amir Amran hanya menyaksikan perbualan antara Aliesya dan Najihah. Biarlah kerja orang perempuan. Malaz aku masuk campur. Tak pasal-pasal nanti aku jugak yang kena cepuk dengan minah garang plus galak ni. Amir bermonolog sendiri. Aliesya masih lagi leka berbual dengan Najihah.
       “Kau ni mengarut lah Sya. Ni gambar aku dengan mamat hensem ni lah.” Najihah memberi petunjuk asli kepada Aliesya.
       Aliesya memandang Najihah. “Budak kolot ni dia ke?” Aliesya sudah menahan tawanya. Tidak disangka sekolot-kolotnya budak ini, nampak hensem juga pada waktu ini.
       Amir Amran sudah berpaling kepada Aliesya. Geram mungkin mendengar tutur bicara Aliesya sebentar tadi. “Eh perempuan. Kolot-kolot pun aku tak ada macam kau. Tak ada tarikan.” Mulalah mamat ni nak cari gaduh dengan aku. Aliesya sudah mula berkira-kira.
       “What? Tak ada tarikan? Sedap mulut kau je bercakap. Kalau ada tarikan pun, aku tak hingin la dengan kau. Bukan taste aku la. Huh. Buat sakit mata adalah.” Aliesya mula membalas kata-kata Amir Amran.
       Najihah sudah menggeleng-gelengkan kepalanya. Haih.. dah macam budak kecil dah aku tengok. Nampaknya perang dunia ke 4 bakal meletus sebentar lagi. Apa yang perlu dia lakukan? Arghhh, masuk campur je lah. Najihah mendekati Amir Amran dan Aliesya. Semua mata sudah tertumpu kepada mereka yang leka berperang mulut. Ada yang sudah mencipta gosip.
       “STOPPP !!!” Najihah bersuara keras mencelah peperangan milik Aliesya dan Amir Amran itu.
       Aliesya dan Amir Amran memandang Najihah. Apa kena dengan si Jiha ni? Aku yang perang, dia pulak yang over acting. Hati Aliesya berbisik. Dia memandang ke arah Amir Amran dan dihadiahkan satu jelingan maut buat lelaki itu. Lantak kau lah nak terasa ke apa ke. Aku tak peduli. Yang penting aku puas hati. Ha ha ha.. Aliesya sudah ketawa sendiri.
     “Korang tak malu ke bergaduh tempat awam macam ni? Like a kids tau tak? Malu tau orang semua pandang kita. Nak berperang sekalipun, janganlah ambil tempat awam macam ni. Menyusahkan orang je.” Kata Najihah geram melihat tingkah Amir Amran dan Aliesya. Dia benar-benar tidak tahan dengan situasi sebentar tadi.
     Aliesya duduk sambil pandangannya beralih kepada manusia yang ligat berjalan diluar cafe itu. Malas dia hendak memanjangkan cerita. Biarlah setakat ini sahaja peperangannya bersama lelaki itu. Huhh.. Aliesya mengeluh berat. Entah mengapa jantungnya berdegub laju. Mungkin rasa marah masih bertapak dihatinya. Aliesya mengabaikan kehadiran lelaki yang duduk berhadapan dengannya. Matanya beralih kepada Najihah. Najihah duduk bersandarkan kerusi cafe itu. Suasana yang tadinya hingar bingar sudah kembali normal. Masing-masing menguruskan hal mereka sendiri.
      “So, korang berdua ni nak perang lagi?” Najihah memulakan bicaranya setelah lama sunyi.
     “Of course la. Ni pun berhenti sekejap je. Aku pun ada perasaan malu jugak. Tak taulah mamat kolot tu.” Aliesya memuncung-muncungkan bibirnya kearah Amir Amran. Sengaja dia hendak menaikkan kemarahan Amir Amran. Ha, siapa suruh dia main-main dengan perempuan macam aku. Kan dah kena.. Ha ha ha..
     Darah berderau naik ke muka Amir Amran. Perempuan ni memang tengah cari pasal dengan aku. Ape? Dia ingat aku tak nampak ke dia tunjuk-tunjuk aku guna bibir itik dia tu. Aku potong baru tau rasanya tak ada bibir tu macam mana. Main-main pulak.. Memang jenis tak sayang nyawa lah dia ni.
     “Kau jangan nak cari pasal dengan aku lagi ye? Aku tengah tahan sabar ni.” Amir Amran mengingatkan. Mahu saja dia mencekik-cekik perempuan dihadapan matanya itu. Memang tak sayang nyawa betul.
     “Do i care?” Aliesya masih lagi bermain-main dengan amaran Amir Amran. Dia ingat aku takut ke? Boleh jalan lahh..
     Najihah mendengar hanya menggeleng kepala. Huh.. Penatnya nak cakap kalau dua-dua dah keras kepala. Dilihatnya Amir Amran menahan amarah. Tak boleh jadi ni. Bahaya. Najihah merapatkan badannya kepada Aliesya. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan. Bukan dia tidak kenal dengan Amir Amran. Dia sanggup buat apa saja jika amarahnya tidak ditahan. Ditariknya baju Aliesya.
     “What?” Aliesya berkata perlahan tapi keras melihat perlakuan Najihah yang menarik bajunya itu.
     “Aku nak ingatkan kau. Dengan Amir tu kau jangan main redah je. Sabar-sabar dia pun, ada tahapnya jugak. Kalau dia dah meletup macam bom atom, kau jugak yang tanggung akibatnya. Waktu tu, kau janganlah nak cari aku bagai ye?” Najihah berbisik perlahan memandangkan suasana yang tadinya damai menjadi redup semula. Gara-gara si Aliesya la ni. Semuanya jadi kacau.
     Aliesya memandang Najihah. Kemudian anak matanya dilarikan kearah Amir Amran. Sungguh lelaki itu sedang marah. Hatinya berdegub laju. Apa yang ingin dilakukannya sekarang? Ingin meminta maaf? Arghh.. tidak !! Lelaki itu yang perlu meminta maaf terlebih dahulu darinya. Dia yang memulakan peperangan ini. Tapi.. Sekiranya mereka berdua tidak ada yang berfikiran begitu, sampai bila peperangan ini bakal berakhir?
     Belum sampai 1 jam dia mengenali lelaki itu, api peperangan sudah kelihatan. Bagaimana kalau sudah 2 tahun, 5 tahun? Bagaimana pula? Tidak tahan dia lama-lama begini kalau bertahun-tahun api peperangan ini berlangsung. Eh, macam dia bakal suami aku pulak. He he he.. Sempat lagi Aliesya tersenyum. Akhirnya gelas dihadapan menjadi sasarannya.
     Amir Amran menghela nafas panjang. Malaslah dia hendak melayan perempuan kebudak-budakkan seperti Aliesya itu. Mujur hanya satu yang dikenalinya yang berperangai begini, kalau sepuluh? Bagaimana? Botak kepalanya hendak melayan kerenah mereka. Pandangan Najihah saling bersilih ganti antara Aliesya dan Amir Amran.
     “Korang ni main mata ke berbalas cakap dalam hati?” Akhirnya Najihah menegur.
     Cepat-cepat Aliesya yang tadinya memandang Amir Amran mengalihkan pandangan. Huhh.. Tak hingin aku nak berbalas cakap dengan dia. Apalagi main mata. Tolong lah.. Tak ada masa. Diteguknya air fresh orange yang dipesannya. Najihah sudah terkekek-kekek ketawa melihat gelagat Aliesya dan Amir Amran. Tetapi Aliesya masih lagi mencuri-curi pandang lelaki itu. Entah apa yang menarik minatnya juga, dia tidak tahu.
     Aliesya ingin sekali melihat wajah asli disebalik kaca mata hitam itu. Siapakah dia sebenarnya? Aliesya merasa yang dia begitu dekat dengan lelaki itu. Seperti sudah lama mengenalinya. Tapi siapa dia? Benarkah dia pernah mengenali lelaki itu suatu masa dulu. Ahh.. Tidak mungkin. Kalau dia mengenali lelaki itu, sudah tentu lelaki itu mengenalinya, lelaki itu juga tak akan memulakan perkenalan dengan api pergaduhan.
     Pertanyaan Aliesya terjawap apabila melihat Amir Amran menanggalkan kaca mata hitam miliknya itu. Aliesya tergamam. Takkan lah? Gelas yang tadinya terpegang rapat, habis pecah berderai di kaca lantai. Najihah dan Amir Amran sudah saling berpandangan. Adegan apa yang bakal berlaku selepas ini?
     “Sya? Kau okey?” Najihah sudah mula risau melihat keadaan Aliesya. “Kau nampak pucat?”
     Aliesya memandang tepat kearah Amir Amran. Dia bangun dari tempat duduknya. Kakinya dihalakan kearah Amir Amran. Lelaki ini? Lelaki ini? Takkan lah? Kenapa sama? Kenapa?!! Fikirannya buntu. Jantungnya berdegub laju. Kakinya kaku untuk melangkah lagi ke hadapan. Akhirnya badan Aliesya rebah disambut Amir Amran.

     “LIESYA !!” suara seorang lelaki kedengaran memanggil Aliesya yang leka termenung memandang keindahan tasik yang terbentang luas di depan matanya.
     “Apa dia Nik?” Aliesya membalas laju. Malas dia hendak melayan. Bukan dia tidak tahu, lelaki ini memang kerap menyakat dirinya bila bersendirian.
     “Miss you dear. Rindu sangat. Baru sehari kita tak jumpa, aku rasa macam dah seribu tahun tak jumpa.” Lelaki yang hanya digelar Nik oleh Aliesya itu meneruskan actingnya.
     “Kau jangan nak mengada-ngadalah. Tak ada masa aku nak melayan kau ni.” ujar Aliesya sambil pandangannya dilemparkan ke tepi tasik.
     “Hmm, bila lagi aku nak mengada-ngada dengan kau. Time ni jelah yang ada. Kau layan je lah ngada-ngada aku ni ye? He he he..” Nik tergelak kecil melihat kelakuan Aliesya. Gadis ini tidak pernah berubah. Tidak boleh di ganggu bila dia lagi sedang bersendirian. Layan feeling katanya. Nik hanya melayan sahaja kerenah Aliesya.
    Air tasik sangat indah sejauh mata memandang. Tidak hairanlah ramai orang asing yang datang menyinggah melihat ketenangan yang terdapat di tasik ini. Suasana sekelilingnya begitu menenangkan hati para pendatang. Angin sepoi-sepoi bertiup lembut menyenuh raut muka Aliesya. Ahh.. Indahnya tasik ni. Sesuai untuk menenangkan fikiran. Aliesya memandang Nik yang leka memandang kejernihan air tasik.
     “Nik..” tiba-tiba Aliesya bersuara. Pandangannya kembali dihadapkan pada keindahan tasik.
     “Ya saya..” jawab Nik ringkas.
     “Kenapa kau suka pada aku?” perlahan suara Aliesya menutur bicara. Tangannya galak mencabut anak-anak rumput.
     Nik terkedu mendengar soalan dari Aliesya. Satu keluhan berat dilepaskan.
     “Kau.. ingat lagi? Hmm, maafkan aku Liesya.”
     “Sorry? Sorry for what?” Aliesya terpinga-pinga. Pelik. Maaf untuk apa?
     Nik menghela nafas panjang. “Maaf sebab aku pernah mencintai kau suatu masa dulu.”
     Aliesya terdiam lama. Nik.. “Nik, aku...” kata-kata Aliesya terhenti. Dia tidak tahu apa yang patut dikatakan. Fikirannya buntu. Dia masih lagi memikirkan jawapan bagi permintaan Nik tempoh hari. Raut wajah Nik ditatapnya sayu. Suasana yang tadinya damai menjadi suram. Suram dek kebisuan yang tercipta diantara Aliesya dan Nik.
     “Tapi aku masih lagi berharap Liesya. Aku sangat-sangat berharap kau bagi aku satu lagi peluang untuk mencintai kau selagi masih ada kesempatan.” Kedengaran sayu suara Nik kali ini.
     Aliesya tergamam. “Selagi masih ada kesempatan? What do you mean dengan selagi masih ada kesempatan Nik?” Aliesya menatap raut wajah Nik. Dia memang tidak sabar menanti jawapan Nik yang bakal disampaikannya. Entah mengapa jantungnya berdegub laju.
     Nik diam dan berdiri menghadap Aliesya. “Kau lupakan ajelah apa yang aku cakap tadi.”
     “Tapi Nik aku nak tahu..” Aliesya memaksa.
     Tanpa membalas kata-kata Aliesya, Nik memalingkan badannya dan kakinya melangkah menjauhi Aliesya.
    “Nik.. Nikkk..!!! Kau belum bagitau aku lagi.. Nikkk..!!” bayang-bayang Nik sudah menghilang jauh dari pandangan mata Aliesya. Nikk..

    “SYA.. Sya.. Bangun nak.” Puan Zadriana berusaha mengejutkan Aliesya yang sedari tadi menjrit-jerit didalam pengsannya itu.
     Aliesya tersedar. Bayang-bayang yang terlihat disisinya kian menjauh.
     “NIK!!!” sekuat hati Aliesya menjerit. Air mata sudah membasahi pipinya. Entah mengapa bayangan Nik masih segar dimindanya.
     Puan Zadriana sudah mula kerisauan melihat Aliesya yang meronta-ronta. Tidak sampai hati pula melihatkan Aliesya. “Sya.. kenapa dengan Sya ni? Sya ada masalah? Cerita pada mak ya.” Puan Zadriana cuba menstabilkan keadaan.
     Raungan Aliesya semakin menjadi-jadi. “Mak.. Sya nampak Nik mak.. Sya nampak Nik mak. Sya nampak diaaa..Depan mata Sya sendiri.” kata Aliesya dalam tangis.
     Puan Zadriana memandang Najihah meminta kepastian. Najihah hanya menggeleng tanda tidak mengerti dengan tutur bicara Aliesya.
     “Mak, Sya betul-betul nampak Nik. Sya rindukan Nik mak. Sya rindu sangat.” Tidak sampai hati Puan Zadriana melihat Aliesya begitu. Akhirnya Aliesya ditarik ke pelukannya.
     “Sya. Mak tau Sya rindukan arwah Nik. Tapi Sya taukan dia dah..” Puan Zadriana tidak meneruskan kata-katanya. Biarlah Aliesya memahami sendiri kata-katanya itu. Sebak didada hanya ditahan kuat.
     Najihah terdiam. Arwah Nik? Aliesya rindukan seseorang yang telah tiada? Istimewanya lelaki itu sehinggakan Aliesya pengsan dibuatnya. Najihah mendekati Aliesya.
     “Sya. Kau janganlah macam ni. Kau kan kuat. Aliesya yang aku kenal sangat-sangat kuat. Kau kuatkan semangat ya Sya.” Najihah hanya menyumbangkan nasihat pada Aliesya. Menjadi tulang belakang gadis itu.
     Sedu tangis Aliesya kian perlahan. Nik.. Kenapa kau muncul lagi setelah bertahun kau pergi dari dunia ini. Aku tak nak bayangan kau sentiasa menghantui aku. Aku akan rasa bersalah Nik. Tolonglah aku. Hanya memori kau yang aku akan sematkan dalam hati aku. Segala kenangan pahit manis akan aku simpan rapi. Aliesya berbisik sayu di dalam hati.

     Malam itu berlalu dengan sedu tangis Aliesya. Biarlah tangisan itu menenangkan hatinya. Tapi.. aku sangat rindukan kau Nik... Akhirnya Aliesya terlena bersama bayangan Nik yang dirinduinya.

Bersambung di lain waktu...... terima kasih..


*********************

Hai.. hehehe,, sorrylahh uolzz.. Bab kali ni nampak boring lahh.. Korang dah baca jangan lupa komen tau.. segala kekurangan dalam ni Iqa mintak maaf taww.. Tak terlalu sempurna coz Iqa baru nak menulis..Baru nak berjinak-jinak dalam dunia penulisan. So.. paham-paham je lah ye.. Iqa perlukan sokongan uolzz semua.. taww..Tq sangat2  sebab sudi baca.. tq..



THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

4 comments:

Prince of Noob said...

layan jiwang malam2.. done follow - Noob

Ria Natsumi said...

salam...ria komen okey...
hmmm ada beberapa tatabahasa yang salah tetapi biasa la tu menulis...org yg menegur nipun ada buat salah juga hmmmm keseluruhan jalan citer menarik....ada bab 3 dah ke?

Anonymous said...

huhu, sedih! kenapa Sya pengsan ek? huhu..nk sambung bce ni! terbaik!

najwa atiqah said...

Kak..seddiyy owh smpy. Bap nieyh..nanges d buatnya..terbaikk kak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...