BAB 6
HAIKAL tergelak besar mendengar cerita yang baru
disampaikan oleh Dani. Dani memandang Haikal dengan pandangan maut.
“Tak pasal-pasal ada je yang makan kasut aku yang putih bersih ni.” Dani
sudah berkira-kira ingin membuka kasutnya.
Haikal cuba menahan tawanya. Aku tak nak makan kasut. Mulutnya ditahan
dengan tangan. Tanda senyap.
“Kan ke sebelum ni aku pernah bagitau kau, dengan si Zara ni jangan main
tarik tali sangat. Nanti kau sendiri yang tersandung. Ha, sekarang kau dah nak
jatuh. Zara pulak masih still kukuh kat tempat dia. Macammana kau nak tackle
dia ni?,” kata Haikal. Dia memandang tepat ke arah wajah Dani yang agak bengang
itu.
“Hmm.. Tak apa.. Aku dah rasa yang aku suka kat dia. So, aku ada cara
lain untuk ‘kerjakan’ dia nanti. Habis basah baju aku semalam. Bengang aku.”
Dani meneruskan ketidakpuasan hatinya lagi kepada Haikal.
Hikal menarik nafas dalam-dalam. Bukan apa, dia mahu menahan gelak
tawanya yang hampir pecah itu. “Tak apa lah. Berusaha tau. Usaha tu tangga
kejayaan. Kalau tak ada tangga, kau boleh guna kapal terbang. Lagi tinggi kau
boleh capai. Ha ha ha..” Haikal cuba menarik hati Dani yang lagi bengang itu.
Dani tersengih. “Kau ni jangan merepek lah. Kalau aku tak ada tangga,
aku pinjam tangga kau aje. Senang. Tak payah guna duit.” Dani pula yang mula
merepek.
Haikal tersenyum nipis. “Okey. Aku bagi kau pinjam nanti. Minta aje kat
aku, okey?,” ujar Haikal.
“Okey.” Masing-masing tergelak dengan telatah sendiri. “Jom pergi library.
Aku nak cari something lah.,” ajak Dani.
“Let’s go.”
Haikal dan Dani sudah melangkah dari tempat duduk mereka. Suasana kantin
yang agak sesak membuatkan mereka harus berhimpit untuk melepasi sesakan itu.
*************
ZARA menghempas lembut buku yang dibacanya 5 minit lalu.
Arghh.. boringnya baca buku sejarah ni. Dia menahan mulutnya yang hampir
menguap itu gara-gara kebosanan. Pandangannya dialihkan kepada ahli 4S yang
leka meneliti buku masing-masing.
“Korang tak boring ke asyik baca buku aje?,” tegur Zara sedikit
mengeluh.
Anez dan Hani berpaling manakala Dina masih lagi tekun membaca setiap
perkataan yang tertera di dalam buku yang di pegangnya.
“Kenapa semua orang exited baca buku ni? Aku boring gila ni.” Zara
mengeluh lagi.
Hani menggeleng. Apa kenalah dengan kawan aku sorang ni. Asal suruh baca
buku aje, mesti dah menggelupur macam ayam nak kena sembelih aje. Hani
merapatkan kerusinya berhampiran Zara supaya perbualan mereka tidak akan
mengganggu orang sekeliling nanti.
“Kau ni, asal baca buku aje mesti membebel. Cukup-cukuplah tu. Diorang
ni baca buku sebab exam SPM kita dah nak dekat,” kata Hani separuh berbisik.
“Lagi 2 bulan kan? Lama lagi tu. Bukannya exam tu esok. Aku tengok semua
orang dah buat muka macam atas tali gantung aje. Seram-seram semuanya.” Zara
membuat muka cuak. Takut-takut gitu.
Hani,
Dina dan Anez tergelak mendengar rungutan Zara.
“Bila exam aje, mulalah perangai gila si Zara ni keluar. Entah kena
angin kuskus ke apa..,” ujar Anez perlahan. Gelaknya masih bersisa.
Zara mencebik. Diorang ni nak mengutuk aku pun janganlah depan-depan
aku. Buat aku membara aje. Kedua-dua tangannya disilang tanda pasrah dengan
jawapan rakan-rakannya itu. Hani, Anez dan Dina saling berpandangan.
Masing-masing menjungkit bahu dan menyambung kerja yang tertunda. Malas hendak
melayan angin kuskus Zara yang datang tanpa dijemput itu.
“Kita
ni memang berjodohlah, cik naughty.”
Zara tersentak. Kepalanya dipalingkan ke arah pemilik suara itu. Dani?
Tiba-tiba dia tersenyum. Kejadian petang semalam masih lagi berlegar-legar di
kepalanya. Dani pula memandang pelik melihat Zara tersenyum ke arahnya.
“Eh, Mr.buaya rupanya. Ingatkan demam sebab mandi air suci bilik air aku
semalam,” perli Zara. Walaupun suaranya agak perlahan tetapi dapat didengari
oleh Dani.
Dani terpinga-pinga. Air suci? Semalam? Bila masa pulak aku mandi air
suci ni? Dani menggaru kepalanya yang tidak gatal. Haikal sudah menahan gelak
melihat gelagat Dani yang terkulat-kulat tidak faham itu. Kesian kawan aku yang
sorang ni. Haikal tergelak-gelak sambil kepalanya digeleng-gelengkan.
Ahli 4S yang lain juga terpinga-pinga. Cerita apa ni? Detik hati Dina.
Dia memandang Hani dan Anez. Masing-masing sudah menjungkit bahu tanda tidak
tahu dengan apa yang berlaku.
Haikal menyiku lengan Dani. “Woi, dia perli kau tu,” ujar Haikal.
Teguran Haikal membuatkan Dani teringat
kisah semalam. Wajahnya berubah menjadi merah padam. Haishh.. Malunya aku.
Time-time aku nak tunjuk macholah, cik naughty ni sibuk nak jatuhkan maruah aku
depan awek-awek cun ni.
“Apa-apa ajelah.” Dani buat tidak tahu. Malu tu.
Zara tersenyum puas. Dia bangkit dari kerusinya. “Jom keluar. Aku dah
memang boring dah ni. Kalau korang nak sambung. Korang sambung kat kelas
ajelah,” ajak Zara kepada ahli 4S yang leka menelek buku masing-masing.
Anez, Dina dan Hani mengangguk. Masing-masing sudah menarik kerusi untuk
bangun. Selepas itu, mereka melangkah keluar dari library itu.
Sebelum keluar, sempat lagi Zara membisikkan sesuatu kepada Dani.
“Nampaknya kau bukan setakat masuk dalam kandang harimau, tapi kau dah terlebih
masuk dalam kandang naga. Goodbye..” Selepas kata-kata itu dibisikkan
kepada Dani, Zara terus melangkah keluar dari library menyusul 4S.
Dani tersenyum sinis. Bukan aku sorang aje yang masuk kandang naga, kau
pun dah termasuk kandang naga jugak. Kau aje yang tak perasan. Haikal yang
perasan akan perubahan wajah Dani terus menyiku lelaki itu.
“Dah lah tu senyum-senyumnya. Jom blah !!” ajak Haikal. Kakinya
sudah mula melangkah dan diikuti Dani dari belakang.
************************
ZARA membelek surat yang tertera namanya itu. Surat
siapa ni? Betul ke untuk aku? Berkali-kali Zara meneliti nama yang tertera di
surat itu. Memang untuk aku lah.
“Uitt.. Surat dari siapa pulak kali ni?,”
Hampir terlepas surat itu dari tangan Zara. “Kau ni kan, dah berapa kali
aku warning. Jangan terkejutkan aku,” Zara menggeleng.
Hani tersengih sumbing. “Aku tegur biasa-biasa aje kut. Kau aje yang
terkejut over sangat.”
Zara menjeling. “Yelah tu.”
“Surat siapa tu? Ha? Ha? Surat siapa?.” Bertubi-tubi soalan yang ditanya
oleh Hani.
“Entah. Tak ada nama.”
Hani pelik. “Dah tu?”
“Secret admirer..” Zara menjawab acuh tak acuh saja.
“Secret admirer lagi? Haihh.. Siap bagi 3 kuntum bunga ros lagi. Apa kes
ni?” Hani mengambil surat yang dibelek Zara sedari tadi itu.
Hani pula yang sibuk membelek sampul surat berwarna pink bercorakkan
bunga itu.
“Woi !! Aku belum rasmi lagi kau dah kacau daun. Apadaa..” Zara merampas
kembali surat yang dibelek Hani itu.
Hani
mencebik. “Eleh, tengok pon tak boleh.”
Zara menggeleng. Entah apa-apa punya perangailah si Hani ni. Zara
memasukkan surat dan bunga yang diterimanya itu ke dalam beg.
“Zara, kau tau tak makna 3 kuntum bunga ros tu apa dia?,” tanya Hani.
“Entah.
Aku tak ambik tau pun benda-benda tak penting macam tu. Yang kau tanya aku ni,
kau tak tau ke?,”
“Aku mestilah tau. Orang kata 3 kuntum bunga ros ni melambangkan cinta
dengan makna...” Hani membiarkan ayatnya itu tergantung.
“Apa dia?”
“I
love you.”
Zara tersentak. I love you? Siapa pulak yang nak love-love
dengan aku ni? Zara menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Kau ni biar betul Hani. Ada pulak orang yang berani nak kasi benda love-love
macam ni kat aku.” Zara berseloroh. Aku tau aku famous. Zara sedikit tergelak.
“Sebab dia penakutlah dia bagi nickname ‘secret admirer’. Dia tau
kita akan balun dia cukup-cukup kalau dia letak nama betul dia kat love letter
tu.” Sungguh-sungguh Hani memberi jawapan.
Zara mengeluh berat. “Lagi menyerabutkan otak aku kalau dia letak secret
admirer. Buat aku tercari-cari. Tertanya-tanya.” Zara menunjukkan riak geram
kepada Hani.
Hani tergelak. “Dahlah. Kalau melayan kau, sampai tahun depan pun tak
habis-habis.” Hani menamatkan perbualannya. Buku teks sejarah dikeluarkan dari
beg sandangnya.
Zara menjeling. Apa-apa ajelah si Hani ni. Zara juga mengeluarkan buku teks
sejarah dari beg sandangnya. Kelas Cikgu Yusri bakal bermula sebentar lagi.
Malas dia hendak cari pasal dengan Cikgu Yusri lagi. Ilmu tak berkat nanti tak
pasal aje. Zara menyelak helaian buku itu dan meneruskan bacaannya.
****************************
“ZARA, tak lama lagi Abang Az kamu balik malaysia.”
Tersedak Zara mendengar kata-kata yang baru saja diucapkan ayahnya itu.
“Abang Az nak balik malaysia?” Zara meminta kepastian sekali lagi.
Encik Iskandar mengangguk. Zara tersenyum girang.
“Yeay.. Abang kamcing bakal pulang.” Zara sengaja menguatkan suaranya
agar didengari oleh Que Hazwan.
Zara memandang Que Hazwan sambil tersenyum. Que Hazwan membalas
pandangan itu dengan satu jelingan maut. Aku tak hairan lah. Que Hazwan
merengus dalam hati. Makin lebar senyuman Zara apabila melihat riak wajah Que
Hazwan yang agak blur itu.
“Zara..” Lembut sahaja Puan Vanita bersuara.
“Yes mom..” Zara mengalihkan pandangannya ke arah Puan Vanita.
“Mulai minggu depan mama dah decided yang Zara akan study dengan Dani,
anak jiran depan rumah kita ni,” jelas Puan Vanita.
Zara tersentak. Terbatuk-batuk dia mendengar kata-kata Puan Vanita.
“Aii.. Suruh belajar pun batuk-batuk ke?,” perli Que Hazwan.
Zara menjeling. “Ma.. Zarakan boleh belajar dengan 4S. Zara tak perlukan
orang lain dah.” Zara cuba membantah cadangan yang berbaur suruhan itu.
“Mama tau tapi 4S tu tinggal jauh-jauh. Dani tu jiran kita. Lagipun
diakan ambik STPM tahun ni. Sesekali belajar dengan orang lain apa salahnya.”
Zara merengus geram. “Janganlah macam ni mama. Zara tak naklah. Papa,
cuba pujuk mama ni. Zara tak naklah belajar dengan Dani tu.” Zara cuba
menggunakan orang tengah.
“Papa yang suruh mama buat macam tu,” balas Encik Iskandar selamba.
Zara tergamam. “Papa pun sokong jugak.” Aku nak minta tolong siapa ni?
Zara menoleh ke arah Que Hazwan supaya lelaki itu dapat membelanya.
Que
Hazwan yang perasan akan pandangan Zara itu, cepat-cepat menoleh dan meneruskan
kunyahannya. Sengaja buat-buat tak tahu.
Zara merengus geram. Tiada siapa yang mahu membantunya untuk membela
diri. Harapkan Que Hazwan, dia pun tidak sudi meminta tolong pada abangnya jika
keadaan tidak memaksa. Takkan aku nak study dengan mr.buaya tu kut. Buatnya dia
berdebat dengan aku, tak belajarlah aku gamaknya.
“Kenapa Zara beria-ia sangat tak nak study dengan si Dani tu? Papa
tengok okey aje budaknya. Baik, sopan, hormat and papa tengok dia ada potensi
untuk ajar Zara,” jelas Encik Iskandar. Makanan yang di dalam pinggannya habis
licin ditelan.
Baik, sopan, hormat. Naik berbulu telinga Zara mendengar pujian tentang
mr.buaya itu. “Bukan Zara tak nak, papa.
Zara Cuma tak biasalah dengan orang baru ni. Tak pasal-pasal Zara sendiri tak
belajar dek tak selesa nanti.” Zara masih cuba membantah. Dia sudah tidak
berselera untuk menjamah baki makanan di hadapannya itu. Bad moodlah katakan.
“Alasan aje tu, papa. Padahal dia malas nak study.” Que Hazwan mencelah
perbualan Zara. Sengaja dia hendak menyakat Zara yang lagi kebuntuan mencipta
alasan itu.
“Apa-apa ajelah.” Zara kehilangan kata-kata. Tanpa mendengar kata balas
dari Encik Iskandar, Zara terus meluru ke singki dan meletakkan pinggan
kotornya untuk dicuci.
Selepas itu Zara meluru laju ke tingkat atas tanpa menoleh ke arah meja
makan. Ishh, sakitnya hati aku ni. Pintu bilik ditolak kuat kemudian ditutupnya
semula. Badannya dihempaskan ke atas katil. Cuba meredakan rasa bengang yang
masih kekal di hatinya itu.
“Apalah mama ni. Dah lah si Dani tu musuh ketat aku. Boleh pulak si mama
ni suruh aku study dengan dia.” Zara mula merungut sendiri.
Setelah beberapa lama Zara cuba meredakan hatinya yang panas itu,
tiba-tiba fikirannya teringatkan akan surat yang diterima olehnya pagi tadi.
Beg sandang ditariknya. Zip yang separuh terbuka, dibuka luas supaya mudah
hendak mengeluarkan isinya. Surat dan 3 kuntum bunga ros yang diterimanya pagi
tadi, dikeluarkannya dari beg sandang.
“Siapalah yang bagi aku surat cintan-cintun ni?,” Zara cuba membuka
tampalan surat itu. Selepas terbuka, cepat-cepat Zara membaca isi surat itu.
Kau yang paling setia, kau yang teristimewa
Kau yang aku cinta, cuma engkau saja
Dari semua pria aku yang juara
Dari semua wanita kau yang paling sejiwa
Denganmu semua air mata menjadi tawa suka ria
Akankah kau selalu ada menemani dalam suka
duka
Denganmu aku bahagia, denganmu semua ceria
Janganlah kau berpaling dariku karena kamu
cuma satu untukku
Zara ternganga. Surat versi apa ni? Versi dangdut ke guna lagu-lagu ni?
And kenapa pulak dia bagi aku lagu favorite aku ni. Zara pening. Apa maksud
semua ni? Bunga ros dibeleknya habis-habisan. Mana tau ada nama pemiliknya.
Tetap juga dia menemui sebaris perkataan. Secret admirer.
“Haihh.. Siapalah gerangan empunya badan ni? Dari hari tu lagi aku dok
terpikir-pikir. Argghh.. Abaikanlah. Malas aku nak peningkan kepala otak aku
yang memang dah serabut ni.” Laci yang
sedia ada di sisi katil dibukanya. Sampul surat dan 3 kuntuk bunga ros
dicampaknya di dalam laci itu.
“Time
to sleep.” Zara menarik selimutnya hingga ke paras dada. Tidak lama
kemudian.. zzz.. Dia sudah sampai ke alam mimpinya sendiri.
########################
Dah siap update.. siapa bace tolong2lah komen yerrr...
3 comments:
wah,akhirnya sekian lama menanti. dah lupa dh mcm mna cerita dia,ni kna ulang balikla nih. teruskan tau akak
Sekian lama menanti cerita nanti..Best sangat !!
Nak lagii :D
Post a Comment