BAB 8
SEPERTI yang
telah dikatakan semalam, Iffa hanya bercuti satu hati saja. Sara juga begitu.
Almaklumlah, mereka rakan sekerja. Jarum jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Sara
sudah bersiap-siap di depan pintu. Iffa baru melangkah keluar dari biliknya.
Sesampai sahaja di
sekolah, Iffa dan Sara membuat kerja masing-masing. Banyak kerja yang harus
diselesaikan oleh mereka memandangkan mereka tidak bekerja semalam. Iffa
menarik buku kedatangan murid yang terselit di antara buku-buku yang terletak
di atas mejanya.
Matanya tertumpu kepada
sampul surat yang berwarna kelabu itu. Dia menarik keluar isi surat. Ohh.. Kad
kahwin rupanya. Belum sempat Iffa ingin melihat isi kad itu, telefon bimbitnya
berdering. Iffa mengambil telefon bimbitnya dari dalam handbeg dan terus
menekan punat hijau.
“Assalamualaikum. Ada
apa-apa yang boleh saya bantu?” Iffa bertanya memandangkan dia tidak melihat
nombor yang tertera di skrin telefon.
“Wa’alaikumsalam, Iffa. Ni
Humairalah. Baru dua minggu tak jumpa, awak dah tak kenal saya ke?” Humaira
berseloroh.
“Owh, Maira. Maaflah,
saya bukan tak ingat tapi saya tak perasan ni nombor telefon awak. Dah lama tak
dengar khabar awak. Awak sihat?” Tersungging senyuman di bibir Iffa. Dah lama
dia tidak mendengar khabar berita tentang kawan baiknya itu.
Kedengaran tawa kecil Humaira dari corong
telefon. “Alhamdulillah.. Saya sihat. Maaf, Iffa. Saya ganggu awak pagi-pagi
macam ni.”
Iffa melihat
sekeliling. Masih banyak lagi meja guru yang kosong. Mungkin guru-guru yang
lain tidak sampai lagi. Iffa menumpukan fikirannya kepada perbualan mereka.
“Tak apa. Saya tak
kisah. Ramai cikgu yang tak ada lagi. Sempatlah awak nak bersembang panjang
dengan saya,” ujar Iffa.
“Owh.. macam tu.”
“Ada apa-apa yang awak
nak cerita ke, wahai tuan puteri yang bakal naik pelamin ni,” gurau Iffa. Dia
tahu yang Humaira bakal menjadi pengantin baru hujung tahun ini.
“Saya datang sekolah
semalam. Nak bagi kad kahwin saya tapi awak tak ada. Jadi saya letak aje kat
atas meja awak. Asalnya saya nak datang rumah awak tapi saya tak sempat. Maaf,
Iffa,” terang gadis itu.
Iffa memandang kad
kahwin di tangannya. Tertera nama Humaira dan bakal suami di dalam kad kahwin
yang berwarna ungu violet itu. Bibirnya mengukir senyum.
“Owhh.. Tak apa. Saya
faham. Orang dah nak kahwin memang selalu sibuk. Biasalah tu. Saya pun pernah
melaluinya macam awak.”
Nur Iffa Afifah
Nada suara Iffa agak
bergetar. Menahan rasa sebak di hatinya. Fikirannya teringatkan arwah Ridzwan.
Ahh.. betapa cintanya dia pada lelaki itu. Iffa mengeluh kecil.
“Iffa, are you okey?”
soal Humaira.
“It’s okey. I’m fine.
Tahniah, Maira. Tak sangka awak akan kahwin. Macammanalah tu rupa bakal suami
awak kan.” Iffa tergelak kecil.
“Kalau awak nak tau,
awak kenalah datang. Seminggu lagi cuti sekolah. Majlis saya waktu cuti
sekolah. Jangan lupa datang ya,” pesan Humaira. Ada nada gembira pada suara
gadis itu.
Iffa pelik. “Bukan
hujung tahun ni ke?” Dia teringat ujaran Sara tempoh hari.
“Perancangannya macam
tu. Tapi majlis dicepatkan disebabkan ada perkara yang tak dapat dielakkan,”
terang Humaira.
“Owhh.. Kalau macam tu,
tak apalah. Saya pasti datang. Saya tak nak kecewakan bakal pengantin. Jaga cik
abang baik-baik ya,” pesan Iffa. Tawa kecil yang dibuat-buat oleh gadis itu
jelas kedengaran oleh Humaira.
Humaira juga tergelak
sama. “Okey. Saya mesti jaga cik abang baik-baik. Sekali lagi maafkan saya
sebab tak sempat jumpa awak untuk hulurkan kad kahwin saya terus pada awak.”
“Tak apa. Saya tak kisah
pun.” Iffa tersenyum manis. Dia faham situasi orang yang nak naik pelamin.
“Kalau tak ada apa-apa,
saya out dululah ya. Banyak kerja,” pinta Humaira.
“Okey. Kita jumpa kat
majlis awak ya. Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumsalam.”
Talian dimatikan.
*****************
IFFA membetulkan kain langsir yang
terbelit di kelasnya. Matanya dilirikkan kepada kanak-kanak 6 tahun yang leka
bermain puzzle di atas meja masing-masing. Sara pula sibuk menguruskan
anak muridnya yang berumur 5 tahun. Jam ditangannya sudah menunjukkan ke angka
9 pagi. Waktu rehat akan tiba sebentar lagi. Dia perlu menguruskan anak
muridnya untuk makan pagi nanti.
Beberapa pembantu guru
pula sibuk menguruskan makanan sarapan pagi yang akan dijamah nanti. Bangunan
pra sekolah itu memang besar. Ada empat bilik. Itu juga tidak termasuk ruang
makan, dapur dan bilik air. Tiga bilik adalah kelas manakala satu bilik lagi khusus
untuk guru berehat. Bilik guru yang sesungguhnya ada di tingkat atas sekolah
rendah.
Entah mengapa dia suka
bermain bersama kanak-kanak. Mungkin kerana dia suka melihat kejujuran dan
ketulusan kanak-kanak itu. Bukankah kanak-kanak itu lebih jujur dari orang
dewasa? Semua orang tau itu. Mereka tidak tahu berbohong dan suci daripada
dosa. Kerana itu Iffa senang berada di sisi mereka.
Apabila dia bersedih dan
terluka hatinya, dia suka bermain kata dengan anak muridnya. Sekurang-kurangnya
dia dapat mengubat hatinya dari terus terluka.
“Cikgu Iffa.”
Panggilan itu mematikan
lamunan Iffa. Iffa menoleh ke arah empunya suara. Seorang kanak-kanak perempuan
menarik hujung bajunya. Iffa tersenyum dan merendahkan badannya setaraf dengan
kanak-kanak itu.
“Biha nak apa?” soal
Iffa lembut. Dia memegang bahu kanak-kanak perempuan yang bernama Biha itu.
“Abang cikgu nak jumpa
cikgu,” ujar Biha. Dia menunjuk ke arah pintu.
Iffa mendongak memandang
pintu. Disebabkan kelasnya adalah kelas pertama, kelasnya berdepan dengan
halaman sekolah.
“Abang cikgu?” Iffa
inginkan kepastian.
Biha mengangguk kemudian
anak kecil itu terus berlari mendapatkan kawan-kawannya yang sedang leka
bermain puzzle.
Iffa sedikit pelik
dengan ujaran Biha. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu. Mungkinkah.. Dada Iffa
berombak kencang. Cepat-cepat dia bangun dari tempatnya dan melangkah ke arah
pintu. Pintu itu dibuka luas.
“Awak?” Iffa tergamam.
**************************
IFFA menghela
nafas panjang. Jarum jam sudah menunjukkan angka 3 petang. Dia sudah berkemas
untuk pulang. Buku-buku penting dan beg tangannya sudah diambil. Dia dan Sara
keluar dari tadika Sri Indah itu. Cuaca hari itu agak mendung. Tanda-tanda
hujan akan turun sebentar lagi. Dia harus pulang segera sebelum hujan. Kain
bajunya masih tidak terangkat dari ampaian.
Iffa memicit butang on
pada kunci kereta. Dia membuka pintu kereta lalu dimasukkan buku-buku di tangannya.
Sara juga begitu. Setelah buku-buku dimasukkan, Iffa dan Sara masuk ke dalam
kereta.
“Iffa..” panggil Sara.
Bahu Iffa dicuitnya.
“Apa?” Iffa menoleh ke
arah Sara.
“Cik abang tunggu,”
ujarnya ringkas.
Iffa pelik. “Cik abang
mana pula? Aku ada sorang abang ajelah.”
“Cik abang yang itu.”
Sara menunjukkan jari telunjukkan ke arah seorang lelaki yang sedang berpeluk tubuh
bersandarkan kereta Honda Civic milik lelaki itu.
Iffa tergamam melihat si
lelaki. “Dia lagi,” desisnya perlahan tapi cukup didengari oleh Sara.
“Pergilah. Kesian dia
tunggu kau dari pagi tadi,” arah Sara sambil menolak Iffa supaya turun dari
kereta.
Iffa bertambah terkejut.
“Dari pagi tadi?”
Sara mengangguk. Iffa
keluar dari kereta. Kakinya melangkah menuju ke arah si lelaki yang tidak
menyedari kehadirannya.
“Encik Qasyaf,” tegur
Iffa sambil merengus geram.
“Oh, hai. Dah nak balik
ke?” Terkulat-kulat Qasyaf membetulkan kedudukannya. Cover macholah
katakan.
Iffa mengetap bibir.
‘Dah lama aku keluar dia baru nak perasan ke? Peliklah encik yang sorang ni.’
Gerutu hatinya. Dia berpeluk tubuh sambil memandang ke arah jalan raya.
“Bukan ke saya dah suruh
encik balik aje tadi,” kata Iffa. Kedatangan lelaki itu ke sekolahnya pagi tadi
benar-benar mengejutkan. Tapi dia tidak mengendahkan kehadiran lelaki itu.
“Cakap tu comel sikit
boleh kan? Penat tau aku tunggu kau kat sini. Dah macam tunggul pun ada,” marah
Qasyaf. Memang dia penat menunggu Iffa sedari pagi tadi. Almaklumlah dia
dihalau oleh gadis itu dari masuk ke kawasan tadika Sri Indah dengan alasan
yang gadis itu sedang bekerja.
“Encik yang nak jadi
tunggul. Saya tak cakap apa pun,” jawab Iffa selamba sambil berpeluk tubuh.
Qasyaf mengeluh berat.
Menenangkan hatinya. “Nasib baiklah aku ni terjatuh cinta dekat kau. Kalau tak,
tak ingin aku nak jadi tunggul kat sini.”
Iffa tersentak.
Kata-kata yang kedengaran tulus itu menyentuh hati Iffa. Cepat-cepat Iffa
menolak rasa itu. Tidak ada yang boleh mengetuk pintu hatinya selain Ridzwan.
“Dah encik datang nak
jumpa saya tadi kenapa?” soal Iffa acuh tak acuh. Dia bukan sombong. Dia hanya
tidak mahu memberi harapan kepada lelaki itu.
Qasyaf menadah tangannya
kepada Iffa sambil tersenyum manis. Iffa pelik.
“Yang encik ni kenapa
senyum-senyum pula? Saya tak suruh encik senyum pun. Saya tanya kenapa encik
nak jumpa saya ni,” ulang Iffa sekali lagi.
“Aku nak tau jawapan
kau.”
“Jawapan apa?” soal
Iffa. Dia memandang pelik ke arah wajah Qasyaf.
“Jawapan bagi soalan aku
semalam. Will you marry me?” Lembut saja suara Qasyaf menyebutkan
kata-kata itu. Lebih kepada berbisik sebenarnya.
Iffa tersentak. Meremang
segala bulu romanya. Qasyaf memang sudah gila agaknya. Sudahlah dia tidak kenal
lelaki ini. Kenapalah lelaki ini seperti tergila-gila. Sampai ajak kahwin pula
tu. Iffa menggeleng tidak percaya.
“Soalan gila jenis apa
yang encik tanya pada saya ni?” soal Iffa.
“Semalam kita dah
bincang dan aku cuma bagi kau 24 jam aje. Tapi nampaknya ni dah lebih dari 24
jam.”
Qasyaf Aiman *tukar pelakon ya.. hihi
Astaghfirullah.. Iffa
menutup mulut. Dia benar-benar terlupa soal itu.
“Macam mana? Ada jawapan
untuk itu?” tanya Qasyaf selamba.
Hujan yang mula menitik
memberhentikan perbualan mereka. Tanpa memberi sebarang jawapan, Iffa berlari
menerobos masuk ke dalam keretanya semula. Dia mahu mengelak dari soalan itu
sebenarnya. Dia masih belum fikir masak-masak tentang itu.
Sara hanya memandang
kelakuan Iffa yang kalut itu. Ingin menegur tetapi dia malas hendak masuk
campur urusan bakal ‘lakibini’ ni. Urusannya juga banyak yang belum
diselesaikan masakan mahu masuk campur urusan orang lain. Lantak dia orang
lah..
**********************
SALENA mengetap bibir
apabila kedatangannya tidak bersambut. Qasyaf tiada di pejabat. Sewaktu ditanya
tentang Qasyaf kepada Yanie, setiausaha Qasyaf, gadis itu memberitahunya yang
Qasyaf hanya bertemu klien tapi takkan tak balik-balik lagi. Hati Salena sudah
menggerutu.
“Kalau bukan kerana aku
nak bodek dia, aku tak akan datang sini untuk memalukan muka aku sendiri,”
katanya keras walaupun kedengaran perlahan.
Beg tangan dihempas
kuat. Sudah tidak dipedulikan pandangan staf-staf yang ada di pejabat itu. Dia marah.
Dia geram kerana terlalu lama menunggu. Sekejap bangun. Sekejap duduk. Mundar
mandir di depan kaunter pejabat. Yanie hanya diam memandang gelagat Selena yang
tidak tahu diam itu. Malas hendak menegur. Tak pasal-pasal dia yang menjadi
bahan melepaskan geram pula.
Kedatangan Qasyaf ke
pejabat dalam keadaan basah kuyup itu benar-benar mengejutkan staf-staf di
Sinar Holding. Selena yang menyedari kedatangan Qasyaf cepat-cepat memaut
lengan Qasyaf. Tak kiralah basah atau tidak, yang pasti dia mahu meraih cinta
lelaki itu semula.
“Boleh tak kau jangan
nak menggatal depan staf-staf aku.” Qasyaf merentap kasar pegangan Selena.
Ingat dia suka sangat dipegang perempuan. Qasyaf bengang.
Tanpa memperdulikan
Selena, Qasyaf mendekati Yanie. Yanie hanya diam membisu. Pelik dengan keadaan
Qasyaf yang kelihatan basah kuyup itu. Mandi hujan ke apa. Tak pernah-pernah
dibuat orang mandi hujan siap pakai kot bagai. Pelik bosnya yang seorang ni.
Yanie hanya menggeleng kecil.
“Yanie, I need a change of clothes, pls get them for me.,” kata Qasyaf dan
terus berlalu masuk ke ruangan pejabatnya.
Yanie mengangguk laju.
Mood bosnya sudah terbang dibawa angin agaknya. Serius saja berkata-kata.
Selena dibiarkan terkebil-kebil di atas lantai gara-gara direntap Qasyaf tadi.
Staf-staf lain sudah mula membuka suara untuk bergosip.
“Dah, baik kalau you
bangun and go.” Terdengar satu suara yang agak perlahan menyapa telinga
Selena. Selena menoleh.
Hakimi sudah tersenyum
manis memandang wajah Selena yang kemerahan menahan baran yang tidak terluah di
dada. Selena bengang. Pantas dia bangun dan mencapai beg tangannya di atas meja
dan terus lenyap di balik pintu lif. Hakimi tersengih. Evil smile.
Hakimi mendekati Yanie.
“Hai, Yanie. Kenapa lagi dengan bos you tu?” soal Hakimi. Dagunya ditongkat
memandang wajah mulus milik Yanie.
“Manalah saya tau, Encik
Hakimi. Itukan kawan encik. Takkan encik tak tau.” Selamba sahaja Yanie
bersuara.
Hakimi tergelak mendengar nada suara Yanie. “Awak
ni, kan saya dah kata, jangan panggil saya Encik Hakimi. Tak sesuai bagi saya
yang nak mengurat awak ni.”
Yanie menjeling
menyampah. “Encik ni tak ada kerja ke asyik nak mengayat saya. Nak mengurat
saya. Baik kalau encik masuk ruangan Encik Qasyaf dan cuba tenangkan Encik
Qasyaf. Encik Qasyaf tu kan bestfriend encik.” Sengaja perkataan ‘bestfriend’
itu ditekankan.
Memang. Memang Hakimi
suka mengganggu ketenteramannya membuat kerja. Macam tiada benda lain yang
hendak dibuat lelaki itu. Yanie malas hendak melayan. Dia meneruskan kerjanya
yang tertunda akibat melayan kerenah Hakimi.
Hakimi mencebik. Buat
muka comel lah tu. Taulah muka dia handsome plus cute. Tak perlulah nak
buat di depan Yanie. Yanie tak terpikat pun. Yanie senyum senget. Lucu dengan
perangai gila-gila Hakimi.
“Ala awak ni. Dah lah.
Saya nak jumpa Qasyaf dulu. Lepas tu, saya sambung ‘kerja’ saya semula.” Hakimi
juga sudah terikut-ikut kata-kata Yanie. Perkataan ‘kerja’ dia tekankan.
Faham-fahamlah.. Hakimi senyum senget. Naughty boy..
Hakimi menolak pintu
bilik Qasyaf. Dia mendekati meja kopi yang berada di dalam ruangan itu dan
terus melabuhkan punggungnya berdekatan lelaki itu. Qasyaf dilihatnya terbaring
sambil menutup mata menggunakan lengan kanannya. Dah macam orang frust
putus cinta dah lagaknya. Desis hati kecil Hakimi.
“So, Syaf. Kenapa kau
nampak macam baru balik dari swimming pool?,” soal Hakimi memulakan
pembicaraan.
“Banyaklah kau punya swimming
pool. Swimming pool dari langit adalah.” Qasyaf bengang.
Kehadiran Yanie
mematikan tumpuan Hakimi kepada Qasyaf dan kali ini matanya hanya tertumpu buat
si penawan hati. Entah sejak bila dia menyukai gadis dua puluh tiga tahun itu.
Bila hati dah jatuh cinta, masa pun dah tak terkira. Ya tak? Hakimi tersengih
sambil matanya dikenyitkan kepada Yanie. Yanie buat tak tahu.
“Encik Qasyaf. Ni baju
encik.” Yanie menghulurkan baju kot hitam sebagai ganti bagi baju kot grey
yang basah kuyup itu.
“Thanks Yanie. You
can go.” Qasyaf menyambut pemberian Yanie dan terus berlalu ke bilik air
yang sudah tersedia di ruangannya.
Hakimi hanya menunggu.
Tidak lama kemudian, Qasyaf keluar dengan siap berbaju kot hitam. Nampak lebih
kacak.
“Aku perlukan rancangan
lain. Dan kali ni aku serius.” Semangat saja wajah Qasyaf menutur kata-kata
itu.
Hakimi terpinga-pinga.
Apakah yang difikirkan teman baiknya itu. Takkanlah..
Akhirnya.. Siap jugak UC 8.. tq sebab sudi baca dan tinggalkan komen.. Enjoy reading ~~
10 comments:
apa keputusan si iffa ni...cepat la sambung lagi hihihi
Afie: correction on the English - yanie, I need a change of clothes, pls get them for me.
kasihan Qasyaf..mencintai gadis yg tidak mencintai dirinya...bagaimana mungkin seorg gadis bernama Iffa akan jatuh hati pada Qasyaf kerna dia baru sahaja ditinggalkan oleh tunangan nya dimajlis perkawenannya sendiri..
Pendek sgt lh.....
pendek? ish kak ni.. pnjg dah niii.. ni pun terkial2 nk edit.. heheh
pendek? ish kak ni.. pnjg dah niii.. ni pun terkial2 nk edit.. heheh
pendek? ish kak ni.. pnjg dah niii.. ni pun terkial2 nk edit.. heheh
Afie ni mmg talented btl.blm lg 20 tp da blh kuarkn cite.thatz good... cpt2 ckt n3 bru ok.
best!x sbr nk tnggu bab9=)
bab 9 mane? :3 hehe, btw good work (y) best ^^
Post a Comment