~ Mr.Buaya VS Cik Naughty 3 ~

,11/27/2012 08:04:00 AM | 4 Comment
BAB 3


SEDARI tadi Zara tercongok memandang rumah teres yang bertentangan rumahnya itu. Sejak bila rumah ni ada orang? Tak tau pulak aku. Zara menggeleng. Memang tak tau ni. Darinya berkerut. Pelik gitu..
     “Hai Zara. Termenung ingatkan siapa tu?” Puan Vanita menegur anak daranya yang seorang ini. Termenung aje kerja dia ni.
     Zara tersentak mendengar teguran mamanya. Ish mama ni.. Nak aku jadi arwah jugak agaknya. Ish.. ish.. Zara mengurut-urut dadanya. Terkejut sangatlah tu.
     Puan Vanita tersenyum nipis melihat gelagat anaknya. Dulang yang ditatangnya sedari tadi diletakkan di atas meja. Jus oren yang tersedia, diserahkan kepada Zara.
     “Nah..” pelawa Puan Vanita. “Kamu ni kalau tak diajak, tak habislah air oren mama tu gamaknya. Kita jugak yang kena jaga makan minum dia. Badan dah kering kontang pun masih tak sedar. Tak sedap mata memandang.” Puan Vanita mengambil tempat bersebelahan Zara.
     Zara mula menarik muncung seribu inci. “Mama ni.. Janganlah puji Zara macam tu. Malu Zara jadinya.” Zara malu-malu gedik.
     Puan Vanita menggeleng. “Kamu tu anak dara, Zara. Dari mudalah kamu kena jaga bentuk badan. Jaga tingkah laku kamu tu. Berubah sikit.”
     “Berubah jadi power rangers ke mama?” Zara mencelah. Tertahan-tahan ketawanya. Saje nak menyakat mama.
     “Berubah. Jadi macam perempuan lain tu. Ayu aje mama tengok. Ni tidak, skating sana.. Skating sini.. Dah macam bukan anak dara dah mama tengok. Mama ni ada anak dara sorang aje tau. Takkan anak dara mama pun nak jadi anak teruna. Kesian lah mama macam ni.” Gurauan Zara tidak diendahkannya. Zara perlu diingatkan, kalau tidak anaknya itu akan bertindak sewenang-wenangnya.
     Zara.. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Satu perkataan pun tidak sampai ke otak. Dah biasa kena bebel. Tadah ajelah.
     Pandangan Zara kembali tertumpu kepada rumah yang dilihatnya sebentar tadi.
     “Ma.. Sejak bila rumah depan kita ni ada orang?” soal Zara. Nak tau jugakkan siapalah jiran baru aku ni.
     “La.. Takkan tak tau Zara oii.. Dah seminggu lebih dah kita ni dah ada jiran baru. Takkan tak perasan kut.” Puan Vanita menjawab soalan yang sedari tadi bermain di fikiran Zara.
     “Mana la Zara tau. Diorang pun tak ada singgah kat sini.”
     “Manalah kamu nak tau. Kamu tu kan sibuk memanjang. Nak kalahkan menterilah katakan,” perli Puan Vanita. Sengaja nak mengusik anak daranya itu.
     Zara mengangguk. “Ya kut.” Memang aku sibuk sejak dua tiga minggu ni. Almaklumlah.. Exam SPM aku dah nak dekat. So.. kena pulunlah sikit.
     Zara mencapai jus oren di atas meja lalu diteguknya beberapa kali.
     “Kamu ni tak nak kenal-kenal dengan jiran baru kita tu ke? Mama dah singgah semalam. Dia ada anak bujang tau. Handsome lagi.”
     Kata-kata Puan Vanita membuatkan air yang diteguknya tidak sampai ke kerongkong. Hampir tersembur sebenarnya. Nasib baik air ni tak mendarat kat muka mama. Aishh.. mama ni. Suka buat aku jadi tak keruan. Tak keruan? Ayat apakah itu? Zara tergelak sendiri. Mata Zara membulat memandang tepat wajah Puan Vanita.
     Puan Vanita tersengih penuh makna. “Kenapa?”
     “Mama suruh ni ada makna lah ya?”
     Puan Vanita tersengih lagi tanda menjawab kata-kata Zara.
     “Mama.. Listen to me okey. Anak dara mama ni tak ada masa nak mencari-cari ni. Benda tak penting la ma. Banyak lagi benda penting nak kena buat. Anak mama ni kalau sekali petik sepuluh yang datang tau. Mama tak payah risaulah anak mama ni. Zara takkan jadi andartu. Believe me okey.” Dah berjela-jela aku bagi taklimat kat mama. Kalau mama tak faham tak taulah aku nak cakap apa lagi.
     “Sepuluh yang datang?” Puan Vanita sengaja ingin memerli Zara. “Zara.. Zara.. Orang lelaki ni suka perempuan yang lembut, sopan, ayu. Kamu ni satu ciri-ciri tu pun tak ada. Yang adanya kasar, ganas. Nakal pulak tu. Mana ada lelaki yang nak. Kalau ada pun yang dah 50 han.”
     Bebel lagi. Ha, ni lah akibatnya berdebat dengan mama dalam isu mencari jodoh. Aku jugak yang kalah. Aku ni memanglah ganas and kasar tapi aku tak adalah seganas Azyan, watak heroin dalam novel Coke And Sundae tu. Tu dahsyat sangat. Aku ni lembut sikit.
     “Mama ni merepek ajelah. Tak baik puji terlebih anak mama ni.” Zara sengaja menutup malu. Tersengih-sengih saja.
     “Ini bukan puji. Ini peringatan namanya.”
     Zara tersenyum kambing. Nampaknya aku dah kalah. Tak boleh nak lawan super mama ni. Lunyai telinga aku nanti.
     “Dah.. Dah.. Masuk cepat. Dah nak senja ni. Time macam ni lah jin dan syaitan cari anak dara macam kamu tu. Masuk cepat,” arah Puan Vanita. Dia sudah berdiri untuk masuk ke dalam rumah. “Masuk cepat.” Suruhnya lagi sebelum menghilang di sebalik pintu rumah.
     Selepas hilangnya Puan Vanita dari meja itu, Zara pula berdiri mengambil langkah. Sempat lagi Zara berpaling melihat rumah yang baru berpenghuni itu. Siapalah agaknya si bujang yang hensem tu. Teringin pulak nak tau. Lima minit berdiri Zara membuka langkah memasuki rumah. Pintu rumah ditutup rapat.
*************
[ Dani Idlan ]

 DANI tersenyum memandang gadis itu dari sebalik tingkap rumahnya.
     “Minah ni jiran aku rupanya. Baru aku tau,” kata Dani terangguk-angguk. Langsir yang diselaknya tadi, dibetulkannya semula.
     Dia juga tidak menyangka gadis yang diusiknya pagi tadi adalah jiran barunya. Bolehlah lepas ni aku usik dia hari-hari. Hari-hari jugaklah dia mengadap muka aku yang hensem ni. Dani ketawa besar dalam hati.
     Dani mula melangkah menuju ke bilik air. Ada kewajipan yang perlu dia tunaikan. Kewajipannya sebagai seorang muslim. Alhamdulillah.. Setakat ni aku tak pernah tinggal solat lagi. Syukur sebab aku dah dilatih dari kecil. Kata hatinya.
     Selesai berwuduk, Dani mencapai kain pelekat yang tergantung kemas di almarinya. Disarungkan juga baju melayu biru agar lebih kelihatan sempurna. Dah handsome. Bajunya diperbaiki lagi. Ditayang-tayang gayanya di depan cermin. Haishh.. Dah macam perempuan pulak aku ni. Tapi nak buat macam mana. Dah memang sifat aku. Dani tersenyum-senyum di depan cermin yang menayangkan seluruh tubuhnya itu.
     “Hai.. Kau memang handsomelah Dani Idlan.”
     Dani memuji dirinya. Kolar baju melayunya dirapikan agar kelihatan kemas.
     “Dah handsome dah anak ibu ni. Tak payah nak hadap cermin tu lama-lama sampai naik tembus dah ibu tengok. Cepat sikit siap. Ayah dah tunggu kat depan pintu tu. Dah lambat nak ke masjid katanya.” Puan Hanan menegur anak bujangnya itu.
     Dani tersentak. Kantoi sudah.
     Dani tersengih memandang ibunya. “Dani tengah siaplah ni, bu.” Cepat-cepat Dani melangkah melepasi ibunya di pintu bilik.
     Dani menuruni anak tangga satu persatu. Dah macam model lelaki saja lagaknya.
     “Dani.. Cepatlah sikit. Kamu tu bukannya model. Kita dah lambat ni.” Kedengaran suara Encik Halim menegur anaknya dari muka pintu utama.
     Dani mempercepatkan langkahnya lagi. Sampai sahaja di muka pintu, Dani cepat-cepat menyarungkan selipar jepun kepunyaannya.
     “Jom ayah..” ajak Dani mula melangkah menyusul Encik Halim dari belakang.
     Azan yang berkumandang amat menenangkan hati para pendengarnya. Begitu indahnya seruan Allah itu. Masing-masing mula menunaikan kewajipan mereka.
*****************
     “Zara!!! Anez call ni,” jerit Puan Vanita dari tingkat bawah.
     Zara tersentak. Kain telekung yang dipakainya dibuka laju. Nak apa pulak lah si Anez ni call aku. Zara berlari menuruni anak tangga. Gagang telefon dicapainya dan dilekapkan di telinga.
     “Ha, nak apa?” Terus sahaja Zara bersuara.
     “Wa’alaikumsalam..,” jawab Anez bersahaja.
     Nak perli aku la tu. “Assalamualaikum..,” Kali ini Zara memperbetulkan permulaan bicaranya.
     “Ha, tau pun nak bagi salam. Ingatkan dah lupa.”
     Zara merengus geram. Budak ni nak kena dengan aku agaknya.
     “Dah.. dah.. Kau nak apa call aku ni? Kenapa kau call aku guna phone rumah? Kau kan ada nombor telefon aku.”
     “Nombor phone kau hilang. Yang aku ada cuma nombor telefon kau dengan your handsome brother aje. Takkan aku nak call your handsome brother kut. Mestilah aku call guna telefon rumah.” Panjang kata-kata Anez. Nak jelaskan perkara sebenar tu.
     “Apa-apa aje lah. Kau nak apa telefon aku ni? Banyak kali aku tanya ni.”
     “Nak ajak kau keluar makan ni.”
     “Ajak keluar makan?” Zara sedikit terkejut. “Buat apa?”
     “Jangan banyak bunyi lah. Cepat siap. 4S tunggu kau dekat restoran Ahmad Khan. Hurry up. And jangan lupa ajak your handsome brother tau. I miss him ni. Bye bye.” Tanpa mendengar kata jawapan dari Zara, Anez memutuskan taliannya.
     Zara meletak kembali gagang telefon ke tempatnya. Diorang ni suka memaksa aku. Untunglah dapat kawan macam diorang ni. Terlebih happy go lucky. Zara menaiki anak tangga menuju ke bilik Hazwan. Almaklumlah nak perkenankan hasrat hati kawan aku ni. Terpaksalah bergadai tenaga.
     Tokk.. tokk.. Pintu bilik Hazwan diketuknya. Mana pulak perginya abang ‘kesayangan’ aku ni. Pintu tak buka-buka. Zara mengetuk lagi. Kali ini lebih kuat. Ketukan kali ini juga tidak berjawab. Tak ada kat bilik ke mamat sorang ni. Zara menggaru kepalanya yang tidak gatal.
     “Wan tak ada kat rumah hari ni. Dia nak tidur rumah kawan dia katanya. Jadi hari ni tak balik rumah.” Teguran dari Puan Vanita menjawab persoalan yang bermain di fikirannya.
     Bila pulak mama aku ada kat belakang aku ni. Aihh.. Dah macam Arjuna Kasih. Sekejap ada sekejap hilang. Zara berpaling menghadap Puan Vanita.
     “Owh tak ada.” Kepalanya diangguk-angguk sedikit. Mati kempunan lah kau Anez. Zara tersengih sumbing. “Ma, Zara nak keluar dengan budak 4S. Dalam 10 malam nanti Zara balik ya ma.”
     “Hati-hati. Jangan lupa diri aje bila dah keluar tu.” Puan Vanita mengingatkan. Dia tidak kisah asalkan dapat menjaga diri dengan sebaiknya.
     “Okey mama. Sayang mama. Muaahhh...” Pipi Puan Vanita dicium pantas dan terus berlalu memasuki biliknya.
     Puan Vanita menggeleng. Bagusnya anak dara aku ni. Keayuan terserlah. Puan Vanita hanya tersengih.
****************

“LAMA tunggu?” Zara menegur teman-temannya yang leka melihat salah seorang pelayan lelaki di restoran itu. Pantang nampak lelaki handsome semua naik bulu.
     Dina berpaling memandang Zara yang mengambil tempat untuk duduk.
     “Sampai jugak tuan puteri lindungan bintang ni. Ingatkan tengah tunggu tuan putera datang ambik.” Terkekek-kekek Hani dan Anez mendengar tutur bicara Dina.
     “Kalau aku tuan puteri, aku tak pijak restoran macam ni. Aku singgah restoran lima bintang tu. Baru ada class. Tak main la restoran Ahmad Khan ni.” Zara menjawab penuh gaya. Macam tuan puteri tu.
     Masing-masing tergelak melihat telatah Zara.
     “Stop.. stop.. Tak payah nak melebih. Yang korang berkumpul ni nak apa?” tanya Zara.
     “Ha, itulah yang kami nak bincang dengan kau,” kata Hani.
     Dina dan Anez hanya mengangguk membiarkan Hani menghabiskan bicaranya.
     “Bincang pasal apa?” soal Zara.
     “Petang tadi abang aku bagi ni.” Hani menyerahkan sehelai kertas kepada Zara.
     Zara meneliti isi kertas itu. Satu persatu perkataan dibacanya.
     “Skateboard Extream Competition?!!!” Zara menjerit kuat. Tidak diperdulikannya orang-orang sekeliling.
     Hani, Dina dan Anez mengangguk.
     “Jadi kita kena bincang tentang ni. Due date dia esok. Hadiah dia memang best sebab hadiah dia ni ditaja salah satu syarikat pembuatan game terbesar kat malaysia Persoalannya sekarang, kita nak join tak?” Hani mengakhiri bicaranya dengan persoalan.
     “Kita kena join. Tak boleh sia-siakan kesempatan yang ada. Aku pasti kita boleh menang.” Zara berkata penuh yakin.
     “Okey. Kalau macam tu aku isi borang ni and then minta abang aku daftarkan esok. Kalau kita yang daftar tak ada masa lah. Kita dah nak exam SPM ni.” Hani meletakkan kata putus.
     “Aku setuju,” kata Zara, Anez dan Dina serentak.
     “Esok kita standby dengan plan kita nak kenakan Cikgu Yusri tu,” ujar Zara.
     “Okey. Aku sentiasa bersedia.” Anez menjawab laju. Tunggu ajelah Cikgu Yusri. Kami nak bagi freegift untuk cikgu esok. Anez tergelak dalam hati.
     Masing-masing ketawa mengenangkan apa yang akan berlaku esok. Leka sehingga tidak tersedar dengan malam yang kian menggelap.
     Masing-masing pulang ke rumah apabila jam menunjukkan 10 malam.
     “Aku balik dululah.” Zara meminta diri untuk pulang.
     Hani, Dina dan Anez mengangguk.
     “Jalan tu elok-elok.” Anez memperingatkan Zara tentang keselamatan.
     Zara mengangguk sambil melambai ke arah teman-temannya.

Komen cepat.. Komen2.. Entry ni okey tak?



THANKS FOR READING.. KOMEN CKET !!

4 comments:

Nurul Ain said...

terjah
http://nurulnamasaya.blogspot.com/

Cik Fie said...

wah ! best gak citer ni :)

komen kalau sudi .

http://www.cikfie.com/2012/11/alhamdulillah-blog-ni-dah-mencapai.html

Afifah Yusof said...

Salam Qai. sorry sebab akak baru sempat nak komen. menarik. dah keluar dah watak si Dani tu. dalam diam intai anak dara orang ek. hehehe. thanks for this entry :)

MiKi MoUsE said...

Argh,DANI. sedap nama tu,suka ngusik btol dani tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...