Ugutan Cinta 14

,7/04/2013 03:44:00 AM | 14 Comment


BAB 14


“IFFA tu bodoh. Percaya sangat dengan kata-kata I. Orang gila pun tak nak dengan perempuan miskin macam dia. Apalagi I. I ada pangkat doktor. Tak sesuai berdamping dengan guru pra sekolah macam dia tu.”
     Iffa terlopong. Kata-kata yang baru terbit dari bibir Ridzki benar-benar menusuk hati wanitanya. Terasa dirinya dipermainkan oleh lelaki itu. Mujur dia tahu sekarang yang Ridzki hanya mempermainkan dirinya. Kalau tak, mungkin dia akan hanyut dek penipuan yang dicipta oleh Ridzki.
     Air mata mula mengalir di pipi mulusnya. Memang tidak tahan dengan situasi yang dihadapinya sekarang. Dia hanya bersandar di balik dinding yang memisahkan antara dia dan Ridzki.
     Memang semuanya ini secara kebetulan. Dia dijemput oleh Ridzwan ke rumah mereka sempena majlis hari ulang tahun kembar seiras itu. Dan memang secara kebetulan juga dia terdengar perbualan Ridzki bersama dua orang sahabat lelaki itu.
     Iffa menangis semahunya di balik dinding yang sedikit gelap akibat di halang pancaran cahaya lampu itu. Tidaklah tetamu yang lain melihatnya berdiam di situ. Dia terduduk. Dadanya dipukul-pukul perlahan. Sedikit pun tidak berasa sakit kerana hatinya lebih merasa perit dikhianati begitu.
     Air mata diseka beberapa kali. Air mata yang berlinangan di tubir matanya tiada tanda-tanda mahu berhenti mengalir.
     “If.. Iffa..” Terkedu Ridzki apabila dia terlihat susuk tubuh Iffa yang memandang dinding itu.
     Iffa tidak menoleh. Sebaliknya dia cuba menghalang raut wajahnya dari dilihat oleh Ridzki. Air mata terus diseka tanpa henti. Mendengar suara Ridzki kala ini memang menyakitkan hatinya.
     “Iffa, are you okey?” soal Ridzki apabila panggilannya tidak bersahut oleh gadis itu. Dia dapat mengagak yang gadis itu mendengar perbualannya tadi.
     “Iffa..” Bahu Iffa disentuhnya.
     Iffa cepat-cepat mengelak. Dia memandang tajam ke arah Ridzki yang masih lagi berani menyentuhnya.
     “Saya ni hanyalah perempuan miskin yang tak setaraf dengan awak. Ridzki Adha, mulai hari ni saya bukan lagi teman wanita awak dan tak akan menjadi teman hidup awak untuk selama-lamanya.”
     Ridzki terdiam. Memang tepat sangkaannya. Iffa sudah mendengar perbualannya sebentar tadi.
     “Iffa, semuanya salah faham. Apa yang awak fikirkan tu semuanya salah faham.” Ridzki cuba menegakkan benang yang basah.
     Iffa menangis lagi. Sudah tertangkap masih lagi nak membela diri.
     “Apa yang salah faham? Awak betul-betul dah malukan saya depan kawan-kawan awak. Yang paling teruk sekali, awak dah calarkan maruah saya sebagai seorang wanita. Awak anggap saya ni macam perempuan bodoh yang bergantung hanya pada awak.”
     “Saya minta maaf, Iffa. Saya tak ada maksud nak cakap macam tu. Awak kena faham.”
     “Dah lah, Ridz. Tak ada apa yang perlu awak jelaskan. Yang pasti, saya tak akan berhubungan dengan awak lagi.” Iffa sudah bertekad. Dia perlu meninggalkan lelaki yang sudah mencalar harga dirinya tadi.
      Ridzki terpempam. Tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi. Akhirnya dia hanya membiarkan Iffa berlalu pergi.
     “Iffa, kenapa ni?” Ridzwan menegur Iffa apabila dia melihat gadis molek itu menangis tanpa henti. Ditenung juga wajah Ridzki yang kelat itu.
     Iffa terus berlalu pergi tanpa menjawab sebarang kata-kata pun. Ridzwan mendekati adik kembarnya. Bahu lelaki itu ditepuk beberapa kali.
     “Aku pernah cakap pada kau. Hati wanita itu perlu dijaga, bukan untuk dipermainkan. Sekali kau lepaskan Iffa, aku akan rampas dia untuk jadi milik aku. Kau sendiri tau yang aku pun mencintai Iffa. Kalau niat kau hanya untuk mempermainkan Iffa, tolong serahkan dia pada aku agar aku dapat melindungi dia dari lelaki buaya yang tahu memperlakukan wanita seenaknya.”
     Ridzki menjeling tajam ke arah Ridzwan sebaik sahaja lelaki itu pergi selepas meluahkan kata-kata. Dia menyepak pasu bunga yang berdekatan dengannya itu. Dia sudah tidak menghiraukan tetamu yang datang.
     Iffa sudah keluar dari pagar banglo itu. Hatinya terluka. Terluka dek perbuatan lelaki yang hanya tahu mempermainkan hati wanita. Peritnya..
     “Kenapa menangis sorang-sorang ni?”
     Teguran Datin Halimah telah membuatkan kenangan pahit yang dilaluinya bersama Ridzki berlalu begitu saja. Air mata yang mengalir tanpa sengaja itu dikesat dengan hujung bajunya.
     “Tak adalah, Datin. Angin kuat sangat sampai pedih mata Iffa dibuatnya.”
     Datin Halimah tersenyum manis. Dia tahu yang gadis itu cuba menutup air matanya dengan berbagai alasan.
     “Apa berdatin-datin ni. Iffa dah jadi menantu mama. Kena panggil mama ye.” Bahu Iffa diraih lembut.
     Iffa tersengih. Datin Halimah memang baik.
     “Terima kasih, mama.” Walaupun sedikit janggal dengan panggilan baru itu, dia tetap akan mencubanya demi menjaga hati wanita berumur itu.


*~*


“SELAMAT pengantin baru, awak.”
     Iffa hanya tersenyum apabila ucapan yang terbit dari bibir Humaira menyinggah ke cuping telinganya. Tangannya diraih lembut oleh Humaira.
     “Tak sangka awak kahwin dulu dari saya. Tahniah ye awak.” Berkali-kali Humaira mengucapkan selamat pada Iffa.
     “Terima kasih.” Hanya itu yang mampu Iffa suarakan kepada Humaira.
     Humaira memandang pelik. “Aik?! Macam tak gembira aje.”
     Iffa menggeleng laju. Takkan dia nak tunjuk rasa sedih yang bertandang di hatinya kepada orang lain.
     Humaira mengangguk sahaja. “Maaf sebab saya tak dapat datang masa akad nikah awak hari tu. Saya sibuk dengan wedding saya minggu depan.”
     Iffa tersenyum mendengar penjelasan Humaira. “Tak apa. Awak dah datang ni pun saya dah berterima kasih.”
     Dari jauh lagi Qasyaf melihat Iffa sibuk bersembang dengan temannya. Dia melangkah mendekati Iffa dan Humaira yang leka bergelak ketawa itu.
     “Hai, sayang.” Bahu Iffa diraihnya lembut. Ketat. Rapat.
     Iffa tersenyum kelat. Kalaulah Humaira tidak ada dengan mereka, sudah lama dia menepis tangan Qasyaf.
     “Hai, I Qasyaf. Suami Iffa.” Qasyaf mengenalkan dirinya sendiri kepada Humaira. Nak harapkan Iffa, tahun depan pun belum tentu dia nak buka mulut.
     Humaira tersenyum. “Hai, I Humaira. Kawan sekolah Iffa. I macam kenal you lah.”
     “You kenal I?”
     Humaira mengangguk. “Yes.”
     “Owh, I kan selalu masuk paper. C.E.O Sinar Holding. Sure lah kalau you kenal I.”
     Iffa mencebik. Huh.. Masuk bakul angkat sendiri nampak.
     “Tapi I pun rasa I pernah nampak you. Tak silap I, bukan ke you ni bakal isteri Hafie?” Qasyaf mengagak-agak sahaja.
     Humaira mengangguk. “Yes. Mana you kenal?”
     Iffa hanya menjadi pendengar  setia antara dua manusia yang tegak berdiri dihadapannya.
     “Dia pernah bagi I tengok gambar you. Tak sangka you ni terlihat lebih cantik dari dalam gambar,” puji Qasyaf sambil tersenyum ikhlas.
     Iffa berkerut. Pujian Qasyaf terhadap Humaira seperti berlebihan. Cemburu? Oh, tidak. Dia tidak cemburu. Masakan hal kecil seperti ini hendak dia cemburukan. Habis tu, apa yang dikerutkan sangat tentang pujian itu? Entahlah. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menafsirkan maksud ‘pujian berlebihan’ yang bermain di otaknya itu.
     Qasyaf hanya tergelak kecil melihat si isteri berkerut. Akhirnya dia menamatkan sahaja perbualannya dengan Humaira. Tangan Iffa diraih lembut lalu bahu gadis itu dipeluknya.
     Walaupun Iffa kurang senang dengan reaksi Qasyaf, tetapi dia hanya membiarkan perbuatan lelaki itu disebabkan banyak mata-mata yang merenung mereka.


*~*


MAJLIS beransur reda sejak dari pukul 9 malam tadi. Semua orang yang bertugas pula sudah terserlah keletihan di wajah-wajah mereka. Iffa juga sudah keletihan gara-gara tidak berhenti melayan tetamu sejak dari kenduri di rumahnya semalam.
     Kakinya mula melangkah longlai ke bilik. Kelibat Qasyaf juga tidak terlihat sejak tadi. Mungkin lelaki itu masih lagi melayan tetamu yang tinggal. Dia sudah tidak terlayan. Penatnya bukan main. Rasa macam nak pengsan pun ada.
     Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, Iffa terus melangkah ke katil. Ahh.. Leganya dapat berbaring. Dia sudah tidak peduli jika baju yang dipakainya itu akan ronyok. Yang dia tahu dia ingin baring dan melepaskan penat yang sudah menggunung itu.
     Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Cepat-cepat dia bangun mengambil beg duitnya. Terselit sekeping gambar di dalamnya. Dia menarik keluar gambar itu lalu ditenungnya lama.
     Sejak dia dihantui oleh Ridzwan di dalam tidurnya, dia sering membawa gambar lelaki itu ke mana-mana. Kadang kala gambar lelaki itu ditenung lama seperti mengharap jawapan atas kehadiran lelaki itu dalam mimpinya. Seperti ada sesuatu yang harus dia bongkarkan. Tetapi apakan daya, dia bukanlah seorang detektif.
      Akhirnya Iffa meletakkan gambar itu di meja sebelah kanannya. Dia harus turun ke ruang tamu untuk mengambil barangnya yang tertinggal. Dia mula bangkit dari tempatnya dan terus menuju ke tingkat bawah.
     Suasana di tingkat bawah sudah lengang. Mungkin semua tetamu sudah pulang ke rumah masing-masing. Encik Irham dan keluarga sudah lama pulang selepas berpamitan dengannya. Hanya di ruangan dapur yang kedengaran agak riuh.
     Iffa mencapai telefon bimbitnya yang terselit di antara pasu bunga yang terdapat di ruang tamu itu. Kemudian dia menjengah ke dapur sebentar. Terlihat Datin Halimah dan beberapa orang lagi sibuk bersembang. Mungkin mereka melepaskan penat dengan bersembang setelah seharian suntuk bekerja untuk majlisnya hari ini.
     Setelah itu, Iffa memasuki biliknya semula. Pintu dikuak perlahan. Dia tersentak apabila Qasyaf sudah ada di bilik itu. Sejak bila lelaki itu masuk pun dia tidak tahu kerana tidak pula dia melihat lelaki itu menaiki tangga.
     Iffa buat tak tahu. Derap langkahnya laju menuju ke arah terletaknya almari. Sekali lagi dia terkejut apabila dia melihat lelaki itu bangun lalu mencapai kepingan gambar yang diletakkannya di atas meja itu sebentar tadi.
     Ya Allah.. Hanya itu yang terdetik di hatinya saat ini. Pasti banyak persoalan yang berlegar di kepala otak lelaki itu memandangkan lelaki itu lama berdiam memandang gambar yang dipegangnya. Iffa menepuk dahi beberapa kali. Kenapalah dia begitu cuai sehingga terlupa yang dia berada di bilik Qasyaf saat ini. Iffa mengeluh sendirian.
     “Memang handsome lelaki dalam gambar ni. Tapi, I lagi handsome. Smart. Bergaya.” Kata-kata Qasyaf membuatkan Iffa tertumpu ke arahnya.
     “Siapa lelaki handsome ni?” soal Qasyaf lagi apabila dia tidak mendapat sebarang respon dari Iffa.
     Berkerut dahi Iffa mendengar pertanyaan Qasyaf. Pandai-pandai saja lelaki ini mengambil barangnya tanpa kebenaran. Iffa mencebik lalu dia menuju ke arah Qasyaf. Gambar di tangan lelaki itu ditarik kasar. Ha, ambil kau. Berdosa ambil barang orang tau. Detik hatinya geram.
     “Bukan urusan encik. Tak perlu kut nak tau,” ujar Iffa seraya memasukkan gambar itu ke tempatnya semula.
     “Remember.. You’re my wife now. Don’t forget about it. Forever..” ujar Qasyaf bernada cemburu walaupun dia pasti itulah lelaki yang hampir berkahwin dengan isterinya itu. Disebabkan kemalangan yang tidak diduga, majlis kahwin gadis itu dibatalkan serta merta.
     “I know. Don’t worry.”
     Iffa mengetap gigi. Apa dia ingat aku tak pandai speaking ke? Aku pandailah. Iffa tersenyum sinis dalam hati.
    Qasyaf hanya mengangguk. Mungkin lelaki itu malas hendak menjangkan cerita. Iffa pula mencapai tuala yang tersidai di penyangkut baju. Dia ingin mandi. Seharian dia terperap dengan dress labuh pilihan mak mertuanya itu.
    “Jom mandi sama..” Qasyaf bangun dari tempatnya lalu mencapai tualanya pula. Sengaja dia hendak menyakat Iffa.
     Iffa menghentikan langkah. Dia mengetap gigi. Geram dengan usikan lelaki itu kepadanya. Bukan dia tidak tahu lelaki itu sengaja hendak menyakatnya.
     “Encik tak payah nak mengada-ngada.”
     Iffa menolak tubuh lelaki yang sasa itu menjauhi pintu bilik air. Tak faham bahasa agaknya lelaki ini. Dia berusaha menolak tubuh lelaki itu, tapi apakan daya kudrat wanita tidaklah sekuat mana. Satu inci pun tidak bergerak.
     Qasyaf hanya tergelak melihat reaksi Iffa yang tidak puas hati itu. Memang suka benar wajah Iffa apabila raut wajah gadis itu merona merah. Mungkin marah. Mungkin juga malu dengan usikannya.
     “Eh, encik buat apa lagi kat sini? Tak faham-faham lagi ke?” ujar Iffa sambil memuncungkan bibirnya ke arah pintu bilik.
     “Hah?” Qasyaf tersengih. Buat-buat tak faham.
     “Ish.. Tolong keluar. Saya nak mandi sekarang ni,” arah Iffa sambil mencekak pinggang. Dah macam ibu marahkan anaknya pula.
     “I pun nak mandi jugalah,” ujar Qasyaf sambil membuat muka kasihan.
     “Mandi tempat lain. Bilik air banyak. Bukan ada satu aje.”
     “Okey lah. You tu kan macam mutiara. Sesiapa pun tak boleh tengok mutiara you tu.”
     Iffa mengangguk. “Ha, tau pun encik. Bagus.. Bagus.. Good guy.”
     “Jangan sampai I intip you mandi sudahlah,” acah Qasyaf .
     Iffa terkedu. Berapi-api hatinya. Eh, main-mainkan aku pulak dia ni..
     “Kalau encik berani..” Iffa mengepal penumbuk buku limanya.
     Qasyaf tersenyum sinis. “Kalau I berani, kenapa? You nak buat apa pada I?” Ucapan Qasyaf seolah-olah mengugut gadis itu kembali.
     Iffa terdiam lagi. Tidak tahu apa yang hendak diutarakan buat lelaki itu.
     “Ikut youlah.. Yang pasti I nak mandi dalam bilik air ni.” Qasyaf berlalu sambil ketawa besar.
     Iffa merengus geram. Akhirnya dia memasuki bilik air apabila dia sudah memastikan yang pintu bilik itu terkunci rapat.


*~*


QASYAF menunggu di depan pintu biliknya semenjak dia keluar tadi. Dia malas hendak turun memandangkan suasana di tingkat bawah kedengaran sunyi tanpa suara. Mungkin semua sudah masuk ke bilik masing-masing.
     Qasyaf berjalan mundar mandir di depan pintu. Walaupun dia mempunyai kunci spare, dia tidak mahu menganggu gadis itu. Sekejap dia duduk di sofa yang tersedia di ruangan atas. Sekejap dia bersandar di tepi pintu menunggu pintu itu terbuka untuknya.
     Arghhh!!! Jeritan dari dalam bilik menyentakkan Qasyaf dari termenung kosong.
     Disebabkan biliknya adalah bilik yang kedap suara, hanya dia sajalah yang dapat mendengar jeritan dari dalam memandangkan dia bersandar pada pintu itu tadi. Penghuni rumah yang lain sudah membawa diri ke bilik masing-masing. Mungkin merea tidak mendengar jeritan yang datang dari biliknya.
     Qasyaf merentap kasar pintu bilik. Risau juga dia apabila mendengar jeritan Iffa dari dalam. Sejurus sahaja dia menguak pintu bilik, dia terlihat Iffa bersandar pada dinding dalam keadaan menangis. Dia merapati tubuh gadis itu.
     “Kenapa ni, Iffa?” soalnya lembut.
     Iffa menunjuk-nunjuk ke arah balkoni yang dihiasi langsir yang cantik itu. Qasyaf pelik. Apa yang tidak kena dengan balkoni itu?
     “Kenapa?” ulangnya lagi meminta kepastian.
     “Ad.. ada orang..” ujar Iffa gugup. Menggigil badannya.
     Qasyaf bangkit dari tempatnya dan terus menuju ke balkoni. Setiap penjuru balkoni diperiksanya. Tiada sesiapa di situ tapi mengapa Iffa kelihatan sangat takut. Seprti melihat seseorang yang menakutkan. Hantu? Tak kanlah. Mana ada hantu zaman siber begini. Pencuri? Mustahil. Ada pengawal di rumahnya. Lagipun, buat apa pencuri datang awal begini. Biasanya pukul du-tiga pagi baru mereka mula beroperasi.
     Qasyaf menutup rapat pintu sliding door. Dikuncinya ketat-ketat. Kemudian dia mendekati Iffa semula yang terduduk di tepi dinding sambil memeluk tubuhnya yang masih basah.
     “Dah.. I ada dengan you. You tak perlu takut lagi..” Qasyaf memeluk isterinya dengan harapan rasa takut di hati Iffa berkurangan.
     Hampir lima minit agenda itu berlaku. Iffa mula menolak pelukan lelaki itu lalu dia terus berbaring di atas sofa. Mata dipejam rapat-rapat.

     Qasyaf hanya melepaskan keluhan berat. Dalam fikirannya masih lagi tertanya-tanya apakah sebabnya Iffa sebegitu takut. Akhirnya dia mencapai tuala dan terus menerobos masuk ke dalam bilik air.

*~*~**~*~*~**~*~*~**~*~*~*~**~*~*
Update entry baru.. Enjoy reading.. Jangan lupa drop komennya sekali tauuu.. 

THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

14 comments:

Anonymous said...

Nice.. keep it up afie..lma br ade n3 bru...

umairah nora said...

alhamdulillah ada n3 bru.. ternnti2 bla la n3 bru nk msuk..hehe. nice. xsbar nk tgu next n3..

Domi Nisa said...

salam dik afie..akk dah dtg ohohoho..gelak besar sikit..
well done..akk suka
mesti roh ridzwan kan kan..datang menjenguk sang kekasih sedang buat apa :)

amiera shaik said...

besssssst hihi tak sabar nak tunggu entry baru

amiera shaik said...

besssssst hihi tak sabar nak tunggu entry baru

nisaa anisa said...

besst ...crta niee,

nurul nuqman said...

best

baby mio said...

BEST NAK LAGI.

Anonymous said...

Roh rizwan ker 2..? Rizwan mati d bunuh owg.? Adiknya sendri..???
X sabar nk bongkarkan segala misteri.
Bile la iffa akan tangkap cintan ngan en hasbn y romantiknya 2. Sweett gitu. ^_^

fara said...

2 ari marathon baca UC 1-14...best!
X sabar nak tgu next n3

fara said...

2 ari marathon baca UC 1-14...best!
X sabar nak tgu next n3

Anonymous said...

Best! Dah lama dah tunggu entry seterusnya! Kalau boleh, bukukan terus! hihi

Syhdh Alisbr said...

best!!!bile nk kuar??xsbar nak baca yg seterusnyer nie...hehe

Syhdh Alisbr said...

bestnyeeeer!!!bile nak kuar buku nie?sye x sabar nak beli..nk teruskan bacaan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...