PART 1
SEORANG budak lelaki mendekati seorang budak perempuan yang sibuk bermain
buaian di taman permainan. Budak lelaki itu menghulurkan sekeping gambar yang
tertulis sesuatu di belakangnya.
Budak perempuan yang berusia 12 tahun itu
terpinga-pinga sebaik saja dia menerima kepingan gambar dari tangan budak
lelaki yang tua 3 tahun darinya itu.
“Kertas apa ni awak?” soalnya.
“Saya nak kahwin dengan awak bila besar
nanti. Awak tunggu saya ye,” kata budak lelaki itu. “Saya janji.”
Budak perempuan itu tersenyum malu sambil
merenung kembali gambar yang tertulis nota di tangannya itu.
Saya nak kahwin dengan awak.
Saya janji.
Aiman sayang Ismi.
*~*
11
tahun kemudian..
“ARGHHH!!” jeritku sambil merentap kasar selimut yang membaluti badanku.
Jam yang menunjukkan angka 8 pagi itu
benar-benar membuatkan aku hampir terkena serangan jantung. Kalau tak pun,
mungkin terkena stroke. Aku dah lambat untuk ke Cafe Moon.
Terbayang-bayang wajah garang milik kak Syima di depan pintu sambil bercekak
pinggang. Berkali-kali aku menepuk dahi.
Aku bingkas bangun dan mula bersiap.
Seperti biasa, hanya mandi koboi yang menjadi pilihan apabila keadaan sudah
lewat begini. Selepas mengenakan t-shirt biru dan jeans hitam, aku mencapai
kunci skuter yang tersangkut di tepi pintu.
Enjin skuter dihidupkan. Aku mula merempit
untuk ke Cafe Moon. Kalau aku mengambil langkah seperti kura-kura, memang
esoklah sampai ke Cafe Moon itu. Dalam masa 10 minit, aku sudah terpacak di
depan Cafe Moon. Aku menghembus nafas berat.
Aku mendekati pintu utama Cafe Moon. Pintu
itu aku tolak perlahan. Memandangkan hari ini adalah hari bekerja, Cafe Moon
tidaklah ramai pelanggan. Terjengkit-jengkit kakiku melangkah menuju ke dapur
Cafe. Takut diperasan kak Syima lah katakan..
“Kak Syima.. Syira baru sampai ni..”
Jeritan Ziqa memecahkan kesunyian.
Aku mengetap gigi. Kalut aku dibuatnya.
Ziqa ni memang tak sayang body agaknya. Boleh pula dia tersenyum-senyum memandangku.
Kalau iyapun coverlah sahabatmu ini. Aku sudah membebel dalam hati.
Aku menjeling tajam ke arah Ziqa. Afie dan
Aimi juga sudah tergelak sakan memandangku. Suka sangatlah tu mengenakan aku
ni. Haishh.. Aku membetulkan topi yang terlekat di kepalaku ini.
Kak Syima sudah berpaling menghadapku.
Memang tidak dielakkan lagi kalau jelas-jelas tertangkap begini. Aku hanya
tersenyum kambing apabila melihat kak Syima memeluk tubuhnya.
“Sorry, kak Syima.” Aku meminta
ampun. Harap-haraplah kak Syima termakan dengan permintaan maaf dariku ni.
Kak Syima hanya menggeleng. “Nasiblah
Syira ni sepupu akak. Kalau tak, dah lama akak pecat, tau tak?”
Aku tersengih. “Janganlah macam ni kak.
Manalah Syira nak kerja kalau bukan dengan akak.” Aku buat muka kasihan. “Syira
janji Syira tak buat lagi.”
“Berapa kali janji dah ni?”
Aku
mencebik. “Ala kak Syima. Pagi tadi memang betul-betul terover tidur.
Kak Ary tak kejutkan Syira pun. Entah-entah dia pun lewat bangun.”
“Alasan dia aje tu, Syima.” Tiba-tiba Kak
Nisa mencelah perbincangan aku dan Kak Syima.
Lagilah bertambah kemuncungan di bibirku
yang comel ini kerana Kak Nisa lebih membela kak Syima berbanding aku. Susah
sangat ke nak membela adikmu ini wahai kakakku. Haihh.. Aku mengeluh
sendirian. Nampaknya aku kalah teruk hari ni. Tiada pembela malah pembangkang
yang menguasai pembicaraan ini.
“Okey, Syira. Akak bagi Syira peluang
lagi. Kalau Syira lambat lagi, akak gantung kerja Syira.” Ha, kak Syima dah
buat keputusannya.
Aku hanya mengangguk tanda setuju.
Bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk bekerja lagi. Memang patut kak
Syima marah. Mana taknya, termasuk kali ini, sudah 3 kali aku terlewat ke
tempat kerja. Tapi, tak mengapalah. Sekurang-kurangnya aku berusaha untuk tidak
terlewat.
“Boleh lagi dia termenung tu.” Kata-kata
kak Nisa memberhentikan bebelan di hatiku.
Aku tersengih. “Okey, big boss. Syira
salin baju dulu.”
Kak Syima dan kak Nisa hanya mengangguk.
Apalagi, aku pun melangkah pergi sebelum mereka mengubah keputusan.
*~*
“AHH!! Tak sedap. Air kopi perisa apa ni?”
Jeritan seorang pelanggan lelaki mematikan
langkahku. Semua mata tertumpu ke arah pelanggan yang menjerit tadi.
“Siapa yang buat air ni?” jeritnya lagi.
Aku sudah menggelabah. Mana taknya, aku
yang membuat air kopi untuk pelangggan itu. Tapi, apa yang tak kena dengan kopi
aku tu. Bukannya aku letak belacan ke budu ke. Aishh.. Jeritan pelanggan
itu membuatkan aku kecut perut.
Kak Weeda dan kak Nad sudah mendesakku
untuk bertemu dengan pelanggan itu memandangkan aku yang membuatkan kopi
untuknya. Teragak-agak juga aku untuk ke depan. Dup dap. Dup dap.. Tak berhenti
debaran di hatiku. Debaran takut. Al maklumlah, ini adalah kali pertama ada
pelanggan yang tidak puas hati dengan kopi buatanku.
“Saya.. saya yang buat encik,” kataku
gugup. Tak habis lagi kecut perut aku ni. Mau pengsan saja.
“You yang buat?!” bentaknya.
Aku mengangguk sambil memeluk dulang yang
berada di tanganku.
“You tau tak, air yang you buat ni tak
sedap?” ujarnya dengan wajah tidak puas hati. Mungkin ini kali pertama lelaki
ini menjejakkan kaki ke Cafe Moon. Tebakku dalam hati.
Aku pelik. Manalah aku tau air tu sedap ke
tidak. Aku tukang buat. Dia tukang rasa. Haishh.. Aku membebel dalam
hati. Bengang juga dengan tindakan pelangganku yang seorang ini.
“You dengar tak apa yang I cakap ni?”
Aku tersentak. Kak Weeda dan yang lain
sudah tergelak-gelak memandang aku dimarahi. Apa punya kawan daa..
“Dengar,” kataku ringkas.
“Air yang you buat ni tak sedap.”
Aku geram. Berapa kali dia nak ulang.
Cukuplah sekali kata air buatan aku tu tak sedap. “Rasa macam mana sampai encik
kata tak sedap air buatan saya tu?”
Lelaki itu berpeluk tubuh. “You rasalah
sendiri.”
Aku terpinga-pinga. Aku mencapai sudu
bersih yang tersedia di atas meja itu. Takkan nak berkongsi cawan dengan dia
pulak kan? Aku menghirup air kopi yang aku senduk tadi. Hmm. Sedap aje
macam biasa. Apa yang tak sedapnya? Lidah aku yang problem ke lidah dia
yang problem.
“Okey aje, encik. Sedap macam biasa.”
“Macam ni you kata sedap?! Memang lidah
you ada problem agaknya.”
Aku bengang. “Saya tukar yang baru lah
encik.”
“Pastikan air kopi ni bukan you yang
buat.”
Ishh.. Banyak cekadak pulak
mamat ni. Aku simbah dengan air kopi baru tau. Tak pasal-pasal mandi kopilah
kau kat sini. Macam biasa, aku membebel dalam hati. Aku melangkah ke dapur penuh
bengang.
Apabila sampai sahaja di dapur, aku
menghulurkan cawan kopi itu kepada kak Nisa. Kemudian kak Nisa menghulurkan
secawan kopi yang lain. Yang pastinya, kali ini bukan kopi buatanku.
Aku melangkah ke meja pelanggan lelaki
itu. Aku serahkan kopi buatan kak Nisa itu kepadanya. Pelanggan yang lain hanya
memandang pelik ke arah kami.
Dengan wajah yang penuh kekedutan di
dahinya, dia menghirup air kopi itu penuh berhati-hati.
“Mana mana, encik? Sedap?” tanyaku bernada
perli. Rasakan dikau.
“You buat?”
Aku menggeleng.
“Bagus. You kena belajar buat kopi dengan
orang yang lebih profesional,” katanya sambil menunjukkan cawan kopi itu
kepadaku.
Aku senyum paksa. Kenalah senyum.
Pelangganlah katakan. Aku mula melangkah untuk pergi.
“Eh, you nak pergi mana? Ada I suruh
pergi?” Lelaki itu menahan langkahku dari terus menapak ke dapur. Haishh..
Nak apa lagilah mamat senget ni.
“Ya. Ada apa-apa lagi yang encik
perlukan?” tanyaku lembut. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku hentam kepala dia
guna dulang ni.
Aku menarik nafas panjang. Bersabar dengan
pelanggan cerewet seperti lelaki itu.
Pelanggan itu hanya diam membisu sambil menikmati
kek coklat buatan Aimi itu. Aku hanya berdiri memerhati kelakuan lelaki itu.
Macam patung tak berbayar aje aku ni. Aku cuba menyabarkan hati.
“Okey. I dah siap. Sekarang you ikut I,”
arah lelaki itu.
Aku menoleh ke arah kak Syima yang leka
menonoton dari tadi. Kak Syima memberi isyarat supaya aku mengikut sahaja
kehendak pelanggan senget ni. Bak kata kak Syima. Pelanggan adalah raja. Aku
mengeluh. Haihh..
Lelaki itu bangkit dari tempatnya dan
terus menuju ke pintu utama selepas dia membayar tempahannya tadi di kaunter
yang di jaga oleh Kak Aryssa. Pintu itu dikuak luas. Aku hanya tercegat tanpa
menapak keluar dari Cafe Moon.
“You!!” Kuat suara lelaki itu membuatkan
aku tersentak.
“Ya.”
“Nama you siapa?” tanyanya sinis.
Aku
terpinga-pinga. Aik?! Kenapa dia nak tanya nama aku pulak. Bukannya ada kena
mengena dengan dia pun.
“Hmm.. Nama saya Syira.”
“Hmm, bagus.” Kata-kata yang meluncur
keluar dari mulut lelaki itu membuatkan aku bertambah pelik.
“Boleh saya tau, kenapa encik nak tahu
nama saya?” tanyaku ingin tahu.
Lelaki itu tersengih jahat. “I tahu you
bengang dengan kata-kata I tadi. I sengaja ambil nama you and nombor plat
skuter you tu. Manalah tahu, you buat sesuatu pada I, I boleh buat report ke
balai polis. Terus hantar polis tangkap you kat sini.”
Aku terkedu. Arghh!! Tak guna punya
mamat senget. Dia perangkap aku. Memang dasar sombong lah dia ni.
“Apa ni encik? Takkan lah saya nak buat
macam-macam kut. Encik kan pelanggan saya.” Aku cuba membela diri. Tak boleh
jadi ni.
“Mana lah tau kan.Manusia zaman sekarang
ni mana boleh percaya sangat pun.”
Aik?! Dia ni bukan manusia zaman sekarang
ke? Takkan lah dia ni manusia zaman batu kut. Jauhnya merantau ke zaman aku.
Aku pelik.
“Terpulang pada encik lah. Yang pasti saya
pun tak teringin nak berurusan dengan encik yang senget ni.” Perkataan ‘senget’
aku perlahankan.
“Apa dia?”
“Tak ada apa-apa. Assalamualaikum.” Malas
aku nak melayan mamat senget ni.
Tanpa aku
memperdulikannya, aku terus menapak memasuki Cafe Moon semula.
*~*~**~*~**~*~*~**~**~*~*~**~*~*~*
Harap u all suka dengan entri baru ni.. Mini novel pertama... So apa komen? Enjoy reading okeyh..
13 comments:
best :) teruskan kak afie B-)
tu dioooo..best2 xsbr nk tunggu ahaha..
salam.. best la cerita ni.. tak sabar nak tunggu sambungannya... :)
Ok..xcited 4 the next n3..
BEST SANGAT X SABAR NK TAU SAMBUNGANNYA.....TAHNIAH
best cite ni.ngee :)
BEST... teruskan usaha ye.. tak sabar nak baca episod seterusnya...
seriously..memang best novel nie...x sbr nk tunggu episod seterusnye
wahhh... best.. menarik nie... suka citer2 mcm ni... ahaksss ;)
I liked it a lot. ...
best...
best...
teruskan menulis dik.. good ! ^^ nice story..
Post a Comment