BAB 10
“YESSS !!
Yesss !! Yesss !!.” Qasyaf
bersorak gembira sebaik sahaja badannya menerobos masuk ke dalam kereta setelah
tamat perbincangannya dengan Encik Irham.
“Aku memang peliklah
bila dengar Encik Irham kata yang Iffa setuju dengan nak kahwin dengan kau. There
must be something wrong. Aku pasti sangat.” Kata-kata Hakimi juga membuat
hati Qasyaf terdetik begitu.
“Aku pun pelik jugak.
Tapi orang dah sudi, apa salahnya kan?” Tawa Qasyaf terhambur keluar.
“Yalah. Mana taknya,
bila dia sampai dari KL tadi, kau tengoklah muka dia pandang kita. Macam ayam
berak kapur. Kelat plus pahit. Tapi lepas jumpa mamat yag kat luar tu,
alih-alih dia terima pulak untuk dijadikan isteri. Tak ke pelik tu.”
Hakimi mengangguk-angguk dengan tutur bicaranya. Dia pasti akan itu.
Qasyaf mengangguk tanda
setuju. “Betul.. Betul.. Betul..” Tiru gaya upin ipin. He he he..
“Siapalah agaknya lelaki
tu sampai dia mampu buat Iffa tukar fikiran. Setahu aku, kau dah cuba pujuk dia
supaya kahwin dengan kau. Siap ada episod ugut mengugut lagi. Tapi tak sangka,
lepas dia bercakap dengan lelaki yang pakai lab coat tu, boleh pulak
Iffa tukar fikiran macam tu aje.”
Qasyaf diam sejenak.
Berfikir yang kata-kata Hakimi ada benarnya. Siapa agaknya lelaki yang bercakap
dengan Iffa di luar rumah tadi. Walaupun kurang sebulan dia mengenali Iffa, dia
sudah mengenal kelakuan Iffa walaupun tidak kesemuanya. Qasyaf mengeluh kecil.
Iffa dah setuju pun dah kira okey. Desis hati kecilnya.
“Biarkanlah dia. Aku
bersyukur sebab dia terima aku walaupun dia macam terpaksa.” Qasyaf bersuara
lemah. Tumpuannya masih ke depan. Stereng kereta digenggam kemas.
“Walaupun dia tak
cintakan kau?”
Qasyaf mengeluh lantas mengangguk.
“Cinta itu boleh dipupuk
lepas kahwin, Kimi. Ikut dia lah dia nak cintakan aku atau tak. Yang penting,
aku ikhlas terima dia. Entahlah. Sejak akhir-akhir ni aku selalu ternampak dia
dalam mimpi aku. Maybe dia memang jodoh yang Allah tentukan untuk aku
agaknya. Lagipun, dia baik. Sekurang-kurangnya aku tak rasa bersalah dengan
diri sendiri dan menyesal di kemudian hari.” Panjang lebar Qasyaf memberi
keterangan.
Hakimi hanya mengangguk.
Ada betulnya juga telahan Qasyaf. Daripada sahabatnya ini memilih Selena yang
dah jelas-jelas kaki lelaki, kaki clubing. Lebih baik cari yang
muslimah, ayu, sopan walaupun tak bawa mangkuk tingkat. Hakimi tersengih
sendiri.
“Ikut kaulah. So,
bila kau nak ajak mama and papa kau jumpa Encik Irham and family?”
“Kalau boleh secepat
mungkin. Aku kena bincang dengan mama and papa dulu.”
“I see. Merasalah
aku makan nasi minyak tahun ni. Dua kali pulak tu.” Berderai ketawa Hakimi
memenuhi ruang dalam kereta.
Qasyaf tersengih. “Yalah
tu.”
Qasyaf tersenyum senang.
Akhirnya semua urusannya dengan Iffa hampir selesai. Kalau boleh dia ingin
cepat-cepat ke jinjang pelamin. Dia tidak mahu Iffa menukar fikiran di
saat-saat akhir.
“Kalau boleh aku
tanyalah, kau betul-betul cintakan dia ke?”
Qasyaf menoleh ke arah
Hakimi. “Aku..”
*~*
QASYAF leka termenung
melihat awan gelap bersama bulan dan bintang yang bergantungan. Entah mengapa
cahaya bintang lebih jelas dari bulan malam ini. Mungkin kerana hatinya pun
sedang berbunga-bunga. Dia meneguk cawan yang berisikan air suam itu. Melayan
perasaan hati di halaman rumah memang mendamaikan. Setelah dia cuba yakinkan
dirinya yang Selena sudah melepaskan dia, dia berasa agak sedikit selesa. Malas
hendak terikat dengan kehidupan gadis liar itu.
“Angah, buat apa tu?
Berkerut-kerut semacam aje muka angah tu.” Qyra, adik perempuan a.k.a adik
bongsunya menegur.
Qasyaf tersenyum manis.
“Tak payah nak kelentong sangatlah. Mana ada berkerut-kerut.”
Qyra tergelak kecil. Ada
aje bahan yang diluahkan oleh Qasyaf. Qyra menarik kerusi yang tersedia di
depan Qasyaf. Dia terus melabuhkan punggungnya dan mencapai air suam kepunyaan Qasyaf. Qasyaf hanya diam. Dia
sudah terbiasa dengan kelakuan Qyra.
“Kenapa dengan angah ni? Lain macam aje Qyra
tengok. Ada apa-apa ke?” tanya Qyra. Kening kirinya diangkat ala-ala Ziana
Zain.
“Lain macam mana tu?
Bertukar jadi superman? Ke batman? Tak pun power ranger
ke? Tang mana yang lain tu?” Sedikit tawa meletus di tutur bicaranya.
Qyra mencebik. “Tadi Kak
Ena datang jumpa Qyra.”
Qasyaf tersentak.
“Datang jumpa Qyra? Buat apa?”
“Dia minta Qyra pujuk
abang supaya abang balik semula pada Kak Ena.”
“Habis tu, Qyra jawab
apa?”
“Qyra anggukkan aje. Tak
jawab apa pun. Malas Qyra nak melayan. Buat malu Qyra aje kat kampus tu. Pakai
baju punya sendat macam minah tak cukup kain. Qyra pun tak pernah pakai baju
sesendat Kak Ena. Malu Qyra. Malu sangat.”
Beria-ia Qyra bercerita.
Mana taknya, Selena datang ke kampusnya dengan pakaian yang menjolok mata.
Tiba-tiba datang meluru ke arahnya dengan senyuman menggiurkan. Macam nak
tayang body ke semua penghuni kampusnya pula. Malu juga dia, tapi apakan
daya, dia terpaksa juga menghadiahkan senyuman palsu yang paling menawan buat
‘bekas bakal tunang’ abangnya ini.
“Alaaa.. Qyra tak payah
layan sangatlah dengan Selena tu.” Qasyaf mencapai majalah yang sudah tersedia
di meja itu.
“Sebenarnya apa masalah
angah dengan Kak Ena sampai abang nak batalkan pertunangan?” Qyra merapatkan
dirinya dengan Qasyaf. Biar menjadi rahsia.
“Buat apa Qyra nak tau.
Qyra tu budak lagi. Tak faham apa-apa pasal orang dewasa ni,” ujar Qasyaf
sambil menjentik hidung Qyra.
Qyra mencebik sambil
mengusap hidungnya yang sakit. Sakit tau tak. Muncung seribu inci sudah keluar.
“Merepek aje angah ni.
Qyra dah 19 tahun la. Qyra ni dah tercukup mumayyiz pun nak ambil tau pasal
benda-benda macam ni.”
Qasyaf tergelak. Dia
memang suka menyakat Qyra memandangkan Qyra memang rapat dengannya sejak kecil
berbanding dengan Kak Qyla.
“Tapikan, Qyra rasa Qyra
dah dapat tangkap apa yang berlaku antara angah dan Kak Ena.” Qyra membuat muka
evil dengan senyuman sesinis mungkin.
“Apa yang Qyra tangkap? Butterfly?”
Qasyaf masih lagi bergurau.
“Apa pulak butterfly.
Angah ni memang kuat merepek kan? Haihh.. Qyra ada something
important nak bagitau angah.”
“Apa dia?” Tawa Qasyaf
sudah mengendur. Kesian melihat adiknya sudah berputus asa melayan perangai gila-gilanya
malam ini.
“Sebelum angah decided
nak batalkan pertunangan, Qyra nampak Kak Ena with other guy kat
shopping mall. Nasib baik dia tak nampak Qyra. Buatnya dia nampak Qyra, dia
buat drama pulak nanti. Al maklumlah, tak nak mengaku punya pasal,” omel Qyra.
Nampak benar yang dia memang menyampah dengan ‘bekas bakal tunang’ Qasyaf itu.
Qasyaf terdiam. Dia
tidak tahu tentang itu. “Dah berapa lama Qyra nampak?”
“Nak dekat setahun
jugalah.”
Dengan pantas tangan kanan
Qasyaf mencubit lengan Qyra. Qyra mengaduh sakit.
“Kenapa tak bagitau
angah awal-awal? Kalau tak, dah setahun dah angah pisah dengan Selena tu.”
Qyra mencebik. Geram
kerana dicubit. “Manalah Qyra tau. Kalau Qyra bagitau angah pun, angah bukannya
percaya cakap Qyra. Lelaki kan ego.” Qyra membuat muka annoying.
Qasyaf merengus geram.
Lelaki ego? Aku tak pun. Memandai aje Qyra ni.
*~*
IFFA mengangkat
mangkuk yang berisikan ikan patin masak tempoyak itu. Dia menyusun pinggan di
atas meja. Makanan-makanan yang lain juga turut dihidangkan di atas meja. Dia
menatap ke arah jam dinding yang menunjukkan angka 2 petang itu. Kata ibu ada
tetamu ibu yang hendak datang bertandang. Mungkin sebab itu juga ibu masak
hidangan yang berlebihan hari ini.
Setelah siap mengatur
kedudukan pinggan dan cawan di meja makan, Iffa berlalu ke biliknya. Dia
memasuki bilik air untuk menukar baju yang lebih sopan. Apabila dia keluar dari
bilik airnya, dia sudah siap berbaju kurung pink. Tudung bawal putih dikenakan
ke kepalanya. Secalit lip balm dan sedikit tepukan bedak ke wajahnya
sudah cukup membuatkan wajahnya nampak berseri.
Sara tiada di rumah.
Sahabatnya itu sibuk melawat Airil di hospital. Nak melepaskan rindu katanya.
Iffa hanya tersenyum. Dia mula berdiri di depan cermin sambil berpusing-pusing
ala-ala cinderella. Tiada siapa yang melihatnya berbuat begitu. Iffa
tergelak sendiri melihat dirinya di cermin. Bukannya nak kemana pun, tapi
bersolek macam nak pergi kenduri kahwin. He he he..
“Siapalah tetamu ibu
yang tiba-tiba nak datang tu kan?” Iffa bercakap sendiri di depan cermin sambil
membetulkan tudungnya agar lebih kelihatan rapi.
Bunyi deruman kereta
membuat Iffa tersentak. Tetamu ibu dah sampai ke? Cepat-cepat Iffa keluar dari
bilik. Nak menyambut tetamu lah katakan. Belum sempat dia ingin menjadi
penyambut tetamu pertama, Puan Hanan sudah terpacak di muka pintu dengan penuh
senyuman untuk menyambut tetamu. Iffa hanya berdiri di balik pintu. Malas
hendak terpusu-pusu ke halaman rumah. Biarlah semuanya diuruskan oleh Puan
Hanan.
“Masuk.. masuk..
Maaflah, rumah saya tak besar sangat,” jemput Encik Irham.
Tetamu sudah menapak ke
dalam rumah. Wajah Iffa timbul rasa terkejut apabila tubuh Qasyaf melepasinya.
Dengan senyuman manis dihadiahkan buat Iffa. Iffa tergamam. Ni ke tetamu ibu.
Kalau aku tau, aku tak nak pakai cantik bagai ni. Alahai, nak apa lagi dia
datang. Siap bawa parents dia lagi. Kur semangat.
Setelah para tetamu
menapak di sofa, Iffa berlalu ke dapur untuk menghidangkan air yang sudah
disediakan dari tadi. Dulang yang ditatang, diletakkan di atas meja. Satu
persatu air fresh orange itu dituang ke gelasnya. Lalu Iffa pun berganjak
meninggalkan ruang tamu. Qasyaf dan yang lain hanya menjadi pemerhati.
Setibanya Iffa di dapur,
dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya. Satu pesanan ringkas dihantar buat
jejaka yang di gelar ‘mamat kejam’ itu.
Encik, jumpa saya kat dapur sekarang !!
Sebaik sahaja Qasyaf
mendapat pesanan ringkas yang dihantar oleh Iffa kepadanya, dia bingkas bangun
dan meminta izin untuk ke tandas. Dia berlalu melepasi bilik Iffa dan terus
menuju ke dapur. Dilihatnya Iffa sudah berpeluk tubuh di sisi rak pinggan.
Qasyaf melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang sudah tersedia ada di situ.
Satu senyuman sinis dihadiahkan buat gadis sunti di depannya itu.
“Kenapa encik datang tak
bagitahu saya dulu?” Iffa berterus terang.
Qasyaf tersengih. “I kena
bagitahu you dulu ke kalau nak datang? Tak perlu rasanya.”
Iffa tersentak apabila
panggilannya sudah bertukar. Dari ‘kau’ dan ‘aku’ menjadi ‘I’ dan ‘you’. Geli
geleman telinga Iffa mendengarnya.
“Sejak bila pulak encik
ber ‘I’ ber ‘you’ dengan saya ni. Skru encik longgar lagi ke?” perli Iffa. Dia
masih berpeluk tubuh memandang Qasyaf yang jauh lima meter darinya.
“Sejak you bakal jadi
tunang I. Tak lama lagi kita nak tunangkan? Lagipun, panggilan I akan bertukar
lagi bila kita dah kahwin. Panggilan yang lebih mesra. You tau sendiri lah kan.”
Qasyaf senyum senget.
Iffa mengetap gigi.
Perkara itu yang paling diingat lelaki ini. Iffa merengus geram.
“Encik, saya tengah
marah dengan encik tau. Lain kali bagitau saya dulu kalau nak datang. Kira baik
tau saya terima encik yang otak bukan betul sangat ni. Kalau tak, membujang lah
encik sampai ke tua sebab perempuan ni nak lelaki yang normal aje. Bukannya
skru yang longgar macam encik ni.”
Qasyaf tergelak besar.
“Bukan you terima I sebab you takut dengan ugutan I hari tu?”
Iffa terdiam. Adalah
rasa takut. Tapi tak banyak berbanding rasa sakit hatinya dengan Ridzki. Lelaki
yang tak habis-habis memuja cintanya.
“Haa.. Kan I dah cakap.
You mesti takut dengan ugutan I hari tu.” Sengaja Qasyaf berkata begitu
walaupun dia tahu bukan hanya dengan sebab itu Iffa sudi menjadi isterinya.
“Ikut encik lah. Yang
pastinya, saya terima encik atas sebab dan kepentingan diri saya sendiri. Jadi
encik jangan salahkan saya kalau saya lambat atau mungkin juga tidak sesekali
sukakan encik. Encik nak sangat kahwin dengan saya kan? Jadi encik kena
bersabar dengan sikap saya ni.”
Qasyaf mengeluh. Nasib akulah
dapat isteri kepala batu macam dia ni. Qasyaf memandang Iffa. Iffa hanya diam
tidak berkutik. Dia tidak mahu goyah. Dua kali dia bercinta dan dua kalilah dia
pernah kecewa. Kecewa dengan sikap dan perbuatan yang dilakukan oleh Ridzki
kepadanya dan juga kecewa dengan kematian Ridzwan yang tiba-tiba meninggal di
hari perkahwinannya. Memang semuanya sudah ditakdirkan untuknya.
“Eh, Iffa.. Apa yang
Iffa buat kat sini?”
Teguran Puan Hanan
membuatkan Qasyaf dan Iffa tersentak. Puan Hanan meletakkan dulang yang
ditatangnya tadi ke dalam singki.
“Syaf, Iffa. Meh
makan. Semua dah tunggu kamu berdua kat depan tu,” ajak Puan Hanan dan terus
melangkah ke ruang tengah yang terdapat meja makan itu.
Iffa dan Qasyaf saling
berpandangan dan masing-masing pun mengangguk.
*~*
SARA mendekati Iffa
dan terus melabuhkan punggung di birai katil. Iffa yang leka dengan bacaannya
terus tersentak apabila tangan Sara ligat mencuitnya. Novel ‘Andai Itu
Takdirnya’ hasil karya Siti Rosmizah itu diletakkan di sisi katil. Dia
menghadap Sara.
“Kenapalah kau ni suka ganggu
aku time aku tengah baca novel sedih. Aku ni tengah ambil feeling
tau. Feeling sedih,” omel Iffa. Bantal kecil di tangannya itu,
dicampakkan ke arah Sara yang terkebil-kebil.
“Aku dengar parents
Qasyaf datang tadi. Betul ke?” ujar Sara sambil memeluk bantal kecil yang
dibaling Iffa kepadanya tadi.
Iffa mengeluh. Mesti tau
dari ibu. “Iya. Dia dan parents dia ada datang tadi,” jawab Iffa acuh tak acuh
sahaja.
Sara tercengang. Serta merta
dia menumbuk bantal kecil di tangannya itu.
Iffa memandang pelik
dengan kelakuan Sara. “Yang kau ni kenapa?”
“Ishh.. Rugi aku. Rugi sangat aku tak ada
tadi. Menyesal aku pergi hospital waktu tu. Kalau tak, free-free aku
dapat tengok Dato’ Nasir tadi. Bukannya senang nak dapat jumpa orang ternama
ni.” Sara membebel sendiri. Iffa hanya menadah telinga mendengar bebelan Sara.
“Dah lah.. Macam mana keadaan
along aku kat hospital tu? Kau tengok tak? Ke kau dok mengorat doktor handsome
kat hospital tu tadi.” Iffa pula yang mengenakan Sara. Iyalah, asyik aku aje
yang terkena. Siapalah yang tak bengang. Haaa.. Kan dah terkena dengan aku.
Sara mencebik.Mulalah
tangannya menjadi ketam. Yang jadi bahannya adalah tubuh Iffa. “Apalah kau ni.
Aku ni setia pada yang satu. Tiada dua tau. Aku sibuk melayan Airil sampai tak
ada masa nak melayan doktor handsome.”
“Ya lah tu.” Iffa
membuat muka annoying.
“Ya lah. Aku sedih tengok
dia terbaring macam tu. Bilalah agaknya dia nak sedar. Rindu aku dah sampai
limit,” ujar Sara sambil mengusap-usap dadanya.
Iffa tergelak. “Kau
banyakkanlah doa. Banyak doa, cepatlah along aku tu sembuh. Aku pun dah tak sabar
nak dengar celoteh kat mulut dia. Allah akan tunaikan doa kita kalau kita
sentiasa berdoa dan meminta pada Allah.. Tak gitu? So, kita kena kuatkan lagi
usaha kita.” Iffa tersenyum manis ke arah Sara. Memberi semangat kepada gadis
itu.
Sara hanya mengangguk.
Mudah-mudahan Allah memperkenankan doa kita..
*~*
“MEMANG lawa anak
gadis Irham dan Hanan tu kan, bang. Saya berkenan betul. Ayu, manis, baik,
rajin pulak tu. Semua pakej ada pada dia. Baguslah jadi menantu kita dari
Selena tu,” kata Datin Halimah kepada suaminya yang sedang berbaring di
sisinya.
Dato’ Nasir tersenyum
mendengar ujaran isterinya.
“Saya pun. Bukan awak
aje. Bagus juga Syaf dapat bakal isteri macam tu. Boleh betulkan Syaf yang tak
berapa nak betul tu.”
Datin Halimah tergelak
kecil. Lengan suaminya ditampar lembut. “Apalah abang ni. Boleh pula kata Syaf
macam tu. Tak baik tau. Tak berapa betul pun, anak kita jugak.”
Dato’ Nasir tersenyum.
Dia memandang isterinya yang tercinta. Dia bersyukur kerana diberikan isteri
yang baik dan soleh seperti Datin Halimah. Dia juga ingin Qasyaf menjadi
sepertinya. Mendapat isteri baik dan solehah. Bukan dia tidak suka dengan
Selena, tetapi gaya pemakaian Selena selalu menjadi pertimbangan di matanya.
Mujur saja bukan Selena yang menjadi pilihan. Sekurang-kurangnya wanita kali ini
adalah yang pilihan terbaik buat Qasyaf.
“Bukan apa, Mah. Abang
bersyukur Syaf dah pandai pilih calon isteri. Kalau tidak, memang terbuka
sana-sinilah menantu kita.”
“Betul juga, bang. Tak
apalah. Kita doakan aje kebahagiaan untuk Syaf. Mudah-mudahan semuanya berjalan
lancar.” Datin Halimah menggenggam jari jemari semuanya.
Dato’ Nasir menyapa
lembut genggaman isterinya. Rambut halus itu dibelai. Mudah-mudah Allah memudahkan
segala urusan Qasyaf... Hati kecilnya turut mengaminkan doa si isteri.
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Enjoy reading !! Jangan lupa letak komen baru untuk entri ni.. :)
3 comments:
best best best ^^
Ni ygvakk suka afie ni.cpt je msk n3 bru..bgus2..cpt n3 bru tau.akk tguuu...hehe
Best... Best... Akak baru sempat nak lawat blog afie :) nice entry.. Sambung lagi :)
Post a Comment