Ugutan Cinta 13

,6/24/2013 09:29:00 AM | 4 Comment


BAB 13


MAJLIS perkahwinan yang dirancang rapi itu akhirnya berjalan dengan lancar. Seorang gadis yang bernama Nur Iffa Afifah sudah layak digelar isteri kepada seorang lelaki yang bernama Qasyaf Aiman. Majlis sangat meriah dengan kehadiran tetamu dari pelbagai bangsa dan darjat tapi tidak terlalu mewah kerana Qasyaf mahu mengikut sunnah Rasulullah. Bersederhana dalam berbagai perkara.
     Iffa kelihatan cantik apabila tubuhnya bersarungkan dress labuh yang berwarna putih. Juga dihiasi dengan bunga kecil berwarna merah di hujung kain. Selendang yang terlilit kemas menyerlahkan lagi keindahan gadis yang baru bergelar isteri itu.
     Iffa duduk seorang diri. Para tetamu sibuk menjamah makanan yang sudah tersedia di atas meja. Puan Hanan dan ahli keluarganya yang lain sibuk menguruskan hal ehwal yang lain. Airil juga sudah keluar dari hospital setelah seminggu lelaki itu sedar dari komanya. Mungkin Airil dapat merasakan yang dia bakal mendapat adik ipar. Hari ini dia tidak nampak kelibat Ridzki. Mungkin lelaki itu tidak menghadiri majlisnya. Iffa mengeluh.
     Tiba-tiba dia teringat akan kejadian tiga hari lalu. Perbualan antara dirinya dan sepupu perempuannya. Anak perempuan dari mak longnya yang menetap di Kuala Lumpur.
      “Selena.” Hanya itu yang mampu dia ucapkan saat sepupunya itu menerjah masuk ke rumahnya sambil melemparkan sekeping kad kahwin ke arah wajahnya.
      “Tak guna kau, Iffa. Tergamak kau kahwin dengan bakal tunang aku.” Lantang kedengaran suara Selena tanpa memberi salam.
      Iffa tergamam. Terkejut dengan kelakuan drastik Selena yang tiba-tiba datang menerjahnya.
     “Qasyaf Aiman. Dia bakal tunang aku,” bentak Selena. Mungkin dia geram melihat Iffa yang diam tidak berkutik itu.
     Iffa tergamam lagi. Kali ini lebih terkejut dari tadi. Dia tidak tahu menahu tentang hubungan Selena dan Qasyaf. Takkan nak salahkan dirinya pula.
     “Syaf? Bakal tunang kau?”
     “Ya. Dia bakal tunang aku.”
     “Tapi Syaf kata dia tak jadi bertunang.”
     “Tak jadi disebabkan kau. Kau rampas dia dari aku. Kau dan family kau semuanya suka merampas hak aku and my family.” Kuat suara Selena.
     Puan Hanan dan Encik Irham tiada di rumah. Jadi rumahnya kosong tanpa penghuni. Hanya dia yang tinggal di rumah.
     “Iffa, kau dengar sini. Aku tau tujuan kau rampas Syaf dari aku. Aku tau kau nak balas dendam dengan apa yang family aku dah buat dengan family kau. Tapi cara kau balas dendam ni memang dah melampau. Kau jangan ingat aku akan lepas tangan macam tu aje. Aku akan dapatkan semula apa yang kau dah rampas dari aku. Kau ingat tu.” Panjang lebar Selena berbicara. Melepaskan geram yang sudah lama berbuku di hatinya.
      “Kau salah faham ni, Ena. Aku tak tahu apa-apa pun pasal pertunangan kau dengan Syaf. Hal tentang family kita, dah lama aku lupakan. Keluarga aku bukan jenis pendendam, Ena. Kau kena faham.” Iffa membela diri. Dia juga turut berdiri dari sofa apabila dia melihat Selena yang berjalan mundar-mandir kerana marah.
     “Kau tak perlu nak tutup bangkai sebesar gajah tu. Kau ingat, Iffa. Aku tak akan lepaskan kau.” Sebuah ugutan yang dilemparkan oleh Selena menjadi akhir perbualan mereka.
     Selena berjalan keluar dari rumah Iffa. Perangai Selena tidak pernah berubah dari dulu. Iffa mengeluh.
     “Iffa..”
     Iffa tersentak apabila bahunya diraih lembut. Hilang semua lamunannya tentang Selena. Dia menolak tangan Qasyaf yang ligat memeluk bahunya.
     “Aik?! Kenapa tolak-tolak ni. You tu isteri I tau.”
     Iffa menjeling tajam. Dia tidak ada mood nak bergurau.
     “You.. datang bulan ke? Muka you ketat aje I tengok.”
     Iffa tergamam mendengar soalan Qasyaf. Macam tak ada soalan lain yang hendak ditujukan oleh lelaki itu.
     “Apa yang encik merepek ni?”
     “Tak adalah. Patutnya you gembira sebab dapat kahwin dengan lelaki macam I ni.”
     “Apa-apa ajelah.” Lagi lama dia duduk di situ, lagi lamalah Qasyaf akan merepek dengannya. Lebih baik dia pergi. Iffa bangun dari kerusinya dan terus melangkah ke arah Puan Hanan yang leka melayan tetamu.
     Qasyaf mengurut-urut dadanya. Sabar, Syaf. Sabar.. Nak pikat seseorang yang telah ditinggalkan bukannya senang macam makan ayam goreng. Perlukan kesabaran dan pengorbanan . Yang paling penting adalah dia akan sentiasa mengharap pertolongan dari Allah agar Allah dapat melembutkan hati Iffa untuknya. Qasyaf pula melangkah mendekati Iffa dan ibu mertuanya itu.
     “Ibu, mak long dan Ena tak datang ke?” tanya Iffa sebaik sahaja tetamu yang berbual dengan mereka sudah beredar dari situ.
     “Ibu ada jemput, tapi tak nampak pulak mak long kamu tu. Mungkin sibuk agaknya.”
     Puan Hanan masih tidak tahu tentang kejadian yang berlaku antaranya dan Selena. Iffa malas hendak membesar-besarkan cerita. Cukuplah hanya kisah lama yang menjadi jurang talian persaudaraan mereka. Dia tidak mahu perkara yang lain menjejaskan hubungan mereka yang sudah retak itu.
     Qasyaf hanya menjadi pendengar setia. Dia juga baru tahu yang Selena itu adlah sepupu Iffa. Baik juga Selena tidak datang. Kalau datang, haru biru lah jadinya majlis ni. Bukan dia tidak kenal dengan perangai Selena. Qasyaf hanya bersyukur dalam hati kerana majlis perkahwinannya berjalan dengan lancar.
     “Dah petang ni. Tetamu pun dah tak ramai. Kamu berdua ni pergi tukar baju. Rimas dah ibu tengok,” arah Puan Hanan kepada anak dan menantunya.
     Masing-masing mengangguk tanda faham dan terus berlalu masuk ke dalam rumah.


*~*


IFFA sudah siap mengemas kain bajunya. Malam ini juga dia harus ke rumah Qasyaf kerana esok kenduri akan di adakan bagi pihak lelaki pula. Jam sudah menunjukkan angka 10 malam. Qasyaf sudah bersedia untuk bergerak.
      “Ibu ayah, Iffa balik dulu ya.” Iffa memeluk Puan Hanan dengan begitu erat. “Along. Jaga diri baik-baik. Along baru aje baik. Jangan buat hal pulak malam ni. Iffa tunggu semua datang ke KL esok ya.”
     Airil hanya tergelak. Begitu juga yang lain. Setelah berpamitan, kereta Honda Civic milik Qasyaf sudah meluncur laju membelah malam yang gelap.
     Tidak sampai 2 jam, mereka sudah tiba di kawasan perumahan Qasyaf. Kereta yang masuk ke perkarangan rumah membuatkan penghuni di banglo itu mengalih pandangan ke arah kereta.
     “Dah sampai pun menantu ibu ni.” Datin Halimah memeluk Iffa yang baru keluar dari kereta.
     Iffa menyambut mesra akan pelukan Datin Halimah. Qasyaf sudah mengeluarkan beg pakaiannya. Iffa menarik lembut beg pakaiannya dari Qasyaf sambil memberi isyarat yang dia ingin mengangkatnya sendiri. Qasyaf hanya menghulurkan tanpa sebarang bicara.
     Setelah saling bersalaman, dia dan Qasyaf mula bergerak ke bilik yang telah disediakan oleh Datin Halimah. Pintu bilik terkuak luas apabila ditolak oleh Qasyaf. Iffa menapak memasuki bilik itu. Waahh.. Hampir ternganga Iffa dibuatnya. Lawa. Mungkin dihias oleh pereka yang berbakat dan berpotensi. Tapi Iffa berasa tidak enak pula dalam keadaan begini.
     “Buat apa lagi you tercegat kat depan pintu tu? Nak ajak siapa lagi yang masuk?” Teguran Qasyaf membuatkan Iffa tersentak.
     Cepat-cepat Iffa menutup pintu dan meletakkan beg pakaiannya di atas sofa yang tersedia di bilik itu. Dia melabuhkan juga punggungnya di atas sofa. Matanya dikerlingkan di sekeliling bilik. Semuanya cukup asing bagi dirinya. Qasyaf sudah merebahkan badannya di atas katil. Mungkin ini biliknya kerana Qasyaf menunjukkan reaksi yang sungguh selesa.
     Iffa mengeluh. Dia penat sebenarnya tapi dia tidak mampu hendak melelapkan mata kerana dia tidak biasa tidur berdua di dalam satu bilik. Lagi-lagi seorang lelaki. Aushh.. Mau pengsan dibuatnya. Macam mana nak tidur ni. Takut mata aku jadi mata panda pulak bila bangun esok. Dahlah ada kenduri lagi. Mesti bertambah penat.
     “You pergi mandi dulu. Lepas tu I nak mandi pulak,” kata Qasyaf sambil matanya tertutup dengan tangan.
     “Err..” Iffa terpinga-pinga.
     Qasyaf bangun dari pembaringannya apabila kata-katanya tidak berjawab.
     “Kenapa you tercegat lagi tu? You nak I mandikan you ke? Atau you nak mandi dengan I. I tak kisah. Lagi I suka.”
      Mendengarkan itu, serta-merta wajah Iffa bertukar warna merah. Dia malu diperlakukan begitu. Dia kan seorang perempuan. Dia masih lagi tetap di sofa. Masih tidak bergerak walau seinci pun.
     Macam mana nak mandi kalau ada mamat ni kat dalam bilik. Gerutu hati Iffa sambil memandang ke arah Qasyaf yang tersengih seolah-olah lelaki itu dapat memahami apa yang bermain di kepala otaknya.
     “Dahlah. You mandi cepat sikit. I nak keluar sekejap.”
     Fuhhh.. Ayat itulah yang ditunggu-tunggu oleh Iffa. Melihatkan Qasyaf sudah keluar dari bilik, dia bangun dari sofa lalu mengunci pintu bilik  itu.
     “Yes.. I’m free.” Iffa mengangkat tinggi kedua-dua tangannya sambil tersenyum girang.
     Iffa masuk ke dalam tandas sambil membawa pakaian yang hendak dipakainya nanti. Qasyaf tu bukan boleh percaya sangat. Tak pasal-pasal dia dah tercongok kat depan pintu bilik air ni.
     Tidak sampai setengah jam, Iffa sudah siap berpakaian. Rambutnya yang basah ditutup dengan tuala. Dia membuka pintu tandas dengan perlahan dan menjenguk kalau-kalau Qasyaf ada di dalam biliknya.
     Tiba-tiba matanya tertumpu kepada sesusuk tubuh yang sudah siap berbaju tidur itu. Qasyaf? Bila masa pulak dia mandi. Iffa menapak keluar perlahan-lahan.
     “Lamanya you mandi. You berniaga air ke kat dalam tu?” tegur Qasyaf.
     Iffa diam. Tangannya ligat menggosok-gosok rambutnya yang basah dengan tuala.
     “Dah malam ni. Pergi tidur. Orang kat luar semuanya dah nak beradu. You sini. Tidur sebelah I,” arah Qasyaf sambil menepuk tilam di sisinya.
     Iffa menggeleng laju. “Tak nak.”
     “Tak nak sudah. Pandai-pandai you lah nak tidur dekat mana.”
     Iffa mencebik. “Ish, saya takkan tidur sebelah encik sebelum saya betul-betul sukakan encik.”
     “Kalau macam tu, you kenalah sukakan I dari sekarang.” Qasyaf memejamkan matanya. Buat-buat  tidur. Dia ingin tahu juga di mana Iffa akan  mengambil tempat untuk beradu.
    Iffa mengetap gigi. Geram dengan tingkah Qasyaf yang acuh tak acuh tu.
    “Mana saya nak tidur ni, encik?”
    “Ikut you lah. Dalam bilik air pun boleh.”
    “Apalah encik ni. Sekurang-kurangnya sediakanlah satu katil untuk saya. Toto pun boleh.”
    “Buat apa pulak I nak sediakan katil untuk you. Apa tak cukup besar ke katil ni untuk you. Membazir kalau letak dua tiga katil dalam bilik. Allah tak suka. Rasulullah pun tak suka. Ada faham?”
     Ha, kena sebijik dengan Ustaz Qasyaf. Ada hati nak berbetah dengan Qasyaf. Iffa mengeluh. Dia menarik selimut extra yang memang tersedia di bilik itu. Dia berbaring di atas sofa lalu menyelimuti seluruh tubuhnya dengan selimut.
     “Betul ke you tak nak tidur sebelah I ni?” acah Qasyaf.
     Iffa hanya berdiam diri. Matanya dipejam rapat-rapat. Kalau boleh apabila dia bangun esok pagi semuanya tidak terjadi.
     “Ikut you lah. Jangan sampai esok pagi you merayap dekat katil I pulak ya.” Qasyaf gelak besar.
     Setelah lama berdiam diri, Iffa menoleh ke arah Qasyaf yang sudah lena dibuai mimpi. Iffa menghela nafas berat. Akhirnya dia paksakan juga matanya untuk tidur.


*~*


SELENA sudah mabuk menelan air syaitan itu. Dia bengang kerana Qasyaf dan Iffa sudah di akad nikah. Lagu-lagu yang kuat bergema di disko itu sedikit pun tidak menganggu fikirannya. Razin yang berada di sisinya sudah mula risau dengan tindakan Selena yang menggila itu.
     “Selena. Jom kita balik. Keadaan you dah teruk sangat ni,” ajak Razin sambil memaut lengan Selena supaya gadis itu tegak berdiri.
     Selena menolak. “Tak nak. I nak duduk sini sampai pagi.”
     “You jangan ikutkan hati you sangat, Ena.”
     “Siapa kata I  ikut kata hati I? Kalau ikutkan hati I, dah lama I bunuh Qasyaf dan Iffa tu. Dia orang berdua memang tak guna,” bentak Selena.
     Razin menggeleng. Dia sudah lali mendengar Selena berkata begitu. Entah apa yang special sangat pada Qasyaf pun dia tidak tahu. Sehingga dirinya pula yang dipinggirkan oleh Selena.
     “Sudah la tu, Ena. Jom kita balik.”
     “You tak dengar ke? I tak nak balik malam ni. I nak happykan hati I yang tengah sakit ni.” Selena menjerit kuat sehingga orang sekelilingnya itu menoleh ke arahnya.
     Razin sudah tidak mampu menahan tindakan Selena. Buat sementara ini, dia biarkan sahaja gadis itu meluahkan ke tidak puasan hatinya.


*~*


RIDZKI mencapai foto abangnya itu. Air mata yang mula mengalir dari tubir mata itu, dikesat dengan sapu tangan. Cermin mata yang dipakainya sejak tadi, dicabut lalu diletakkan diatas meja. Wajah arwah Ridzwan ditatap penuh hiba.
     “Wan.. Hari ni, Iffa dah jadi isteri orang. Aku sedih. Aku sedih sebab dia tak pilih aku sebagai teman hidup dia. Lepas pemergian kau, aku cuba menagih cinta dia tapi dia berkeras tak nak terima cinta aku semula.”
     Menitis air mata Ridzki apabila meluahkan kata-kata itu. “Aku tau aku pernah kecewakan hati dia sehinggakan cinta dia beralih arah kepada kau. Tapi aku dah berubah demi dia cuma dia tak nampak apa yang aku buat untuk dia. Kalaulah kau ada kat sini, mesti kau akan bantu aku. Tapi malangnya, kau dah pergi dulu. Aku hanya mampu doakan kebahagiaan kau dari sini.”
     “Maafkan aku. Maafkan aku kerana mencintai Iffa semula.” Ridzki mengesat air mata yang sudah laju berlinangan di pipinya.

*~*~*~**~*~*~**~*~*~**~*~*~*~*~**~*~*~*~**~
Enjoy reading.. Jangan lupa drop komen ea.. ( *_* )~~

THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

4 comments:

Unknown said...

nak lagiiiiiiiiiiiii :D

Anonymous said...

x sabar nk tau sambungannya. harap2 syaf dpt bersabar dgn perangai iffa

Unknown said...

best n sedeh dek...sambung laju2 yer dek..tk sabar akk nk bc kisah seterus nyer....

Unknown said...

Aiyoo, Selena ni macam tempah batu nisan kat saya je.. Ish, sabar jela. Geli sikit bila Syaf ber-I & ber-you dgn Iffa. Saya lagi suka awak saya ataupun abang ayang ke.. Heheh.. Nak lagi nak lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...