BAB 14
“IFFA tu bodoh.
Percaya sangat dengan kata-kata I. Orang gila pun tak nak dengan perempuan
miskin macam dia. Apalagi I. I ada pangkat doktor. Tak sesuai berdamping dengan
guru pra sekolah macam dia tu.”
Iffa terlopong.
Kata-kata yang baru terbit dari bibir Ridzki benar-benar menusuk hati
wanitanya. Terasa dirinya dipermainkan oleh lelaki itu. Mujur dia tahu sekarang
yang Ridzki hanya mempermainkan dirinya. Kalau tak, mungkin dia akan hanyut dek
penipuan yang dicipta oleh Ridzki.
Air mata mula mengalir
di pipi mulusnya. Memang tidak tahan dengan situasi yang dihadapinya sekarang.
Dia hanya bersandar di balik dinding yang memisahkan antara dia dan Ridzki.
Memang semuanya ini
secara kebetulan. Dia dijemput oleh Ridzwan ke rumah mereka sempena majlis hari
ulang tahun kembar seiras itu. Dan memang secara kebetulan juga dia terdengar
perbualan Ridzki bersama dua orang sahabat lelaki itu.
Iffa menangis semahunya
di balik dinding yang sedikit gelap akibat di halang pancaran cahaya lampu itu.
Tidaklah tetamu yang lain melihatnya berdiam di situ. Dia terduduk. Dadanya
dipukul-pukul perlahan. Sedikit pun tidak berasa sakit kerana hatinya lebih
merasa perit dikhianati begitu.
Air mata diseka beberapa
kali. Air mata yang berlinangan di tubir matanya tiada tanda-tanda mahu
berhenti mengalir.
“If.. Iffa..” Terkedu
Ridzki apabila dia terlihat susuk tubuh Iffa yang memandang dinding itu.
Iffa tidak menoleh.
Sebaliknya dia cuba menghalang raut wajahnya dari dilihat oleh Ridzki. Air mata
terus diseka tanpa henti. Mendengar suara Ridzki kala ini memang menyakitkan
hatinya.
“Iffa, are you okey?”
soal Ridzki apabila panggilannya tidak bersahut oleh gadis itu. Dia dapat
mengagak yang gadis itu mendengar perbualannya tadi.
“Iffa..” Bahu Iffa
disentuhnya.
Iffa cepat-cepat
mengelak. Dia memandang tajam ke arah Ridzki yang masih lagi berani
menyentuhnya.
“Saya ni hanyalah
perempuan miskin yang tak setaraf dengan awak. Ridzki Adha, mulai hari ni saya
bukan lagi teman wanita awak dan tak akan menjadi teman hidup awak untuk
selama-lamanya.”
Ridzki terdiam. Memang
tepat sangkaannya. Iffa sudah mendengar perbualannya sebentar tadi.
“Iffa, semuanya salah
faham. Apa yang awak fikirkan tu semuanya salah faham.” Ridzki cuba menegakkan
benang yang basah.
Iffa menangis lagi.
Sudah tertangkap masih lagi nak membela diri.
“Apa yang salah faham?
Awak betul-betul dah malukan saya depan kawan-kawan awak. Yang paling teruk
sekali, awak dah calarkan maruah saya sebagai seorang wanita. Awak anggap saya
ni macam perempuan bodoh yang bergantung hanya pada awak.”
“Saya minta maaf, Iffa.
Saya tak ada maksud nak cakap macam tu. Awak kena faham.”
“Dah lah, Ridz. Tak ada
apa yang perlu awak jelaskan. Yang pasti, saya tak akan berhubungan dengan awak
lagi.” Iffa sudah bertekad. Dia perlu meninggalkan lelaki yang sudah mencalar
harga dirinya tadi.
Ridzki terpempam. Tidak
tahu apa yang harus dikatakan lagi. Akhirnya dia hanya membiarkan Iffa berlalu
pergi.
“Iffa, kenapa ni?”
Ridzwan menegur Iffa apabila dia melihat gadis molek itu menangis tanpa henti.
Ditenung juga wajah Ridzki yang kelat itu.
Iffa terus berlalu pergi
tanpa menjawab sebarang kata-kata pun. Ridzwan mendekati adik kembarnya. Bahu
lelaki itu ditepuk beberapa kali.
“Aku pernah cakap pada
kau. Hati wanita itu perlu dijaga, bukan untuk dipermainkan. Sekali kau
lepaskan Iffa, aku akan rampas dia untuk jadi milik aku. Kau sendiri tau yang
aku pun mencintai Iffa. Kalau niat kau hanya untuk mempermainkan Iffa, tolong
serahkan dia pada aku agar aku dapat melindungi dia dari lelaki buaya yang tahu
memperlakukan wanita seenaknya.”
Ridzki menjeling tajam
ke arah Ridzwan sebaik sahaja lelaki itu pergi selepas meluahkan kata-kata. Dia
menyepak pasu bunga yang berdekatan dengannya itu. Dia sudah tidak menghiraukan
tetamu yang datang.
Iffa sudah keluar dari
pagar banglo itu. Hatinya terluka. Terluka dek perbuatan lelaki yang hanya tahu
mempermainkan hati wanita. Peritnya..
“Kenapa menangis
sorang-sorang ni?”
Teguran Datin Halimah
telah membuatkan kenangan pahit yang dilaluinya bersama Ridzki berlalu begitu
saja. Air mata yang mengalir tanpa sengaja itu dikesat dengan hujung bajunya.
“Tak adalah, Datin.
Angin kuat sangat sampai pedih mata Iffa dibuatnya.”
Datin Halimah tersenyum
manis. Dia tahu yang gadis itu cuba menutup air matanya dengan berbagai alasan.
“Apa berdatin-datin ni.
Iffa dah jadi menantu mama. Kena panggil mama ye.” Bahu Iffa diraih
lembut.
Iffa tersengih. Datin
Halimah memang baik.
“Terima kasih, mama.”
Walaupun sedikit janggal dengan panggilan baru itu, dia tetap akan mencubanya
demi menjaga hati wanita berumur itu.
*~*
“SELAMAT pengantin
baru, awak.”
Iffa hanya tersenyum
apabila ucapan yang terbit dari bibir Humaira menyinggah ke cuping telinganya.
Tangannya diraih lembut oleh Humaira.
“Tak sangka awak kahwin
dulu dari saya. Tahniah ye awak.” Berkali-kali Humaira mengucapkan
selamat pada Iffa.
“Terima kasih.” Hanya
itu yang mampu Iffa suarakan kepada Humaira.
Humaira memandang pelik.
“Aik?! Macam tak gembira aje.”
Iffa menggeleng laju.
Takkan dia nak tunjuk rasa sedih yang bertandang di hatinya kepada orang lain.
Humaira mengangguk
sahaja. “Maaf sebab saya tak dapat datang masa akad nikah awak hari tu. Saya
sibuk dengan wedding saya minggu depan.”
Iffa tersenyum mendengar penjelasan Humaira.
“Tak apa. Awak dah datang ni pun saya dah berterima kasih.”
Dari jauh lagi Qasyaf
melihat Iffa sibuk bersembang dengan temannya. Dia melangkah mendekati Iffa dan
Humaira yang leka bergelak ketawa itu.
“Hai, sayang.” Bahu Iffa diraihnya lembut.
Ketat. Rapat.
Iffa tersenyum kelat.
Kalaulah Humaira tidak ada dengan mereka, sudah lama dia menepis tangan Qasyaf.
“Hai, I Qasyaf. Suami
Iffa.” Qasyaf mengenalkan dirinya sendiri kepada Humaira. Nak harapkan Iffa,
tahun depan pun belum tentu dia nak buka mulut.
Humaira tersenyum. “Hai,
I Humaira. Kawan sekolah Iffa. I macam kenal you lah.”
“You kenal I?”
Humaira mengangguk. “Yes.”
“Owh, I kan selalu masuk
paper. C.E.O Sinar Holding. Sure lah kalau you kenal I.”
Iffa mencebik. Huh..
Masuk bakul angkat sendiri nampak.
“Tapi I pun rasa I
pernah nampak you. Tak silap I, bukan ke you ni bakal isteri Hafie?” Qasyaf
mengagak-agak sahaja.
Humaira mengangguk. “Yes.
Mana you kenal?”
Iffa hanya menjadi
pendengar setia antara dua manusia yang
tegak berdiri dihadapannya.
“Dia pernah bagi I
tengok gambar you. Tak sangka you ni terlihat lebih cantik dari dalam gambar,”
puji Qasyaf sambil tersenyum ikhlas.
Iffa berkerut. Pujian
Qasyaf terhadap Humaira seperti berlebihan. Cemburu? Oh, tidak. Dia tidak
cemburu. Masakan hal kecil seperti ini hendak dia cemburukan. Habis tu, apa
yang dikerutkan sangat tentang pujian itu? Entahlah. Dia sendiri tidak tahu
bagaimana hendak menafsirkan maksud ‘pujian berlebihan’ yang bermain di otaknya
itu.
Qasyaf hanya tergelak
kecil melihat si isteri berkerut. Akhirnya dia menamatkan sahaja perbualannya
dengan Humaira. Tangan Iffa diraih lembut lalu bahu gadis itu dipeluknya.
Walaupun Iffa kurang
senang dengan reaksi Qasyaf, tetapi dia hanya membiarkan perbuatan lelaki itu
disebabkan banyak mata-mata yang merenung mereka.
*~*
MAJLIS beransur reda
sejak dari pukul 9 malam tadi. Semua orang yang bertugas pula sudah terserlah
keletihan di wajah-wajah mereka. Iffa juga sudah keletihan gara-gara tidak
berhenti melayan tetamu sejak dari kenduri di rumahnya semalam.
Kakinya mula melangkah
longlai ke bilik. Kelibat Qasyaf juga tidak terlihat sejak tadi. Mungkin lelaki
itu masih lagi melayan tetamu yang tinggal. Dia sudah tidak terlayan. Penatnya
bukan main. Rasa macam nak pengsan pun ada.
Sebaik sahaja pintu
bilik dibuka, Iffa terus melangkah ke katil. Ahh.. Leganya dapat berbaring. Dia
sudah tidak peduli jika baju yang dipakainya itu akan ronyok. Yang dia tahu dia
ingin baring dan melepaskan penat yang sudah menggunung itu.
Tiba-tiba dia teringat
sesuatu. Cepat-cepat dia bangun mengambil beg duitnya. Terselit sekeping gambar
di dalamnya. Dia menarik keluar gambar itu lalu ditenungnya lama.
Sejak dia dihantui oleh
Ridzwan di dalam tidurnya, dia sering membawa gambar lelaki itu ke mana-mana.
Kadang kala gambar lelaki itu ditenung lama seperti mengharap jawapan atas
kehadiran lelaki itu dalam mimpinya. Seperti ada sesuatu yang harus dia
bongkarkan. Tetapi apakan daya, dia bukanlah seorang detektif.
Akhirnya Iffa
meletakkan gambar itu di meja sebelah kanannya. Dia harus turun ke ruang tamu
untuk mengambil barangnya yang tertinggal. Dia mula bangkit dari tempatnya dan
terus menuju ke tingkat bawah.
Suasana di tingkat bawah
sudah lengang. Mungkin semua tetamu sudah pulang ke rumah masing-masing. Encik
Irham dan keluarga sudah lama pulang selepas berpamitan dengannya. Hanya di
ruangan dapur yang kedengaran agak riuh.
Iffa mencapai telefon bimbitnya
yang terselit di antara pasu bunga yang terdapat di ruang tamu itu. Kemudian
dia menjengah ke dapur sebentar. Terlihat Datin Halimah dan beberapa orang lagi
sibuk bersembang. Mungkin mereka melepaskan penat dengan bersembang setelah
seharian suntuk bekerja untuk majlisnya hari ini.
Setelah itu, Iffa
memasuki biliknya semula. Pintu dikuak perlahan. Dia tersentak apabila Qasyaf
sudah ada di bilik itu. Sejak bila lelaki itu masuk pun dia tidak tahu kerana
tidak pula dia melihat lelaki itu menaiki tangga.
Iffa buat tak tahu.
Derap langkahnya laju menuju ke arah terletaknya almari. Sekali lagi dia
terkejut apabila dia melihat lelaki itu bangun lalu mencapai kepingan gambar
yang diletakkannya di atas meja itu sebentar tadi.
Ya Allah.. Hanya itu
yang terdetik di hatinya saat ini. Pasti banyak persoalan yang berlegar di
kepala otak lelaki itu memandangkan lelaki itu lama berdiam memandang gambar
yang dipegangnya. Iffa menepuk dahi beberapa kali. Kenapalah dia begitu cuai
sehingga terlupa yang dia berada di bilik Qasyaf saat ini. Iffa mengeluh
sendirian.
“Memang handsome
lelaki dalam gambar ni. Tapi, I lagi handsome. Smart. Bergaya.”
Kata-kata Qasyaf membuatkan Iffa tertumpu ke arahnya.
“Siapa lelaki handsome
ni?” soal Qasyaf lagi apabila dia tidak mendapat sebarang respon dari Iffa.
Berkerut dahi Iffa
mendengar pertanyaan Qasyaf. Pandai-pandai saja lelaki ini mengambil barangnya
tanpa kebenaran. Iffa mencebik lalu dia menuju ke arah Qasyaf. Gambar di tangan
lelaki itu ditarik kasar. Ha, ambil kau. Berdosa ambil barang orang tau. Detik
hatinya geram.
“Bukan urusan encik. Tak
perlu kut nak tau,” ujar Iffa seraya memasukkan gambar itu ke tempatnya semula.
“Remember.. You’re my
wife now. Don’t forget about it. Forever..” ujar Qasyaf bernada cemburu walaupun
dia pasti itulah lelaki yang hampir berkahwin dengan isterinya itu. Disebabkan
kemalangan yang tidak diduga, majlis kahwin gadis itu dibatalkan serta merta.
“I know. Don’t worry.”
Iffa mengetap gigi. Apa
dia ingat aku tak pandai speaking ke? Aku pandailah. Iffa tersenyum
sinis dalam hati.
Qasyaf hanya mengangguk.
Mungkin lelaki itu malas hendak menjangkan cerita. Iffa pula mencapai tuala
yang tersidai di penyangkut baju. Dia ingin mandi. Seharian dia terperap dengan
dress labuh pilihan mak mertuanya itu.
“Jom mandi sama..” Qasyaf
bangun dari tempatnya lalu mencapai tualanya pula. Sengaja dia hendak menyakat
Iffa.
Iffa menghentikan
langkah. Dia mengetap gigi. Geram dengan usikan lelaki itu kepadanya. Bukan dia
tidak tahu lelaki itu sengaja hendak menyakatnya.
“Encik tak payah nak
mengada-ngada.”
Iffa menolak tubuh
lelaki yang sasa itu menjauhi pintu bilik air. Tak faham bahasa agaknya lelaki
ini. Dia berusaha menolak tubuh lelaki itu, tapi apakan daya kudrat wanita
tidaklah sekuat mana. Satu inci pun tidak bergerak.
Qasyaf hanya tergelak
melihat reaksi Iffa yang tidak puas hati itu. Memang suka benar wajah Iffa
apabila raut wajah gadis itu merona merah. Mungkin marah. Mungkin juga malu
dengan usikannya.
“Eh, encik buat apa lagi
kat sini? Tak faham-faham lagi ke?” ujar Iffa sambil memuncungkan bibirnya ke
arah pintu bilik.
“Hah?” Qasyaf tersengih.
Buat-buat tak faham.
“Ish.. Tolong keluar.
Saya nak mandi sekarang ni,” arah Iffa sambil mencekak pinggang. Dah macam ibu
marahkan anaknya pula.
“I pun nak mandi
jugalah,” ujar Qasyaf sambil membuat muka kasihan.
“Mandi tempat lain.
Bilik air banyak. Bukan ada satu aje.”
“Okey lah. You tu kan
macam mutiara. Sesiapa pun tak boleh tengok mutiara you tu.”
Iffa mengangguk. “Ha,
tau pun encik. Bagus.. Bagus.. Good guy.”
“Jangan sampai I intip
you mandi sudahlah,” acah Qasyaf .
Iffa terkedu. Berapi-api
hatinya. Eh, main-mainkan aku pulak dia ni..
“Kalau encik berani..”
Iffa mengepal penumbuk buku limanya.
Qasyaf tersenyum sinis. “Kalau
I berani, kenapa? You nak buat apa pada I?” Ucapan Qasyaf seolah-olah mengugut
gadis itu kembali.
Iffa terdiam lagi. Tidak
tahu apa yang hendak diutarakan buat lelaki itu.
“Ikut youlah.. Yang
pasti I nak mandi dalam bilik air ni.” Qasyaf berlalu sambil ketawa besar.
Iffa merengus geram.
Akhirnya dia memasuki bilik air apabila dia sudah memastikan yang pintu bilik
itu terkunci rapat.
*~*
QASYAF menunggu di
depan pintu biliknya semenjak dia keluar tadi. Dia malas hendak turun
memandangkan suasana di tingkat bawah kedengaran sunyi tanpa suara. Mungkin
semua sudah masuk ke bilik masing-masing.
Qasyaf berjalan mundar
mandir di depan pintu. Walaupun dia mempunyai kunci spare, dia tidak
mahu menganggu gadis itu. Sekejap dia duduk di sofa yang tersedia di ruangan
atas. Sekejap dia bersandar di tepi pintu menunggu pintu itu terbuka untuknya.
Arghhh!!! Jeritan dari
dalam bilik menyentakkan Qasyaf dari termenung kosong.
Disebabkan biliknya
adalah bilik yang kedap suara, hanya dia sajalah yang dapat mendengar jeritan
dari dalam memandangkan dia bersandar pada pintu itu tadi. Penghuni rumah yang
lain sudah membawa diri ke bilik masing-masing. Mungkin merea tidak mendengar
jeritan yang datang dari biliknya.
Qasyaf merentap kasar
pintu bilik. Risau juga dia apabila mendengar jeritan Iffa dari dalam. Sejurus
sahaja dia menguak pintu bilik, dia terlihat Iffa bersandar pada dinding dalam
keadaan menangis. Dia merapati tubuh gadis itu.
“Kenapa ni, Iffa?”
soalnya lembut.
Iffa menunjuk-nunjuk ke
arah balkoni yang dihiasi langsir yang cantik itu. Qasyaf pelik. Apa yang tidak
kena dengan balkoni itu?
“Kenapa?” ulangnya lagi
meminta kepastian.
“Ad.. ada orang..” ujar
Iffa gugup. Menggigil badannya.
Qasyaf bangkit dari
tempatnya dan terus menuju ke balkoni. Setiap penjuru balkoni diperiksanya.
Tiada sesiapa di situ tapi mengapa Iffa kelihatan sangat takut. Seprti melihat
seseorang yang menakutkan. Hantu? Tak kanlah. Mana ada hantu zaman siber
begini. Pencuri? Mustahil. Ada pengawal di rumahnya. Lagipun, buat apa pencuri
datang awal begini. Biasanya pukul du-tiga pagi baru mereka mula beroperasi.
Qasyaf menutup rapat
pintu sliding door. Dikuncinya ketat-ketat. Kemudian dia mendekati Iffa semula
yang terduduk di tepi dinding sambil memeluk tubuhnya yang masih basah.
“Dah.. I ada dengan you.
You tak perlu takut lagi..” Qasyaf memeluk isterinya dengan harapan rasa takut
di hati Iffa berkurangan.
Hampir lima minit agenda
itu berlaku. Iffa mula menolak pelukan lelaki itu lalu dia terus berbaring di
atas sofa. Mata dipejam rapat-rapat.
Qasyaf hanya melepaskan
keluhan berat. Dalam fikirannya masih lagi tertanya-tanya apakah sebabnya Iffa
sebegitu takut. Akhirnya dia mencapai tuala dan terus menerobos masuk ke dalam
bilik air.
*~*~**~*~*~**~*~*~**~*~*~*~**~*~*
Update entry baru.. Enjoy reading.. Jangan lupa drop komennya sekali tauuu..
14 comments:
Nice.. keep it up afie..lma br ade n3 bru...
alhamdulillah ada n3 bru.. ternnti2 bla la n3 bru nk msuk..hehe. nice. xsbar nk tgu next n3..
salam dik afie..akk dah dtg ohohoho..gelak besar sikit..
well done..akk suka
mesti roh ridzwan kan kan..datang menjenguk sang kekasih sedang buat apa :)
besssssst hihi tak sabar nak tunggu entry baru
besssssst hihi tak sabar nak tunggu entry baru
besst ...crta niee,
best
BEST NAK LAGI.
Roh rizwan ker 2..? Rizwan mati d bunuh owg.? Adiknya sendri..???
X sabar nk bongkarkan segala misteri.
Bile la iffa akan tangkap cintan ngan en hasbn y romantiknya 2. Sweett gitu. ^_^
2 ari marathon baca UC 1-14...best!
X sabar nak tgu next n3
2 ari marathon baca UC 1-14...best!
X sabar nak tgu next n3
Best! Dah lama dah tunggu entry seterusnya! Kalau boleh, bukukan terus! hihi
best!!!bile nk kuar??xsbar nak baca yg seterusnyer nie...hehe
bestnyeeeer!!!bile nak kuar buku nie?sye x sabar nak beli..nk teruskan bacaan..
Post a Comment