Ugutan Cinta 2

,5/17/2013 11:20:00 AM | 8 Comment

BAB 2
SUDAH seminggu Ridzwan meninggalkan Iffa. Iffa juga sudah mulai menerima hakikat itu. Mungkin betul kata Sara. Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian tu. Iffa mengeluh panjang. Baju-bajunya yang telah berlipat itu dimasukkan ke dalam beg baju. Dia mesti kembali ke Kuala Lumpur. Ada tanggungjawab yang harus dipikulnya.
     “Bila tiket basnya tu?,” tanya Puan Hanan yang tiba-tiba muncul entah dari mana.
     “Owh.. Ibu..” Lamunan Iffa terhenti. “Dua jam lagi Iffa bertolak la dari sini,” terang Iffa. Terpaksalah dia menaiki bas untuk ke Kuala Lumpur kerana kereta miliknya tidak dibawa sehingga ke sini. Sara pula sudah lama kembali ke Kuala Lumpur.
     “Kenapa tak suruh Along hantarkan aje? Lagipun dekat kan. Satu jam dah sampai ke Kuala Lumpur tu,” kata Puan Hanan. Tangannya juga ligat mencapai kain lipatan milik Iffa itu.
     “Tak apalah ibu. Sebab sekejap lah Iffa boleh balik sendiri. Ibu jangan risau. Anak dara ibu ni kuat. Kalah lelaki.” Iffa cuba menceriakan suasana walaupun hatinya masih gundah gulana.
     Puan Hanan mengeluh. Dia tahu Iffa mahu bersendirian. Dia amat memahami kerenah anak gadisnya itu tapi dalam keadaan seperti ini dia ragu. Ragu untuk memberi kelepasan kepada Iffa untuk pulang sendirian.
     “Ibu bukan apa, Iffa. Ibu cuma risaukan keadaan Iffa. Iffa taukan apa yang dah jadi dalam tempoh seminggu ni. Lagi-lagi perkara ni terjadi pada Iffa sendiri. Lagilah ibu risau dengan Iffa.” Puan Hanan sudah menunjukkan riak wajah kerisauan.
     Iffa mengeluh. “Ibu.. ibu tak perlu risau pasal Iffa. Iffa pandai jaga diri Iffa sendiri. Ibu jangan risau, okey?” kata Iffa. Tangan Puan Hanan dipegangnya erat-erat. Biarlah wanita itu memahami niat hatinya.
     Laju Puan Hanan memeluk Iffa. Ibu mana yang tidak risau pada anaknya. Lebih-lebih sekali terhadap anak perempuan. Bukankah menjaga seorang anak perempuan itu lebih susah daripada menjaga sekandang lembu. Tapi dia percaya kepada Iffa. Dia tahu Iffa sudah cukup terluka dengan majlis perkahwinannya yang terbatal. Lebih terluka lagi apabila anak gadisnya itu mendengar tentang pemergian Ridzwan ke rahmatullah. Semuanya sudah tertulis.
     “So, macammana Iffa? Along hantarkan Iffa ke Kuala Lumpur petang ni?” Tiba-tiba Airil mencelah. Entah dari planet manalah mamat ni datang.
     Iffa menggeleng sambil tersenyum manis menutup riak kesedihan di wajahnya. “Tak payahlah. Iffa tak nak susahkan Along. Along sendiri pun banyak kerja kan. Jadi Along buat kerja Along tu ya,” Iffa memberi kata putus.
     Airil hanya mengangguk tanda faham. Dia tidak mahu memaksa. Biarlah Iffa menentukan jalan hidupnya sendiri. Dia memandang ke arah Puan Hanan yang jelas kelihatan risau itu.
     Airil memeluk Puan Hanan. “Ibu tak payah risau sangatlah dengan si Iffa ni. Macam tak biasa pula dengan perangai anak dara ibu yang sorang ni.” Airil tergelak. Dia turut meredakan kerisauan yang bertandang dalam hati Puan Hanan.
     “Hmm, nak buat macam mana lagi. Terpaksalah ibu ikutkan kehendak anak ibu yang manja ni,” ujar Puan Hanan sambil melepaskan keluhan yang agak berat.
     Iffa dan Airil sudah tersenyum. Mereka lega sekiranya kerisauan Puan Hanan kian berunsur hilang. Kesihatan Puan Hanan agak membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Oleh kerana itu, Iffa dan Airil bimbang dengan keadaan Puan Hanan.
     “Okey Iffa. Apa-apa pun. Berhati-hati di jalan raya. Along nak keluar. So tak sempat nak hantar Iffa sampai ke stesen bas. I’m sorry.”
     Iffa mengangguk tanda faham.
     “Tak apa. Nanti ibu minta abah yang tolong hantarkan,” kata Puan Hanan.
     “Okey. Kalau macam tu Along keluar dululah. Assalamualaikum ibu. Iffa, jangan lupa contact Along bila dah sampai sana nanti.” Airil sudah melangkah ke pintu bilik Iffa.
     “Okey. I’ll contact you. Bye.”
     “Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumsalam.” Puan Hanan dan Iffa menjawab serentak membalas salam Airil.
*******************
“KENAPA? Kenapa Syaf nak putuskan pertunangan Syaf dengan Ena? Cuba jelaskan pada aunty. Syaf mesti ada alasan yang kuat kan? Kalau macam tu, Syaf harus jelaskan pada aunty.”
     Puan Hazira sudah menahan amarah. Dia benar-benar terkejut apabila Selena memberitahunya yang Qasyaf ingin memutuskan pertunangan dengan anak gadisnya.
     Qasyaf memicit kepalanya yang agak serabut itu. Mana tidaknya, Puan Hazira dan Selena tiba-tiba datang ke pejabatnya. Walaupun dihalang oleh Yanie tetapi mereka tetap berkeras untuk bertemu dengannya. Lepas satu masalah datang, datang lagi masalah yang lain. Qasyaf mengeluh perlahan.
     “Sorry, aunty. Syaf memang tak sesuai untuk Ena. Mungkin Ena boleh dapat lelaki yang lebih sesuai dari Syaf.”
     Puan Hazira tersentak. Hatinya membara-bara mendengar alasan yang keluar dari mulut Qasyaf. Baginya alasan itu memang tidak munasabah untuk dijadikan sebagai satu alasan.
     “Kenapa baru sekarang Syaf kata Syaf tak sesuai dengan Ena? Time dulu-dulu tu, sesuai la ya?”
     Qasyaf bengang. Mengapa pula Puan Hazira hendak mencampuri urusan peribadinya dengan Selena. Biarlah mereka berdua yang uruskan masalah ini sehingga selesai. Tidak perlulah Puan Hazira turut campur tangan. Ini pasti gara-gara Selena. Pasti Selena sengaja menyuruh Puan Hazira untuk memujuk dirinya kerana Selena sendiri sudah tidak mampu hendak mematahkan keputusan yang diambilnya.
     “Rasanya soalan tu aunty kena tanya pada Selena. Kenapa baru sekarang Syaf rasa Ena tak sesuai dengan Syaf? Semua jawapan ada pada Ena sendiri.” Qasyaf berpeluk tubuh. Puan Hazira memandang ke arah Selena yang berada di sisinya.
     “What’s happen, Ena?” Puan Hazira sudah mulai bertanya kepada Selena. Dia memalingkan seluruh badannya menghadap Selena.
    Selena hanya tunduk. Puan Hazira tidak boleh tau. Habislah dirinya nanti. Silap-silap gelarannya sebagai anak akan dicabut oleh ayah dan ibunya.
     “Ena tak tau apa-apa, mama. Tiba-tiba Syaf marah-marah and nak putuskan pertunangan antara kami berdua.” Selena menutup rahsianya.
     “Ha, Syaf dengar tu. Ena pun tak tau apa salah dia sebenarnya sampai Syaf nak putuskan pertunangan ni.”
     Qasyaf geram. Mahu ditengking, dikatakan tidak hormat pula. Mahu membalas kata-kata itu, nanti dikatanya sengaja mereka cerita. Akhirnya dia mencapai kot bajunya yang tersidai di sisi tinggap itu.
     “Dah lah aunty. Semuanya dah berakhir. Syaf akan tetap putuskan pertunangan ni. Itu lebih baik untuk Syaf dan Ena,” ujar Qasyaf sambil menyarungkan kot baju di tubuhnya.
     Kakinya melangkah meninggalkan Puan Hazira terpinga-pinga sendirian di dalam pejabatnya. Pintu pejabatnya tertutup semula. Qasyaf menuju ke meja Yanie.
     “Suruh mereka balik. Saya tak nak nampak mereka lagi bila saya kembali ke sini,” arah Qasyaf dan terus melangkah keluar dari pintu utama.
*********************
IFFA mengeluh sendirian. Matanya dilemparkan ke luar bas. Fikirannya turut melayang entah ke mana. Dia masih berasa sedih atas pemergian Ridzwan. Lagi-lagi ia berlaku di hari perkahwinannya. Memang sangat berbekas di hatinya walaupun sudah seminggu berlalu. Bukan senang hendak melupakan Ridzwan. Ridzwan banyak mengajarnya erti kehidupan. Kasih sayang dan sebagainya. Memang Allah lebih sayangkan orang yang baik.
     Air mata Iffa turut berlinangan apabila teringat saat-saat indahnya bersama Ridzwan. Kenapa Wan pergi terlalu awal? Iffa belum sempat nak menikmati kehidupan bersama Wan. Iffa tak sangka akan jadi macam ni. Bisik hati kecilnya. Air mata diseka. Satu persatu memori disingkapnya. Akhirnya dia terlena sendiri mengenangkan Ridzwan.
***********************
“IFFA, Wan nak datang meminang Iffa ni. Boleh tak?” tanya Ridzwan sambil menjilat aiskrim yang dipegangnya itu.
     Iffa tersenyum. “Kenapa pula?”
     “Sebab Wan sayangkan Iffa,” jawab Ridzwan ringkas tanpa sebarang perasaan malu yang tergambar di wajahnya.
      Iffa melemparkan pandangannya ke arah pantai yang terbentang luas di hadapannya. Angin pantai yang meniup lembut ke wajahnya benar-benar terasa aman. Lagi-lagi apabila dia mendengar Wan cuba meluahkan isi hatinya kepada Iffa. Lagilah terasa bahagia. Seperti di awang-awangan.
     Ridzwan memang lelaki yang sentiasa menjadi rebutan gadis remaja di kampungnya. Kiranya dialah gadis yang bertuah kerana dia telah menerima luahan hati dari Ridzwan. Bukankah dia layak berasa bahagia. Iffa tersengih sendiri.
     “Apa yang Iffa sengihkan tu? Dah mula terbayang alam rumah tangga ke?” sakat Ridzwan. Dia pelik sebenarnya. Ada pula anak dara yang suka tersenyum seorang diri. Akhirnya dia juga turut tersengih melihat keletah Iffa.
     “Ish.. Mana adalah Wan. Iffa cuma tak percaya aje yang Wan suka pada Iffa. Wan kan popular. Ramai yang suka pada Wan.”
     Ridzwan tersengih dengan telahan Iffa. “Diorang suka sebab Wan baik pada diorang aje. Bukannya apa pun. Wan kan suka pada Iffa.”
     Iffa tersenyum bahagia. “Okey.. Iffa faham.”
     “Kalau faham, minggu depan Wan masuk meminang. Boleh kan?” Ridzwan berdiri memandang Iffa yang hanya melihat keluasan pantai sedari tadi.
     “Sure. Why not.” Iffa menjawab ringkas. Bukan ke lelaki yang baik itu kita tak boleh lepaskan? Iffa tersenyum sendiri melayan angin pantai.
*************************
IFFA turun dari bas sambil memikul beg bajunya. Suasan di terminat puduraya itu memang sangat menyesakkan. Bising dengan suara-suara manusia yang gembira bertemu keluarga dan kenalan rapat. Iffa cuba mengambil laluan untuk keluar dari kesesakan itu. Matanya agak sedikit sembab gara-gara dia menangis di dalam bas tadi.
     Iffa berdiri di tepi jalan. Dia ingin menghubungi Sara tapi telefon bimbitnya sudah kehabisan beteri. Nampaknya terpaksalah dia berusaha sendiri untuk kembali ke rumah sewanya. Iffa mengeluh. Tidak habis-habis dia memikirkan Ridzwan. Dia menggeleng. Tidak mahu difikirkan sangat tentang itu.
     Iffa mula membuka langkah. Banyak teksi yang tersadai di tepi jalan itu tapi dia kurang berkenan untuk menaiki teksi apabila hari kian gelap. Dia harus mencari telefon awam untuk menghubungi Sara.
     Iffa tercari-cari telefon awam di sekitar kawasan itu. Tiba-tiba matanya terhenti ke arah sebuah telefon awam di seberang jalan. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum melintas. Tanpa ragu-ragu, Iffa melintas ke seberang jalan. Tapi nasib memang tidak menyebelahi dirinya apabila dia hampir dilanggar oleh sebuah kereta ketika dia ingin melintas.
     Iffa terjatuh di jalan raya gara-gara dirinya hampir menjadi mangsa langgar. Habis semua barang-barang di beg tangannya terkeluar. Kenapalah nasib aku malang sangat dua tiga minggu ni. Keluh Iffa perlahan. Dia memungut barang-barangnya semula lalu di masukkan ke dalam beg tangannya. Dia sudah tidak mempedulikan kereta yang ada di hadapannya itu.
     “Apa punya kereta lah.” Iffa merungut geram. Macam-macam hal.
*****************
QASYAF menghentak stereng keretanya. Nasib baik dia sempat menekan brek. Jika tidak, masuk penjaralah alamatnya. Qasyaf keluar dari keretanya. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Dalam suasana seperti ini tidak ramai yang ada di kawasan itu. Masing-masing sudah balik berehat di rumah.
     Qasyaf menuju ke arah seorang gadis yang sibuk memasukkan barang-barangnya ke dalam beg tangan. Dia ni okey ke tak? Macam tak kisah aje aku langgar dia. Bisik hati kecilnya.
     "Eh.. Kau tak apa-apa ke?" tegur Qasyaf apabila melihat seorang gadis yang hampir dilanggarnya tadi.
     Iffa menggeleng. "Tak ada apa-apa." Sikunya sedikit terluka gara-gara terjatuh di atas jalan raya itu.
     Qasyaf serba salah. "Kau tak okey ni. Aku bawa kau pergi klinik ya." Qasyaf mengarah.
     Iffa hanya menurut. Dia sudah tidak mampu berfikir lagi apabila fikirannya penuh dengan kenangannya bersama Ridzwan. Qasyaf hanya memandang pelik. Beraninya perempuan ni. Dah lah tak cakap apa. Masuk menonong aje. Dia tak terpikir ke aku ni jahat ke baik ke. Bahaya betul. Desis hati kecilnya.
     "Okey. Cepatlah jalan," kata Iffa memberi arahan.
     Qasyaf tersentak. Biar betul perempuan ni. Tak ada rasa takut langsung... Aku pula yang seram. Qasyaf hanya mengikut kehendak Iffa.
     Masing-masing hanya berdiam diri di dalam kereta. Almaklumlah mereka tidak saling mengenali. Qasyaf curi-curi pandang ke arah Iffa.
    “Kalau awak nak pandang, awak pandang ajelah,” tegur Iffa. Pandangannya tetap fokus ke arah jalan raya.
     Qasyaf terdiam. Memang bahaya lah perempuan ni.
     “Kenapa kau lintas jalan tak tengok kiri kanan?”
     “Mana saya tau. Saya dah pastikan yang kereta tak akan ada. Tetiba kereta awak pula yang sesat,” jawab Iffa selamba.
     “Nasib baik aku yang langgar kau tau.”
     Iffa menoleh ke arah Qasyaf. “Apa maksud awak? Awak sengaja nak langgar saya ke?”
     Qasyaf tersentak. “Ish.. Tak ada kerja ke aku nak langgar kau. Tak pasal-pasal aku masuk penjara. Jangan mudah nak buruk sangka dengan orang.”
     “Habis tu, apa maksud awak cakap macam tu?”
     “Nasib baiklah aku ni baik. Kalau orang lain yang langgar kau, belum tentu lagi kau selamat. Entah-entah dah dijual kat Bangladesh sana. Almaklumlah orang cantik ni memang boleh buat duit banyak.” Qasyaf bertutur selamba.
     Dia bukannya mengenali gadis itu. Bahkan namanya pun dia tidak tahu. Tetapi sifat gadis itu membuatnya tertarik untuk terus berbicara. Sengaja dia melayan hendak menghilangkan geramnya gara-gara Puan Hazira dan Selena.
     Iffa merengus geram. “Awak hantar saya balik ajelah. Luka ni saya boleh ubat sendiri.”
     “Eh, tak boleh macam tu. Luka tu berkuman tau tak?”
     “Awak ni macam perempuan lah. Saya taulah nak jaga diri sendiri. Dah lah saya tak kenal awak.”
     “Kalau macam tu kenapa awak nak ikut saya pergi klinik?”
     “Saya tak cakap apa pun. Saya tak ada kenderaan and telefon saya tak ada beteri. Disebabkan awak dah langgar saya, awak kenalah tanggung kan.. So awak tolonglah hantar saya balik rumah ya.” Iffa terus terang.
     Qasyaf tergamam. Perempuan ni saja nak kenakan aku. “Kau tak takut ke kalau aku buat something dekat kau. Lagipun kau bukannya kenal aku. Naik kereta dengan orang tak kenal tu satu kesalahan tau tak?” kata Qasyaf sambil menumpukan perhatiannya semula kepada pemanduannya. Tak nak kejadian berlanggar ini terjadi buat kali kedua.
     “Tak. Saya tak takut.”
     “Why? Kenapa tak takut pulak? Kalau aku ni lelaki tak baik ke, bukannya kau tau.” Qasyaf masih pelik dengan jawapan Iffa.
     “Sebab kalau awak jahat, awak tak akan tolong and minta saya untuk pergi klinik. Kalau orang dah takut bila langgar orang lain, mesti dah cabut dulu. Tapi awak tak, sekurang-kurangnya awak dah bertanggungjawab atas kusalahan awak sendiri.” Panjang lebar Iffa memberi keterangan.
     “Owh..” Qasyaf mengangguk tanda faham. Betul juga apa yang minah ni cakap. Kalau orang dah takut, mesti lari punya. Tak sangka aku ni baik juga. Qasyaf tersengih sendiri.
     “Kalau macam tu awak hantar saya sampai ke rumahlah. Lagipun dah nak maghrib ni. Tak elok pula kalau saya dan awak aje. Dah lah saya ni tak kenal awak.”
     “Okey.” Qasyaf malas hendak memanjangkan cerita. Gadis ini memang lain. Menarik perhatiannya untuk tahu lebih lagi mengenai gadis ini.
     Tidak sampai setengah jam, mereka sudah tiba di depan rumah sewa mikil Iffa. Sara menyambut kepulangan Iffa dengan penuh senyuman tapi dia juga merasa pelik. Kenapa Iffa menaiki kereta itu? Pasti ada apa-apa yang terjadi. Dia harus memastikan tentang itu dengan Iffa nanti.
     “Okey. Terima kasih sebab tolong hantarkan saya. Maaf kalau saya terkasar bahasa dan ambil kesempatan pada awak. Saya terpaksa sebab dah nak maghrib. Maaf,” kata Iffa meminta maaf. Dia bukan jenis yang tidak tahu berterima kasih.
     Qasyaf mengangguk. “Andai kita berjodoh, kita jumpa lagi next time.”
     Iffa terdiam. Next time? Kenal pun tidak. Iffa hanya mengangguk dan terus meluru masuk ke rumahnya.
     Qasyaf menutup tingkap kereta dan meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah. Setibanya di rumah, Qasyaf membuka pintu kereta dan mengambil briefcase dan fail-fail kerjanya. Tiba-tiba matanya terganggu oleh sesuatu.
     “Beg duit?” Qasyaf berkata spontan. Tiba-tiba dia teringat kepada gadis yang ditemuinya sebentar tadi.
     Dengan pantas dia membuka beg duit itu. Kemudian kad pengenalan pemilik di tariknya keluar.
     “Nampaknya kita memang berjodoh, Nur Iffa Afifah.” Qasyaf tersenyum lebar.     

~~~~~~~~~~~~~
Akhirnya sempat jugak Afie nak update pepagi buta ni. Bersengkang mata nak bagi bab baru untuk pemabac tegar karya Afie yang tak seberapa ni. Maaf lah, Afie tukar dari tajuk asal ke tajuk yang baru sebab tajuk ni lebih sesuai dari yang lps.. Hpe semua dapat komen ya.. Enjoy readingg !!

THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

8 comments:

KaryaHatiku said...

best2..tp ade kesalahan ejaan sedikit..huhu...
awat pendek sgt, nx en3 bg pnjg sikit ye dear.. :D

Fatia Wahab said...

best nye..sambung cepat2 tau..hehe..

NNR said...

Bestnya! :D *tepuk tepuk tepuk*

Ria Natsumi said...

jaln citer menarik....hmm tapi ada kesalahan ejaan seperti karya HAtiku beritahu....hihih teruskan berkarya..

sayang selalu said...

Ok not bad. teruskan usaha....

Yazreina said...

Tolong betulkn text yg terselit tepi cover pix tu.... Klu blehlaa... Ada few typos... Tp all in all...cerita yg menarik

noorliyana Shamsuddin said...

Teruskan usaha yooo

Nana Nn said...

ok. best juga..
permulaan yg baik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...