Ugutan Cinta 5

,5/23/2013 10:48:00 AM | 6 Comment

BAB 5

IFFA membetulkan tudungnya yang agak senget. Secalit lip balm di bibirnya membuatkan wajahnya semakin berseri. Jam sudah menunjukkan angka dua petang. Dia harus segera ke balai polis untuk membuat aduan tentang beg duitnya yang hilang. Dia tidak kisah tetapi isi penting di dalam beg duit itu sentiasa membuatnya gelisah.
     Sebaik saja Iffa sampai di muka pintu, dia tersenyum manis ke arah Sara yang setia menunggunya siap bersolek. Sara membalas senyuman Iffa. Iffa mengunci pintu rumah kemudian dia masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan dan terus bergerak menuju ke balai polis yang berdekatan.
      Tidak sampai setengah jam, dia sudah melihat balai polis yang jelas kelihatan dari seberang jalan. Setelah mencari tempat letak kereta yang sesuai, Iffa dan Sara turun dari kereta dan sampai hingga separuh jalan, Iffa bersuara.
     “Sara.. Kau masuk dululah. Nanti aku susul kau dari belakang. Aku nak ambil barang dalam kereta,” ujar Iffa.
      Sara hanya mengangguk faham akan permintaan Iffa lalu dia melangkah pergi memasuki balai polis itu.
     Iffa membuka beg tangannya. Dia tercari-cari keberadaan telefon bimbitnya sedari tadi. Jalan yang agak lengang tidak menyukarkan Iffa untuk terus mencari. Apa yang hendak ditakutkan, dia berada di balai polis sekarang. Dia mencari di sekeliling kereta. Takut-takut telefon bimbitnya jatuh tanpa sedar. Almaklumlah dia sedang mengejar masa sehingga tidak perasan akan hal seperti itu. Alangkah cuainya dia.
     Hoonnnn.. Honnn !! Bunyi hon kereta jelas kedengaran di telinga Iffa. Iffa menoleh. Tiba-tiba dia merasa tangannya ditarik laju oleh seseorang dan menariknya ke dalam pelukan.
     Iffa tergamam dengan perbuatan drastik itu. Lama otaknya giat berfikir. Apa?!! Dia dipeluk? Cepat-cepat Iffa menolak badan empunya diri apabila dia menyedari itu. Dia mengalihkan pandangannya ke arah seseorang yang menyelamatkannya dari kereta tadi.
     “Qasyaf Aiman?” Iffa ternganga tidak percaya. Apa lelaki itu buat di tempat ini.
     “Berapa kali aku nak selamatkan kau ni? Tak tau nak jaga diri sendiri ke?” Pedas saja ayat yang luncur keluar dari mulut Qasyaf.
     Iffa geram. “Baru sekali,” ujar Iffa acuh tak acuh.
     “Dua kali.” Qasyaf membetulkan kata-kata Iffa.
     Iffa pelik. “Macam mana boleh jadi dua kali pula?”
     “Kali pertama aku selamatkan kau daripada duduk kau sorang-sorang tak tentu arah kat puduraya tu.” Qasyaf senyum senget.
     Kening Iffa berkerut. “Itu bukan awak selamatkan saya, tapi awak hampir langgar saya. Sebab tu saya suruh awak hantar saya balik.”
     Qasyaf menggeleng. “Tak kiralah. Kalau aku tak ada, mungkin kau dah kena macam-macam kat sana. Kau tu cuai sangat.”
     Iffa bengang. “Kenapa awak peluk saya? Awak bukan mahram saya tau.” Iffa mengetap bibir. Dia betul-betul marah di atas kelakuan Qasyaf yang tidak bermoral itu.
     Qasyaf tergelak kecil. “Kalau macam tu, kau jadilah mahram aku.”
     Iffa beristighfar dalam hati. Dia tidak boleh berlama-lama dengan Qasyaf. Ada perkara yang lebih utama untuk di selesaikannya. Kasihan Sara menunggu lama di dalam balai polis itu.
     “Dahlah awak. Saya banyak kerja nak dibuat.” Iffa memalingkan tubuhnya dari Qasyaf. Dia hendak pergi segera. Tidak mahu berurusan lagi dengan Qasyaf.
     Iffa cuba melintas jalan tetapi tangannya ditarik laju oleh Qasyaf. Dia terdiam. Lelaki ini memang tidak faham bahasa. Cukuplah sekali dia mengingatkan. Tidak perlu diulang-ulang lagi.
     Iffa merentap tangannya. “Kan saya dah kata, awak bukan mahram saya. Jangan pegang-pegang saya.”
     Qasyaf tersenyum simpul. Sedikit pun tidak ada rasa takut dalam hatinya.
     “Aku datang nak jumpa kau.”
     Iffa terpaku. Dia memandang wajah si lelaki itu. “Nak buat apa? Lagipu mana awak tau saya ada kat sini?” Dia masih sebal dengan Qasyaf.
     “Kebetulan aje. Aku ternampak kau kat traffic light tadi. Itu yang aku ikut kau sampai ke sini.” Qasyaf memasukkan tangannya ke dalam kocek baju kotnya.
     “Kenapa awak nak jumpa saya ni?” Iffa menjeling takut. Dia seperti mangsa yang bakal diragut oleh si peragut.
     “Kau janganlah takut sangat. Aku cuma makan nasi aje. Aku tak makan orang,” ujar Qasyaf tenang.
     Iffa diam. Tidak ada apa-apa jawapan yang harus dijawabnya.
     “Aku nak bagi ni.” Qasyaf menghulurkan beg duit milik Iffa yang dijumpainya itu.
     Membuntang mata Iffa melihat beg duitnya. Dia merampas laju. Dia ingin memeriksa isi beg duitnya tetapi tidak sempat kerana perbuatannya pantas dihalang oleh kata-kata Qasyaf.
     “Jangan risau. Tak ada yang hilang. Beg duit kau tu tertinggal kat dalam kereta aku akibat kecuaian kau sendiri.” Sengaja Qasyaf menekankan suaranya pada perkataan ‘cuai’.
     Iffa menjeling tajam. Kedatangan Sara mematikan perbualan antara Iffa dan Qasyaf. Qasyaf meminta diri sejurus saja Sara mendekati Iffa. Iffa teragak-agak. Dia belum mengucapkan terima kasih kepada Qasyaf. Entah bila lagi dia boleh bertemu dengan lelaki tinggi lampai itu.
     “Kenapa Iffa?” Sara dan Iffa hanya memandang setiap langkah Qasyaf sehingga lelaki itu lenyap dari pandangan mereka.
Qasyaf Aiman
     “Iffa.. Kenapa dia datang jumpa kau?,” ulang Sara. Iffa mengeluh berat.
     “Jom balik,” ajak Iffa. Kakinya melangkah masuk ke dalam kereta.
     Sara terpinga-pinga. Dia hanya mengikut jejak langkah Iffa.
     “Beg duit aku dah jumpa.” Tiba-tiba Iffa bersuara. Matanya tetap ditumpukan ke atas jalan raya.
     Sara menoleh memandang Iffa. “Dah jumpa? Kat mana?”
     “Qasyaf bagi. Beg duit aku tertinggal kat dalam kereta dia hari tu.” Iffa menjawab jujur.
     “Owh. Okey,” ujar Sara ringkas. Dia tidak mahu mengganggu emosi Iffa. Sepertinya Iffa terfikirkan sesuatu. Fikiran wanita ini memang susah hendak diramal. Kadang-kadang mendung kadang-kadang cerah. Sara hanya menggeleng.

**************

IFFA menghentikan perbuatannya apabila telefon bimbitnya berdering menyanyikan lagu Jason Mraz. Siapa pula yang menelefonnya malam-malam begini. Iffa berlalu pergi meninggalkan Sara sendirian di dapur. Biar gadis itu meneruskan kerja memasaknya itu.
     Punat hijau ditekan. Dilekapkan telefon itu ke telinganya. Ingin tahu siapakah gerangan di hujung talian. Nombor telefon si pemanggil tidak ada di dalam senarai kenalannya. Jelas sekali dia tidak mengenali si pemanggil.
     “Assalamualaikum.” Dengan lembut, Iffa bersuara. Tanda hormat walaupun dengan orang yang tidak dikenalinya. Bukankah itu satu adab?
     “Lembutnya suara kau. Mau gugur jantung aku mendengarnya.” Kedengaran satu suara dari corong telefon.
     Iffa terpana. Dilihatnya semula nombor telefon yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Dia ragu. Siapa ni?
     “Siapa ni? Maaf, encik. Kalau boleh, tolong jawab salam saya dulu.” Iffa mengingatkan kerana dia pasti si pemanggil adalah seorang muslim sepertinya.
     Kedengaran si pemanggil hanya tergelak kecil. Iffa merengus geram. Lawak ke? Salahkah dia sekadar mengingatkan? Iffa mengetap bibir. Geram.
     “Wa’alaikumsalam, Cik Nur Iffa Afifah.”
     Iffa tersentak apabila lelaki itu mengenalinya. “Encik ni siapa sebenarnya? Ada apa-apa yang encik nak tanya ke? Atau encik salah seorang bapa daripada anak murid saya?” Bertubi-tubi soalan yang Iffa ajukan kepada lelaki itu. Biar dia rasa. Nak mengenakan aku sangatlah tu.
     Iffa melabuhkan duduknya di atas sofa. Penat berdiri lama menunggu jawapan dari lelaki itu.
     “Qasyaf. Qasyaf Aiman. Kau mesti kenal aku kan? Lelaki paling hensem di Kuala Lumpur ni.” Gelak tawa sudah berhambur keluar dari mulut Qasyaf. Dia yang bergurau, dia sendiri yang gelak.
     Iffa terdiam. Bagaimana Qasyaf boleh menghubunginya sedangkan dia tidak pernah memberikan nombor telefon miliknya kepada lelaki itu. Iffa hanya diam membiarkan lelaki itu terus berbicara sendiri. Malas nak melayan.
     “Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?”
     Iffa tersentak apabila suara Qasyaf semakin kuat. Lebih kepada menjerit. “Dengar.” Iffa mengiyakan.
     “Sebelum saya terlupa, saya nak ucap terima kasih pada awak sebab pulangkan beg duit saya.” Ingin sahaja dia memotong lidahnya itu selepas mengucapkan terima kasih kepada Qasyaf. Tak sudi sebenarnya tapi terpaksa kerana dia bukanlah orang yang tidak tahu berterima kasih.
     Qasyaf tergelak. “It’s nothing. Esok kau jumpa aku kat Sinar Holding. Ada perkara yang aku nak bincangkan.” Permintaan Qasyaf berbaur arahan.
     Iffa terpana. Ada perkara yang hendak dibincangkan? Apa maksud lelaki itu? Setahunya, dia tidak pernah berurusan dengan Qasyaf dalam urusan kerja.
     “Kenapa pula saya perlu berjumpa dengan awak? Maaflah Encik Qasyaf, saya tidak berminat nak berurusan dengan encik,” ujarnya terus terang. Malas hendak memanjangkan cerita.
     “Wajib. Kau wajib datang. Sebab tu bukan satu permintaan tapi satu arahan.” Kedengaran serius suara Qasyaf.
     Iffa buat tidak tahu. Dia ingin menyedapkan hatinya. Entah mengapa dia merasakan ada sesuatu yang telah menimpanya saat ini. Dadanya diusap-usap lembut.
     “Mana boleh macam tu. Apa encik ingat saya ni patung ke boleh diarah ke sana ke sini,” marah Iffa. Posisi duduknya dibetulkan sedikit agar dia lebih selesa.
     “Tak lama lagi kau akan jadi patung aku.”
     Iffa tergamam. Apa maksud dia. “Tak nak. Saya kata tak nak. Saya tak akan datang esok,” tegas nada suara Iffa. Dia tidak mahu kalah dengan lelaki yang tidak berapa dia kenali itu.
     “Ikut kaulah. Tapi kau jangan meyesal kalau aku buat report yang kau ni pendatang asing.” Qasyaf berkata selamba.
Nur Iffa Afifah
     “Pendatang asing?” Iffa sedikit pelik dengan telahan yang baru diungkapkan oleh Qasyaf.
     “IC kau ada pada aku. Kalau kau nak, esok kau kena datang ke Sinar Holding. Kalau kau tak datang, kau taulah nasib kau.” Qasyaf mematikan talian tanpa menunggu sebarang kata-kata dari Iffa.
     Iffa tercengang. IC aku pada dia? Iffa lekas bangun dari sofa dan terus menuju ke biliknya. Beg duit yang diterimanya dari Qasyaf, dibuka semula. Almaklumlah tadi dia tidak sempat hendak memeriksa gara-gara kelakuan Qasyaf yang membuatnya lupa akan beg duitnya itu.
     Mata Iffa tertumpu kepada sekeping nota yang terselit di tempat letak kad pengenalannya yang diambil oleh Qasyaf itu.
                                          Sorry, dear. Aku pinjam IC kau iya.
     Iffa merengus geram. Beg duitnya dihempas ke lantai. Geram dengan perbuatan Qasyaf. “Dia kata dia tak ambil apa-apa. Geramnya aku.” Iffa melepaskan geram sekuat hati.
     Sara menolak pintu bilik Iffa. “Kenapa pulalah dengan dia ni,” kata Iffa perlahan. Dia mendekati Iffa yang duduk di birai katil.
     “What’s wrong, dear?”
     “Qasyaf ambil IC aku. Memang dasar lelaki tak guna. Suka sangat menyusahkan aku setiap kali aku jumpa dia.” Iffa meluahkan rasa hatinya kepada Sara.
     Sara mengusap bahu Iffa. “Nak buat macammana. Kau dah termasuk dalam dunia dia. Dah tak boleh buat apalah,” ujar Sara.
     Perbualan mereka tidak lama disebabkan deringan telefon bimbit Iffa kembali berbunyi. Iffa bengang. Mesti lelaki tak ada hati perut tu.
     Iffa mencapai telefon bimbitnya di atas meja solek. Skrin telefon ditatapnya. Ibu? Cepat-cepat dia menekan punat hijau kemudian telefon itu dilekapkannya ke telinga. Sara hanya berdiam diri menunggu reaksi seterusnya.
     “Assalamualaikum, ibu.” Iffa cuba mengawal tone suaranya. Tidak mahu suara marahnya itu dikesani oleh ibunya.
     Iffa pelik. Suara ibunya menjawab salam ada sedikit kelainan. Seperti seorang yang baru menangis.
     “Ibu, kenapa suara ibu? Iffa macam rasa yang ibu baru habis menangis. Ada apa-apa yang berlaku ke?” Iffa sudah mulai tidak sedap hati.
     Sara juga sibuk mendengar. Dia juga tidak sedap hati mendengar tutur bicara Iffa.
     “Apa?!!” Iffa terkedu.
     Sara juga begitu. Dia terkejut melihat reaksi Iffa itu.
     “What’s wrong?” Sara terus bertanya sebaik sahaja Iffa mematikan taliannya.
     Iffa sudah bergenang air mata. “Along  aku. Along aku.”
     “Kenapa dengan Airil?” Sara juga sudah terasa lain. Takut-takut sesuatu berlaku kepada buah hatinya itu.
     “Along.. Along kemalangan.” Iffa tersedu. Dia tertekan kerana malam ini dia ditimpa dua musibah.
     Sebaik sahaja ayat itu terluah dari bibir mungil Iffa, mata Sara terus digenangi air mata. Ya Allah.. Apa yang dah berlaku ni. Kau selamatkanlah Airil...

~~~~~~~~~~~~
Alhamdulillah,  hari baru sempat nak post UC 5.. maaf atas kelewatannya.. Hope tinggalkan komen pada karya Afie yang tak seberapa ni.. Enjoy reading ~~ tq

THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

6 comments:

KaryaHatiku said...

ok best2...
up bab sterusnya cpt2 k dear...
:)

Anonymous said...

Best. x sabar nk bc yg seterusnya.........tahniah

iffah afiqah said...

bestt
comelnye gmbar2 tu
aka buat sndiri ke

Afie Qaisarah said...

@iffah afiqah
gmbr ape yunk oii..

Ria Natsumi said...

apa yg dia nak buat....??cepat la sambung....

Nana Nn said...

best3.....
saspen ni, apa jadi lps ni?
sambung cepat ckit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...