“UITT.. Qisnie Vizara..” Zara tersentak.
Haishh.. terkejut aku dibuatnya.
Siapalah pemilik suara yang tak bagi aku hidup lama ni?
Zara berpaling. Hani? Kenapalah dengan dia
ni? Buang tebiat ke apa?!
“Eh Hani!! Bagi salam pun tidak tiba-tiba datang
main sergah aje. Apa kes ni?” Ha.. Mulalah aku nak membebel ni. Padanlah muka
dengan kau Hani. Siapa suruh terkejutkan aku. He he he..
Qisnie Vizara. Satu nama unik yang
diberikan oleh mamanya benar-benar membuatkan namanya menjadi buah mulut di
sekolah. Apalagi dengan sikapnya yang nakal amat di kenali di seluruh pelusuk
sekolah. Penampilannya yang simple
lagi cool sangat di senangi oleh
teman sekelas. Zara pelajar perempuan paling awesome di sekolah. Ha ha
ha..
“Ala.. Kau ni Zara. Relaks la honey.” Jawab
Hani selamba. Tak rasa serba salah pulak dia ni. “Aku tengok kau ralit sangat
termenung. Aku apalagi.. sergah ajelah. He
he he..” sempat lagi si Hani gelak kat aku. Kurang asam lebih belacan betul
lah dia ni.!!
“Sergah pun elok-elok lah bro. Buatnya aku ada heart attack, tak ke arwah aku nanti.
Fikirlah sikit Hani oii..” Zara sudah mula membebel. Geram betul aku. Nasib
baik kawan. Kalau tak dah lama jadi bahan aku aje dia ni. “Kau datang ni nak
apa?” soal Zara acuh tak acuh saja.
“Aku nak tanya kau ni. Macam mana dengan
plan kita? Anez dengan Dina dah tak sabar nak mem’proses’kan plan tu. Apalagi
aku, lagilah tak sabar. Ha ha ha..”
Plan? Plan apa? Plan apa pulak yang aku
dah lupa ni? Zara memandang tepat ke wajah Hani. Berkerut dahinya meminta
jawapan.
“Plan apa? Sorry Hani. Aku betul-betul tak ingat ni. He he he..”
tersengih-sengih Zara memandang Hani. Aku nak cover malu sebenarnya. Ha ha
ha..
“Kau ni Zara.. Benda best macam ni pun kau
boleh lupa. Takkan kau tak ingat sikit pun?”
Apalah si Hani ni. Dah aku kata tak
ingat.. Tak ingat lah jugak. Otak aku bukan komputer yang simpan data-data dan
dokumen-dokumen penting.
“Aku tau lah plan aku tu best. Mana pernah
aku buat plan yang tak best. Semua best-best belaka tapi apa dia plan kita tu?
Aku memang tak ingat ni. Meh ingatkan aku cepat sebelum aku terus lupa ni.”
Hani mengeluh. Haih.. Kalau dah macam ni gayanya, memang aku kena ingatkanlah ni.
Apa punya orang daa.. Serentak Hani menepuk dahinya beberapa kali.
“Alaa.. Plan kita nak kenakan Cikgu Yusri
tu. Takkan kau tak ingat langsung?” Muka Hani mula berkerut seribu. Bengang
agaknya dengan aku yang tak ingat ni. Zara dah tersengih-sengih.
Zara diam membuka memori-memori semalam.
Ahaa.. Dah ingat pun.!!
“Haa.. Aku dah ingat. Aku dah ingat.”
Dapat jugak aku ingat plan yang best ni. Zara tersengih.
“Ha.. Kalau macam tu bila kita nak
jalankan? Esok? Lusa? Tulat?” Ha.. Semua Hani sebut. Memang tak sabar-sabar rupanya.
Zara sudah tergelak-gelak. “Aku dah tak sabar-sabar nak tengok muka Cikgu Yusri
tu.” Sambil terduduk-duduk Hani melepaskan tawa. Aku pun apalagi, pecah perut jugaklah. Ha ha ha.
Aku pun tak dapat nak bayangkan muka dia time kitorang
nak kenakan dia nanti. Mesti kelakar. Kalah muka Johan dan Zizan agaknya.
Alaa.. Maharaja lawak tu. Sure korang
kenal punya lah.
“Ha
ha ha.. Okey.. okey.. Kita akan buat dalam minggu ni. Confirm. Aku tak sabar nak tengok Cikgu Yusri jadi singa. Tak pun gorilla. Kalau tak jugak, power rangers kut. Ha ha ha..”
tak ter’cover’ dah suara aku kalau
dah gelakkan Cikgu Yusri tu.
Cikgu Yusri ni cikgu disiplin sekolah aku.
Disiplin dia luar biasa. Over sangat.
Sampai orang yang tak bersalah pun jadi salah. Harap aje muka handsome. Pigidah..
“Okey lah. Kalau macam tu, aku pergi jumpa
budak 4S. Nak inform diorang. Mesti
diorang happy giler.” Tawa Hani masih tersisa. Lawak sangat lah tu. Dah sampai
tergolek-golek dah aku tengok. Lawak.. lawak..
“Hmm.. Pergilah. Lagi cepat lagi bagus.
Lagi satu, Kau tolong pesankan kat budak 4S yang kita nak skating minggu depan.”
“Place?”
“Tempat biasalah.”
“Orait
boss.” Hani mengangguk. “See you next
time. Bye Zara.” Langkah Hani sudah jauh meninggalkan kelas. Senyum
memanjang. Mana tak nya, hati tak sabar-sabar nak buat kerja jahat.
Zara menongkat dagu. Teringat semula kisah
tentang Cikgu Yusri. Kisah yang memenatkan tu. Seumur hidup memang tak boleh
lupalah. Terbayang-bayang lagi muka Cikgu Yusri yang menyinga tu. Zara tersenyum
sambil tergelak sendiri.
“AWAK ingat saya tak nampak? Awak ingat
saya buta ke?” bentak Cikgu Yusri. Merah mukanya menahan marah sambil berjalan
mundar mandir.
Anez diam. Apehal cikgu ni? Bila masa
pulak aku cakap dia buta? Adoyai..
cikgu dah buat fitnah ni. Anez geleng kepala. Tak faham.. tak faham..
“Awak ingat saya tak nampak yang awak ni
berurusan dengan budak-budak gangster kat luar tu? Hah? Awak ingat dengan mata
empat saya ni saya rabun lagi?” bidas Cikgu Yusri lagi.
Anez ternganga. Budak gangster sesat mana
pulak ni? Cikgu ni merepek la. Saja buat cerita.
Suara Cikgu Yusri bergema di setiap sudut
sekolah. Siapa yang tak kenal dengan suara berbatu-batu Cikgu Yusri a.k.a cikgu disiplin tu. Kalau guna microphone, boleh pekak satu sekolah
dibuatnya. Mulut main lepas. Itu juga salah satu sebab mengapa ramai pelajar
tidak berminat dengan Cikgu Yusri tu.
“Apa yang cikgu cakap ni? Saya tak
fahamlah. Budak gangster mana ni cikgu. Seumur hidup saya, saya tak pernah
kenal atau bergaul dengan mana-mana gangster pun. Cikgu silap pandang kut.
Salah orang agaknya.” Balas Anez. Suaranya masih lagi mendatar. Selamba.
Buat apa nak takut kalau aku tak salah.
Kan? Lantak cikgulah nak meletup macam volcano
pun. Berasap kiri kanan. Anez buat derk
sahaja. Gerun tidak apalagi takut. Hampeh..
Bengang Cikgu Yusri melihat respon Anez.
“Mata saya tak pernah salah. Reputasi
sekolah boleh jatuh hanya disebabkan dengan perbuatan awak yang tak bermoral
ni. Awak tau tak?! Awak tak pernah terfikir ke baik salahnya nak bergaul dengan
orang-orang macam tu? Memalukan nama baik sekolah kalau perkara ni sampai ke
pengetahuan orang luar.” Kata-kata Cikgu Yusri lebih pedas kali ini.
“Kalau macam tu tak payahlah cikgu nak
kecoh-kecoh macam ni. Habislah reputasi sekolah down teruk.” Selamba sahaja Anez membalas. Sakitnya hati aku.!!
Membuntang mata Cikgu Yusri mendengar
jawapan Anez. Anak murid jenis apa dia ni? Cikgu Yusri kembali ke tempat
duduknya yang berhampiran pintu masuk bilik guru itu.
“Saya dah kata pada cikgu. Saya tak penah
bergaul dengan mana-mana gangster. Ikut cikgulah nak percaya ke tak. No komen..” Apalah cikgu ni.. Tak nak
sampai ke pengetahuan orang luar konon. Suara berbatu-batu tak sedar pulak tu.
Entah-entah satu sekolah dok dengar ceramah Cikgu Yusri ni. Desis hati Anez.
Budak-budak 4S dah terpacak di sebalik
pintu bilik guru. Kitorang nak menyibuk jugak. Mana boleh lepaskan peluang emas
ni. Terkekek-kekek Zara ketawa di dalam hati. Lawak melihat gelagat mereka
bertiga yang tergopoh-gopoh berlari bila terdengar suara Cikgu Yusri yang
berbatu-batu tu. Kemain over lagi Cikgu Yusri ni ya.. Zara
bengang.
Zara, Hani dan Dina merapatkan telinga
masing-masing ke muka pintu. Al maklumlah.. Nak dengar lagi jelas. Baru dapat confirm apa yang diorang dok perbalah
tu.
Zara bengang mendengar kata-kata Cikgu
Yusri. Ish.. Cikgu Yusri ni. Kalau ya pun nak marah-marah, slowkanlah suara
yang berbatu-batu tu. Malu kawan aku yang kat dalam tu. Dah lah bising-bising
tepi pintu. Macam nak marah seribu orang pulak. Zara mencebik geram.
Telinganya dirapatkan lagi.
Pranggggg..!!!!!
Zara, Hani dan Dina terkedu. Mereka saling
berpandangan.
Owh
my god!! Bila masa pulak pasu ni ada kat tepi pintu ni..
“Mampus
kita.” Terpacul keluar perkataan itu dari mulut Dina.
Zara dan Hani mengangguk. Gulp.. Memang
mampus ni. Cikgu Yusri tu bukannya boleh dibuat main kalau tengah marah. Boleh
bertukar jadi Hulk Hogan yang warna hijau tu tau. Tak percaya sudah.. Keluar
segala muscle yang ada. Zara menepuk
dahi. Habislah!!
Keadaan jadi gawat. Masing-masing tersentak
apabila pintu bilik guru terkuak luas tepat di hadapan mereka bertiga. Cikgu
Yusri dah terpacak di depan pintu bilik dengan mukanya yang berkedut seribu tu.
Ish.. Seram bila tengok.. Macam nak telan orang.
“Apa yang korang buat kat sini?!!” Sergah
Cikgu Yusri. Jelas kelihatan amarahnya.
Semuanya dah berdiri tegak. Dah macam ada
kat balai tentera pulak.
“T..taa..taakk.. ada apa-apa cikgu.” Jawab
Hani tergagap-gagap sebagai wakil kepada mereka bertiga.
“Kalau tak ada apa-apa, kenapa tercongok
depan pintu ni?! Korang nak kena jugak ke?!” ugut Cikgu Yusri. Kembang kuncup
lubang hidung Cikgu Yusri menahan marah.
Eleh.. Cikgu ingat kitorang takut lah tu.
Jangan harap. Tak pasal-pasal kena bebel kat sini.. Adoyai.. Zara mencuit peha
Hani dan Dina sambil mengangguk perlahan tanda isyarat. Kena cabut lari ni sebelum kena hentam lagi
teruk. Cikgu Yusri ni bukan boleh mula membebel. Berjam-jam lah kena dengar dia
membebel nanti. Baik guna idea bernas ni aje.. Zara tergelak puas dalam hati.
Zara mengangguk. “Satu... Dua..”
perlahan suara Zara menghitung nombor. “Cabuttt..!!!” Zara menjerit kuat
tatkala perkataan itu disebutnya.
Kelam kabut mereka membuka langkah seribu.
Dah macam sukan olimpik pulak. Malas hendak bertapa lama-lama di situ. Buat
taik telinga cair saja.
Cikgu Yusri merengus geram melihat
tindakan Zara, Hani dan Dina. Yang kat dalam dan yang kat luar ni sama aje
perangainya. Dua kali lima. Menyusahkan pun ada.
Dengan amarah yang membuak-buak, Cikgu
Yusri menapak kembali ke dalam bilik guru.
“HAI sayang...” suara macho milik
seorang lelaki itu membuatkan Zara sedikit terkejut.
Kepalanya dipalingkan. “Sayang.. sayang...
Tak ada perkataan lain ke yang boleh kau guna, Raz? Sedap-sedap nama aku Qisnie
Vizara kau panggil aku sayang.” Berkerut-kerut dahi Zara. Memandai aje panggil
aku sayang. Kawan pun tidak inikan pulak bercinta kasih. Memang tak layak
panggil aku sayang-sayang ni. Zara menjeling tajam.
“Alaa.. sayang. Janganlah marah pada B.
Sayang tak rindu pada B ke? Dari pagi sampai tengahari kita tak jumpa. B rindu
sangat kat sayang. I miss you so much
dear. Balik dengan B jom..” Makin
ber’ayat’lah mamat seorang ni. Mengalahkan orang besar.
Werkkk..
Nak termuntah. Zara buat derk aja.
Kalau melayan, lebih-lebih pulak mamat ni nanti.
Harraz menempati tempat duduk kosong di
sebelah Zara.
“Zara.. B tanya sayang ni.. Sayang tak
rindu pada B ke?” Harraz mendesak. Dah macam pondan dah aku tengok.
Merengek-rengek macam budak tadika aje.
Perbuatan Harraz membuatkan Zara
tersenyum-senyum. Senyum ada makna ya. Bukan senyum biasa. Evil smile tau. Zara mendapat satu akal.
“You sayang kat I ke B? You rindu I ya?”
Zara memulakan dramanya. Suara di manjakan sedikit walaupun agak kaku.
Harraz mengangguk.
Zara tersenyum lagi. Senyuman yang lagi
manis dari gula. He he he.. Kau
tunggu, aku nak pedajal kau kejap
lagi. Jangan menyesal kalau dah mula bermain-main dengan Qisnie Vizara ni.
Zara mengeluarkan botol airnya. Green tea? Kenalah dengan selera aku
hari ni. Zara tersengih-sengih. Dia bangkit dari tempat duduknya lalu menghadap
Harraz. Harraz tersenyum-senyum.
Melihatkan Harraz yang tersenyum-senyum
itu membuatkan hati Zara digeletek. Nak kena pedajal pun boleh senyum-senyum lagi. Zara menahan tawa. Tanpa masa
di lengahkan, Zara menuang semua isi botol ‘Green Tea’ itu.
Membuntang mata Harraz melihatkan baju
seragamnya di basahi dengan air. Pandangannya dialihkan ke wajah Zara. Zara
sudah tergelak besar. Ha, pandai muka kau. Siapa suruh nak meng’ayat’ Qisnie
Vizara. Kan dah kena bala. Hati kecilnya ketawa.
“Ha, best mandi air green tea aku tu? Puas
hati aku. B.. B.. Sayang.. Sayang.. Geli tau tak? Menyampah.” Kata Zara sambil
membuat reaksi ala-ala muntah gitu.
Serentak dengan kedatangan sebuah kereta
Alphard putih di hadapannya membuatkan Zara terdiam. Oh my hero.. Dah datang pun. Tanpa mendapat respon dari Harraz,
Zara melangkah mendekati kereta Alphard putih itu. Harraz terkulat-kulat
memandang Zara melangkah meninggalkannya. Malu la tu. Zara tersenyum sinis.
Seorang lelaki yang muncul di sebalik
pintu kereta itu di dekati Zara. Zara memaut tangan lelaki itu.
“Sayang.. You tengok mamat tu. Dia kacau I
la. I tak suka. Saje goda I. Hmm..” gumam Zara manja. Konon-konon minta
perhatian.
Lelaki itu terpinga-pinga.
Zara menguatkan lagi pautan tangannya.
Matanya dikelip-kelipkan.
Lelaki itu tersengih tanda faham akan
kelipan itu. Lalu dia mendekati Harraz yang terpinga-pinga. Macam ayam berak
kapur aje gayanya.
“For
your infomation, She’s my girlfriend. Don’t disturb her again okey.”
Kata-kata lelaki itu kelihatan tegas. Zara sudah gelak besar di dalam hati.
Mana tidaknya, sudi pula abangnya membantu
menjayakan lakonannya itu.
Lelaki itu memandang Zara. “Jom sayang..”
ajak lelaki itu sambil menarik tangan Zara.
Zara membuntuti lelaki a.k.a abangnya itu. Sempat lagi dia
menjelir kepada Harraz. Padanlah dengan muka kau. Siapa suruh goda Qisnie
Vizara yang naughty ni. Kan dah kena
penangan. Huh.. Puas hatinya mengenakan lelaki yang sering menganggunya itu.
“ZARA.. Jom makan. Papa and mama dah
tunggu kita for dinner.” ajak Hazwan.
Zara melihat abangnya di muka pintu.
“Alaa.. Malas lah Abang Wan. I’m not hungry lah.” Zara mengeluh.
Memang aku tak laparlah. Serius.
Hakwan menjeling sambil memeluk tubuh.
“Alaahh.. Tak lapar konon. Badan kau tu
dah lah macam tunggul kayu. Peluk pun tak sedap tau. Aku ajak kau makan kau tak
nak.”
Ternganga Zara dibuatnya. Tak sedap bila
dipeluk? Eleh.. Macam dia pernah peluk aku pulak. Main komplen aje. Kurang asam punya abang.
“What
ever la Abang Wan. Ikut abanglah nak
komen apa. I don’t care.” ujar Zara
sambil badannya mengedik mengikut rentak lagu I Don’t Care dari kumpulan korea
2NE1 itu.
“Dah. Tak payah nak berlagu-lagu ni. Cepat
turun, kalau tak aku dukung kau sampai ke bawah.”
Membuntang mata Zara. Are you serious? Nak dukung aku sampai ke bawah? Gila agaknya abang
aku ni. Tak sanggup aku kena dukung. Tak pasal-pasal kena cop jadi baby tua
pulak.
Zara turun dari katilnya. Tanda menyerah
pada abangnya yang gila ni.
“Yelah.. yelah.. Zara turun sekarang.”
Que Hazwan tersenyum senang.
Zara dan Que Hazwan melangkah bersama
menuruni tangga untuk ke meja makan.
ZARA
menghempas tubuh di atas katil.
Huh.. Penatnya. Aik?! Makan pun boleh
penat ke? Pelik-pelik aku ni. Zara geleng kepala.
Ketenangan Zara terganggu bilamana telefon
bimbitnya berbunyi. Alahai handphone
ni mengganggu ketenteraman aku nak beradu aje. Sibuk betul. Zara mencapai
telefon bimbitnya. Nombor pada skrin telefon bimbitnya dipandang. Nombor
siapalah yang sesat ni? Khidmat pesanan ringkas (SMS) itu dibukanya.
C.I.N.T.A saya hanya untuk awak seorang. ~
secret admirer
Terbeliak mata Zara melihat label secret
admirer yang tertulis di mesej itu. Biar betul? Secret admirer mana pulak ni?
Salah nombor kut. Zara menekan button telefon bimbitnya dengan pantas membalas
pesanan ringkas yang diterimanya tadi.
Sorry.. I think
you’re wrong numbers..~ Zara.
No.. Entah kenapa malam ni saya
teringatkan awak.. ~ secret admirer.
Zara bengang. Mamat mana pulak ni? Pakai
ayat jiwang pulak tu. Nasib baik aku tak mudah cair. Huh.. Zara malas hendak
melayan pesanan ringkas itu. Dicampak telefon bimbit itu di sisi katil. Jam
yang menunjukkan pukul 10.00 malam membuatkan dirinya terlelap.
Apa punya anak dara lah.. Lepas makan
terus tidur. Tak sopan langsung. Puan Vanita geleng kepala. Tidak faham dengan
perangai anak daranya yang seorang ni. Anak dara yang berperangaikan anak
teruna. Hazwan juga tidak begitu. Puan Vanita menutup pintu bilik rapat-rapat.
Nasib baiklah dia tergerak untuk ke bilik Zara. Kalau tidak, tidur tidak
berpintulah anak daranya itu. Puan Vanita melangkah ke biliknya semula.
############
Ha? Dah baca kan? Ce korang komen sikit sal enovel baru ni? Pemacam? Okey tak? Kena tak ngan selera korang? Kuang3..
31 comments:
wah! bestnya nama heroinnya. Zara ni nakal ek. hehehe. masa sekolah boleh pula nak kenakan cikgu dia. kesian harraz mandi air green tea... hahaha. siapakah secret admirer tu?? jeng jeng jeng... nice intro Qai. :)
Sape secret admirer zara nie... Xsabar nk thu...
ee..best la! kelakar betul Zara ni...siapa pulak si secret admire tu ek? huhu...sambung lagi k? :D
wahhh! best la...kelakar n naughty betol si Zara ni...saya yg masih bersekolah ni pon xberani wt cmtu..huhu...siapa la si secret admire ni ek? huhu...sambung lagi k! :D
bila baca balik, baru perasan yg time Zara naik kereta tu..betul ke tuu abg Zara? abg kandung dia- Que Zakwan...btw, its Que Zakwan ke tau Hakwan?
Da betulkan.. hehehe.. tak perasan... tq baca ye u ollzz... dtg lagi..
bestnya cerita ni.. :D
sy ni bkn peminat novel2 . sbb tk rajin sgt nk membaca.
kalau nie yg awk buat sendiri.
agak bagus jgk..
keep on writing .
Awesome cerita ni, kak.. Da hantar ke KN ke? Sygnya kalau akak tak hntr, best giler crta ni ;)
pandai meletakkn gambar artis kesukaan saya..hehe..anyong dear..(^_^)
best giler :)
NICE STORY . Boleh buat movie ni ;)
Hazirah suka :3 Klaw ada novel nak beli .
Bestlah awak,saya suka part simbah air tu dgn lakonan abg dia tu,lawak habis
nice story :) ^^
Awesome story :)
best cerita ni tauu ! best gileeeee :D
best cerita ni :3
"C.I.N.T.A saya hanya untuk awak seorang. ~ secret admirer" Fuyoo ! Best . Haha
Pandainya awak buat :))
wahh best lah !^^
wahhh..bestnyaa...Zara nih nakal jugak yaa..
BEST NYA CERITA NIII!!!! :D
pndai buat crite. sy dri dlu nk buat crite sndri tpi xde mse :(
best3!!! thumbs up!!
best3!!!
best3!!
Teringin nak tau siapa secret admirer tu. Hahahahah, padan muka Harraz, menggatal aje. Best! :)
hebat ceritanay, pandai sangat mengarang ceritanya...bestnya^^
best2
serious best crita nie.... :)
best cerita nie..:)
Post a Comment