Showing posts with label Janji Kahwin Kita. Show all posts
Showing posts with label Janji Kahwin Kita. Show all posts

Janji Kahwin Kita [ Part 2 ]

,7/10/2013 08:52:00 AM | 8 Comment


PART 2  

 
 “KAK Ary,” tegurku apabila kak Ary leka membaca novel Sebenarnya Saya Isteri Dia. Hasil karya Zura Asyfar, seorang penulis yang namanya semakin melonjak di dunia penulisan.
     Bukan ke novel Sebenarnya Saya Isteri Dia dah di adaptasi ke drama? Disebabkan tak sabar untuk mengetahui ending story, kak Ary cuba mem’bedal’ novelnya pula.Kak Ary ni memang obses plus excited. Dahsyat kak Ary ni. Aku hanya menggeleng kepala.
     “Ya, nak apa Syira?” soalnya kepadaku. Matanya masih lagi melekat pada helaian mukasurat.
     “Lapar,” kataku sambil memegang perut. “Kak Ary tolong masakkan, boleh?”
     “Laa.. Syira kan pandai masak.”
     “Mana pandainya kak oii.. Setakat maggi tu pandai lah.”
     “Ha, masak maggi ajelah.”
     Aku mencebik. “Apalah kak Ary ni, berapa kali nak telan maggi? Boringlah.”
     “Okey lah. Jom akak masakkan omurice.”
     “Omurice?” Aku pelik. Makanan jenis apa tu? Tak pernah dengar lah pulak.
     “Omurice a.k.a nasi goreng pataya.”
     Owhh.. Aku hanya mengangguk.
     Kak Ary bangun dari sofa lalu meletakkan novel yang dibacanya itu di atas meja. Aku dan kak Ary mula melangkah memasuki ruangan dapur. Bahan-bahan sudah dikeluarkan oleh kak Ary. Aku hanya menjadi pemerhati.
    Tidak sampai setengah jam, omurice ciptaan kak Ary sudah siap terhidang di atas meja. Bau nasi goreng sudah menusuk ke dalam rongga hidung. Kami sudah mengambil tempat masing-masing. Aku mula menjamah omurice buatan kak Ary itu. Hmm, memang sama dengan nasi goreng pataya cuma omurice adalah panggilan untuk orang korea.
     “Ha, apa cerita dengan pelanggan cerewet tadi?” Kak Ary mula membuka cerita.
     Argh, bercerita tentang pelanggan senget tu buat aku tak selera makan pulak. “Kenapa dengan pelanggan senget tu?”
     “Ye lah. Apa yang dibualkan dekat luar cafe tadi. Akak tengok dia tu macam nak telan Syira aje. Macam singa kelaparan.”
     Seriau pula aku mendengar kata-kata kak Ary. “Ish, merepeklah kak Ary ni. Dia cuma ambil nombor plat skuter Syira.”
     “Hah?! Nak buat apa? Peliknya.” Kak Ary sudah mengangkat kening ala-ala Ziana Zain.
     “Kalau kak Ary dah pelik, Syira lagilah pelik. Ye lah. Dia kata Syira mesti bengang dengan dia sebab dia dah marah-marah Syira kat cafe tadi. Dia takut Syira buat apa-apa pada dia. Jadi dia ambil lah nombor plat skuter Syira. Senang nak buat report katanya.” Panjang lebar aku bercerita kepada kak Ary. Dah macam movie lah pulak.
     “Memang pelik mamat tu.” Nampaknya kak Ary memahami hati aku.
     Telefon bimbitku bergema lagu Jason Mraz. Tertera perkataan ‘my mummy’ di skrin telefon bimbit. Butang open ditekan.

Syira, balik rumah ye lusa nanti. Aiman datang Sabak lusa ni.

     Berkali-kali aku membaca mesej yang dihantar oleh ibu.  Aiman nak datang Sabak? Biar betul. Lebih 10 tahun dia tidak menyinggah ke Sabak tapi kenapa dia tiba-tiba nak datang pula kali ni? Aku mengusap-usap dada yang agak terkejut.
     “Kenapa?” Soalan yang meluncur keluar dari mulut kak Ary mengejutkan aku.
     “Tak ada apalah kak.”
     Tiba-tiba aku teringat kembali kenangan 10 tahun lalu. Selepas Aiman menyerahkan sekeping gambar kepadaku, dia dan keluarganya bertolak ke luar negara. Dari waktu itu, aku tidak pernah mendengar khabar darinya lagi.
     Bagaimana agaknya rupa dan keadaan Aiman sekarang? Makin hensem? Makin segak? Rupa 10 tahun yang lalu pun aku masih tak boleh lupa. Aku tergelak sendiri. Rindunya pada Aiman.
     “Dah angau ke senyum-senyum sendiri?”
     Aku menjeling kak Ary. Nak senyum seorang-seorang pun tak boleh. Hampeh lah kak Ary ni.
    “Okey lah, kak Ary. Syira dah habis melantak omurice buatan kak Ary ni. Syira nak tidur dah ni. Assalamualaikum.”
    Aku bangkit dari tempat duduk sambil membawa pinggan ke sinki. Air paip aku buka lalu aku terus membasuh pinggan dan meletakkan ke tempatnya semula. Aku tak boleh berlama-lama di dapur. Mulut kak Ary ni macam robot. Banyak yang nak ditanyanya nanti. Baik aku pergi sebelum diwawancara oleh kak Ary.
     Aku mula melangkah masuk ke bilik. Walau apapun yang terjadi, aku kena balik Sabak esok. Aku nekad.


*~*


AKU menolak pintu utama Cafe Moon. Jam menunjukkan 7.15 pagi. Aku tercari-cari kelibat kak Syima. Biasanya kak Syima sudah terpacak di dapur cafe. Al maklumlah, kak Syima kan owner cafe ni.
     Aku menapak ke dapur. Kedengaran suara Afie dan Ziqa. Dia orang ni memang riuh tak bertempat. Letak kat kubur pun bising jugak. Aku menggeleng. Tiba-tiba mataku tertangkap ke arah kak Syima yang sedang leka mengira stok kopi yang tinggal.
     “Assalamualaikum, kak Syima,” tegurku ramah. Mestilah kena ramah. Nak minta cuti ni.
     Kak Syima menoleh. “Wa’alaikumsalam. Ha, awal datang cafe hari ni. Ada apa-apa ke?”
     Aku tersengih. “Hmm, Syira ada something nak bincang dengan kak Syima ni. Important.”
     “Apa dia?”
    Aku mendekati kak Syima. “Sebenarnya, Syira nak minta cuti 3 hari.”
    Kak Syima memberhentikan kerjanya lalu memandang tepat ke arahku. Cepat-cepat aku beristighfar banyak-banyak.
     “Nak buat apa?”
     “Ada sesuatu yang Syira kena selesaikan kat kampung tu,” kataku meminta belas kasihan. Aku kena jumpa Aiman.
     “Mak Ngah dah jumpa calon suami untuk Syira ke?”
     Aku tersentak. “Apalah akak ni. Tak payah nak korek-korek rahsia. Dah lah, bagi cuti tak ni?”
    “Okey. 3 hari aje tau. Ramai customer ni.” Kak Syima memberi kata putus.
    “Okey,” kataku sambil tersenyum bak mawar merah.


*~*


SUASANA di Terminal Makmur memang penuh dengan manusia yang turun naik dari bas. Bermacam-macam ragam manusia yang dapat aku lihat di sini. Aku sudah terpacak di depan kaunter tiket. Al maklumlah, pulang ke kampung secara mengejut. Sebab tu beli tiket juga secara mengejut.
     Punya excited aku menunggu berjam-jam untuk mendapatkan tiket ke Kambung Baru Sabak Bernam. Tetapi, betapa kecewanya hati aku bila mendengar kata-kata dari penjual tiket.
     “Maaf, dik. Tiket untuk hari ni dah habis. Tiket untuk tiga hari lagi ke Sabak Bernam adalah.”
     Aku bengang. Berkerut-kerut dahiku menahan bengkak di hati ni. Dah berjam-jam aku tercongok di depan kaunter sambil menunggu giliran, boleh pula dia kata tiket dah habis dijual. Aku menjerit dalam hati. Kalau aku menjerit betul-betul, nanti disangkanya aku gila pulak. Tanpa banyak bicara, akhirnya aku membeli tiket tiga hari lagi ke Kampung Baru itu.
     Melepas aku nak berjumpa dengan si dia yang 10 tahun tidak aku temui mahupun mendengar khabar beritanya. Aku mengeluh berat. Aku duduk di kerusi sambil menenangkan hati yang sedikit kecewa dengan pak cik kaunter tiket.
     Tiba-tiba telefon bimbitku menyanyikan lagu Jason Mraz. Tertera perkataan ‘my mummy’ di skrin telefon. Punat hijau kutekan lemah.
     “Assalamualaikum,” ujarku lemah. Macam orang tak makan seminggu pun ada gayanya.
     “Wa’alaikumsalam. Ha, Syira. Dah naik bas ke belum tu?”
     Aku mengeluh sebaik sahaja soalan ibu menyentuh gegendang telingaku. “Hmm, tiket dah habislah ibu.”
     “Eh, macam mana boleh habis pulak? Takkan Syira tak beli tiket awal-awal lagi.” Kedengaran kuat suara ibu dari corong telefon.
     Sebak pula aku mendengar kata-kata ibu. “Ibu suruh Syira balik last minute. Sebab tu tiket habis.”
     “Tak apalah. Bukan rezeki kamu agaknya untuk balik Kampung Baru.” Ibu cuba memujukku dari terus rasa kecewa.
     Aku mahu bertanya tentang Aiman pada ibu tapi.. malu lah pula. “Ermm.. ibu. Aiman masih ada di Kampung Baru ke?” Terkeluar juga soalan yang bermain di kepalaku ini.
     “Aiman? Owh.. Dia dah balik  ke Kuantan dua hari lepas.”
     Aku ternganga. Ha? Dia dah balik? Ke Kuantan pulak tu. “Habis tu, buat apa ibu suruh Syira balik kalau dia pun dah pergi dari Kampung Baru tu.” Ha, ini satu lagi perkara yang mengecewakan aku.
     “Ibu ingat dia masih di Kampung Baru. Rupa-rupanya orang kampung kata dia dah pergi dua hari lepas ke Kuantan.”
     “Owh..” Aku mengangguk faham.
     “Bukan ke kamu kerja di Kuantan. Jumpalah dia.” Kata-kata ibu membuatkan aku sedikit terkejut.
     “Kuantan ni besar lah, bu. Bukan senang nak cari orang dah lama tak jumpa kita. Dah lah 10 tahun tak jumpa Aiman. Rupa dia pun Syira tak tahu.”
     “Ikut kamulah. Yang ibu pasti, dia semakin handsome sekarang.”
     Aku tersengih. “Ya lah tu ibu.”

     Perbualan antara aku dan ibu berakhir sebaik saja teksi yang aku tunggu-tunggu itu tiba. Aku tidak jadi mengambil cuti memandangkan tiga hari lagi aku ke Sabak Bernam. Tidak sampai setengah jam aku sudah tiba di depan Cafe Moon.

~*~*~*~**~*~*~***~*~*~*~**~*~*
Mintak komen sikit...

THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

Janji Kahwin Kita [ Part 1 ]

,7/09/2013 02:51:00 AM | 13 Comment


PART 1


SEORANG budak lelaki mendekati seorang budak perempuan yang sibuk bermain buaian di taman permainan. Budak lelaki itu menghulurkan sekeping gambar yang tertulis sesuatu di belakangnya.
     Budak perempuan yang berusia 12 tahun itu terpinga-pinga sebaik saja dia menerima kepingan gambar dari tangan budak lelaki yang tua 3 tahun darinya itu.
     “Kertas apa ni awak?” soalnya.
     “Saya nak kahwin dengan awak bila besar nanti. Awak tunggu saya ye,” kata budak lelaki itu. “Saya janji.”
     Budak perempuan itu tersenyum malu sambil merenung kembali gambar yang tertulis nota di tangannya itu.
Saya nak kahwin dengan awak.
Saya janji.
Aiman sayang Ismi.


*~*


11 tahun kemudian..
“ARGHHH!!” jeritku sambil merentap kasar selimut yang membaluti badanku.
     Jam yang menunjukkan angka 8 pagi itu benar-benar membuatkan aku hampir terkena serangan jantung. Kalau tak pun, mungkin terkena stroke. Aku dah lambat untuk ke Cafe Moon. Terbayang-bayang wajah garang milik kak Syima di depan pintu sambil bercekak pinggang. Berkali-kali aku menepuk dahi.
     Aku bingkas bangun dan mula bersiap. Seperti biasa, hanya mandi koboi yang menjadi pilihan apabila keadaan sudah lewat begini. Selepas mengenakan t-shirt biru dan jeans hitam, aku mencapai kunci skuter yang tersangkut di tepi pintu.
     Enjin skuter dihidupkan. Aku mula merempit untuk ke Cafe Moon. Kalau aku mengambil langkah seperti kura-kura, memang esoklah sampai ke Cafe Moon itu. Dalam masa 10 minit, aku sudah terpacak di depan Cafe Moon. Aku menghembus nafas berat.
     Aku mendekati pintu utama Cafe Moon. Pintu itu aku tolak perlahan. Memandangkan hari ini adalah hari bekerja, Cafe Moon tidaklah ramai pelanggan. Terjengkit-jengkit kakiku melangkah menuju ke dapur Cafe. Takut diperasan kak Syima lah katakan..
     “Kak Syima.. Syira baru sampai ni..” Jeritan Ziqa memecahkan kesunyian.
      Aku mengetap gigi. Kalut aku dibuatnya. Ziqa ni memang tak sayang body agaknya. Boleh pula dia tersenyum-senyum memandangku. Kalau iyapun coverlah sahabatmu ini. Aku sudah membebel dalam hati.
     Aku menjeling tajam ke arah Ziqa. Afie dan Aimi juga sudah tergelak sakan memandangku. Suka sangatlah tu mengenakan aku ni. Haishh.. Aku membetulkan topi yang terlekat di kepalaku ini.
     Kak Syima sudah berpaling menghadapku. Memang tidak dielakkan lagi kalau jelas-jelas tertangkap begini. Aku hanya tersenyum kambing apabila melihat kak Syima memeluk tubuhnya.
     “Sorry, kak Syima.” Aku meminta ampun. Harap-haraplah kak Syima termakan dengan permintaan maaf dariku ni.
     Kak Syima hanya menggeleng. “Nasiblah Syira ni sepupu akak. Kalau tak, dah lama akak pecat, tau tak?”
     Aku tersengih. “Janganlah macam ni kak. Manalah Syira nak kerja kalau bukan dengan akak.” Aku buat muka kasihan. “Syira janji Syira tak buat lagi.”
     “Berapa kali janji dah ni?”
     Aku mencebik. “Ala kak Syima. Pagi tadi memang betul-betul terover tidur. Kak Ary tak kejutkan Syira pun. Entah-entah dia pun lewat bangun.”
     “Alasan dia aje tu, Syima.” Tiba-tiba Kak Nisa mencelah perbincangan aku dan Kak Syima.
      Lagilah bertambah kemuncungan di bibirku yang comel ini kerana Kak Nisa lebih membela kak Syima berbanding aku. Susah sangat ke nak membela adikmu ini wahai kakakku. Haihh.. Aku mengeluh sendirian. Nampaknya aku kalah teruk hari ni. Tiada pembela malah pembangkang yang menguasai pembicaraan ini.
     “Okey, Syira. Akak bagi Syira peluang lagi. Kalau Syira lambat lagi, akak gantung kerja Syira.” Ha, kak Syima dah buat keputusannya.
     Aku hanya mengangguk tanda setuju. Bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk bekerja lagi. Memang patut kak Syima marah. Mana taknya, termasuk kali ini, sudah 3 kali aku terlewat ke tempat kerja. Tapi, tak mengapalah. Sekurang-kurangnya aku berusaha untuk tidak terlewat.
     “Boleh lagi dia termenung tu.” Kata-kata kak Nisa memberhentikan bebelan di hatiku.
     Aku tersengih. “Okey, big boss. Syira salin baju dulu.”
     Kak Syima dan kak Nisa hanya mengangguk. Apalagi, aku pun melangkah pergi sebelum mereka mengubah keputusan.


*~*


“AHH!! Tak sedap. Air kopi perisa apa ni?”
     Jeritan seorang pelanggan lelaki mematikan langkahku. Semua mata tertumpu ke arah pelanggan yang menjerit tadi.
     “Siapa yang buat air ni?” jeritnya lagi.
     Aku sudah menggelabah. Mana taknya, aku yang membuat air kopi untuk pelangggan itu. Tapi, apa yang tak kena dengan kopi aku tu. Bukannya aku letak belacan ke budu ke. Aishh.. Jeritan pelanggan itu membuatkan aku kecut perut.
     Kak Weeda dan kak Nad sudah mendesakku untuk bertemu dengan pelanggan itu memandangkan aku yang membuatkan kopi untuknya. Teragak-agak juga aku untuk ke depan. Dup dap. Dup dap.. Tak berhenti debaran di hatiku. Debaran takut. Al maklumlah, ini adalah kali pertama ada pelanggan yang tidak puas hati dengan kopi buatanku.
     “Saya.. saya yang buat encik,” kataku gugup. Tak habis lagi kecut perut aku ni. Mau pengsan saja.
     “You yang buat?!” bentaknya.
     Aku mengangguk sambil memeluk dulang yang berada di tanganku.
     “You tau tak, air yang you buat ni tak sedap?” ujarnya dengan wajah tidak puas hati. Mungkin ini kali pertama lelaki ini menjejakkan kaki ke Cafe Moon. Tebakku dalam hati.
     Aku pelik. Manalah aku tau air tu sedap ke tidak. Aku tukang buat. Dia tukang rasa. Haishh.. Aku membebel dalam hati. Bengang juga dengan tindakan pelangganku yang seorang ini.
     “You dengar tak apa yang I cakap ni?”
     Aku tersentak. Kak Weeda dan yang lain sudah tergelak-gelak memandang aku dimarahi. Apa punya kawan daa..
     “Dengar,” kataku ringkas.
     “Air yang you buat ni tak sedap.”
     Aku geram. Berapa kali dia nak ulang. Cukuplah sekali kata air buatan aku tu tak sedap. “Rasa macam mana sampai encik kata tak sedap air buatan saya tu?”
     Lelaki itu berpeluk tubuh. “You rasalah sendiri.”
     Aku terpinga-pinga. Aku mencapai sudu bersih yang tersedia di atas meja itu. Takkan nak berkongsi cawan dengan dia pulak kan? Aku menghirup air kopi yang aku senduk tadi. Hmm. Sedap aje macam biasa. Apa yang tak sedapnya? Lidah aku yang problem ke lidah dia yang problem.
     “Okey aje, encik. Sedap macam biasa.”
     “Macam ni you kata sedap?! Memang lidah you ada problem agaknya.”
     Aku bengang. “Saya tukar yang baru lah encik.”
     “Pastikan air kopi ni bukan you yang buat.”
     Ishh.. Banyak cekadak pulak mamat ni. Aku simbah dengan air kopi baru tau. Tak pasal-pasal mandi kopilah kau kat sini. Macam biasa, aku membebel dalam hati. Aku melangkah ke dapur penuh bengang.
     Apabila sampai sahaja di dapur, aku menghulurkan cawan kopi itu kepada kak Nisa. Kemudian kak Nisa menghulurkan secawan kopi yang lain. Yang pastinya, kali ini bukan kopi buatanku.
     Aku melangkah ke meja pelanggan lelaki itu. Aku serahkan kopi buatan kak Nisa itu kepadanya. Pelanggan yang lain hanya memandang pelik ke arah kami.
     Dengan wajah yang penuh kekedutan di dahinya, dia menghirup air kopi itu penuh berhati-hati.
     “Mana mana, encik? Sedap?” tanyaku bernada perli. Rasakan dikau.
     “You buat?”
     Aku menggeleng.
     “Bagus. You kena belajar buat kopi dengan orang yang lebih profesional,” katanya sambil menunjukkan cawan kopi itu kepadaku.
     Aku senyum paksa. Kenalah senyum. Pelangganlah katakan. Aku mula melangkah untuk pergi.
     “Eh, you nak pergi mana? Ada I suruh pergi?” Lelaki itu menahan langkahku dari terus menapak ke dapur. Haishh.. Nak apa lagilah mamat senget ni.
     “Ya. Ada apa-apa lagi yang encik perlukan?” tanyaku lembut. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku hentam kepala dia guna dulang ni.
     Aku menarik nafas panjang. Bersabar dengan pelanggan cerewet seperti lelaki itu.
     Pelanggan itu hanya diam membisu sambil menikmati kek coklat buatan Aimi itu. Aku hanya berdiri memerhati kelakuan lelaki itu. Macam patung tak berbayar aje aku ni. Aku cuba menyabarkan hati.
     “Okey. I dah siap. Sekarang you ikut I,” arah lelaki itu.
     Aku menoleh ke arah kak Syima yang leka menonoton dari tadi. Kak Syima memberi isyarat supaya aku mengikut sahaja kehendak pelanggan senget ni. Bak kata kak Syima. Pelanggan adalah raja. Aku mengeluh. Haihh..
     Lelaki itu bangkit dari tempatnya dan terus menuju ke pintu utama selepas dia membayar tempahannya tadi di kaunter yang di jaga oleh Kak Aryssa. Pintu itu dikuak luas. Aku hanya tercegat tanpa menapak keluar dari Cafe Moon.
     “You!!” Kuat suara lelaki itu membuatkan aku tersentak.
     “Ya.”
     “Nama you siapa?” tanyanya sinis.
     Aku terpinga-pinga. Aik?! Kenapa dia nak tanya nama aku pulak. Bukannya ada kena mengena dengan dia pun.
     “Hmm.. Nama saya Syira.”
     “Hmm, bagus.” Kata-kata yang meluncur keluar dari mulut lelaki itu membuatkan aku bertambah pelik.
     “Boleh saya tau, kenapa encik nak tahu nama saya?” tanyaku ingin tahu.
     Lelaki itu tersengih jahat. “I tahu you bengang dengan kata-kata I tadi. I sengaja ambil nama you and nombor plat skuter you tu. Manalah tahu, you buat sesuatu pada I, I boleh buat report ke balai polis. Terus hantar polis tangkap you kat sini.”
     Aku terkedu. Arghh!! Tak guna punya mamat senget. Dia perangkap aku. Memang dasar sombong lah dia ni.
     “Apa ni encik? Takkan lah saya nak buat macam-macam kut. Encik kan pelanggan saya.” Aku cuba membela diri. Tak boleh jadi ni.
     “Mana lah tau kan.Manusia zaman sekarang ni mana boleh percaya sangat pun.”
     Aik?! Dia ni bukan manusia zaman sekarang ke? Takkan lah dia ni manusia zaman batu kut. Jauhnya merantau ke zaman aku. Aku pelik.
     “Terpulang pada encik lah. Yang pasti saya pun tak teringin nak berurusan dengan encik yang senget ni.” Perkataan ‘senget’ aku perlahankan.
     “Apa dia?”
     “Tak ada apa-apa. Assalamualaikum.” Malas aku nak melayan mamat senget ni.

     Tanpa aku memperdulikannya, aku terus menapak memasuki Cafe Moon semula.

*~*~**~*~**~*~*~**~**~*~*~**~*~*~*
Harap u all suka dengan entri baru ni.. Mini novel pertama... So apa komen? Enjoy reading okeyh..

THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...