Ugutan Cinta 3

,5/18/2013 10:16:00 AM | 5 Comment

BAB 3
IFFA membelek-belek buku latihan bahasa melayu milik anak muridnya itu. Satu persatu perkataan diperhatikannya. Jam yang menunjukkan pukul 2 petang itu membuatkan perut Iffa berkeroncong memainkan lagu Jazz. Dia bangun dari tempat duduknya lalu bergegas ke dapur. Ingin mencari sesuatu yang boleh disantap tengah hari ini. Kalau dia menunggu Sara pulang dari tempat kerja, alamatnya mati keringlah dia. Kelaparan.
     Iffa membuka kabinet dapur. Satu persatu makanan yang dibeleknya sambil menggeleng. Tak berkenan. Tak sedap. Pedas. Pilih punya pilih akhirnya satu makanan pun tidak dijamahnya. Perut yang agak kesakitan diusap-usap lembut. Dia membuka plastik nestum yang di belinya tempoh hari. Cawan dicapai. Air panas dituang ke dalam cawan lalu serbuk nestum 3 in 1 dimasukkan sekali. Cukuplah nestum ini menjadi penahan kelaparannya sementara menunggu kepulangan Sara dari tempat kerja.
     Tok.. Tok.. Satu ketukan pintu kedengaran sehingga ke dapur.
     “Assalamualaikum, Iffa.”
     Iffa tersentak. Ditinggalkannya cawan di atas meja lalu dia bergegas ke ruang tamu. Pintu rumah dibuka. Seorang lelaki tersenyum lebar di depan pintu itu. Iffa terdiam. Matanya tidak beralih memandang lelaki itu. Hampir tercabut isi dalaman hatinya. Jantung. Hati. Paru-paru. Semuanya hampir tanggal.
     “Ridzz.. Ridz..” Iffa tidak sempat menghabiskan tutur bicaranya. Dia benar-benar terkejut.
     Lelaki itu tersenyum. “Hai, Iffa. Dah lama kita tak jumpa.”
*****************
QASYAF leka menaip kertas kerjanya di skrin komputer  itu. Sehelai demi sehelai dokumen itu diselaknya. Sakit kepalanya semakin menjadi-jadi. Dia semakin bosan dan stress mengadap fail-fail kerja yang berlambak di hadapannya itu. Dia perlukan rehat. Masalahnya dengan Selena sering membuatnya stress. Lagi-lagi seperti waktu ini. Akhirnya jari jemarinya berhenti dari menaip. Butang intercom ditekannya.
     “Yanie. Masuk ke bilik saya sekejap,” arah Qasyaf.
     Tidak sampai seminit, pintu pejabatnya terbuka. Muncul Yanie di sebalik pintu terbuka itu.
     “Ya. Bos perlukan apa-apa ke?” soal Yanie tepat berdiri di hadapan meja Qasyaf.
     “Awak tolong selesaikan sedikit lagi kerja ni. Dalam 3.30 petang nanti saya akan cek,” kata Qasyaf sambil menunjukkan ke arah fail-fail yang masih berbaki di atas meja itu.
     Yanie mengangguk faham. Dia mengambil semua fail-fail itu kemudian melangkah keluar dari pejabat Qasyaf.
     Qasyaf mengeluh panjang. Fikirannya masih serabut memikirkan masalahnya dengan Selena yang tak berunsur hilang. Qasyaf bangun lalu menuju ke arah sofa dan terus merebahkan badannya di atas sofa itu. Tiba-tiba matanya terhenti apabila melihat beg duit yang berwarna ungu itu di atas mejanya. Pantas tangan Qasyaf mencapai beg duit itu.
     Qasyaf membuka beg duit itu lalu dia menarik sekeping gambar yang terselit di antara kad pengenalan pemilik beg duit itu. Hmm.. Dia memang cantik. Macam rupa cina pun ada. Kali pertama tengok pun dah jatuh hati. Kalau berkali-kali tengok, maunya jantung pun jatuh. Qasyaf tergelak sendiri. Teringat pula saat-saat dia bersama Iffa walaupun sesi pertemuannya dengan Iffa hanya setengah jam.
     Qasyaf merenung gambar itu. Lama. Akhirnya dia tersenyum sendiri. Ada sesuatu yang sedang bermain-main di fikirannya. Kemudian dia bangkit dari tempat duduknya menuju ke intercom. Butang intercom ditekannya.
     “Yanie. Suruh Hakimi jumpa saya,” arah Qasyaf sambil tersenyum memandang gambar Iffa di tangannya.
     Tidak sampai 5 minit, Hakimi sudah muncul di sebalik pintu.
     “Apa yang kau tersenyum-senyum tu? Teringat Selena ke?” tegur Hakimi. Sengaja dia hendak memancing emosi Qasyaf yang sedang berbunga-bunga itu.
     Qasyar merengus geram. “Kau jangan spoil mood aku. Aku tengah good mood ni,” kata Qasyaf sambil menjeling tajam ke arah Hakimi.
     Hakimi tergelak. “Okey.. I’m sorry.” Sudah lama dia tidak melihat Qasyaf tersenyum-senyum seorang diri. Apalah agaknya yang difikirkan oleh sahabatnya itu.
     Qasyaf duduk kembali di sofa. Hakimi juga begitu. Dia mengambil tempat berhadapan dengan Qasyaf agar mudah untuk berbual.
     “So, kenapa dengan kau ni? Tersenyum-senyum buka main. Aku ingatkan kau dah tersangkut pada Selena lagi,” gurau Hakimi lagi. Saja dia hendak menceriakan suasana.
     “Kau ni.. Kalau nak bergurau pun, boleh tak jangan sebut pasal Selena. Dia dah tak ada kena mengena dengan aku lagi lah,” marah Qasyaf. Pantang betul apabila Hakimi menyebut nama Selena padahal dia sudah tidak mahu dikaitkan dengan Selena lagi.
     “Janganlah emo sangat. Aku bergurau aje. Jadi kau betul-betul putuskan hubungan kau dengan Selena? Aunty Hazira macam mana? Tak membebel?”
      Qasyaf mengeluh. “Nanti-nantilah aku cerita kat kau. Ada benda yang lebih penting dari tu yang aku nak bagitau kau.”
      “Apa dia yang kau pentingkan sangat tu?”
     Qasyaf tersengih. Hakimi berasa pelik. Mula dah angau dia tu. Kenapa pula lah dengan kawan aku seorang ni? Baru putus tunang, tapi masih boleh senyum sampai ke telinga. Bisik hati kecil Hakimi. Qasyaf menyerahkan gambar yang dipegangnya sedari tadi. Hakimi menyambut. Gambar itu ditenungnya.
     “Gambar siapa ni? Lawa,” kata Hakimi jujur.
     “Entahlah. Aku pun tak kenal.”
     Hakimi terkejut. “Kalau kau tak kenal macam mana kau boleh dapat gambar dia?”
     Qasyaf tersengih sambil menunjukkan beg duit Iffa. Hakimi semakin terkejut. Wajah Qasyaf dipandang.
     “Jangan bagitau yang kau..” Kata-kata Hakimi dibiarnya tergantung.
     Qasyaf mengetuk meja. “Apa? Kau ingat aku merompak ke?”
     Hakimi tersengih. “Tak adalah.”
     “Semalam, waktu aku tengah drive nak balik rumah, aku hampir terlanggar perempuan ni.” Qasyaf memulakan ceritanya.
     “Kau terlanggar? Jangan kata yang perempuan ni mati.” Hakimi mula cuak.
     Qasyaf bengang. “Kau ni, aku cakap hampir. Belum langgar lagi. Dengarlah dulu apa yang aku nak cerita ni.”
     Hakimi menghela nafas panjang. Dadanya diurut-urut. Tanda berpuas hati dengan keterangan Qasyaf.
     “Disebabkan aku hampir terlanggar dia, dia jatuh. Terluka sikit. Aku ajak dia pergi klinik. Yang paling bestnya, dia nak ikut aku. Rupa-rupanya dia nak tumpang aku balik ke rumah sewa dia. Mula-mula, aku bengang juga. Tapi lepas bersembang dengan dia, aku rasa dia ni comel lah.”
     Hakimi ternganga. Tidak percaya sebenarnya. Qasyaf memuji gadis ni comel? What? Comel? Qasyaf bukanlah seorang yang suka memuji orang asing. Tambahan lagi seseorang yang baru pertama kali berjumpa.
     “Yang kau ni kenapa tercengang-cengang. Aku ada cerita yang pelik ke?” Qasyaf memandang Hakimi yang leka melihatnya sedari tadi tanpa sebarang bicara.
     Hakimi tersentak. “Eh, tak adalah. Aku pelik aje. Tak pernah kau puji perempuan macam tu. First time aku dengar. Kau dah jatuh cinta ke?” Hakimi hanya menduga.
     “Aku bukan jatuh cinta. Aku cuma suka aje,” jelas Qasyaf.
     Hakimi mengangguk. Malas hendak menyakat Qasyaf lagi. “Okey.. Dah tu, apa yang kau nak aku buat?”
     Qasyaf tersenyum sinis. Gaya seperti seorang detektif yang dapat petunjuk bagi kes yang dijalankan.
     “Kau tolong aku dapatkan maklumat lengkap dia.”
     Hakimi terdiam. “Maklumat lengkap? Kau nak aku siasat latar belakang dia?” kata Hakimi sambil menunjuk ke arah gambar Iffa.
     Qasyaf mengangguk. “Ya. Betul. Aku nak dia kahwin dengan aku.”
     “Wahh.. Cara kau cakap ni macam beli tiket kat wayang. Ni dah kira stalker tau.”
     “Aku bukan apa, Kimi. Aku tak nak kejadian antara aku dan Selena terjadi lagi kali ni. Jadi terpaksalah aku siasat dulu sebelum aku mula memikat. Kan?” jelas Qasyaf. Dia memang tidak mahu kejadian lalu berlaku kembali.
     Hakimi mengangguk. “Betul jugakan. Tak apalah. Kalau macam tu, aku tolong kau dapatkan maklumat dia.”
     Qasyaf tersenyum lebar. “Thanks, bro.” Qasyaf bangkit dari tempat duduknya lalu terus memeluk Hakimi. Tanda berterima kasih.
     Hakimi rimas. “Aishh.. Kau ni. Tak pasal-pasal ada staf yang kata aku gay pula.”
     “Okey. Okey. Thanks sebab sudi tolong. Apa-apa hal kau inform aku ya.”
     Hakimi mengangguk. “Yes, boss.”
***********************
“RIDZKI.. Apa awak buat kat sini?” tanya Iffa. Dia kurang senang apabila Ridzki menemuinya di saat seperti ini.
     “Sekurang-kurangnya bagilah saya masuk dulu sebelum awak tanya saya macam-macam soalan,” jawab Ridzki sambil menghulurkan plastik yang berisi buah itu.
     Iffa menggeleng. “Tak boleh. Sara tak ada kat rumah. Kita bukan muhrim.”
     Ridzki tergelak. “Kalau macam tu, awak jadilah muhrim saya.”
     “Tak nak. Awak buatkan saya teringat pada Ridzwan.” Iffa berkata jujur.
     Iffa memang tidak menafikan tentang itu. Sudah acapkali Ridzki memintanya untuk dijadikan isteri dan dia sering menolak dengan alasan yang dia sudah mempunyai Ridzwan. Tetapi untuk kali ini, dia tetap menolak walaupun Ridzwan sudah tiada disisinya. Dia bukan tidak menyukai lelaki itu tetapi rupa paras Ridzki saling tak tumpah seperti Ridzwan. Bukankah itu akan mengingatkannya kepada Ridzwan. Sekiranya dia bersama Ridzki, dia hanya akan menyeksa Ridzki kerana hati dan perasaannya tidak ada buat lelaki itu. Dia tidak mahu itu terjadi.
     Ridzki mengeluh. “Awak masih ingat pada Wan?”
     “Dia cinta pertama saya dan tak akan ada yang lain. Maaf Ridzki, saya betul-betul tak boleh terima awak.” Iffa geram. Mengapa soal hati dan perasaan yang harus mereka bicangkan saat ini.
     “Andaikata saya bukan bukan saudara kembar Wan. Awak nak terima saya?” Ridzki berkata perlahan. Dia ingin menarik Iffa untuk berbicara.
     Iffa mengeluh. “Itu tak mungkin terjadi, Ridz. Apa yang berlalu tu, biarlah berlalu. Apa yang terjadi antara kita, biarlah ia menjadi kenangan.”
     Ridzki terdiam. Mudahnya gadis ini melupakan dirinya selepas dia memiliki Ridzwan. Dia mengeluh berat.
     “Mungkin bukan sekarang, tapi kita tak tau apa yang akan terjadi akan datang. Walau apapun, saya tetap akan tunggu awak sampai awak dapat melupakan Wan. Saya akan bantu awak lupakan dia.”
     Iffa diam. Tiada sebarang jawapan untuk itu.
     Pertemuan mereka terhenti apabila Sara pulang ke rumah. Ridzki meminta izin untuk pulang. Tidak mahu berlama-lama. Dia tahu ada yang tidak selesa dengan kedatangannya. Sara dan Iffa masuk ke rumah. Pintu ditutup rapat-rapat. Beg plastik yang berisikan makanan itu diletakkan di atas meja. Sara mendekati Iffa yang duduk bersendirian di ruang tamu.
     “Iffa, kau okey?” tanya Sara sambil memegang bahu Iffa.
     Iffa diam. Dia terus memusingkan badannya lalu memeluk Sara sekuat hati. Sedu tangisnya jelas kedengaran. Dia sudah tidak tahan lagi. Dia memerlukan sokongan dan bimbingan dari orang lain.
     “Sara, kenapa Ridzki ingatkan aku pada Ridzwan? Aku tak nak rasa terseksa lagi, Sara. Aku penat,” kata Iffa dalam sedu tangisnya. Pelukannya tidak dilepaskan.
     Sara hanya berdiam diri. Dibiarkan gadis itu meluahkan rasa hatinya sepuas-puasnya. Dia mengusap lembut rambut Iffa yang terlerai itu. Memberi dorongan.
     “Kenapa? Kenapa? Aku dah tak mampu nak tanggung semua ni. Aku mungkin bleh menipu orang, tapi tak pada diri aku sendiri, Sara. Aku lemah. Aku tak mampu.” Iffa mengesat air matanya dengan hujung baju t-shirtnya.
     Hati Sara tersentuh. Dia juga turut merasa sebak. Pelukannya dilepaskan. Dia memegang bahu Iffa.
     “Iffa, kau kan seorang yang tabah. Aku tau kau mampu untuk tempuhi semua ni. Kalau Wan nampak keadaan kau macam ni, tentu dia sedih. Sedih sangat. Jadi janganlah berputus asa. Jangan pandang kisah lalu. Teruskanlah apa yang ada kat depan kau. Aku tetap sokong kau dari belakang.” Sara memberi kata-kata semangat. Kalau hari-hari begini keadaan Iffa, dia boleh jatuh sakit. Sara tidak mahu itu terjadi.
     “Aku tak mampu, Sara.” Iffa masih lagi menyangkal. Hatinya sedih.
     “Dengar sini, Iffa. Pandang aku.” Sara memegang lembut dagu Iffa supaya tumpuan gadis itu tetap kepadanya. “Kau mampu. Percayalah pada aku.”
     Linangan air mata Iffa semakin deras. Dia memeluk Sara kembali. Dia bersyukur dia mempunyai kawan sebaik Sara.
     “Thanks, Sara. Kau dah banyak bersusah sebab aku.” Iffa menyeka air matanya dan cuba tersenyum.
     “Tak adalah. Tak susah pun. Aku kan sayangkan kau.”
     Iffa tersenyum. Sekurang-kurangnya kata-kata Sara dapat mengubat sedikit kelukaan di hatinya.
     “Iffa, jom makan. Aku lapar,” ajak Sara sambil menarik lengan Iffa menuju ke dapur.
     “Jom.”
*********************
SELENA menghempaskan telefon bimbitnya di atas katil. Tak guna kau, Syaf. Tergamak kau putuskan pertunangan kita. Tak apa. Aku sentiasa ada cara untuk buat kau kembali ke sisi aku. Bisik hati Selena geram.
     “Apa ni sayang? You geram dengan siapa ni?” Kedengaran suara seorang lelaki di balik selimut tebal yang berselerakan di atas katil itu.
     “Tak ada apalah.” Selena duduk di birai katil sambil menenangkan emosinya.
     “Janganlah macam ni. Jom kita berseronok. Dah pukul 4 petang ni. I ada kerja shift malam. Rindu pulak I kat you nanti.” Lelaki itu menarik tangan Selena ke dalam dakapannya.
     “Razin. Cukuplah tu. I dah bosan baring sepanjang hari. I nak keluar. Pandai-pandai youlah nak balik naik apa sebab I nak pakai kereta you.”
     Selena bangkit dari tempatnya. Selepas membersihkan badannya, dia mencapai kunci kereta dan terus membiarkan Razin terpinga-pinga dengan sikapnya itu. Biarlah. Dia tidak ada mood untuk bersembang dengan Razin. Hatinya masih  membara gara-gara panggilannya kepada Qasyaf tidak berjawab.
     Apa dia ingat aku ni tunggul kayu ke? Hati Selena berbisik geram. Dia keluar dari hotel itu dan terus menuju ke kereta Alza putih milik Razin. Dia menghidupkan enjin kereta dan terus pergi dengan perasaan geram yang bertandang di hatinya.

~~~~~~~~~~~~
UC 3 update. Maaf kalau ada yang terkurang. Boleh komen ye entri ni, ok ke tak.. hihih

THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

5 comments:

Ria Natsumi said...

ok gak....sambung lagi....walaupun ada kesalahan ayat sikit....hihi terukan berkarya...

Anonymous said...

Best. teruskan menulis. akk x sabar nk bc yg seterusnya.

InaFai Nas said...

Cerita yg menarik,,,sambung lagi

sayang selamanya said...

Cantik jln citer dia. so bila nk sbung lg

Nana Nn said...

sian iffa...
teruskan.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...