PART 2
“KAK Ary,” tegurku
apabila kak Ary leka membaca novel Sebenarnya Saya Isteri Dia. Hasil karya Zura
Asyfar, seorang penulis yang namanya semakin melonjak di dunia penulisan.
Bukan ke novel
Sebenarnya Saya Isteri Dia dah di adaptasi ke drama? Disebabkan tak sabar untuk
mengetahui ending story, kak Ary cuba mem’bedal’ novelnya
pula.Kak Ary ni memang obses plus excited. Dahsyat kak Ary ni. Aku hanya
menggeleng kepala.
“Ya, nak apa Syira?”
soalnya kepadaku. Matanya masih lagi melekat pada helaian mukasurat.
“Lapar,” kataku sambil
memegang perut. “Kak Ary tolong masakkan, boleh?”
“Laa.. Syira kan pandai
masak.”
“Mana pandainya kak oii..
Setakat maggi tu pandai lah.”
“Ha, masak maggi
ajelah.”
Aku mencebik. “Apalah
kak Ary ni, berapa kali nak telan maggi? Boringlah.”
“Okey lah. Jom akak
masakkan omurice.”
“Omurice?” Aku
pelik. Makanan jenis apa tu? Tak pernah dengar lah pulak.
“Omurice a.k.a
nasi goreng pataya.”
Owhh.. Aku hanya
mengangguk.
Kak Ary bangun dari sofa
lalu meletakkan novel yang dibacanya itu di atas meja. Aku dan kak Ary mula
melangkah memasuki ruangan dapur. Bahan-bahan sudah dikeluarkan oleh kak Ary.
Aku hanya menjadi pemerhati.
Tidak sampai setengah
jam, omurice ciptaan kak Ary sudah siap terhidang di atas meja. Bau nasi
goreng sudah menusuk ke dalam rongga hidung. Kami sudah mengambil tempat
masing-masing. Aku mula menjamah omurice buatan kak Ary itu. Hmm, memang
sama dengan nasi goreng pataya cuma omurice adalah panggilan untuk orang
korea.
“Ha, apa cerita dengan
pelanggan cerewet tadi?” Kak Ary mula membuka cerita.
Argh, bercerita tentang
pelanggan senget tu buat aku tak selera makan pulak. “Kenapa dengan pelanggan
senget tu?”
“Ye lah. Apa yang
dibualkan dekat luar cafe tadi. Akak tengok dia tu macam nak telan Syira aje.
Macam singa kelaparan.”
Seriau pula aku
mendengar kata-kata kak Ary. “Ish, merepeklah kak Ary ni. Dia cuma ambil nombor
plat skuter Syira.”
“Hah?! Nak buat apa?
Peliknya.” Kak Ary sudah mengangkat kening ala-ala Ziana Zain.
“Kalau kak Ary dah
pelik, Syira lagilah pelik. Ye lah. Dia kata Syira mesti bengang dengan dia
sebab dia dah marah-marah Syira kat cafe tadi. Dia takut Syira buat apa-apa
pada dia. Jadi dia ambil lah nombor plat skuter Syira. Senang nak buat report
katanya.” Panjang lebar aku bercerita kepada kak Ary. Dah macam movie lah
pulak.
“Memang pelik mamat tu.”
Nampaknya kak Ary memahami hati aku.
Telefon bimbitku bergema
lagu Jason Mraz. Tertera perkataan ‘my mummy’ di skrin telefon bimbit.
Butang open ditekan.
Syira, balik rumah ye lusa nanti. Aiman datang Sabak lusa ni.
Berkali-kali aku membaca
mesej yang dihantar oleh ibu. Aiman nak
datang Sabak? Biar betul. Lebih 10 tahun dia tidak menyinggah ke Sabak tapi
kenapa dia tiba-tiba nak datang pula kali ni? Aku mengusap-usap dada yang agak
terkejut.
“Kenapa?” Soalan yang
meluncur keluar dari mulut kak Ary mengejutkan aku.
“Tak ada apalah kak.”
Tiba-tiba aku teringat
kembali kenangan 10 tahun lalu. Selepas Aiman menyerahkan sekeping gambar
kepadaku, dia dan keluarganya bertolak ke luar negara. Dari waktu itu, aku
tidak pernah mendengar khabar darinya lagi.
Bagaimana agaknya rupa
dan keadaan Aiman sekarang? Makin hensem? Makin segak? Rupa 10 tahun yang lalu
pun aku masih tak boleh lupa. Aku tergelak sendiri. Rindunya pada Aiman.
“Dah angau ke
senyum-senyum sendiri?”
Aku menjeling kak Ary.
Nak senyum seorang-seorang pun tak boleh. Hampeh lah kak Ary ni.
“Okey lah, kak Ary. Syira
dah habis melantak omurice buatan kak Ary ni. Syira nak tidur dah ni.
Assalamualaikum.”
Aku bangkit dari tempat
duduk sambil membawa pinggan ke sinki. Air paip aku buka lalu aku terus
membasuh pinggan dan meletakkan ke tempatnya semula. Aku tak boleh berlama-lama
di dapur. Mulut kak Ary ni macam robot. Banyak yang nak ditanyanya nanti. Baik
aku pergi sebelum diwawancara oleh kak Ary.
Aku mula melangkah masuk
ke bilik. Walau apapun yang terjadi, aku kena balik Sabak esok. Aku nekad.
*~*
AKU menolak pintu
utama Cafe Moon. Jam menunjukkan 7.15 pagi. Aku tercari-cari kelibat kak Syima.
Biasanya kak Syima sudah terpacak di dapur cafe. Al maklumlah, kak Syima kan owner
cafe ni.
Aku menapak ke dapur.
Kedengaran suara Afie dan Ziqa. Dia orang ni memang riuh tak bertempat. Letak
kat kubur pun bising jugak. Aku menggeleng. Tiba-tiba mataku tertangkap ke arah
kak Syima yang sedang leka mengira stok kopi yang tinggal.
“Assalamualaikum, kak
Syima,” tegurku ramah. Mestilah kena ramah. Nak minta cuti ni.
Kak Syima menoleh.
“Wa’alaikumsalam. Ha, awal datang cafe hari ni. Ada apa-apa ke?”
Aku tersengih. “Hmm,
Syira ada something nak bincang dengan kak Syima ni. Important.”
“Apa dia?”
Aku mendekati kak Syima.
“Sebenarnya, Syira nak minta cuti 3 hari.”
Kak Syima memberhentikan
kerjanya lalu memandang tepat ke arahku. Cepat-cepat aku beristighfar
banyak-banyak.
“Nak buat apa?”
“Ada sesuatu yang Syira
kena selesaikan kat kampung tu,” kataku meminta belas kasihan. Aku kena jumpa
Aiman.
“Mak Ngah dah jumpa
calon suami untuk Syira ke?”
Aku tersentak. “Apalah
akak ni. Tak payah nak korek-korek rahsia. Dah lah, bagi cuti tak ni?”
“Okey. 3 hari aje tau.
Ramai customer ni.” Kak Syima memberi kata putus.
“Okey,” kataku sambil
tersenyum bak mawar merah.
*~*
SUASANA di Terminal Makmur
memang penuh dengan manusia yang turun naik dari bas. Bermacam-macam ragam
manusia yang dapat aku lihat di sini. Aku sudah terpacak di depan kaunter
tiket. Al maklumlah, pulang ke kampung secara mengejut. Sebab tu beli tiket
juga secara mengejut.
Punya excited aku
menunggu berjam-jam untuk mendapatkan tiket ke Kambung Baru Sabak Bernam.
Tetapi, betapa kecewanya hati aku bila mendengar kata-kata dari penjual tiket.
“Maaf, dik. Tiket untuk
hari ni dah habis. Tiket untuk tiga hari lagi ke Sabak Bernam adalah.”
Aku bengang.
Berkerut-kerut dahiku menahan bengkak di hati ni. Dah berjam-jam aku tercongok
di depan kaunter sambil menunggu giliran, boleh pula dia kata tiket dah habis
dijual. Aku menjerit dalam hati. Kalau aku menjerit betul-betul, nanti
disangkanya aku gila pulak. Tanpa banyak bicara, akhirnya aku membeli tiket
tiga hari lagi ke Kampung Baru itu.
Melepas aku nak berjumpa
dengan si dia yang 10 tahun tidak aku temui mahupun mendengar khabar beritanya.
Aku mengeluh berat. Aku duduk di kerusi sambil menenangkan hati yang sedikit
kecewa dengan pak cik kaunter tiket.
Tiba-tiba telefon
bimbitku menyanyikan lagu Jason Mraz. Tertera perkataan ‘my mummy’ di skrin
telefon. Punat hijau kutekan lemah.
“Assalamualaikum,”
ujarku lemah. Macam orang tak makan seminggu pun ada gayanya.
“Wa’alaikumsalam. Ha,
Syira. Dah naik bas ke belum tu?”
Aku mengeluh sebaik
sahaja soalan ibu menyentuh gegendang telingaku. “Hmm, tiket dah habislah ibu.”
“Eh, macam mana boleh
habis pulak? Takkan Syira tak beli tiket awal-awal lagi.” Kedengaran kuat suara
ibu dari corong telefon.
Sebak pula aku mendengar
kata-kata ibu. “Ibu suruh Syira balik last minute. Sebab tu tiket habis.”
“Tak apalah. Bukan
rezeki kamu agaknya untuk balik Kampung Baru.” Ibu cuba memujukku dari terus
rasa kecewa.
Aku mahu bertanya
tentang Aiman pada ibu tapi.. malu lah pula. “Ermm.. ibu. Aiman masih ada di
Kampung Baru ke?” Terkeluar juga soalan yang bermain di kepalaku ini.
“Aiman? Owh.. Dia dah balik ke Kuantan dua hari lepas.”
Aku ternganga. Ha? Dia
dah balik? Ke Kuantan pulak tu. “Habis tu, buat apa ibu suruh Syira balik kalau
dia pun dah pergi dari Kampung Baru tu.” Ha, ini satu lagi perkara yang
mengecewakan aku.
“Ibu ingat dia masih di
Kampung Baru. Rupa-rupanya orang kampung kata dia dah pergi dua hari lepas ke
Kuantan.”
“Owh..” Aku mengangguk
faham.
“Bukan ke kamu kerja di
Kuantan. Jumpalah dia.” Kata-kata ibu membuatkan aku sedikit terkejut.
“Kuantan ni besar lah,
bu. Bukan senang nak cari orang dah lama tak jumpa kita. Dah lah 10 tahun tak
jumpa Aiman. Rupa dia pun Syira tak tahu.”
“Ikut kamulah. Yang ibu
pasti, dia semakin handsome sekarang.”
Aku tersengih. “Ya lah
tu ibu.”
Perbualan antara aku dan
ibu berakhir sebaik saja teksi yang aku tunggu-tunggu itu tiba. Aku tidak jadi
mengambil cuti memandangkan tiga hari lagi aku ke Sabak Bernam. Tidak sampai
setengah jam aku sudah tiba di depan Cafe Moon.
~*~*~*~**~*~*~***~*~*~*~**~*~*
~*~*~*~**~*~*~***~*~*~*~**~*~*
Mintak komen sikit...
8 comments:
salam.... wah... sya dah excited dah ni nk bca smbungan dia.. rsa mcm aiman tu mesti custumer senget.. hihi... teka ja...
afie, best-best. Macam agak aje siapa Aiman tu kan? hehe...
wahhh... semakin best nie... akak rasa blh agak mesti guy yg senget kat cafe tu aiman... ;)
best..
mesti si aiman tu lelaki dlm cafe tu kan??? hihi
Aiman la mamat cerewet 2.yes I know.haha.
Seronok bca syira ni.agaknya aiman tu yg mrh psl air kopi tu
best... next n3 pls.....
Post a Comment