Cinderella Brutal 1

,7/14/2013 09:19:00 AM | 3 Comment


BAB 1


SEPERTI biasa, aku hanya mengenakan sehelai t-shirt dan seluar jeans untuk ke kelas. Kali ini, aku memakai t-shirt biru dan digayakan dengan seluar jeans hitam. Topi di kepalaku, aku betulkan sedikit. Aku betulkan juga kedudukan beg sandang yang aku bawa.
     Suasana di kolej hari ini sungguh berlainan dari hari-hari biasa. Ramai gadis di kolej ini saling berbisik-bisik. Seperti ada berita hot yang aku sendiri tidak tahu apakah itu. Almaklumlah, aku bukanlah seorang yang suka bergosip seperti sesetengah pelajar di kolej ini. Lebih baik jaga tepi kain sendiri dari jaga tepi kain orang. Kan?
     Aku meletakkan skuter yang aku bawa di tempat parkir. Disebabkan rumah sewaku dan kolej hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai, aku tidak memakai topi keledar. Main redah saja.
     Selesai saja aku mengunci skuterku, aku mula melangkah memasuki kawasan kolej. Seperti yang aku katakan tadi, memang ramai yang berbisik-bisik hari ini. Dari mula aku masuk pagar kolej hinggalah ke tempat parkir. Seperti ada yang tidak kena saja.
     Aku melihat Awin berlari-lari anak ke arahku. Tercungap-cungap gadis itu akibat kepenatan. Kalau iyapun nak berjoging, janganlah di kawasan kolej pula. Tak logik langsunglah dia ni. Bisikku dalam hati.
     “Putri.. Apasal kau lambat?!” Kuat suara Awin menerpa gegendang telingaku.
     Ish, tak makan saman betul lah dia ni. Sakit telinga aku. Aku memegang telingaku yang sedikit bingit dek suara Awin yang lantang itu. Aku menjeling ke arah gadis yang kecil molek  berbaju blouse kuning air dan berseluar putih itu. Shawl yang berwarna putih di kepalanya membuatkan gadis itu kelihatan bertambah comel.
     “Kesesakan lalu lintas yang tak dapat dielakkan,” ujarku selamba.
     Awin mengangguk kemudian dia berjalan mengelilingiku sambil matanya tertumpu ke arahku. Kenapa pulak lah dia ni. Aku menggeleng. Tidak faham dengan perangai temanku yang seorang ni.
     “Apasal aku nampak kau cantik sangat ye hari ni?” Ha, soalan cepumas yang keluar dari mulut Awin membuatkan aku tergelak kecil.
     “Cantik? Pakai t-shirt macam ni pun kau kata aku cantik? Sebenarnya aku yang cantik ke kau yang terlebih cantik ni?” ujarku sambil mengangkat kening ala-ala Ziana Zain. Penyanyi tanah air itu.
      Awin tersengih. Mungkin dia baru tersedar yang aku hanya mengenakan t-shirt dan seluar jeans sebagai baju harian ke kolej. Aku teruskan langkahan yang terhenti. Awin hanya mengekoriku dari belakang. Awin tu ayu sangat. Nak mengejar aku dari belakang pun tercungap-cungap. Haih.. Kasihan sungguh.
     “Putri, janganlah jalan laju sangat. Tak cukup kaki aku nak melangkah ni,” ujar Awin apabila dia sudah berada di sebelahku.
     “Kalau tak cukup, tambahlah lagi satu,” selorohku sambil tergelak kecil.
     “Kalau boleh tambah, aku tambah lah.” Awin mencebik. Dia ni memang manja betullah.
     “Awin.. Kau datang awal kan hari ni?” soalku tanpa memperdulikan cebikan Awin. Ada sesuatu yang perlu aku tahu sekarang.
      Awin mengangguk. “Yes, why?”
      “Kau tak rasa ke orang kat sekeliling kita ni semuanya pelik-pelik belaka?”
     “Pelik? What do you mean?”
     “Hmm, pelik lah. Gosip dia orang kali ni lebih pelik dari yang sebelum ni. Aku macam terbau gosip panas lah.” Aku meluahkan kepelikan yang aku rasakan sejak masuk ke kolej tadi.
     “Owh.. Pasal gosip.” Kata-kata Awin membuatkan aku semakin pelik.
     “Ha, ada gosip terbaru ke? Aku bukannya kaki gosip. Kalau kau tu lain lah. Twenty four hours kau bergosip. Kalah Mak Senah kat warung depan tu,” ujarku sambil tergelak melihat raut wajah Awin.
     “Eh, mulut kau tu jangan laser sangat ye. Gosip-gosip aku pun, aku tak masuk campur hal dia orang,” kata Awin sambil berpeluk tubuh.
     Eh, bukan bergosip tu bermakna dah mencampuri urusan orang lain ke? Aku menggeleng. Memang tak faham dengan pemikiran si Awin ni.
     “Ye lah.. Ye lah.. Now, cerita pada aku, fenomena apakah yang berlaku sekarang ini?” Ha, sudah berbaku bahasa aku kepada Awin.
     “Laa, itu pun kau tak tahu. Berita hot macam ni yang selalu orang nak ambil tau. Kau ni sesuai duduk dekat bawah tempurung aje.”
     Alahai.. Mulalah si Awin ni nak membebel pada aku. Macam inilah gaya Awin setiap kali aku bertanyakan tentang gosip-gosip panas yang berlaku di kolej. Bukannya selalu aku bertanya, cik Awin oii.. Aku membuat muka annoying dengan kata-kata Awin. Dah boring kut..
     “Macam yang aku cakap pada kau, aku ni bukan kaki gosip.”
     “Ye lah tu, cik Awin. Cepatlah cerita, aku nak dengar ni,” desakku. Malas nak mendengar bebelan Awin nanti.
     Sebelum aku dan Awin berbicara lebih lagi, kami sudah duduk di meja berdekatan dengan taman kolej. Sunyi benar hari ini. Manalah perginya pelajar-pelajar kolej ni. Seketul dua saja yang ada. Mungkin mereka ada kelas agaknya sekarang ni.
     “Ha, sekarang kita dah cukup santai. So, kau kena cerita sekarang. Aku dah malas nak dengar bebelan kau yang dah berkali-kali aku dengar tu.” Dengan semangat aku memandang ke arah Awin.
     “Hmm, okey lah.” Awin memulakan cerita. “For your infomation, kita ada student baru. Sebab tu ramai yang bergosip-gosip tadi.”
     Aku pelik mendengar ujaran Awin. “Student baru? Takkan setakat student baru dia orang sibuk bergosip sakan kut. Macam tak pernah ada student baru pulak sebelum ni. Normal kut.”
     “Masalahnya, student kali ni lain sikit.” Ha, inilah dia kaki gosip.
     “Lain macam mana tu? Muka dia lain ke? Hidung kat atas. Mata kat bawah. Tangan ada empat. Macam tu ke? Kalau iya, luar biasa tu. Bukan biasa-biasa aje,” selorohku sambil tergelak kuat dengan kata-kataku sendiri.


     Satu cubitan hinggap di tanganku. Sudah berkerut-kerut dahi Awin memandangku. Marah benar dia dengan gurauan yang aku kenakan kepadanya. Aku usap-usap tangan yang dicubit. Ha, tak ada penyakit, sibuk mencari penyakit. Awin tengah semangat bergosip, kau pulak sibuk dengan loyar buruk kau tu. Putri.. Putri.. Kesian dengan Awin tau. Aku berkata sendiri.
     “Kau nak dengar ke tak nak ni?” soal Awin kepadaku.
     Aku mengangguk laju. Mestilah nak. Macam best saja gosip ni.
     “Kalau nak dengar, listen carefully. Untuk pengetahuan kau, new student kita tu lelaki. Handsome pulak tu. Bergaya. Smart. Cool. He’s like perfect guy in the world.” Beria-ia Awin bercerita.
      Aku mengangguk tanda faham mengapa berlakunya kesunyian di kolejku ini. Mesti semua pelajar perempuan kat sini, pergi menjengah student baru tu. Aku kenal sangat dengan perangai student-student kat sini. Pantang bertemu dengan si jejaka handsome, mesti dipikat mereka. Sampai bergaduh pun ada juga. Kadang-kadang, tak faham aku dengan perempuan yang suka bergaduh kerana lelaki ni. Buang masa saja.
     “Handsome sangat ke? Teruja betul aku tengok gaya kau ni,” ujarku sambil menongkat dagu.
      “Mestilah handsome. Aku dengar dia kacukan korea.”
      “Kacukan korea?” Bercakap tentang korea, aku jadi berminat pula. Al maklumlah aku ni peminat tegar drama korea dan kumpulan penyanyi korea.
     Awin mengangguk.
     “Ada tak rupa Siwon. Tak pun G-Dragon. Yong Hwa ke.” Ha, semua nama penyanyi korea yang aku sebut. Haishh.. Lemah betul kalau bercerita tentang korea ni.
     Awin menggeleng sambil menggerakkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan. “Siwon, G-Dragon dan Yong Hwa tu asli korea. Student baru kita ni kacukan Malaysia-Korea. Tak adalah sama macam korea asli tu. Tapi kalau orang tengok, tak nampak rupa melayu pun.”
     Aku mengangguk-angguk. Teruja juga mendengar gosip terbaru ni. “So, kira dia memang handsome lah ye?”
     “Yes. Dia memang handsome. Sekali pandang, mati-mati aku ingat dia tu orang korea.”
     “Okey.. Okey.. Kau tak payah nak teruja sangat.” Aku tergelak melihat reaksi Awin.
     “Ikut kau lah. Aku nak tengok macam mana rupa kau bila tengok dia nanti. Sure kau pun teruja macam aku.” Awin berkira-kira.
      Aku buat muka annoying. Nak bandingkan aku dengan dia konon. Aku ni bukannya minat dengan sesuatu yang berkaitan lelaki. Buat masa ini saja. Aku lebih tumpukan pelajaran dari terus hanyut di dunia percintaan. Nak juga balas budi mak ayah yang dah susah payah menyekolahkan aku.
     “Dah lah. Aku nak masuk kelas. Kalau layan kau punya teruja tu, sampai tahun depan pun tak habis.,” ujarku. Dengan pantas aku bangkit dari kerusi.
     Awin mencebik geram. Dia hanya mengekoriku dari belakang memandangkan aku dan dia satu fakulti. Aku terus melangkah dan memasuki kelas.


*~*


AKU berjalan mundar mandir di kantin. Jam di tangan, aku kerling beberapa kali. Orang yang ditunggu-tunggu tidak juga tiba. Aku memandang sekeliling untuk mencari kelibat Awin yang tidak muncul-muncul. Berkerut-kerut dahiku menanti Awin datang. Memang penantian itu satu penyeksaan. Haih.. Lapar.. Aku menggosok-gosok perut yang semakin lapar.
     “Putri.. Putri.. Kau tengok tu.”
     Tidak semena-mena tanganku ditarik oleh Awin. Dari mana datangnya juga aku tidak tahu. Yang pasti, aku juga ikut gelabah dengan tingkah drastik Awin itu. Cepat-cepat aku menoleh ke arah yang dimaksudkan oleh Awin itu.
     “Apa dia?”
     “Kau cuba tengok tu. Tengok dekat meja hujung sana tu.” Beria-ia Awin menunjuk-nunjuk ke arah yang dimaksudkannya.
     Sekali lagi aku tercari-cari arah yang dimaksudkannya. Tiba-tiba mataku tertancap ke arah seorang lelaki yang berkaca mata hitam. Lelaki itu nampak bergaya dengan jaket biru dan seluar jeans hitam yang dikenakan di tubuhnya. Cepat saja mataku memandang ke arah pakaian yang tersarung ditubuhku.
     “Eh, sama.” Dengan spontan kata-kata itu meluncur laju dari mulutku.
     Awin memandangku pelik. “Apa yang sama?”
     “Siapa dia tu? Handsome gila kut. Ada gaya TOP. Tak pun macam Kyu Hyun SJ.” Aku sudah menunjukkan keterujaan aku pada Awin.
     “Kau ni kan, tak habis-habis dengan korea kau tu. Dia tu student baru yang aku cerita kat kau pagi tadi.” Kata-kata Awin membuatkan aku ternganga.
     Patutlah Awin sangat teruja apabila bercerita tentang lelaki ini. Rupanya lelaki sangat bergaya dan lebih handsome dari mana-mana lelaki yang aku pernah tengok di kolej ni. Tak mustahil kalau kebanyakan student di kolej ini tergila-gilakannya.
     “Amacam? Apa pendapat kau tentang new student tu?” soal Awin kepadaku.
     Mataku tetap memandang student itu tanpa berkalih ke arah Awin. “Betul kata kau. Dia memang handsome lah. Sekali pandang memang ada rupa orang korea. Aku pun dah tertarik ni.”
     Awin tergelak kecil. “Aik?! Kau tertarik? Biar betul. Bukan ke kau ni berhati batu ke? Susah nak tangkap cintan dengan mana-mana lelaki.”
    “Memanglah.. Tapi kalau dah muka macam orang korea ni, mana boleh lepas. Aku ni mudah tangkap cintan dengan orang korea aje.”
     “Eh, dia bukan orang korea lah. Dia orang melayu.” Awin membetulkan telahanku.
     “Tapi dia kacukan korea kan?” soalku sambil mengangkat kening.
     Awin mengangguk sambil garu kepala.
     “Ha, kalau macam tu, dia dikira orang korea lah. Aku, Putri Amylia Nadira agak tertarik dengan penampilan dia.”
     Aku tergelak dengan pengakuanku sendiri. Kulihat Awin juga turut tergelak.
     “Dah lah. Kita sambung tenung dia lepas kita makan. Aku ni memang dah lapar gila dah ni.” Kata-kata Awin mematikan pandanganku terhadap new student itu.
     Aku hanya mengangguk dengan usulan Awin. Aku pun memang dah lapar. Ditambah lagi dengan kepenatan akibat menunggu kedatangan Awin dari tadi. Mujur aku terjumpa Mr.Korea Celup ni. Legalah sedikit hati aku yang tengah panas ini. Aku tersengih sendirian.


*~*


AKU cuba menghidupkan enjin skuter. Sekali. Dua kali. Arghh.. Aku menjerit dalam hati apabila enjin skuterku ini tidak bernyawa. Aku melihat ke arah meter minyak. Sekali lagi aku bengang dek ketiadaan minyak di skuterku ini. Kenapalah pagi tadi aku tidak memeriksanya terlebih dulu. Tidaklah perkara sebegini akan terjadi.
     Ingin meminta tolong kepada Awin, awal-awal lagi gadis itu sudah pulang. Siapa lagi yang harus aku meminta pertolongan kalau bukan Pak Samad, pembantu peribadi keluargaku sejak puluhan tahun dahulu.
     Aku berjalan mundar-mandir. Berkali-kali aku menelefon Pak Samad tapi satu panggilan pun tidak dijawabnya. Jariku mula bermain-main dengan telefon bimbit. Apa yang perlu aku buat sekarang. Aku semakin kalut apabila aku melihat jam sudah hampir menunjukkan angka 6 petang.
     “Ouch..” Satu keluhan itu hinggap di gegendang telingaku.


     Aku menoleh ke arah empunya suara. Ternganga aku dibuatnya apabila aku melihat Mr.KC terduduk di lantai. Pandangan lelaki itu kepadaku membuatkan aku cuak.
     Aku mendekati lelaki itu. Dekat. Dekat. Dan semakin dekat. Handsomenya. Dia ni kalau terjatuh pun still handsome. Aku tersenyum sambil menahan topi yang hampir jatuh.
     “Yang kau ni senyum, kenapa? Tak boleh tolong aku. Dah buat aku jatuh. Tolonglah bangunkan aku,” sergah Mr.KC kepadaku. Ha, kan dah melekat gelaran Mr.KC pada kau.
     Aku mematikan senyuman. “Eh, bukan aku yang buat. Kau bangunlah sendiri.” Aku berpeluk tubuh.
     Mr.KC menjeling ke arahku. Nampak benar dia marah pada aku sebab aku tak tolong dia bangkit dari lantai tadi. “Buta. Ada mata letak kat dalam stokin. Kalau tak guna, buang aje dalam tong sampah.”
     Aku tercengang. Kata-katanya membuatkan aku tersentap sendiri. Terus raut wajahku yang tersenyum tadi, bertukar menjadi geram. Geram dengan seorang lelaki yang tak kenal erti adab sopan ni.
     “Eh, kalau orang tua-tua, dia orang tak akan cakap letak kat dalam stokin tau, tapi dia orang akan cakap letak kat lutut. Nampaknya kau dah tersalah country ni.” Aku pun tak mengalah. Nak juga kalahkan dia. Senang-senang mengutuk orang depan mata.
     “Peduli apa aku dia orang nak cakap apa. Aku bukan kat zaman dia orang. Yang kau ni mesti keturunan hamba-hamba kan. Sebab tu kurang pelajaran sikit.” Mr.KC menepuk-nepuk bajunya yang kotor dek habuk lantai.
     Terjojol biji mata aku apabila mendengarkan kata-kata dari Mr. KC. Ada ke patut dia kata aku dari golongan hamba. Memang sangat tak patut. Aku merengus geram.
     Kring.. Kring.. Telefon bimbitku berbunyi. Mati pandanganku terhadap Mr.KC.
     Tidak sampai dua minit aku berbual, aku mematikan talian.
     Mr.KC hanya berdiri sambil berpeluk tubuh. Nampak benar mukanya tidak berpuas hati denganku. Pasti ada lagi yang hendak dia muntahkan padaku.
     “Okey.. Buat pengetahuan kau, aku dan kau ni sama aje. Kau kurang pelajaran. Aku pun kurang pelajaran. Kalau aku hamba. Kau pun hamba jugak. Jangan nak kaitkan aku seorang aje. Ada faham? Mr.Korea Celup yang perasan macho. Perasan bagus. Rugi aku puji-puji kau depan kawan aku tadi. Kalaulah aku tau, tak hingin aku nak memuji dengan perangai kau yang macam ‘hamba’ ni.” Ha, betapa panjangnya syarahanku hari ni. Biar dia rasa yang kita ni sama-sama rendah.
     Kulihat dia tercengang. Mungkin terkejut kerana aku menyamakannya dengan ‘hamba’ yang dia kaitkan tadi. Padan muka. Siapa suruh dia bermain-main dengan Putri yang seorang ni. Aku bukan sebarang putri tau.
     Tidak sampai beberapa minit, sebuah kereta Alphard putih memasuki pagar kolej. Turun dua orang pengawal berkot hitam dengan berkaca mata hitam. Aku hanya memerhati dengan tenang. Mr.KC sudah kalut. Mungkin dia ingat dua orang pengawal ni nak menculiknya. Aku tersenyum sinis.
     “Maaf, Cik Putri. Kami lambat,” kata salah seorang pengawal sambil membukakan pintu untukku.
     “It’s okey,” ujarku ringkas sambil melirikkan mataku ke arah Mr.KC.
     Aku menerobos masuk ke dalam kereta. Pintu kereta ditutup lalu aku membuka tingkap kereta.
     “Sekarang baru kita tau siapa yang lebih ‘hamba’.” Perkataan ‘hamba’ itu aku tekankan sedikit. Satu jeliran aku hadiahkan buatnya. Biar padan muka dia.
     Aku meninggalkan Mr.KC seorang diri sambil terpinga-pinga. Bukan mudah nak mengutuk Putri Amylia Nadira. Huhh.. Aku merengus geram apabila teringat kata-kata yang dihamburkannya kepadaku tadi. Sabar wahai hati.. Sabar.. Aku mengusap-usap dada agar lebih bersabar.

*~*~**~*~*~*~*~*~*~*~**~*
Hai2 semuaa.. Tq sudi baca.. Buat pengetahuan semua, UC akan di hold dulu atas sebab2 yg tertentu. JKK kena buat pointer sbb asl JKK ni Mini novel, kalau nk tkr jdi novel, kene buat plot cite, so.. tinggal CB yg dah siap plot cite and tggl siapkan taip menaip jekk.. :) tggl komen tauu.. 

THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...