BAB 4
QASYAF keluar dari
biliknya untuk bersarapan pagi. Hari ini dia mengambil cuti kerana dia berasa
kurang sihat. Mungkin kerana dia banyak memikirkan masalahnya. Turun sahaja
dari tangga, hatinya tergerak untuk melihat kolam ikan yang terletak di halaman
rumahnya itu. Cepat kakinya bertukar arah dan menghala ke kolam ikan.
Qasyaf mencapai makanan
ikan yang terletak tidak jauh dari tempatnya berdiri. Makanan ikan itu
ditaburkan sedikit demi sedikit ke dalam kolam. Ligat tangannya mengocak air
kolam itu sambil menghirup udara segar. Sudah lama dia tidak merasa bebas
kerana sibuk dengan urusan syarikat yang perlu dia selesaikan itu.
“Ikan oh ikan..” Dia
membuat gaya ala-ala bawang merah. “Sebelum aku breakfast, aku nak kau yang
breakfast dulu ya. Untung kau dapat tuan yang baik macam aku. Makanan terjaga.
Kesihatan terjamin. Cuma soal pakai memakai aje yang aku tak ambik tau sebab
kau bukannya pakai bajukan?” Qasyaf bercakap sendirian. Dia tergelak. Terasa
lucu pula apabila dia bercakap dengan ikan.
“Hai, Syaf. Buat apa
cakap sorang-sorang kat situ? Dah buang tebiat?” tegur seorang wanita sambil
mencuit bahu Qasyaf yang leka mengocak air kolam itu.
Qasyaf menoleh menghadap
wanita itu. “Eh, kak long.,” Qasyaf bangun lalu tangannya dibersihkan dengan
air yang berhampiran dengannya itu. “Bila sampai ni, Syaf tak tau pun,” Laju
Qasyaf mencapai tangan Qyla untuk bersalaman.
Qyla tersenyum. “Macam mana nak tau kalau
leka sangat bercakap dengan anak-anak ikan Syaf tu. Kak long baru aje sampai.
Ibu suruh kak long ajak Syaf breakfast.”
Qasyaf mengangguk faham.
“Owh..”
“Jomlah masuk, Syaf.
Kesian dengan mama and others tunggu kita lama sangat dekat luar ni.”
Qasyaf bangun dari
tempatnya berjalan menyusuli gerak langkah Qyla untuk masuk ke rumah. Di atas
meja makan sudah tersedia berbagai juadah. Mungkin kerana hari ini mereka
sekeluarga dapat berkumpul bersama.
“Lambatnya, Syaf. Kesian dengan Mila dan
Mil ni tunggu Syaf lama sangat kat luar tadi,” tegur Dato’ Nasir sejurus sahaja
Qasyaf berada di meja makan.
Qasyaf tersenyum
kambing. “Sorry, mama, papa. Sorry, Mil, Mila. Syaf terberangan tadi. Sampai
nak breakfast pun tak ingat,” gurau Qasyaf sambil tangannya mencuit pipi anak
buahnya itu.
Semua tergelak. Saja
Qasyaf hendak menceriakan suasana pagi itu. Almaklumlah, mereka jarang
berkumpul bersama. Sekali sekala bergurau, tidak salah rasanya. Masing-masing
mula menikmati juadah. Keletah Mila dan Mil benar-benar meriuhkan suasana.
Hanya suara mereka berdua yang kedengaran memenuhi ruang rumah banglo dua
tingkat itu.
“Syaf, Abang dengar
cerita Syaf dah putus tunang. Betul ke?” tanya Zaril, suami kepada Qyla.
Qasyaf membehentikan
suapannya. Mengapa semua orang ingin tahu tentang hubungannya dengan Selena?
Tidak ada soalan lainkah yang hendak mereka tanyakan kepadanya? Qasyaf mengeluh
berat.
“Syaf dah putuskan
pertunangan Syaf dengan Ena. Cuma Ena yang berkeras tak nak pertunangan ni
dibatalkan.” Dia menjawab juga akhirnya.
“Ena sayangkan Syaf
agaknya. Sebab tu Ena berat hati nak batalkan pertunangan,” celah Dato’ Nasir.
Sayang? Curang itu
maknanya sayang ke? Qasyaf mengeluh lagi. “I have a reason. That’s why i do
that.” Qasyaf berkata jujur.
“It’s okey, Syaf. Kami
faham keadaan Syaf. Walaupun kami tak tahu apa yang terjadi di antara Syaf dan
Ena, kami tetap sokong Syaf dari belakang.” Qyla memberi kata semangat sambil
tersenyum manis memandang adik lelakinya itu.
Qasyaf mengangguk. Bunyi
deringan telefon bimbitnya memecah kesunyian antara mereka sekeluarga. Dia
meminta izin untuk keluar sebentar. Tidak sampai lima minit dia menjawab
panggilan, dia kembali semula ke meja makan.
“Papa, mama.. Syaf nak
keluar sekejap. Nak jumpa Kimi.” Qasyaf meminta izin.
“La.. Breakfast ni macam
mana? Takkan makan dua-tiga suap dah nak keluar kut.” Pantas Qyla bertanya.
Qasyaf baru menjamah
sesuap dua masakan dia hendak keluar tanpa bersarapan.
“Syaf breakfast ajelah. Sekali dengan Kimi.
Lagipun Syaf nak cepat ni. Tak sempat nak makan puas-puas kat sini.”
Qyla dan yang lainnya
mengangguk tanda faham. Qasyaf masuk ke biliknya. Kunci kereta dicapai. Laju
kakinya melangkah memasuki kereta. Enjin kereta dihidupkan dan terus meluncur
pergi.
******************
IFFA mengalihkan
padangannya kepada anak muridnya yang leka menjamah nasi lemak itu. Sementara
dia menunggu Sara yang sedang mengambil makanan, dia melayan kerenah anak
muridnya itu. Suasana di kantin memang agak bising setiap kali waktu rehat. Dia
tidak nafikan tentang itu.
“Nah.” Sara menghulurkan
sepinggan mee goreng kepadanya.
Iffa menyambut laju.
Sara melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Iffa. Sudu dicapai dan mula
menjamah makanan yang diambilnya tadi. Kemudian dia menoleh memandang Iffa yang
leka menjamu selera itu.
“Iffa, aku nak tanya
sikitlah. Boleh? Tapi kau jangan fikir macam-macam pula. Aku Cuma tanya aje ni.
Sharing is caring kan? Caring is loving..” Sara memulakan perbualan sambil
tersengih.
Iffa menoleh laju. “Kau
nak tanya apa?”
“Perkara pertama yang
aku nak tau sangat tentang Ridzki. Dia nak apa jumpa kau semalam? Dia ni memang
tak berputus asa dari dulu lagi.”
Iffa mengeluh lemah. Dia
meneruskan suapannya tanpa menjawab soalan yang diajukan kepadanya.
Sara mengangguk tanda
faham. Pasti Iffa tidak mahu menceritakan kepadanya saat ini. Sekiranya ada
waktu yang tepat, dia yakin yang Iffa akan datang kepadanya.
“And last question. Aku
nak tanya pasal lelaki yang hantar kau balik dari puduraya tu. Bukan ke lelaki
tu namanya Qasyaf Aiman anak Dato’ Nasir?”
Iffa terdiam. Suapannya
terhenti. Laju dia menoleh ke arah Sara untuk mendapat kepastian. Anak Dato’?
“Qasyaf Aiman anak Dato’
Nasir?” Iffa bertanya lagi untuk meminta kepastian dengan apa yang baru
dikatakan Sara tadi.
“Yelah. Qasyaf Aiman
anak Dato’ Nasir tu CEO di syarikat
Sinar Holding. Tak silap aku, dia di antara CEO yang paling termuda dan
berjaya.”
“Owhh.. Tapi aku
pernahlah dengar nama Qasyaf Aiman ni, tapi tak pernah pula aku tengok muka
dia.”
“Apalah kau ni.
Ketinggalan zaman betul. Muka dia dah selalu jadi cover paper.”
“Selalu? Maksud kau?”
“Yelah. Selalu masuk
paper. Selalu jadi berita hot. Kalau kau nak tau, sesiapa yang berurusan dengan
dia selalu dapat susah. Macam-macam gosip yang aku dengar kat paper. Bahaya
kalau berurusan dengan dia. Lagi-lagi perkara yang melibatkan wanita. Dia
nombor satu tau.”
Gulp.. Iffa telan air
liur. Kecut perutnya mendengar berita yang baru disampaikan oleh Sara.
Nampaknya dia tersilap meminta tolong kepada lelaki itu tempoh hari. Andailah
dia tahu awal-awal lagi, sudah pasti dia tidak akan berurusan dengan lelaki
itu. Dia seperti keluar dari mulut buaya kemudian masuk ke dalam mulut harimau.
“Macammana dia boleh
hantar kau sampai ke rumah ni?”
Iffa tersenyum kambing.
Malu sebenarnya dia hendak menceritakan kisah sebenar tapi dia tetap
menceritakannya. Sara hanya tergelak mendengarkan itu. Iffa bengang. Sampai
hati dia gelakkan aku.
“Kau ni, boleh pula
gelakkan aku.” Iffa mencebik. Geram.
“Dah. Dah.. Kau tak
payah nak marah sangat. Sekarang tutup cerita pasal si Qasyaf tu. Jom kita
handle budak-budak ni. Diorang dah siap makan tu. Kalau dibiarkan, tak
pasal-pasal hilang entah ke mana pulak,” Sara bangun dari tempatnya.
Iffa mencebik tanda
tidak puas hati dengan kelakuan Sara. Akhirnya dia juga turut bangun dari situ
untuk menguruskan anak muridnya yang sudah selesai makan itu.
***********************
“MACAM mana? Kau dah
dapatkan maklumat yang aku minta tu?” Qasyaf memulakan pembicaraan antaranya
dan Hakimi.
Hakimi mengangguk lalu
dia menyerahkan sekeping sampul surat yang berwarna coklat kepada Qasyaf. Qasyaf
menyambut laju lalu sampul itu dibuka dengan rakus. Tidak sabar hendak
mengetahui isi maklumat itu. Dia tersengih sendiri apabila dia membaca
data-data penting yang diterimanya itu.
“Ada apa-apa lagi yang
kau nak bagitahu?” soal Qasyaf sambil memasukkan butiran-butiran penting itu ke
dalam sampulnya semula.
“Ada.”
“Apa dia?”
“Kau ingat tak waktu kau
hampir terlanggar dia kat puduraya hari tu?”
Qasyaf mengangguk. “Ingat. Kenapa? Ada kena
mengena ke?”
“Waktu tu dia baru balik
dari kenduri kahwin.”
Qasyaf tergamam.
“Kenduri kahwin dia ke?”
Hakimi mengangguk. “Tapi
dia tak jadi kahwin. Sebab tu lah dia ke KL semula. Kalau tak lambat lagilah
dia nak ke KL.”
Qasyaf menarik nafas
lega. “Mati-mati aku ingat dia dah kahwin. Tak pasal-pasal pengsanlah aku. Dah
jatuh suka pada isteri orang.”
Hakimi tergelak besar.
“Ada pula kau terfikir macam tu.”
“Dah tu kenapa dia tak
jadi kahwin pula?”
“Bakal suami dia
meninggal time nak akad nikah tu. Sebab tu lah dia tak jadi kahwin. Dia agak
trauma dengan kejadian tu.”
Qasyaf mengangguk. Sedih
juga hatinya bila mendengarkan kisah tu. Pasti perit rasanya hendak menanggung
semua itu sendirian.
“Kalau aku jadikan dia
isteri aku, apa pendapat kau?” tanya Qasyaf sambil keningnya diangkat ala-ala
Ziana Zain.
“Biar betul dengan kau
ni. Kenal pun tidak. Lagipun aku percaya yang hati dia dah tertutup dengan
mana-mana lelaki. Siapalah yang tak terluka bila orang yang kita sayang pergi
ke rahmatullah.”
Qasyaf tersenyum nakal.
“Aku ada cara macam mana nak buat dia terima aku. Dari segi pertemuan aku
dengan dia selama satu jam, aku dah kenal perangai dia walaupun tak semua. Aku
kan raja wanita.”
Hakimi tergelak. Ada-ada
saja sahabatnya ini. “Apa-apa pun, aku berharap kau tak menyesal dengan
keputusan kau ni, macam mana kau menyesal buat keputusan untuk bertunang dengan
Ena.”
“Aku tak akan menyesal.
Naluri aku kata, aku dah memilih sesuatu yang tepat. Naluri aku jarang salah.”
“Ikut kau lah. Kau kata
kau ada cara? Kau jangan buat kerja gila sudahlah.”
Qasyaf tersengih. “Ya. Mungkin agak
sedikit gila tapi kau kena tolong aku untuk jayakan rancangan ni.”
Hakimi mengangguk. “Well.. Nak buat macam
mana lagi. Kenalah aku tolong kau walaupun terpaksa.” Hakimi tergelak.
Qasyaf sudah menyusun
rancangannya. Satu persatu diterangkan kepada Hakimi. Hakimi hanya mengangguk
membiarkan Qasyaf terus berbicara. Akhirnya Qasyaf hanya tersenyum nakal dengan
berharap rancangannya akan berjaya.
****************************
“BEG duit aku.. Beg
duit aku hilang.”
Iffa panik. Dia masuk ke
bilik, kemudian dia menuju ke ruang tamu. Dia berjalan mundar-mandir mencari
beg duitnya yang hilang.
“Kau ni kenapa? Berjalan
sana.. berjalan sini.. Cuba berdiri tu tegak-tegak sikit,” marah Sara. Dia
geram melihat kelakuan Iffa yang tidak reti duduk diam itu.
“Beg duit aku.. Beg duit
aku hilang,” Iffa berkata lagi. Dia bingung.
Sara pelik. Takkan beg
duit hilang pun tak perasan. “Cuba kau ingat bila kali terakhir kau nampak beg
duit kau yang tersayang tu?”
“Tiga hari lepas. Waktu
aku terjumpa dengan lelaki nama Qasyaf tu.”
“Tiga hari? Kau tak
tengok ke beg duit kau tu. Takkan tiga hari tak buka,” jawab Sara acuh tak
acuh.
Iffa menggeleng. “Kau ni
macam tak kenal aku pulak. Aku mane care sangat dengan beg duit.
Kadang-kadang seminggu pun aku tak tengok. Lagipun kau yang selalu belanja aku
makan. Mana ada can nak buka beg duit,” terang Iffa panjang lebar.
Sara mengiakan kata-kata
Iffa. Betul juga. Dia ni bukannya care sangat dengan barang dia tu. Macam nak
suruh orang lain yang tolong jagakan. Sara menggeleng.
“Entah-entah tertinggal
kat dalam kereta dia,” ujar Sara acuh tak acuh. “Makin bertambahlah masalah
kau.”
Iffa kecut perut. Dia
teringat kata-kata Sara pagi tadi. Alamak.. Matilah aku. Macammana nak cari
mamat tu lagi. Hari tu jumpa pun sebab kebetulan. Kalau tak kebetulan, kitorang
tak akan terjumpa punya. Iffa mengeluh berat. Kenapalah nasib aku macam ni.
“Apa-apa hal, esok
petang kita buat report. Lagipun esok hari sabtu. Kita cuti. Boleh lah aku
temankan kau buat report.” Sara memberi cadangan. Matanya masih tidak beralih
dari novel yang dipegangnya itu.
Iffa mengangguk. “Hmm..
Kalau macam tu tak apalah. Aku cuma risau aje. Rasa tak sedap pulak kalau dah
tau beg duit aku hilang.”
“Sedap ke tak sedap itu
lain cerita. Sekarang ni aku nak bagitau kau, kawan baik kita yang lagi sorang
tu nak kahwin hujung tahun ni.”
“Kawan baik kita?
Siapa?” Iffa menggaru-garu kepalanya.
“Si Humaira tu lah.”
“Owhh.. Kahwin dengan
orang mana? Kenapa aku tak tau? Tak baik betul kalau dia cerita kat kau srang
aje.”
“Dia bagitau aku dah
lama dah. Cuma aku tak teringat nak bagitau kau. Tak payah nak touching
sangatlah. Nah ambik ni.” Sara menghulurkan sebuah novel Curi-Curi Cinta hasil
karya Siti Rosmizah itu.
“Baca dan ambik
manfaat,” ujar Sara ringkas.
Iffa menyambut novel
yang dihulurkan oleh Sara itu.
Well you done done me and you bet I felt
it
I
tried to be chill but you’re so hot that I melted
I
fell right through the cracks, now I’m trying to get back
Before
the cool done run out I’ll be giving it my bestest
And
nothing’s going to stop me but divine intervention
I
reckon it’s again my turn to win some or learn some
But
I won’t hesitate no more, no more
It cannot wait, I’m yours.
Lagu dari Jason Mraz
jelas kedengaran memenuhi ruang tamu. Iffa tersentak. Deringan telefon
bimbitnya benar-benar membuatnya sakit jantung. Dia melihat si pemanggil di
skrin telefon bimbitnya. Cepat-cepat dia menghulurkan telefon bimbitnya kepada
Sara. Sara terpinga-pinga dengan kelakuan Iffa. Telefon itu disambut. Punat
hijau ditekan.
“Kenapa?” Sara berbisik
di telinga Iffa.
“Ridzki,” bisik Iffa.
“Cakap aku dah tidur.”
Sara mengangguk.
“Hello.
Assalamualaikum,” jelas kedengaran suara Ridzki di corong telefon.
“Wa’alaikumsalam. Ya,
Ridz. Kau nak apa?”
“Iffa ada? Aku nak cakap
dengan dia sekejap.”
“Iffa baru je terlelap.”
“Dah terlelap? Baru
pukul 9 malam. Awalnya dia tidur.”
“Eh, dia tu anak dara.
Kau tu anak teruna. Mana sama anak dara dengan anak teruna.”
Ridzki tergelak. “Owhh..
Ha’ah. Tak sama. Kalau macam tu, tak apalah. Kau suruh dia call aku semula ya.”
“Okey. Good night. Bye.”
Sara terus mematikan talian tanpa mendapat sebarang jawapan dari Ridzki.
Telefon bimbit itu
diserahkan semula kepada Iffa. Iffa buat-buat tak tahu. Dia malas hendak
menjawab berbagai soalan yang akan ditujukan kepadanya sebentar lagi.
Cepat-cepat dia bangun dan terus masuk ke bilik tanpa sebarang bicara. Sara
hanya menggeleng.
“Kenapalah pelik semacam
je perangai dia ni?” Sara meneruskan pembacaannya. Malas dia hendak ambil
pusing. Membaca lebih baik dari mengambil tahu tentang Iffa yang selalu
menyembunyikan rasa hatinya itu. Akhirnya dia hanya mendiamkan diri membiarkan
Iffa melayan perasaannya di dalam bilik.
Nur Iffa Afifah
Qasyaf Aiman
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pertama sekali Afie nak ucapkan terima kasih banyak2 pada yang sudi memberi komen dan sokongan kepada Afie. Maaf ya kalau cerita ni membosankan. Sekiranya ada salah atau tersilap, tlg tegur dengan positive ye.. tq semua..
7 comments:
bagus!hampir terputus tangkai jantung ni..hehe..cepatlah sambung dik.hehe
nice....
x sabar nk tau next...
best2.. cpat smbung.. xsbar nk bce ni..
Jap jap japp!!!! Xkn dh TIGA hari baru perasan beg duit HILANG wehhhhhhh.... Xkn xberbelanja... Xkn xtgk mykad ke....
Yela cik writer..xkan dh 3 hari baru perasan beg duit hilang...
Ape2 pun tq utk n3 ni...
Cept2 sambung.....hazalina
baru berpeluang nak baca..normal...3 hari tak jumpa dompet...hihih macam diri sendiri pula hihihihihi
setakat perkataan 'care'? rasanya lebih baik gunakan bahasa melayu sepenuhnya.. lagi satu, CEO paling termuda? aduyainyer punnnn.. isi dah ada, olahan ayat ada yang tak berapa nak kena..
*cukup positif tak komen i? huhuhu..
Post a Comment