"MA, Sya ingat Sya
nak tinggal sendiri la ma. Tinggal kat rumah sendiri. Sya dah ada tempat. Cuma
nak minta kata setuju dari mama aje. Kalau mama dan ayah setuju, dalam masa
terdekat ni Sya nak pindah. Tapi kalau boleh nak jugak lah.” Aliesya memujuk
Puan Zadriana. ‘Moga lembut hati mama dan ayah.’ Hatinya tulus berdoa.
Semua mata tertumpu ke arah Aliesya.
Mendengarkan itu, Puan Zadriana mengeluh berat. Mengenai soal itu, dia sangat
ragu-ragu untuk melepaskan anak gadisnya tinggal bersendirian. Bukan dia tidak
percaya tetapi dia tidak sanggup hendak berjauhan dengan anaknya itu.
Aliesya menyambung bicara. “Ma jangan
risau okey? Sya tinggal berdua. Dengan kawan Sya, Najihah. Lagipun rumah sewa
tu tak berapa jauh dengan office Sya. Senang sikit kalau hari-hari pergi
office.” Aliesya masih lagi memujuk mamanya.
“Mama tak kisah tapi mama takut apa-apa terjadi
pada kamu nanti. Mama risau. Sya lah satu-satunya anak perempuan mama. Mana ada
yang lain.” riak kerisauan jelas kelihatan di wajah Puan Zadriana. Nampaknya
dia benar-benar risau dengan keadaan Aliesya.
“Sya dah besar ma. Sya pandai jaga diri
Sya sendiri. Mama janganlah terlalu risau.” Aliesya mencapai tangan mamanya dan
dielus lembut. Kasihan juga melihat mamanya kerisauan begitu.
“Kalau itu sudah menjadi keputusan Sya,
ayah rela lepaskan Sya tinggal berjauhan. Asalkan Sya dapat menjaga diri Sya
sebaik mungkin. Jaga kehormatan diri dan nama baik keluarga. Itu sahaja.” Kali
ini Encik Rahimi pula membuka suara memberi kata putus.
Sudah mekar senyuman di bibir Aliesya.
“Terima kasih ayah.. ma.. Sya akan pegang kata-kata ayah.” Puas hatinya kerana
permintaannya itu diterima. ‘Nasib baik plan nak pujuk guna air mata tak
menjadi. Kalau tak, jenuh aku nak keluarkan air mata palsu ni.’ Aliesya
tergelak kecil.
“Bila Sya nak pindah tu? Dah tetapkan
tarikh?” Fazrin Irham pula mencelah.
“Hmm.” Aliesya mengangguk. “Insya Allah..
Dalam masa seminggu ni.”
Fazrin pula mengangguk kepalanya tanda
faham. “Ha, kalau dah tinggal jauh tu, jangan lupa rumah kat sini pula ya.”
Fazrin menyakat adiknya. Gelaknya ditahan.
Masing-masing tergelak melihat gelagat
Aliesya mencubit geram ke arah Fazrin. ‘Saja dia ni nak perli aku. Kan
sedap kena sebiji.’ Hatinya merungut geram juga terasa bahagia dengan gelagat
keluarganya itu.
Nur Adrianna Aliesya
Tepat jam menunjukkan pukul 12
tengahari, cepat-cepat Aliesya mengambil remote control. Dibukanya
siaran NTV7 yang sedang giat menyiarkan drama korea ‘BOYS OVER FLOWERS’. ‘Huh,
bestnya kalau dapat orang macam JI HOO ni, dah la hensem, romantik pulak tu.
Eee.. Kenapalah aku boleh terminat pada dia ni?’ Masih lagi Aliesya
berangan-angan tinggi.
“Hei, Sya !!” sergah Fazrin melihat
adiknya leka menonton. “Kalau ya pun minat sangat dengan korea tu, jangan la
sampai leka. Daripada tengok muka orang korea ni, baik tengok muka abang yang
asli tercipta hensem ni. Kalah semua orang korea ni tau, muka abang tulen
punya. Diorang semua tu buat plastic sugery aje.” panjang lebar
Fazrin berceramah. Memang Aliesya mengakui ke’hensem’an milik Fazrin Irham
tetapi ‘janganlah over sangat.’
Aliesya memandang Fazrin tajam. ‘Kalau nak
bergurau pun, kena ada tempatnya. Jangan main hentam aje..’ rungut hati
kecilnya.
“Walaupun
diorang buat plastic sugery, mulut diorang tak ada macam abang.
MULUT …… MURAI…!!!!!” perli Aliesya geram dengan syarahan abangnya tadi. Pantang
benar dia disakat oleh Fazrin Irham.
Fazrin hanya tergelak melihat gelagat
Aliesya. Pantang pelakon koreanya dikutuk ,jangan harap boleh terlepas dengan
balasan sindiran darinya pula. ‘Huh, gila korea betul adik aku yang sorang ni.’
bicara hatinya lucu dengan tabiat Aliesya.
Siaran pun berakhir pada pukul 1 petang.
Aliesya terus naik ke atas memasuki biliknya. Barangkali mahu menunaikan solat
zohor. Selepas habis solat zohor, dia pun terlentang di atas katilnya dan terus
zzz…
**************
“WHAT are you talking
about that, papa? Ape yang papa cakap ni? Amir tak faham lah dengan sikap papa
ni. Papa tak boleh paksa Amir macam ni. Amir perlukan kerelaan dalam perkara
serius macam ni. Ni bukannya perkara kecil. Ia dah membabitkan kebahagiaan Amir. Please
understand me, papa” kata Amir mundar-mandir menahan marah yang
membuak-buak di dalam dadanya. Fikirannya serabut. Kusut dek permasalahan ini.
“Papa tahu, ini bukan perkara yang kecil
tapi ia juga adalah sebahagian hak papa untuk menentukannya. Lagipun papa
dah ada calon yang sesuai untuk Amir. Dan kali ini papa yakin dengan pilihan papa.
Amir kena percaya pada papa. ” Datuk Aznan tetap mempertahankan dirinya.
“Disebabkan pilihan dari papa lah yang
membuatkan Amir ragu-ragu untuk menerimanya. Amir tak berminat dengan gaya
hidup kawan-kawan papa tu, semuanya salah di mata Amir, lagi-lagi pada
pilihan papa, Amir boleh uruskannya sendiri dan papa tak perlu menyusahkan diri
papa untuk menguruskan hidup Amir. Please papa.” masih lagi Amir
menyangkal kata-kata papanya.
Semua yang melihat perbalahan itu, terdiam
menyaksikan kerenah dua beranak. Datuk Aznan menekan-nekan dada menahan sebak
dengan kerenah anaknya, Amir Amran itu.
“Dah lah, malas Amir nak berbalah dengan
papa. Nanti panjang pula ceritanya. Kalau papa nak sangat dengan pilihan papa
tu, papa aje lah yang kahwin. Kalau tak pun, bagi aje calon papa tu dekat Adam.
Habis cerita.” Amir memberi kata putus bagi perbincangan ini.
Adam yang leka menonton, tiba-tiba
tersentak mendengar butir bicara Amir. ‘Apalah dia ni. Papa suruh dia yang
kahwin, aku pula jadi mangsa..’ Cetus hatinya. Datin Radhiah terus mendapatkan
suaminya sambil menenangkan keadaan. Amir melangkah laju ke arah pintu tapi
sempat ditahan kakaknya, Asma Alia.
“Amir, tolong fikir baik-baik ya. Cari
keputusan yang terbaik. Think positive. Buatlah keputusan yang dapat
memberi kebaikan untuk semua.” mendalam benar maksud bagi kata-kata Asma Alia
buat Amir Amran.
Muka Asma dipandang sayu oleh Amir.
Langkahnya laju menghala ke arah kereta BMW putih miliknya. ‘Kenapa dengan aku
ni? kenapa aku terlalu mengikuthati dan perasaan? Arghhh...’ Fikirannya buntu.
Kusut memikirkan jalan penyelesaian. Keretanya dipandu laju terus membelah
kegelapan malam agar dapat menutup kemarahan hatinya.
***************
“AKU pun tak tau apa yang dia nak
sebenarnya.” kata Amir melepaskan geram yang masih menggunung di hatinya kepada
Hanif, rakan baiknya susah dan senang.
“Sabar ajelah. Dia nak buat yang terbaik
untuk kau agaknya. Kan doa ayah tu lebih kepada kebaikan." Hanif
masih lagi memberikan kata-kata semangat pada Amir. Kasihan dia melihat
keadaan Amir Amran begini.
Hanif juga sudah mengetahui kisah yang
berlaku di antara Amir dan Datuk Aznan. Mana tidaknya, selepas ‘sesi’
pertengkaran, terus ditujunya ke rumah Hanif sebagai sasaran melepaskan geram.
Hanif sudah terbiasa dengan sikap Amir yang sebegitu.
“Pening aku dibuatnya.” masih lagi Amir
meneruskan kata-katanya.
“Dah lah, malas aku nak dengar kau membebel. Silap hari bulan, telinga aku kena
check klinik. Cuba kau fikir baik-baik, Amir. Takkan kau nak papa kau
sakit lagi. Kau kena berfikiran jernih walaupun keputusan yang akan kau buat
nanti bakal memerlukan pengorbanan diri kau sendiri. Sekiranya itulah yang
terbaik untuk orang sekeliling kau.” panjang lebar Hanif berceramah. Amir hanya
diam membisu mendengarkan itu.
“Buat masa ni, aku kena fikir dululah, Nif. Aku perlukan ketenangan sekarang.
Kepala aku serabut.”
“Okey.. Aku faham situasi kau sekarang.
Hmmm.. so, lepas ni kau nak pergi mana? Takkan kau nak balik rumah kot dalam
keadaan macam ni?” soal Hanif menukar topik utama.
Amir terdiam. Tidak pula dia memikirkan arah tujunya selepas ini.
Amir Amran
“Macam mana ? Ada tempat menginap ?” sengaja Hanif mempermainkan Amir. Bukan dia
tidak tahu, sekiranya Amir sudah bertandang ke rumahnya malam-malam begini
sudah pasti rumahnya dinobatkan sebagai rumah Amir juga.
“Takkan lah aku nak balik dalam keadaan macam ni kot. Tak pasal-pasal, lain
pula jadinya. Kau pun fahamkan. ”
“Hmm.. Jadi kau nak cari apartmen ke hotel ???”
“Aku dah ada kawan, buat apa membazir duit pergi hotel. Menyusahkan diri
sendiri adalah.” balas Amir sambil tersenyum sinis memandang Hanif dengan
seribu makna.
“Okey.. Kiranya rumah aku lah jadi hotel kau?”
“Sudah semestinya.. Kau kan kawan aku dunia akhirat hehe..”, cepat Amir
membalas kata-kata Hanif.
Hanif tergelak dengan kerenah Amir. Walaupun disimbahi dengan berbagai masalah,
Amir masih lagi bermurah hati untuk melemparkan senyuman. Dan malam itu berlalu
pergi meninggalkan Amir dengan khayalannya sendiri. Membiarkan dia di dalam
dilema yang bakal ditempuhinya nanti.
***************
BUNYI kicauan burung di pagi hari
membuatkan Aliesya giat untuk meneruskan tidurnya. Matanya terpejam rapat.
Selimut yang tadinya terpisah, ditarik semula. ‘Ah, Sedapnya tidur. Dah lah
sejuk pagi-pagi ni, hmm..’. Dia tersenyum senang didalam mimpi. ‘Tak apa lah..
Hari ni kan hari terakhir aku kat sini. Santai aje lah. Lagipun bukannya aku
ada temu janji.’ Tiba-tiba matanya yang galak terpejam rapat, terus dibukanya.
“TEMU JANJI... ??!!” jerit Aliesya
menggegarkan biliknya. “Oh, aku lupa. Aku ada janji nak jumpa dengan Jiha dekat
cafe. Aku dah lambat ni.”, matanya dikerlingkan ke arah jam dinding yang tergantung
indah di biliknya.
Terus saja dicapainya tuala dan berlari
memasuki bilik air yang berdekatan dengan biliknya selepas melihat jam
dindingnya yang menunjukkan 9.15 pagi. Selepas 15 minit berlalu, dia terus
menyiapkan dirinya untuk berjumpa dengan Najihah dan terus berlari mendapatkan
Fazrin Irham yang sedang leka menikmati kopi panas. Cepat-cepat Aliesya menuang
air kopi dan terus menyumbatnya ke dalam mulut. Fazrin Irham melihat hairan
dengan gelagat Aliesya. ‘Tidak panaskah air kopi itu?’ Fazrin menggeleng.
“Eh, Sya. Kenapa ni? Kelam kabut je abang
te...”, belum sempat Fazrin Irham meneruskan kata-katanya, terus saja Aliesya
memotong.
“ Maaf ye bang,. Sya dah lambat
ni ”, terus saja dicapai beg bimbitnya di atas meja.
Tergesa-gesa Aliesya membawa kereta menuju sebuah restoran. ‘Habislah aku kena
bebel dengan Jiha nanti. Dahlah dia tu kuat membebel. Habis pecah gegendang
telinga aku nanti.’ hatinya masih lagi sempat berkata-kata. Terus dia
memusingkan keretanya di salah satu carpark yang kosong dan secara
tiba-tiba kehadiran sebuah kereta telah mencelah tempat parkingnya. Perasaan
marah mula meresap ke dalam hati Aliesya. Terus dibuka pintu keretanya dan
menuju ke arah pemilik kereta itu.
“Eh, sorry please. Boleh tak tolong buka tingkap kereta ni kejap?” kata
Aliesya menahan marah di hatinya sambil tangannya mengetuk-ngetuk tingkap
kereta itu.
Tiba-tiba pintu kereta itu terbuka dan
muncul seorang lelaki di balik pintu dengan lengkap memakai kot hitam dan di hiasi
sunglasses yang dipakainya. Sempurna. Aliesya hanya melihat lelaki itu
mendekatinya.
“Iya cik adik. Apa yang kecoh-kecoh ni?”
dengan langkah yang sombong lelaki itu menegur.
‘Sempat lagi dia ni nak bergurau dengan aku. Dahlah aku lambat sampai,
dia pula cari pasal dengan aku kat sini. Naik lah angin aku macam ni.’ Aliesya
mengutuk lelaki itu di hatinya. Mana tidaknya, sudah bersalah buat muka seperti
tidak bersalah.
“Hmmm.. pandai awak bergurau ya. Awak tahu tak yang awak dah mencelah tempat
saya ni?” Aliesya terus meluahkan isi hatinya.
Lelaki itu terus memandang ke kereta Aliesya dan memandang semula ke Aliesya
dengan satu senyuman sinis darinya.
“So.. Apa yang kau nak buat sekarang? Nak telefon polis pun tak ada gunanya. Ni
tempat awam.” lelaki itu mula menyakitkan hati Aliesya.
“Apa yang awak cakap ni? Awak dah mencelah tempat saya dan lepas tu awak
sengaja perli saya. Lelaki jenis apa awak ni? hish..” hambur Aliesya geram
dengan keletah lelaki itu.
“Okey,. Dah habis dah? Okey.. Dont disturb me now. I’m so
busy.. Please leave me now. Aku tak ada masa sekarang nak
dengar kau membebel panjang-panjang. Sorry.. ” lelaki itu
terus melangkah laju ke arah salah satu restoran yang berderet-deret di situ.
Bagai dipetir hati Aliesya mendengar kata-kata lelaki itu. Selepas meletakkan
keretanya, dia cepat-cepat menuju ke arah cafe yang dijanjinya itu. ‘Apa lah
dia tu. Buat sakit hati je. Dia fikir dia sorang aje yang sibuk. I’m so busy
lah konon. Patutnya aku yang marah tapi tadi dia yang marah aku. Hish.. Pelik
betul. Hatinya membebel-bebel seorang diri.
“Hai, Jiha. Lama kau tunggu aku?” sergah Aliesya yang tiba-tiba muncul dari
arah belakang Najihah dengan tersenyum-senyum kambing.
Najihah memandang tajam ke arah Aliesya. Senyumannya mati gara-gara Aliesya
terlewat.
“Kau ni apa lah, Sya. Dah lama aku tunggu kat sini, kau masih lagi tanya kat
aku da lama ke tak aku tunggu? Mestilah lama. Dah ber abad-abad aku tunggu kau.
Sampai aku yang tak berjanggut ni boleh tumbuh janggut tau.”, bebel Najihah
panjang lebar.
“I’m sorry, okey ? Aku lewat sebab ada lelaki gila kacau aku tadi. Kalau
tak disebabkan dia, aku takkan lewat sampai setengah jam macam ni ”, ujar
Aliesya melihat jam tangannya.
“Lelaki gila mana pula? Aku masuk cafe tadi, tak nampak pun lelaki gila ”
“Dah lah. Malas aku nak fikir. Buang masa aje ” Aliesya memutuskan perbicaraan
mereka dan terus memanggil waitress.
Aliesya leka melayan waitress yang dipanggilnya sambil membelek-belek
menu yang disediakan. Najihah hanya melihat gelagat Aliesya tersenyum panjang. ‘Ada-ada
aje perangai dia ni. Tak boleh nak diramal. Kejap cerah. kejap mendung. Hmm..
Comel betul.’ Najihah tersenyum senang dan tanpa disedari, seorang lelaki
menegurnya.
“Hai, Jiha. You sorang aje ke?” lelaki itu menegur Najihah.
Aliesya yang dari tadi leka menbelek menu, tiba-tiba tersentak. Eh,. Macam aku
pernah dengar aje suara ni. Suara siapa? Terus saja Aliesya mengalihkan
pandangannya ke arah Najihah yang mendekati seorang lelaki. ‘Ya Allah. Dia ke?
Suara dia ni aku kenal sangat. Suara yang perli-perli aku tadi. Nak apa lah
mamat ni kat sini?’ Aliesya memandang tajam kearah lelaki itu.
“Eh, Amir. Apa yang you buat kat sini? Ha, lagi satu. You nampak I
berdua ke bertiga?”, sengaja Najihah memerli lelaki bernama Amir itu.
“I sengaja datang kat sini. Rindu pula rasanya nak menjamah makanan kat sini.”
Amir Amran terus menjawab dan memandang Aliesya yang leka melihatnya.
Aliesya tersentak dengan pandangan Amir. Eh.. pandang aku pula. Aku bagi rasa
buku lima aku ni baru tau. Aliesya membalas pandangan Amir dengan tajam. Amir
hanya tersenyum dengan gelagat Aliesya. Najihah pula memandang pelik ke arah
Aliesya. Dengan pantas tangannya mencubit tangan Aliesya.
“APA??! Sakitlah.. ” Aliesya mengaduh sakit sambil memegang tangannya yang dicubit
Najihah.
“Kenapa kau pandang si Amir tu macam nak telan aje ?” bisik Najihah.
“Apa-apa pun. Boleh I join you’ll kat sini ?” celah Amir
memotong perbicaraan Aliesya dan Najihah.
“Hah?!!” Aliesya terkejut dengan permintaan Amir dan terus dia menggeleng tanda
tidak setuju.
Najihah pula hanya mengangguk tanda setuju. “Hmm, Duduk lah. Kalau ya pun,
tanggalkanlah sunglasses you tu. Bukannya ada matahari pun
dalam cafe ni.” Najihah hanya tergelak memandang Amir yang tidak menanggalkan sunglassesnya
sedari tadi lagi.
“Oh.. I sakit mata. Jadi I tak boleh nak lepas.” kata Amir tersenyum sinis
memandang Aliesya.
Aliesya hanya menadah sahaja telinganya. Dia tahu yang Amir sengaja
memperlinya.
“Jiha, aku balik dulu ya. Next time kita jumpe lagi.” Aliesya terus
bangun mencapai beg tangannya. Tidak jadi dia hendak meneruskan kata-katanya.
Malas dia hendak melayan kerenah lelaki yang tidak dikenalinya itu.
Najihah tercengang memandang Aliesya. ‘Pehal pulak dengan minah sorang
ni ?’ Cepat-cepat dia menarik tangan
Aliesya.
“Sya..!!! Nanti kejap. Kalau ya pun,
jamah-jamah la dulu air yang kau dah order tu. ” tunjuk Najihah ke arah
air yang baru saja sampai di meja makan mereka.
‘Ya tak ya juga kan. Rugi aje order tapi tak minum. Duduk aje la
sekejap..’ getus Aliesya di dalam hati kemudian kakinya terus melangkah ke
tempatnya semula. Amir hanya menahan gelak dengan perlakuan Aliesya.
“Ha..!! Kan okey tu. By the way, aku nak kenalkan kau
dengan my cousin. Nama dia Amir Amran.” Najihah memperkenalkan
sepupunya itu kepada Aliesya.
Cousin??!! Air
yang diteguknya tidak sampai ke kerongkong. ‘Aku tak tau pun.’ Aliesya hanya
memandang Najihah dengan seribu makna.
**************
Terima kasih sudi baca ya.. Jangan lupa komen taw.. Sayang korang..
6 comments:
burung antu ni kacau betul...
Hai~ Best lah .. jom baca citer saya pulak. Sorrylaa.. Baru sikit saya post. tgn ni haa malas nak menaip XD
http://sjanelf.blogspot.com/2012/10/what-roomate-baru.html
Not bad :) Teruskan ya.... :)
haha . aah . burung antu nie menyemak jee . hehe :D
best! keep go on!
Best.
Post a Comment